HAMZAH RIE NA
Dewan ulamak pas mengeluarkan kenyataan meyanggah kenyataan TS
Hamid Bador? Apa sudah jadi dgn ulamak pas ni? Mereka ini ulamak atau ular
didlm semak menanti habuan menanti imbuhan?
https://www.facebook.com/112140085517515/posts/4107153349349482/
KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat
19 RAMADAN 1442 l 1 MEI 2021
TUAN HAMID : KERJA MESTI BERINTEGRITI
1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkan ucapan sekalung
tahniah buat warga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), atas pelantikan Datuk
Seri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani selaku Ketua Polis Negara (KPN) yang
baharu berkuat kuasa 4 Mei 2021.
2. Pelantikan tersebut merupakan lantikan KPN yang ke-13 dan ia
telah diumumkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin
bagi menggantikan Ketua Polis Negara (KPN) sekarang, Tan Sri Hamid Bador dalam
satu majlis khas.
3. DUPP juga mengkritik ucapan Tuan Hamid Bador, KPN sekarang
ini ekoran kenyataan terbuka beliau dalam satu sidang berkenaan maklumat yang
beliau perolehi dengan mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan
yang membabitkan rasuah kalangan ahli politik tertentu secara terbuka di
hadapan para wartawan.
4. Adakah beliau telah lupa terhadap Akta Polis Sek 4 (1) di
mana dia sebagai KPN adalah bertanggung jawab kpd Menteri Dalam Negeri.
Sehubungan itu, sikap beliau hanya membawa cerminan buruk dengan semata-mata
dakwaan. Jika benar sebagaimana dakwaan yang dilontarkan tersebut, maka mengapa
tidak diambil tindakan susulan semasa beliau masih menjawat KPN dengan membuat
laporan agar penyiasatan dilakukan dan dibawa ke muka pengadilan untuk diadili
bagi dihukum menerusi lunas perundangan yang ada dalam negara ini.
5. Tidak wajar individu seperti beliau iaitu orang yang tahu
prosedur undang-undang dan menjaga keadilan negara, tidak menggunakan saluran
yang ada namun hanya beremosi dalam ucapan sehingga mengundang sangkaan berunsurkan
fitnah dan dakyah terhadap politik semasa dengan timbulnya persepsi jahat
kepada kerajaan PN sekarang ini kerana sikap yang beliau tunjukkan adalah
mengenepikan nilai undang-undang.
6. Sebagai sebuah negara yang ada undang-undang dan sistem, kita
ada saluran dan peruntukan bagi setiap sesuatu dakwaan. Ini bukan negara
"cowboy" dan jangan pula bersikap dengan mainan persepsi iaitu
menjatuhkan hukuman sebelum diadili dan diputuskan hukuman oleh pihak mahkamah.
7. Jangan pula disebabkan lantikan beliau sebelum ini oleh
kerajaan PH, beliau hilang pertimbangan dalam bersikap adil dengan terikut
rentak politik PH sehingga menggunakan kedudukan beliau sekarang ini untuk
meracuni pemikiran rakyat dengan mainan persepsi semata-mata sebagaimana yang
diamalkan oleh politik PH.
8. DUPP sangat bertegas dalam soal yang membabitkan integriti
kerana tanpa integriti ia akan mengakibatkan negara menuju kemusnahan. Namun
dalam soal pendakwaan, hendaklah setiap pendakwaan mengikuti saluran menurut
lunas perundangan agar siasatan dapat dijalankan dan seterusnya diadili di
mahkamah untuk dijatuhi keputusan dan hukuman. Bukannya dengan bermain persepsi
dan menjadikan negara ini seperti negara "cowboy".
Firman Allah SWT :
(۞ إِنَّ ٱللَّهَ یَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَـٰنِ
وَإِیتَاۤىِٕ ذِی ٱلۡقُرۡبَىٰ وَیَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَاۤءِ وَٱلۡمُنكَرِ
وَٱلۡبَغۡیِۚ یَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ)
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan,
serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu
(dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan
mematuhiNya. - [Surah An-Nahl 90]
Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan
YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Pusat