REKAAN BAHARU PENCAKAR LANGIT 775 METER KUALA LUMPUR

 

May be an image of skyscraper, sky and monument

May be an image of skyscraper and sky


IBRAHIM MAT ISA

Ini ialah rekaan baharu menara Tradewinds Square oleh arkitek Woods Bagot. Sekiranya projek ini dilaksanakan, ia bakal MENCANTAS KETINGGIAN MERDEKA 118, seterusnya menempa rekod sebagai antara bangunan tertinggi di dunia. From: SkycrapersKL

P/S : Lepas ini kita akan saksikan mereka ini yang bakal beraksi di site:

Arkitek - Mat Saleh

Engineer - Mat Saleh

Kontraktor - Korea / Jepun

Buruh mahir - Indonesia

Lift & escalator - Mat Saleh

Bahan binaan - China

Sempatkah orang Melayu mengejar masa?

 

APA YANG RUGI BUKAN MELAYU.TAKUT PARTI JUAL AGAMA TAK BOLEH TUMPANG LAGI PARTI YANG MENANG ?

 

Tak habis-habis  main isu melayu lebai ni. Sebenarnya yang rugi bukan melayu, tapi parti lebai yang rugi. Itu hakikatnya.

Pada PRU14 dulu, yang menjadikan banyak kerusi berlaku tiga penjuru sebab apa? Sebab parti lebai mahu bertanding sendirian. Waktu tu bukankah parti lebai sebagai pemecah undi Melayu? Sekarang mahu sembang pasal Melayu berpecah? Piraahh..penjual agama..

W.FAUDZIN

May be an image of text that says "MAXIS Bahasa 5:19PM Daftar Masuk Berita ≡ Seksyer Melayu rugi jika PRU15 tiga penjuru, kata mursyidul am PAS Dikemas kini 43 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Feb 2021 11:01AM.0 Komen 8 Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata semua parti Melayu tidak boleh berpecah dan menyebabkan pertembungan tiga penjuru pada PRU15. Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Februari, 2021."

23 FEBRUARI : BADI LANGKAH SHERATON MASIH HIDUP




1. Badi sering diungkap untuk menjelaskan sesuatu keadaan seperti penyakit akibat dari berlaku perkara yang dianggap 'sial' (taboo) dalam sesebuah masyarakat. 


2. Badi atau kadang-kadang dipakai istilah 'terkena' akan menghantui hidup seseorang sehingga segala musibah akan diwajarkan sebab 'badi sial' tempoh hari yang berlaku. 


3. Badi politik negara hari ini ialah kerana Langkah Sheraton yang menghantui kerajaan PN hari ini. Mereka telah melakukan 'adat terlarang' (sial, taboo)dengan membudayakan pengkhianatan sebagai cara sah untuk menjadi kerajaan. 


4. Sebab itu 'badi sheraton' mengikuti mereka ke mana sahaja sehingga tak keruan tindak tanduk mereka, sumbang langkah pentadbiran mereka dan flip-flop keputusan yang dibuat. Badi paling besar kerajaan TSMY ialah hilang sokongan majoriti dan dihantui dengan mimpi ngeri angka 109. 


5. Buat sementara, jampi 'darurat' masih mujarab tapi rakan bersama 'tebuk atap' dah mula buat curang. Pandai buat kat orang, rasalah balik habuannya - 'what goes around comes around'. 


6. Hari ini 23 Feb setahun yang lalu bermulanya kerajaan atas pengkhianatan dan untuk kekal mereka sogok dengan kabinet yang besar dan ahli parlimen yang diberi jawatan GLC. Untuk meneruskan pengkhiantan, mereka ugut dengan sekat kebebasan bersuara. Untuk kekal, mereka gunakan covid menagih simpati. Motivasi mereka adalah didorong untuk kekalkan pengkhianatan bukan untuk selamatkan negara dari krisis pandemik.


