VIDEO- BENANG BASAH TAK MUNGKIN DITEGAKKAN



Sama ada dilakukan orang biasa atau golongan ternama, secara terang-terangan atau terselindung, ia wajar dilihat sebagai suatu bentuk hasutan dengan niat jahat untuk menghilangkan hormat serta ketaatan rakyat terhadap Institusi Raja Berperlembagaan di negara ini. “Dalam konteks ini, menjadi kewajipannya sebagai ketua kerajaan untuk menjaga nyawa rakyat dengan melindungi rakyat sekalian daripada jangkitan COVID-19 dan ini adalah kemaslahatan paling utama dituntut oleh Islam,” ujarnya dalam kenyataan, seperti dipetik Malaysiakini pada 13 Januari lalu.





LAGI-LAGI MENTERI AGAMA- BUAT MUKA SADIN SAJA KAH ?

 


Sahabatku Menteri Agama,

Anta hadir majlis kahwin neelofa. Langgar SOP. Neelofa dikena kompaun tapi anta tidak.

Anta diberitakan pula hadir majlis tahnik anak siti. Tidak pula diketahui langgar SOP atau tidak.

Ana cuma nak sampaikan di luar sana rakyat biasa susah nak dapat izin ziarah kematian, ziarah IbuBapa sakit dan uzur dan macam-macam  lagi.


Keluar pula yang dikatakan “fatwa” mufti bahawa “haram” rentas negeri.

Di sebalik latar belakang inilah ana berharap anta cuba memahami resah dan amarah rakyat dengan amalan “double standard” pemerintah.

Supaya dapat kiranya anta suarakan dalam mesyuarat jemaah menteri. Sedaya mungkin cubalah elak dari berterusan.

Salam hurmat & ramadan kareem

Saifuddin Nasution Ismail

2 Mei 2021.



Pegawai awam tak boleh ‘cela’ kerajaan menerusi media, kata Takiyuddin ekoran ‘pendedahan’ KPN

 

Takiyuddin Hassan berkata, pegawai kerajaan boleh memberi pandangan atau mengkritik menggunakan saluran yang betul. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata, pegawai kerajaan tidak harus mendedahkan masalah dalaman jabatan kepada media massa.

Beliau membuat penegasan itu dua hari selepas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menuduh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin campur tangan dalam urusan polis, termasuk menyekat pemindahan pegawai bermasalah dan menentukan pelantikan jawatan kanan.

Takiyuddin tidak merujuk secara langsung kepada pendedahan Hamid itu, namun berkata, pelantikan Menteri Dalam Negeri sebagai pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) adalah menurut perlembagaan dan tidak boleh dipertikaikan.

“Jadi, jangan pula ada mana-mana pihak yang mempersoalkan ini (kerana ia) adalah peruntukan perlembagaan.

“Sekiranya ada apa-apa isu atau masalah dalam pentadbiran sesuatu jabatan, saya yakin pegawai-pegawai kerajaan tidak boleh mendedahkan perkara ini di tempat yang tidak sepatutnya.

“Sebaiknya mereka boleh dedahkan dalam mesyuarat di peringkat kementerian, suruhanjaya. Adalah tidak wajar untuk seorang pegawai kerajaan kononnya mendedahkan perkara ini di media massa,” Takiyuddin dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Beliau berkata, dari segi pentadbiran, perbuatan sedemikian boleh dipanggil tindakan yang membelakangkan atau mencela pihak kerajaan.

“Bukan saya kata pegawai kerajaan tidak boleh beri pandangan atau mengkritik tetapi mereka boleh menggunakan saluran,” kata beliau.

Takiyuddin berkata, SPP bertanggungjawab mengendalikan urusan berkaitan kenaikan pangkat, tatatertib, perkara kebajikan dan sebagainya terhadap seluruh pasukan polis yang dianggotai hampir 130,000.

Pada sidang medianya Jumaat lalu, Hamid yang akan bersara esok, membayangkan SPP yang dipengerusikan Hamzah dicemari “unsur politik”.

Hamid berkata, Hamzah “sejak awal lagi di mesyuarat pertama SPP” mendesak untuk mendapatkan kuasa bagi menentukan penempatan pegawai polis.

“Beliau hanya diberi mandat untuk menetapkan dasar – apakah hala tuju pasukan ini, adakah pasukan ini pincang, atau pun pasukan ini menghadapi masalah dan kenapa – itu peranan dan tanggungjawab menteri.

