FITNAH YANG KEMBALI KEPADA TUANNYA




Susulan itu Naib Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff memuatnaik satu hantaran bagi memberi panduan kepada mana-mana pihak yang mahu membuat laporan polis ke atas nama ‘Kamarul Yusoff’ atas dakwaan membuat hantaran yang mempertikaikan Raja Muda Perlis di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 (Akta 589). Tindakan ini diikuti oleh Ketua AMANAH Bahagian Ledang, Azhar Ismail yang memuatnaik satu hantaran di Facebook memaklumkan telah membuat laporan polis berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi selain berkongsi hantaran peguam tersebut.