7. Semua rakyat harus ingat tarikh ini kerana perjuangan #sembuhkannegara dan #pulihkandemokrasi tercetus dari hari pengkhianatan ini. Bukan nama kelompok yang harus kita bimbang tetapi budaya pengkhianatan itu yang mesti kita lawan habis-habisan supaya negara tidak lagi dipimpin oleh perancang politik yang menjadikan pembelotan dan khianat sebagai motivasinya! 


DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar 


23 Feb 2021




ANNUAR MUSA SUDAH U-TURN, TIDAK LAGI PRO BERSATU?

 

Pemimpin Parti Bersatu yang masih baharu dan belum faham dengan politik, lebih baik diam daripada menunjukkan sikap ghairah dalam soal dalaman UMNO.

Bekas Setiausaha Agung BN, Annuar Musa menyifatkan desakan dari pemimpin Bersatu agar UMNO mendedahkan isi perbincangan dalam mesyuarat di Janda Baik, Pahang Jumaat lalu, sebagai tidak perlu.

“Ada pulak ahli MT Bersatu meminta UMNO mengumumkan keputusan rasmi mesyuarat MKT UMNO di Janda Baik beberapa hari lalu.

“Saya merasakan tidak perlu bagi Bersatu terlalu ghairah dengan soal dalaman UMNO, apa lagi bagi mereka yang masih baharu. Mereka belum faham cara politik UMNO. Elok mereka diam.

“MKT UMNO ada kebijaksanaan yang tersendiri. Ia mempunyai tradisi serta pengalaman melalui pelbagai situasi politik. Saya percaya itulah yang sedang berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman dilaporkan berkata, UMNO perlu mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat MKT parti itu yang diadakan pada Jumaat lalu di Janda Baik, Pahang.

Katanya, perkara itu penting untuk mereka merancang kempen sama ada secara bersama atau berasingan bagi menghadapi PRU akan datang.

Menurut Annuar, mungkin sepinya mesyuarat di gunung (Janda Baik) tempoh hari meresahkan banyak pihak, termasuk dalam kalangan ahli parti itu sendiri.

Namun, kata beliau, untuk memahami cara UMNO meskipun tiada kenyataan rasmi, deafening silence itu boleh kedengaran dengan jelas di mana-mana.

“Berilah ruang UMNO menguruskan sendiri masalahnya itu. UMNO mampu mencari titik penyelesaiannya sendiri.

“Tiada siapa boleh veto sesiapa dalam UMNO kerana UMNO itu milik ahlinya.

“Ahli yang menentukannya.. (harap) sabar,” kata beliau.

Sumber – MalaysiaGazette.



Perhimpunan Agung Umno pada 27, 28 Mac.Kalau datang goyang telor , bakal berkubor...

 

Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung 30 dan 31 Jan lalu ditangguhkan susulan perisytiharan darurat dan pelaksanaan PKP.

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung Umno, yang bakal menentukan hubungan parti itu dengan PPBM dalam Perikatan Nasional, akan diadakan pada 27 dan 28 Mac ini.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, perhimpunan itu akan diadakan secara bersemuka dan maya.

“Segala SOP perintah kawalan pergerakan, PKP bersyarat dan PKP pemulihan akan dipatuhi,” katanya dalam kenyataan.

Pada 18 Jan lalu, Ahmad dilaporkan berkata, Perhimpunan Agung Umno tahun ini yang dijadualkan berlangsung 30 dan 31 Jan lalu ditangguhkan susulan perisytiharan darurat dan pelaksanaan PKP.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan pada 7 Jan lalu dilaporkan berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan usul menamatkan hubungan dengan PPBM dan mempertahankan kerjasama dengan PAS akan dibawa ke perhimpunan agung parti itu, seperti diperuntukkan dalam perlembagaan Umno.

Dua usul itu diutarakan selepas mesyuarat Umno bahagian mencadangkan pilihan raya umum ke-15 diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat dikembalikan kepada rakyat, tertakluk kepada situasi krisis Covid-19.

BOLEH KERJASAMA, TAPI YANG SALAH TETAP SALAH LA YA...