“Bukan untuk nak menentukan siapa jadi CPO sini, siapa jadi pengarah sini, itu bukan kerja dia,” kata Hamid.

Hamid juga berkata, beliau telah membawa perkara itu terlebih dahulu ke perhatian Hamzah, Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara.

Acryl Sani Abdullah akan mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara daripada Hamid, Selasa depan.



DULU ORANG HORMAT..KINI ORANG HENTAM..MASUK POLITIK KENA REDHA NA...

Mohd Asri Abu Bakar

Salam.


Sian kita kat mamat sorang ni. Dulu semasa berjawatan mufti wilayah, dia adalah diantara individu yang dihormati. Setiap pandangan dan nasihatnya, sering ditagih. Namun...entah apalah yang menerjah ketelinganya, entah apalah halwa yang dijanjikan, tetiba sahaja, dia sanggup meletakkan jawatan mufti dan join KERAjaan yang dia sendiri tahu statusnya itu. Lalu bila sudah berada dalam kelompok PENGKHIANAT tersebut, dia kenalah menonjolkan ciri-ciri dan sifat-sifat yang setara dengan mereka untuk terus berada dalam kumpulan itu. Maka..rakyat kini, boleh nilaikan sendiri levelnya sebagai seorang Agamawan dalam negara ini. Tidak jauh bedanya dia dgn golongan-golongan pelacur dan penjual agama dari Parti PASik sdn bhd!!




 

Zunar, NGO Hujjah anjur pameran kartun bertema hak asasi manusia Asean

 


POSTED BY AMIR WRLR


Kartunis politik tanah air Zulkiflee Anwar ul Haque atau Zunar bersama NGO Hujjah Ehsan buat julung kalinya menganjurkan pameran kartun berbentuk digital bertajuk "The Asean Human Rights Cartoon Exhibition."

Menurut Zunar, pameran berkenaan akan berlangsung dari 3 Mei sehingga 30 Mei ini.

"Bertemakan "Hak Asasi di Negara Sendiri", ia mempamerkan 100 kartun kritis hasil karya 37 kartunis dari negara-negara Asean.

"13 kartunis dari Malaysia, 13 dari Indonesia, 4 dari Thailand, 6 dari Filipina dan seorang dari Myanmar terlibat.

"Antara isu yang difokus dalam galeri utama ialah Perintah darurat di Malaysia; Undang-undang mengenai raja di Thailand; Pembunuhan dan peperangan dadah di Filipina; Rampasan Kuasa di Myanmar juga isu Papua di Indonesia," katanya dalam satu kenyataan.

Kata Zunar lagi, penunjung juga akan disajikan dengan sebuah galeri khas Myanmar Solidarity Gallery, iaitu usaha solidariti dari para kartunis sebagai sokongan kepada rakyat negara itu yang berdepan dengan rejim tentera.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan pameran ini secara online pada 3 Mei, jam 2 petang.

"Turut berucap di majlis pelancaran tersebut ialah Yenny Wahid, anak kepada bekas presiden Indonesia Gus Dur dan Phil Robertson dari Human Rights Watch Asia," katanya lagi.

Pameran ini terbuka secara percuma kepada orang ramai. Pengunjung boleh melawat galeri dan menyertai majlis pelancaran secara dalam talian di www.craftora.com.






SPRM perlu siasat segera Hamzah Zainudin, kerajaan PN - Jingga 13



POSTED BY AMIR WRLR


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador terhadap salah laku kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa, desakan Hamid itu, terutama siasatan ke atas ahli politik yang dikatakan sebagai 'katak-katak yang melompat sana sini' dan dikhuatiri melibatkan aktiviti rasuah perlu dilakukan segera.

"Jingga13 Malaysia mendesak SPRM turut mengambil tindakan terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dilihat telah mencampuri pentadbiran Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Campurtangan sebegini tidak sepatutnya berlaku dan dilihat mabuk kuasa.

"Malah Hamid mendakwa sejak awal dilantik sebagai menteri, Hamzah sudah campurtangan dalam PDRM. Tindakan sebegini boleh mengundang berlakunya amalan rasuah dan salahguna kuasa.

"Malah lebih parah, apabila aduan di buat kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara pun tidak dihiraukan. Betapa lemahnya Perdana Menteri Malaysia dan sungguh memalukan," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Fariz juga mahu siasatan dibuat ke atas tokoh-tokoh politik PN yang dicurigai korup.

Katanya, rakyat wajar menolak mereka habis-habisan dan negara perlu diselamatkan daripada orang yang rakus dan mabuk kuasa serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka .

"Terbukti daripada ucapan Ketua Polis Negara, Kerajaan PN ialah 'kerajaan yang rosak, perasuah dan mabuk kuasa' .

"Jingga13 Malaysia amat kesal sekiranya kenyataan yang dibuat secara terbuka oleh Ketua Polis Negara itu tidak diambil tindakan oleh SPRM .

"Kerana apa yang diungkapkan dalam ucapan beliau adalah sangat serius. Kenyataan seorang Ketua Polis Negara bukanlah cakap-cakap orang kampung di kedai kopi," sinisnya lagi.

 

PERTAMA KALI NETIZEN HENTAM DEWAN ULAMAK- NAK BODEK KA NAK MELINGKUP DENGAN ILMUAN- Netizen serang Facebook Dewan Ulamak PAS bila tuduh IGP fitnah menteri KDN

 


Panas! Netizen serang Facebook Dewan Ulamak PAS bila tuduh IGP fitnah menteri KDN

Selepas laman Facebook Universiti Utara Malaysia (UUM), orang ramai menyerbu laman milik Dewan Ulama Pas pula apabila mereka tidak berpuashati dengan tindakan Ulama Pas menyerang Ketua Polis Negara yang akan bersara Tan Sri Hamid Bador.

Ia menyebabkan posting yang dibuat oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Mohd Nor Hamzah ini paling popular dari banyak-banyak kenyataan yang dibuat oleh Ulama Pas tetapi populariti dengan sebab yang silap.

Sebelum ini, laman FB UUM terpaksa ditutup apabila orang ramai menyerang mereka kerana terus mempertahankan seorang pensyarah mereka.

Bagi pengkritik Ulama Pas, selepas duduk dalam kerajaan, Pas sudah berubah 180 darjah, dari bersama mempertahankan ‘whistle blower’ yang mendedahkan gejala rasuah dan salah guna kuasa kepada mempertahankan pihak berkenaan.

Serangan ini dibuat terhadap kenyataan media yang dibuat oleh Mohd Nor yang membuat kenyataan mengkritik Hamid Bador apabila beliau mendedahkan tentang salah guna kuasa dan rasuah dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“DUPP juga mengkritik ucapan Tuan Hamid Bador, KPN sekarang ini ekoran kenyataan terbuka beliau dalam satu sidang berkenaan maklumat yang beliau perolehi dengan mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang membabitkan rasuah kalangan ahli politik tertentu secara terbuka di hadapan para wartawan.

“Tidak wajar individu seperti beliau iaitu orang yang tahu prosedur undang-undang dan menjaga keadilan negara, tidak menggunakan saluran yang ada namun hanya beremosi dalam ucapan sehingga mengundang sangkaan berunsurkan fitnah dan dakyah terhadap politik semasa dengan timbulnya persepsi jahat kepada kerajaan PN sekarang ini kerana sikap yang beliau tunjukkan adalah mengenepikan nilai undang-undang,” kata Mohd Nor, Adun Bukit Payung, Terengganu itu dalam kenyataannya yang disiarkan dalam Facebook Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP).

Ekoran itu, selepas 16 jam ia disiarkan, lebih 3,700 komen dibuat terhadap kenyataan ini manakala 884 perkongsian dibuat terhadap tulisan yang sangat tidak disenangi ini. Hampir kesemua komen yang dibuat menyerang Pas dan kerajaan PN.

Mohd Sanawi Mohd Sanusi menyifatkan kerajaan ini umpama kerajaan syaitan apabila menulis, “Allahu… semakin hebat menjilat sejak dapat kuasà secara tebuk atap. Inikah yang dikatakan kerajaan setang?”

Muhammad Khairi Kamaruddin pula membandingkan sikap Pas sebelum ini sebagaimana direkodkan oleh akhbar rasminya Harakah, “Bukak Dan selak lembaran harakah dulu2, ketika Pas mempertahankan whistle blower…Hari ni, segalanya berubah…rakyat menilai.”

Nik Lee pula menyamakan Dewan Ulama Pas sudah menjadi Dewan Ulama Cowboy apabila menulis, “Dewan Ulama Cowboy.. dakwaan KPN adalah serius dan menunjukkan campurtangan menteri dalam urusan penguatkuasaan.”

Ismail Ali pula kesal kerana Dewan Ulama Pas sudah menjadi tukang cuci kebobrokan yang telah dibuat oleh kerajaan PN.