 


Tak mustahil UMNO bekerjasama dengan ‘musuh’ politik, kata Najib

Tak mustahil UMNO bekerjasama dengan ‘musuh’ politik, kata Najib

Tidak mustahil UMNO boleh bekerjasama dengan pihak atau parti yang telah dilabel sebagai ‘musuh’ politik, seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Ahli Parlimen Pekan itu, parti yang pernah beliau pimpin selama sembilan tahun itu, sememangnya mengamalkan pendirian terbuka kepada semua pilihan, namun ia haruslah mendapat persetujuan pemimpin dan akar umbi.

Politics is the art of possible… saya tak nampak apa-apa sebab kita tak boleh ada sikap keterbukaan kita untuk kerjasama, dengan syarat – ahli-ahli dan pemimpin UMNO mesti boleh terima, dan mereka ikhlas, ada trust (kepercayaan) dalam kerjasama.

“Tapi kalau kita nak buat satu pakatan politik baharu, dan tidak berdasar pada kebolehpercayaan atau trust, ia akan runtuh, lambat-laun akan runtuh. Ia (telah pun) berlaku pada Pakatan Harapan sebab asas kepercayaan itu tidak ada,” katanya lagi.

Najib berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam program Eksklusif Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disiarkan Astro AWANI malam ini.

Baru-baru ini, beberapa media melaporkan keterbukaan parti yang kini diterajui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu untuk melakukan kerjasama dengan DAP dan PKR, terutama sewaktu peralihan kepimpinan kerajaan negeri Perak beberapa bulan lepas.

Rata-rata penganalisis politik berpendapat, ia mempunyai potensi untuk membuka lembaran dinamik politik yang baharu.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kerjasama sama antara pihak atau parti yang dianggap seteru politik bukanlah perkara baharu dalam negara ini.

“Kalau lihat pada PH pun siapa boleh fikirkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bersama-sama dalam satu pakatan politik untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

“Tetapi ia berlaku. Dr Mahathir dengan DAP umpamanya, boleh duduk semeja, boleh lantik DAP jawatan-jawatan (Kabinet) yang penting,” katanya.

Namun, tambah beliau lagi, ia akhirnya gagal bertahan sehingga pilihan raya umum (PRU) seterusnya, ekoran rasa tidak percaya yang bercambah dalam kalangan parti komponen PH.

Atas sebab itu, Najib sekali lagi menegaskan, sebarang keputusan yang melibatkan perubahan dasar atau prinsip UMNO, khususnya dalam kerjasama dengan parti politik lain, perlu melalui perbincangan yang menyeluruh, dan diterima akar umbi parti itu.


33 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL.



SILA TEKAN  >   UNTUK MEMBACA BERITA DAN VIDEO DI AWAL PAGI. SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI. TUMBANGKAN KERAJAAN TEBUK ATAP DAN PARTI TUNGGANG AGAMA



P.RAMLEE...DALAM FILEM 3 ABDUL..MENGISAHKAN BAGAIMANA DITIPU DAN DIJUAL AKHIRNYA...FILEM BELIAU MELANGKAUI ZAMAN.


 May be an image of 8 people, including Abu Shahid and people standing

VIDEO : UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI!



“AMANAH dan PAKATAN HARAPAN berpegang teguh kepada semua prinsip itu. Usaha telah pun kita gerakkan sebelum ini dan ternyata rakyat bersama kita memberi harapan sehinggalah para pengkhianat menunjukkan wajah mereka,” tegasnya. Bekas Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Jamzuri Ardani menjangka sekiranya PAKATAN HARAPAN berlawan dengan WARISAN PLUS (termasuk kelompok Tun Dr Mahathir), serta PERIKATAN NASIONAL dan BARISAN NASIONAL, kemungkinan peratusan keluar mengundi akan mencatat rekod paling rendah walaupun suhu politik negara tegang dan panas menjelang hari mengundi.



PENULIS PH WAJIB BERPERANAN DENGAN SYARAT-SYARAT

 

NORMAN RADUAN


Bila pergerakkan pemimpin dikunci...