“Tak dengar keseluruhan ya statement yang beliau buat ke? Jangan dengar tebuk sana dan tebuk sini…

“Dan Dewan Ulama Pas jangan pula jadi tukang “cuci” kebrobrokan yang telah dibuat oleh Hamzah dan kuncu2 nya selama ini dalam kuasa KDN tu. Nanti rakyat hilang hormat kat Dewan Ulama tu.”

Mohd Zulkhairi Ab Aziz pula menyindir kenyataan Mohd Nor ini apabila menulis, “Terbaik kenyataan dari Dewan Ulamak sebuah parti dalam kerajaan tebuk atap yang berintegriti, tahniah!”

Shahrun Ishak pula menyifatkan kenyataan ini sangat memalukan kerana ia datang dari Dewan Ulama Pas, “Perlukah statement ni dikeluarkan oleh dewan ulamak Pas? Memalukan. Sepatutnya sokong supaya siasatan dan tindakan lanjut diambil atas dakwaan bekas KPN. Pas dah jauh menyimpang kerana mabuk kuasa.” 


INI FATWA APA LA PULAK-NAK MEMBODEK PUN PATUT PATUT LA- Fatwa Haram rentas negeri

 


Fatwa Haram rentas negeri


1. Kita semua maklum bahawa fatwa mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Islam. Para ulama seperti Imam Asy-Syatibi dan Ibnul Qayyim mengangkat tinggi kedudukan seorang mufti dengan menyatakan bahawa mereka adalah wakil Nabi dan pewaris Baginda SAW.

2. Baru-baru ini Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan fatwa haram merentas negeri. Namun, tidak sedikit netizen yang mempersoalkan fatwa tersebut.

3. Secara peribadi, saya sedih melihat keadaan yang berlaku. Institusi fatwa yang seharusnya dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat kini telah dicemari dengan pelbagai kritikan dan tohmahan.

4. Pada pandangan saya, kritikan terhadap fatwa tersebut adalah manifestasi dari kekecewaan dan kemarahan rakyat terhadap layanan kerajaan terhadap mereka.

5. Rakyat merasakan bahawa mereka seperti dianak tirikan, dibuli dan ditekan oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk undang-undang, peraturan dan hukuman. Tidak cukup dengan undang-undang dan peraturan sediada, kini mereka seolah-olah dipaksakan dengan dalil agama pula.

6. Kemarahan mereka tidak dapat dibendung lagi. Ia membuak-buak. Lalu apa sahaja arahan dan keputusan dari kerajaan akan dicemuh, dikritik dan dipertikaikan sekalipun ia datang dari institusi fatwa.

7. Realitinya, rakyat dihukum dan ditekan di sana sini oleh kerajaan tetapi apabila kesalahan itu melibatkan VIP, selebriti dan Menteri, mereka seolah-olah kebal dari hukuman.

8. Bermacam-macam keluhan dan kisah sedih kita dengar di sana sini dari rakyat, antaranya; Cucu tidak dapat rentas negeri untuk menziarahi arwah nenek yang meninggal, anak tidak dapat rentas negeri menziarahi arwah ayah yang meninggal, ibu tidak dapat turut serta di dalam majlis pernikahan anak, peniaga kecil dikompaun RM50 ribu, pelajar dikompaun RM1500 dan bermacam-macam lagi. Namun dalam masa yang sama, sebahagian VIP, selebriti dan Menteri dilihat bebas ke sana ke mari tanpa sekatan, boleh anjurkan majlis perkahwinan gilang gemilang tanpa SOP dan macam-macam lagi.

9. Saya percaya jika kerajaan bertindak adil dan saksama terhadap semua pihak, kritikan terhadap fatwa tersebut mungkin tidak akan berlaku.

10. Namun segalanya sudah terlambat. Kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sekarang sudah terhakis. Akhirnya mufti Wilayah Persekutuan menjadi mangsa serangan rakyat akibat dari Kerajaan yang Gagal.

#kitajagakita

Fitri Asmuni





INGAT SEMUA ..PEGANG KATA KATA LEBAI INI.--- Kerajaan jamin Undi18 dilaksana tahun ini

 

Takiyuddin Hassan menjangkakan dasar Undi18 dapat dilaksanakan Julai ini.

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan memberi jaminan dasar Undi18 akan dilaksanakan tahun ini berbanding September 2022 untuk rakyat berumur 18 tahun ke atas mengundi pada pilihan raya umum ke-15 nanti.

Beliau menjangkakan dasar itu dapat dilaksanakan Julai ini memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti beberapa perkara sebelum dimuktamadkan.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh memberi jangka masa yang tepat, tetapi yang pasti dalam tahun ini juga.

“Kalau boleh buat Julai ini, kita akan buat,” katanya dipetik Bernama selepas menyampaikan sumbang Aidilfitri kepada imam masjid Jumaat, halaqat dan penghulu bagi Parlimen Kota Bharu di Kelantan hari ini.

Pada 25 Mac lalu, Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran automatik pengundi 18 tahun ditangguhkan sehingga selepas September 2022.

Katanya, sekatan pergerakan yang dilaksanakan susulan pandemik Covid-19, mengganggu persiapan SPR untuk melaksanakan dasar yang diluluskan Parlimen pada Julai 2019.

Takiyuddin berkata, kerajaan menyokong dan amat komited dalam memastikan usaha meminda Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, iaitu menurunkan had umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, dapat dilaksanakan.

Ditanya kenapa dasar itu perlu mengambil masa sebelum dilaksanakan, katanya, banyak perkara perlu diambil kira, khususnya aspek perundangan.

“Apabila ada perubahan daripada segi polisi, misalnya daripada 21 tahun kepada 18 tahun ini, ada perundangan tertentu yang perlu dipinda dan ditambah baik kerana di bawah pilihan raya itu, ada banyak undang-undang, antaranya Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Akta Pilihan Raya serta ada pertauran mengenai perjalanan pilihan raya dan sebagainya.

“Namun, SPR akan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan isu berkaitan perundangan ini. Keduanya pula, isu teknikal juga perlu diambil tindakan oleh kerajaan, terutamanya SPR kerana apabila dibuka (undi 18 tahun), maka bilangan (pengundi) akan bertambah, sekali gus perlu tambah baik perisian dan sebagainya.”

Mengenai kepentingan meminda Perlembagaan, beliau berkata, kebanyakan negara sudah mengamalkan had umur 18 tahun sebagai pengundi dan undang-undang di negara ini juga menggariskan usia berkenaan sebagai “age of maturity”.

Polis akan ‘hilang taring’ akibat campur tangan politik, kata bekas KPN

 

Musa Hassan mengakui campur tangan politik dalam polis berlaku sejak sekian lama dan turut mengganggu operasi pasukan itu.

PETALING JAYA: Bekas ketua polis negara, Musa Hassan berkata, pasukan polis akan “hilang taring” jika budaya campur tangan ahli politik dalam urusannya berterusan.

Beliau mengakui campur tangan politik dalam polis berlaku sejak sekian lama dan turut mengganggu operasi pasukan keselamatan itu.

Katanya, ada juga dalam kalangan ahli politik cuba mengawal pihak berkuasa dengan mengeluarkan arahan secara terus kepada pegawai operasi tanpa pengetahuan KPN.

“Ketika zaman saya dahulu, ada orang politik yang suruh polis bebaskan geng mereka dan ada juga yang beri arahan kepada ketua polis negeri tanpa pengetahuan saya.

“Campur tangan politik ini berlaku membabitkan operasi sehingga ia boleh menyebabkan proses siasatan terganggu,” katanya dilaporkan Mingguan Malaysia.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mendakwa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin menyalahgunakan kedudukannya untuk campur tangan dalam urusan polis, termasuk menyekat pertukaran pegawai polis bermasalah.

Sementara itu, Musa berkata, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk melaksanakan cadangan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dipengerusikan individu lain, selain menteri.

“Ia tertakluk dalam Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan dan perlu dipinda, sekiranya tidak mahu menteri menjadi pengerusi.

“Tetapi perlu diingat, tiada pihak yang mempunyai kuasa mutlak apabila membabitkan urusan pertukaran dan pelantikan pegawai dalam perkhidmatan PDRM.

“Pengerusi SPP sendiri boleh memberi kuasa perwakilan kepada KPN untuk melantik atau menukar mana-mana pegawai atasan, sekiranya perlu berbuat demikian.”

MOGA LINGKUP ....

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF


May be an image of text


Kes Covid makin meningkat, katil di hospital sesak, rakyat tak boleh balik kampung menziarah ibu bapa, ada ura-ura hendak PKP 3.0 pula tapi mereka siang malam berpolitik.