Kita mulakan sekarang,media sosial penentu kejayaan

PENULIS PH WAJIB BERPERANAN DENGNA SYARAT-SYARAT

Biarlah mereka ada J-KOM...jika semua rakan-rakan PH sanggup berkorban seperti PRU14 lalu tiada yg mustahil kita mampu menang perang siber sekali lagi. Kita mesti ingat seperti dikatakan Rizal Mansor, Rosmah Mansor dulu membayar RM 100k sebulan kpd Cybertroopernya tetap gagal menewaskan Cybertrooper PH yang tidak berbayar.

Parti-parti dalam PH samada PKR, Amanah dan DAP tidak berduit. Parti tak mampu membayar Cybertrooper. Percayalah penyokong, ahli, AMK PH tak kaya brother2 & sister-sister semua. Ada AMK pakai Proton Saga dan pakai Myvie saja. Malah mereka tinggal di rumah Flat dan rumah teres. Dtg ke Sabah menyewa homestay atau hotel RM 50 semalam utk berkempen.

Kita berjuang ikhlas atas kesedaran dan mahu perubahan demi kebaikan anak cucu kita... tapi ramai juga yg terkhayal dan pangkat, kuasa dan RM. Akhirnya mereka menjadi pengkhianat bukan kpd parti tapi sebenarnya rakyat.

Ramai penulis sukarelawan PH yg hebat dgn idea, penulisan mereka yg kreatif dan berinformasi. Ada juga yg lebih hebat dan berbakat setiap hari mereka membantu menyedarkan rakyat dgn melakukan live atau rakaman video. Bagus terpulang kpd bakat masing2... janji semua berperanan.

J-KOM pasti akn kalah sepertimana Cybertrooper Rosmah dulu tewas. Sb paling kuat mereka hanya mampu membayar 100-300 org ( tidak pasti kesahihan ). Tapi jika 3-4 juta penyokong PH Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, Iban, Suluk, dan lain2 berperanan, percayalah mereka tidak mampu tewaskan kita. Berbeza penyokong dan ahli yg bekerja kerana duit dgn mereka yg bekerja ikhlas tanpa mengharap sebarang bantuan. Kita menang perang dan akhirnya PRU lalu kerana semangat kita.

PRU15 semakin menghampiri. Jadi kita mengharapkan setiap org mesti memainkan peranan dgn menulis. Cuma kita elakkan beberapa perkara...

JGN HINA FIZIKAL LAWAN

1. Jgnlah kita menulis menghina fizikal pemimpin2 atau juga penyokong, penulis/Cybertrooper mereka seperti mengatakan pendek, hitam, hodoh, gemuk dan sebagainya. Kebenaran dan kesedaran mesti dibawa dgn akhlak.

Tanpa akhlak kita bimbang pengundi atas pagar akn melihat PH ini perangai hodoh. Jadi kita tak menang apapun malah org melihat kita ini sebagai sombong dan menghina ciptaan Allah.

Kita kena fokus pada isu bukan pada tubuh badan seseorang itu. Fokus isu rakyat bukan isu yg lain2. Itu jauh lebih baik dari membuka aib org. Org akn lihat kita tidak matang berpolitik... too personal.

Masih kita ingat kisah sahabat Rasulullah... Abu Zhar. Abu Zhar pernah memanggil Bilal sebagai 'anak budak hitam' sehingga membuatkan Bilal berkecil hati. Rasulullah mendengarnya sgt marah. Apabila mengadap Rasulullah baginda bertanya hal tersebut. Baginda memberitahu Abu Zhar " Rupanya di dlm diri mu masih ada sifat Jahiliah."

Menangis Abu Zhar. Lalu Abu Zhar mencari Bilal dan memohon maaf sehingga sanggup meletakkan muka ditanah memohon agar Bilal memaafkannya. Dari peristiwa ini jelas jgnlah kita menghina fizikal musuh politik kita.

DOAKAN YG BAIK2 JIKA LAWAN POLITIK SAKIT

2. Jika lawan politik kita sakit... lakukan genjatan senjata. Ajak rakan2 mendoakan kesembuhan utknya. Ingatlah apa2 pun akhlak paling penting.