Inilah kerajaan utophia Melayu Isle. mentadbir tak pandai, berpolitik 24 jam, menyusahkan rakyat. Semenjak berkuasa, tak ada satu apa pun kebaikan yang mereka buat, dari pelabur lari, ekonomi nazak, rasuah makin teruk, indeks kebebasan menurun dan paling teruk double standard bab SOP dan hukuman. Bersuara sikit terus kena panggil dengan polis, dah macam totalitarian state pula.

Silap-silap raya nanti rakyat di suruh berkurung di rumah, tapi menteri nanti senang-senang guna VIP pass balik beraya di "kawasan". Siapa mahu denda? Siapa berani saman kalau IGP pun mengadu tak ada orang dengar?

Yang tukang jamin kerajaan Al-Ghadr dulu pun, kini pura-pura sibuk buat kerja Mopti, dulu serba serbi Islam terancam, tajjasus kata orang rakus tapi dia pula yang sertu pengkhianat. Bila sudah huru-hara negara, dia cepat cuci tangan. Siap block siapa yang peringatkan dia tentang jaminan dia dahulu.

Dengan berkatnya Ramadhan, moga-moga Allah membebaskan Rakyat Malaysia dari Pemimpin yang zalim dan Ulamak yang jahat.

 



TAK HABIS DENGKINYA MAMAT NI...


BOB KELNANG


Sejarah adalah sesuatu yang pernah terjadi... kita tak boleh nak amik sejarah yang bagoosh sahaja... sejarah yang tak bagoosh kita abaikan... itu bukan caranya... sejarah nih takder sisi... semua sisi adalah sejarah... dan tidak ada apa yang patut dimalukan dengan sejarah... benda dah pernah terjadi..

Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) adalah satu bahagian dalam sejarah... penubuhan satu unit ketenteraan untuk menentang Jepun... ini berlaku semasa Perang Dunia Kedua... dan ini adalah sejarah...

Persoalan sama ada ianya mempunyai elemen komunis pun bukanlah satu perkara yang kita boleh jadikan penyekat kepada pengetahuan rakyat... rakyat perlu tahu bahawa kita pernah ada unit ketenteraan sendiri yang melawan Jepun... unit ini dari rakyat itu sendiri...

Aku xpaham pasai apa mamat cina sorang ni bising bab MPAJA... setiap kali pun bawak cerita Komunis... setiap kali pun bising kononnya ancaman komunis... pelik aaa... dengki betul dia...

Aku xkata aku sokong komunis... tapi masa ni Malaya masih terjajah... di bawah Inggeris dan Jepun... dan pada masa tu Komunis la yang berjuang untuk menentang penjajah... kepada mamat ni yang mungkin xmo nak menentang penjajah kalu dia dah hidup masa tu... itu masalah dia... mamat ni mungkin spesis yang menyokong penjajah...

Aku kalu masa itu hidup pun rasanya dah kompom akan menentang penjajahan... mungkin jugak aku akan dilabelkan komunis... aku bukan saja anti penjajah... tapi aku anti kepada penjajahan minda oleh puak Kayangan dan Dewa-Dewi... mungkin jugak aku akan diklasifikasikan sebagai pemberontak...

Tafsiran sejarah biasa dibuat oleh orang yang menang.... huhuhuu

#KerajaanGagal

#lobaijilaker

 

harakahdaily.net
Bila nak robohkan tugu Komunis MPAJA di Nilai?
Bagaimana pula dengan tugu Komunis MPAJA? Bila Majlis Perbandaran Nilai mahu bertindak merobohkan tugu Komunis yang juga dibina secara ...

Bila nak robohkan tugu Komunis MPAJA di Nilai?

KEH...KEH...KERJA DEWAN ULAMAK ...BUDAK KITA BACKUP

 HAMZAH RIE NA

Dewan ulamak pas mengeluarkan kenyataan meyanggah kenyataan TS Hamid Bador? Apa sudah jadi dgn ulamak pas ni? Mereka ini ulamak atau ular didlm semak menanti habuan menanti imbuhan?

https://www.facebook.com/112140085517515/posts/4107153349349482/

 


KENYATAAN MEDIA

 

Dewan Ulamak PAS Pusat

19 RAMADAN 1442 l 1 MEI 2021

TUAN HAMID : KERJA MESTI BERINTEGRITI

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkan ucapan sekalung tahniah buat warga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), atas pelantikan Datuk Seri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani selaku Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu berkuat kuasa 4 Mei 2021.

2. Pelantikan tersebut merupakan lantikan KPN yang ke-13 dan ia telah diumumkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagi menggantikan Ketua Polis Negara (KPN) sekarang, Tan Sri Hamid Bador dalam satu majlis khas.

3. DUPP juga mengkritik ucapan Tuan Hamid Bador, KPN sekarang ini ekoran kenyataan terbuka beliau dalam satu sidang berkenaan maklumat yang beliau perolehi dengan mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang membabitkan rasuah kalangan ahli politik tertentu secara terbuka di hadapan para wartawan.

4. Adakah beliau telah lupa terhadap Akta Polis Sek 4 (1) di mana dia sebagai KPN adalah bertanggung jawab kpd Menteri Dalam Negeri. Sehubungan itu, sikap beliau hanya membawa cerminan buruk dengan semata-mata dakwaan. Jika benar sebagaimana dakwaan yang dilontarkan tersebut, maka mengapa tidak diambil tindakan susulan semasa beliau masih menjawat KPN dengan membuat laporan agar penyiasatan dilakukan dan dibawa ke muka pengadilan untuk diadili bagi dihukum menerusi lunas perundangan yang ada dalam negara ini.

5. Tidak wajar individu seperti beliau iaitu orang yang tahu prosedur undang-undang dan menjaga keadilan negara, tidak menggunakan saluran yang ada namun hanya beremosi dalam ucapan sehingga mengundang sangkaan berunsurkan fitnah dan dakyah terhadap politik semasa dengan timbulnya persepsi jahat kepada kerajaan PN sekarang ini kerana sikap yang beliau tunjukkan adalah mengenepikan nilai undang-undang.

6. Sebagai sebuah negara yang ada undang-undang dan sistem, kita ada saluran dan peruntukan bagi setiap sesuatu dakwaan. Ini bukan negara "cowboy" dan jangan pula bersikap dengan mainan persepsi iaitu menjatuhkan hukuman sebelum diadili dan diputuskan hukuman oleh pihak mahkamah.

7. Jangan pula disebabkan lantikan beliau sebelum ini oleh kerajaan PH, beliau hilang pertimbangan dalam bersikap adil dengan terikut rentak politik PH sehingga menggunakan kedudukan beliau sekarang ini untuk meracuni pemikiran rakyat dengan mainan persepsi semata-mata sebagaimana yang diamalkan oleh politik PH.

8. DUPP sangat bertegas dalam soal yang membabitkan integriti kerana tanpa integriti ia akan mengakibatkan negara menuju kemusnahan. Namun dalam soal pendakwaan, hendaklah setiap pendakwaan mengikuti saluran menurut lunas perundangan agar siasatan dapat dijalankan dan seterusnya diadili di mahkamah untuk dijatuhi keputusan dan hukuman. Bukannya dengan bermain persepsi dan menjadikan negara ini seperti negara "cowboy".

Firman Allah SWT :

(۞ إِنَّ ٱللَّهَ یَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَـٰنِ وَإِیتَاۤىِٕ ذِی ٱلۡقُرۡبَىٰ وَیَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَاۤءِ وَٱلۡمُنكَرِ وَٱلۡبَغۡیِۚ یَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ)

Maksudnya :

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. - [Surah An-Nahl 90]

Ulamak Perteguh Muafakat

Islam Memperkukuh Perpaduan

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH

Ketua Penerangan,

Dewan Ulamak PAS Pusat

 

KERAJAAN MESTI JAWAB DAKWAAN HAMID BADOR – ANWAR


May be an image of one or more people, people standing and text that says "ሆÝ POLIS Siasat pendedahan Ketua Polis Negara 30 April 2021"


 Saya ikuti pendedahan yang dibuat Tan Sri Abdul Hamid Bador tempoh hari terkait Institusi Kepolisian negara.

Pendedahan tersebut amat mendukacitakan serta telah mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebagai sebuah badan utama negara dalam mengangkat kedaulatan undang-undang, PDRM seharusnya bersifat bebas daripada campur tangan politik.

Campur tangan yang berlaku ini secara tidak langsung membuktikan pemerintah yang tiada keabsahan ini menggunakan pelbagai cara dan helah untuk berpaut pada kuasa.

Langkah ini juga telah merobek keyakinan rakyat sehingga boleh menimbulkan kesangsian terhadap kredibiliti PDRM saat ini.

Saya menggesa siasatan menyeluruh dan lengkap dilakukan bagi menyiasat pendedahan ini, dan pemerintah mesti menjawab segala dakwaan sesegera mungkin.