Ingat peristiwa wanita tua yg sering melempar sampah ketika Rasulullah berjalan ke masjid. Bila wanita itu tidak berbuat demikian Rasulullah bertanya di mana dia. Bila diketahui wanita itu sakit Rasulullah dtg menziarah dan mengubati wanita tersebut. Kerana akhlak baginda wanita itu memeluk agama Islam. Memujuk lawan bukan dgn maki hamun tetapi dgn akhlak.

Selain itu ingat peristiwa bagaimana akhlak Salahuddin Ayyubi yg membuat genjatan senjata bila mengetahui King Richard gering dlm perang salib. Malah beliau menghantar Tabib utk mengubati Raja yg dikenali sebagai Richard The Lion itu. Peristiwa kebaikkan akhlak Salahuddin Ayyub diceritakan sendiri King Richard kpd rakyat dan tenteranya.

ELAK MAKI HAMUN

3. Elak maki hamun. Cukup hanya sindiran sinis. Jalan terbaik jika penat berbalas hujah...unfriend atau block sahaja. Kalau maki pun tak memberikan apa-apa kemenangan kpd kita.

Tak tahan sgt penggunaan ayat dgn ejaan 'vavi' itu adalah lebih baikDescription: 😂. Pakai la setahun sekali dua jika dah geram sgt... jgn selalu. Menulis dgn fakta dan yg penting tidak terpedaya dengan provokasi. Seperti saya katakan di atas jika berpanjangan cepat-cepat block sahaja.

JGN TERLALU PERIBADI

4. Elakkan menulis yang terlalu peribadi jika ia bukan membabitkan kepentingan rakyat. Contoh jgn babitkan soal moral anak cucu pemimpin-pemimpin lawan. Kadang-kadang kita hentam anak cucu pemimpin yang sosial itu mengalahkan anak mereka yang bertanding atau terlibat politik. Di situ kita dilihat beremosi ketika menulis.

Namun jika anak mereka menggunakan dana rakyat dgn mendapatkan projek atas kepentingan peribadi keluarga... boleh la kita menulis. Tapi jika anak mereka ada tingkah laku yang tidak menyenangkan abaikan. Ini kerana anak-anak kita pun belum tentu sempurna. Pastikan kita menjaga aib org lain walaupun ia lawan politik kita. Sdgkan keaiban kita ini org nampak baik sb Allah tutupkan.

Ingat Rasulullah telah memberi tauladan kpd kita.

Ketika Ikrimah dan isterinya hampir tiba di kota Mekah, Rasulullah berkata kpd para sahabat, "Ikrimah bin Abu Jahal akn datang ke tengah-tengah kalian sebagai Mukmin dan Muhajir. Jgnlah kalian memaki ayahnya (Abu Jahal). Sebab memaki orang yang sudah meninggal berarti menyakiti org yg hidup. Padahal, makian itu tidak terdengar oleh orang yang sudah meninggal."

TEKAN BUTANG HIJAU

Senario sekarang kita dapat melihat bagaimana kerajaan mengunci pergerakan pemimpin2 kita dgn PKP dan darurat untuk melemahkan PH. Jadi media sosial lah satu-satunya sumber maklumat yg mampu kita gunakan. Jangan bimbang di era teknologi ia sangat efektif, hanya terpulang kpd kita sahaja mahu menggunakannya atau tidak.

Biar kita berbeza dgn PN dan BN. Kita bukan penulis2 kaki fitnah, kita bukan penulis yg beremosi tetapi kita adalah penulis yg menulis dgn fakta dan bertanggungjawab. Biar rakyat lihat penulis2 dan penyokong PH ini ada kelas tersendiri, berkualiti dan intelektual.

Pesanan ini buat diri saya juga yg kadang-kadang gagal mengawal emosi. Ya kita manusia biasa mudah beremosi. Apapun kita berharap rakan-rakan PH samada yang berjawatan atau tidak, anjgan berehat panjang untuk menulis... tak dapat hari-hari... seminggu 2/3 kali pun cukup asal menyumbang.


 EJAAN YANG RINGKAS BUKAN CIRI PENULISAN YANG BAIK.



BOLEH PAKAI ONLINE KA TIDAK NI?

 

MUHD MUFIZ II


Kerja siapa ni !!....Cam palsu je berita ini !!

UPDATE 1.42PM

Betul la tangguh....ini linknya di bawah. Xperlu tangguhpun sebab mesyuarat secara online boleh di buat kerana perkembangan politik sekarang sangat merbahaya dan memerlukan camportangan Majlis Raja-Raja

Alasan penangguhan kerana PKP sukar di tera sebab sekolah pun akan di buka pada 1 Mac 2021 dlm tempoh PKP juga...

https://m.malaysiakini.com/news/563995



May be an image of 9 people, people standing, suit and text that says "1 m.malaysiakini.com/nev malaysiakini sepatutnya esok, tangguh plk adoiii... BERITA JABATAN PENERANG Mesyuarat raja-raja raja- ditangguh ke 30 Jun kerana PKP"




MANGSA SCAM DI PADANG MERBOK

 

May be an image of text that says "Perhimpunan mangsa SCAM di Padang Merbok adalah yang terbesar pernah berlaku di abad ini...#ruu355"



NORMAN RADZUAN


Jika mereka ini menggunakan akal, rajin membaca dan tidak taksub kpd mreka yang berkopiah dan berjubah tidaklah mereka ditipu begini. Kata belajar agama... belajar lah 6 fungsi akal.

Tahu tak akal adalah anugerah terhebat yg Allah berikan kpd manusia. Ia membezakan manusia dgn mahkluk-makhluk  Allah yg lain di muka bumi. Allah berikan akal juga utk kita jgn mudah ditipu syaitan atau manusia bertopeng syaitan. Terlalu byk ayat2 Al Quran menceritakan mengenainya... bacalah dan kemudian fikir menggunakan akal.

Fikir

Selamatkah kita di tangan tukang karut itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

 

PH gesa kerajaan adakan sidang Parlimen dalam masa terdekat

 



Pakatan Harapan (PH) tampil menyatakan pendirian bahawa sidang Parlimen seharusnya diadakan dalam masa terdekat, walaupun tempoh darurat masih berkuatkuasa.

Ini selepas Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan darurat telah mengadakan mesyuarat pertama pada 18 Februari 2021 yang lalu.

Dalam kenyataan bersama yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail (KEADILAN), Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook (DAP), mereka berpendapat sidang Parlimen boleh diadakan tertakluk kepada segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti yang telah pun dilaksanakan sepanjang sidang Parlimen pada tahun 2020.

"Persidangan Parlimen adalah sangat penting untuk memastikan segala agenda dan langkah-langkah untuk membendung Covid-19 dapat dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen selain memastikan semak dan imbang terhadap segala keputusan yang dibuat oleh pihak Ekskutif," katanya.

Pada masa sama, PH juga berpandangan bahawa keputusan untuk mengembalikan sidang Parlimen akan memberikan keyakinan kepada dunia luar dan pelabur asing bahawa Malaysia tetap komited terhadap sistem demokrasi berparlimen dan prinsip kedaulatan undang-undang atau “Rule of Law”.

"Justeru itu, kami akan menyampaikan pandangan ini secara konsisten di mesyuarat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat dan berharap ia akan dipersetujui oleh ahli-ahli Jawatankuasa tersebut sebagai pendirian bersama Jawatankuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong," katanya.

 

Sekat import khinzir dijangkiti ASF dari Sabah ke Semenanjung - Sim Tze Tzin

 


Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) digesa segera mengenakan sekatan import khinzir dan produk dari khinzir dari Sabah ke Semenanjung.

Menurut Jurucakap Parlimen Parti KEADILAN bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Sim Tze Tzin, sekatan itu penting dikuatkuasakan kerana jangkitan African Swine Fever (ASF) telah dikesan di Sabah.