ANWAR IBRAHIM

2 Mei 2021.



‘BOM JANGKA’ HAMID BADOR ISYARAT HILANG KEYAKINAN KEPADA KERAJAAN PN, RCI KINI DIPERLUKAN

 

1. KPN bakal bersara Abdul Hamid Bador telah meledakkan bom jangka yang telah menggegarkan negara berkait tuduhan rasuah untuk membeli MP dan Adun yang menjadi katak-katak yang melompat. Walaupun tidak menyebut nama, umum maklum tuduhan itu diajukan kepada Menteri Dalam Negeri dan kerajaan PN yang terang-terang mendedahkan pelan ‘scheme of things’ (pelan menyogok)

2. Ada beberapa isu dari pendedahan yang dibuat antaranya campurtangan Menteri di KDN menentukan perlantikan dengan istilah ‘budak kita’. Audio yang ditularkan diperakui oleh Menteri Dalam Negeri mengukuhkan lagi dakwaan Hamid Bador bahawa campurtangan politik menguasai perlantikan dalam hiraki Pasukan Polis.

3. Hamid seterusnya mempertikaikan integriti ahli politik yang dituduhnya ‘membeli’ untuk ‘katak-katak’ melompat di sana-sini. Kenyataan tersebut mensahkan berlakunya tawar-menawar untuk MP dan Adun ‘lompat katak’ dan sekaligus membuktikan betapa rasuah politik yang diamalkan untuk PN kekal berkuasa sudah sampai ke tahap kronik. Rakyat bukan sahaja muak dengan rasuah politik yang merebak tetapi rakyat perlu bangkit memberhentikan kegilaan rasuah dengan membeli MP-MP dan Adun!

4. Kenyataan Hamid Bador seolah satu kenyataan hilang kepercayaan terhadap kerajaan PN hari ini. Ia bukan kenyataan politik dari mana-mana pimpinan parti tetapi dari KPN sendiri dilakukan dalam sidang akhbarnya yang terakhir. Ini adalah isyarat kepada bagaimana rasuah politik menjadi kanser yang sukar dibendung!


5. Oleh kerana itu, satu siasatan menyeluruh oleh SPRM kepada kenyataan KPN bakal bersara perlu dibuat atas dakwaan serius ini. Termasuklah desakan membentuk Suruhanja Bebas DiRaja tentang integriti KDN dan Menterinya hari ini yang telah merosakkan imej demokrasi dan integriti kerajaan dengan membeli MP dan Adun untuk mencipta ketidakstabilan politik.

6. Menteri Dalam Negeri jika ada maruah dengan tuduhan berat ini perlu membersihkan semuan tuduhan ini untuk memelihara integriti pasukan polis dan kementeriannya yang dituduh pencetus kepada lahirnya ‘katak-katak yang melompat’

7. Jika KPN secara berani menyebut kepincangan besar dilakukan Menteri yang menjaga keselamatan awam, ini tandanya kerajaan PN gagal di mana PM harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya dengan pendedahan ini. KPN baru tidak mungkin mewarisi kepimpinan tanpa isu besar seperti integriti dan rasuah ini diselesaikan terlebih dahulu demi memelihara maruah dan demokrasi negara.

Yb DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

2 May 2021.





EDISI KHAS MINGGUAN 021 | GEMPAR!! USAHA KERAJAAN PN KEKAL BERKUASA TERB...


MENARIK DALAM EDISI KHAS 021


1. SIDANG PARLIMEN, KENYATAAN TAKIYUDDIN DIPERSOAL 2. ISU FAHMI REZA: HENTI GUNA AKTA LAPUK 3. ANWAR DESAK LAKSANA UNDI 18




FITNAH YANG KEMBALI KEPADA TUANNYA




Susulan itu Naib Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff memuatnaik satu hantaran bagi memberi panduan kepada mana-mana pihak yang mahu membuat laporan polis ke atas nama ‘Kamarul Yusoff’ atas dakwaan membuat hantaran yang mempertikaikan Raja Muda Perlis di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 (Akta 589). Tindakan ini diikuti oleh Ketua AMANAH Bahagian Ledang, Azhar Ismail yang memuatnaik satu hantaran di Facebook memaklumkan telah membuat laporan polis berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi selain berkongsi hantaran peguam tersebut.

KUATKAN KESATUAN SEKERJA ERA PANDEMIK COVID 19 – ANWAR