"Selepas 4 hari wabak ASF dikesan di Sabah, saya amat hairan mengapa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan masih belum bertindak cepat menghalang Pengimportan ke Semenanjung.

"Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas beberapa hari lalu telah melarang pengimportan khinzir dan produk khinzir dari Sabah ke Sarawak ekoran wabak berkenaan (tetapi tidak di Semenanjung).

"Selepas satu tahun menangani pandemik Covid-19, kita sepatutnya sudah tahu mengapa kita perlu isolate kawasan wabak. Wabak ASF juga sejenis pandemik yang memerlukan tindakan cekap dan pantas untuk menghalang sebarang penularan.

"Tindakan larangan sangat diperlukan untuk mengelakkan penularan ASF ke Semenanjung. Larangan ini akan mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menjual daging yang jatuh harga (kerana pandemik) ke Semenanjung, Sama ada daging itu tercemar dengan ASF atau tidak," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru itu lagi, industri khinzir di Malaysia amat besar dan bernilai lebih kurang RM5 bilion serta memenuhi 90% Self Sustainable Level atau memenuhi keperluan pasaran domestik Malaysia.

Katanya, sekiranya wabak ASF menyerang maka ia akan menjejaskan sektor pertanian serta penternak dan ribuan pekerja yang terlibat dalam rantaian bekalan.

"Jika penularan wabak ASF ke Semenanjung, ia mungkin menyebabkan industri lumpuh seperti berlaku pada tahun 1998 ketika virus Nipah merebak.

"Ribuan penternak dan pekerja akan mengalami kerugian dan kehilangan pekerjaan jika wabak ASF ini melanda Semenanjung.

"Maka, saya mohon perhatian yang serius daripada Menteri MAFI dan tindakan segera dilaksanakan," katanya lagi.

 

Kes dera meningkat, di mana Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat?

 



Srikandi KEADILAN Selangor, J Karen Kasturi mempersoalkan keberadaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tatkala kes penderaan di negara ini semakin meningkat.

Ini terutamanya selepas seorang kanak-kanak berusia 4 tahun meninggal dunia akibat penderaan.

"Saya amat sedih dan bersimpati di atas kematian adik Dhevanesh yang berumur 4 tahun dipercayai akibat penderaan.

"Penderaan kanak- kanak di Malaysia semakin meningkat dan kerajaan seharusnya memandang serius akan peningkatan kes penderaan kanak- kanak terutamanya penderaan yang melibatkan ibubapa atau penjaga," katanya.

Justeru, Karen menganggap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu segera mempunyai pelan tindakan yang holistik bagi menangani isu penderaan kanak-kanak khususnya yang melibatkan ibubapa atau penjaga.

"Kanak-Kanak seperti adik Dhevanesh tidak mungkin boleh menghubungi Pihak Polis, Talian Kasih atau Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meminta pertolongan untuk menyelamatkan diri.

"Adakah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat mempunyai pelan tindakan untuk memudahkan mangsa penderaan khususnya kanak-kanak seperti adik Dhevanesh untuk mendapatkan pertolongan daripada pihak berkuasa?"

Pada masa sama, Karen berpandangan bahawa ibu bapa dan penjaga yang mempunyai masalah tekanan emosi atau rumah tangga perlu segera diberi kaunseling atau bantuan agar anak-anak mereka tidak dijadikan tempat untuk mereka melepaskan segala emosi yang tidak terkawal.

"Saya berharap kerajaan dan semua pihak bertanggungjawab memandang serius akan isu ini dan segera usahakan mencari satu jalan penyelesaian yang berkesan. Tindakan dan hukuman yang lebih tegas dan berat juga perlu diambil terhadap pelaku.

"Saya juga menggesa orang ramai terutamanya jiran-jiran setempat untuk lebih peka dan mengambil berat terhadap isu-isu sebegini dengan melaporkan atau menghubungi serta-merta pihak polis berdekatan atau membuat aduan di talian kasih 15999 atau whatsapp di 019-261 5999, sekiranya berlaku kes penderaan di tempat mereka.

"Saya mohon semua pihak bekerjasama untuk mengatasi kes-kes penderaan khususnya yang melibatkan kanak-kanak," katanya.


TAK JADI MEETING...LAMBAT LAGI DARURAT NAK SELESAI

 Dah kata dah...jangan percaya dgn khabar angin yang dibawa oleh Lokman Noor Adam tu. Kan dah tak betul??

 

Sampai Mesyuarat pun tertangguh angkara PKP? Lambat lagi la PKP nak habis ni? Puasa dan Raya dlm PKP ke?

Wallahualam

******************

Persidangan Majlis Raja-raja Melayu yang dijadualkan dua dua hari mulai esok ditanguhkan ke 30 Jun dan 1 Julai depan.

Mesyuarat raja-raja ditangguh ke 30 Jun kerana PKP
MALAYSIAKINI.COM
Mesyuarat raja-raja ditangguh ke 30 Jun kerana PKP
Persidangan Majlis Raja-raja Melayu yang dijadualkan dua dua hari m

Panas! Pemimpin Bersatu bongkar rahsia pihak yang beriya pujuk Bersatu khianat kerajaan PH

 


Panas! Pemimpin Bersatu bongkar rahsia pihak yang beriya pujuk Bersatu khianat kerajaan PH


Ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak perlu membuang masa melayan cabaran Puad Zarkashi yang mengajaknya berdebat.

Mempersoalkan pendirian ahli majlis tertinggi Umno yang sering menghentam Muhyiddin itu, Muhammad Faiz berkata Puad bagaikan mempunyai dendam peribadi.

“Puad, apa masalah peribadi kamu dengan Muhyiddin sebenarnya?

“PM tidak perlu buang masa untuk melayan makhluk seperti kamu ini berdebat kerana pemimpin negara kita itu sibuk dengan urusan rakyat yang lebih patut diberi perhatian.

“Jika kemaruk sangat nak berdebat biarlah dengan watak yang sama tahap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Faiz mengulas kenyataan Puad yang mengajak Muhyiddin berdebat selepas presiden Bersatu itu menghantar surat tuntutan yang memintanya mengemukakan permohonan maaf dan memberikan pampasan RM10 juta.

Puad sebelum ini mendakwa Muhyiddin dan pegawainya enggan menjalankan kuarantin ketika tiba ke tanah air daripada Indonesia.

Dia turut mempersoalkan sama ada perkara itu menyebabkan Menteri Kesihatan Adham Baba mengeluarkan arahan baru bahawa kuarantin menteri yang keluar negara hanya memerlukan tiga hari.

Sementara itu, Muhammad Faiz berkata bahawa Puad juga perlu tahu pihak mana yang bersungguh-sungguh berulang-alik ke rumah Muhyiddin bagi memujuk Bersatu agar membentuk kerajaan PN.

“Puad perlu tahu pihak mana yang bersungguh-sungguh berulang-alik ke rumah Muhyiddin bagi memujuk Parti Bersatu agar membentuk kerajaan PN.

“Tidak pula yang memujuk itu letak syarat mahu jawatan apa setelah kerajaan terbina kelak. Asalkan dapat tumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan menghalang proksi DAP naik jadi PM, itu matlamat asalnya.

“Sekarang beberapa pemimpin Umno mendendangkan cerita kononnya kerajaan PN tidak adil terhadap parti mereka.

“Jujurlah, saya nak tanya, tidak adil kepada Umno atau tidak memenuhi hasrat peribadi yang mendakwa itu? Akar umbi Umno yang rasional pun mampu menilai keikhlasan watak-watak warlords mereka yang sering membalun kerajaan sendiri,” katanya.


IHYA RAMADHAN , NEGERI DAP AWAL KEHADAPAN. TERMAKAN BUDAK WALAUNCAI...DAP JUGA KENA HENTAM,,,,TAK PERNAH JEJAK KE PENANG PUN NAK SEMBANG...

 Pulau Pinang salur RM1.25 juta imarah masjid, Ihya Ramadan sejak 2009

Pulau Pinang salur RM1.25 juta imarah masjid, Ihya Ramadan sejak 2009