APA NASIB ANAK MUDA MALAYSIA SIRI 3

 




Apa nasib anak muda Malaysia?

Anak muda zaman sekarang menhadapi pelbagai cabaran besar dalam bidang politik, pengajian and perkerjaan




‘Political Macha’ Dineskumar pernah bekerja bersama badan pemikir Asli dan Global Bersih serta sekarang menjadi hos di rancangan bual bicara di Youtube-nya sendiri – ALIRAN

Keterlibatan dengan ekonomi sementara tidaklah sepenuhnya buruk, pada pandangan anak muda Aliran. Kerana ada yang memilih untuk bebas bekerja, seperti di dalam suasana kurang formal seperti NGO, di mana seseorang lebih mempunyai kawalan bagaimana sesebuah pekerja dapat dilakukan, berbanding terikat dengan kerja serta skop kerja yang khusus dan ditentukan oleh orang atasan. Di dalam situasi lainnya, seringkali, seseorang itu perlu berpakaian kemas untuk ke pejabat dan mengikut waktu bekerja yang ditetapkan. Suka atau tidak, ekonomi sementara ini akan terus wujud. Banyak pekerjaan NGO akan dijalankan berdasarkan bentuk projek pada masa akan datang.

Apa yang penting adalah untuk memastikan anak muda yang terlibat dengan sektor sebegini agar tidak dieksploitasi oleh majikan. Seringkali, NGO yang bertanggungjawab akan mengikut peruntukan ditetapkan Akta Kerja supaya pekerja dapat menerima jaminan kesihatan, cuti pada hari cuti umum, cuti sakit serta cuti tahunan, dan juga kenaikan gaji tahunan dan elaun kerja lebih masa mengikut waktu yang diluangkan mereka (walau ianya perkara jarang berlaku).

Jika semua ini tersedia, dapat kita fahami mengapa anak muda tertarik dengan ekonomi sementara. Namun, pekerjaan dengan kontrak jangka masa pendek, dengan tidak wujud prospek masa hadapan, akan menjadi sesuatu yang didambakan oleh anak muda jika mereka memilih untuk “settle down” dan beralih menjadi orang dewasa yang mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan dan anak.

Dapat kita lihat, hanya ekonomi sementaralah yang berkembang ketika pandemik sekarang. Dua daripada pembicara kita sekarang menggangur. Semua pembicara mempunyai kawan yang juga rakan sekuliah yang turut terlibat dengan kerja penghantaran makanan atau membantu dalam urusan membeli-belah atas talian bagi menyara hidup.

Ini sekaligus membawa kita kepada aspek negatif ekonomi sementara. Di mana syarikat penghantaran, mereka bukanlah pekerja sebaliknya ‘kontraktor mandiri’. Jadi, semua peruntukan di dalam perundangan berkaitan pekerja – Akta Kerja, Akta Kesatuan Sekerja serta Akta Perhubungan Perusahaan – tidak terpakai. Seterusnya, mereka turut tidak dilindungi oleh faedah Socso, bayaran kerja lebih masa, cuti di hari cuti awam, apatah lagi cuti sakit.

Oleh itu, pihak penguasa tempatan patut masuk. Pembicara kita merasakan bahawa ianya penting untuk pemerintah di UK untuk campur tangan bagi mewartakan bahawa pekerja Deliveroo dan pemandu Uber sebagai pekerja dan sekaligus berhak mendapat faedah pekerjaan biasa. Bagi sesetengah orang, seperti teman-teman penggangur kepada pembicara kita ini, mereka terpaksa berkerja di dalam sektor ekonomi sementara dan bukannya kerana mereka cenderung kepada gaya cara kerja yang kasual.

Seorang dari pembicara turut menyatakan kebimbangan bagaimana di kilang, lebih ramai pekerja, termasuklah anak muda, yang dijadikan pekerja melalui sistem kontraktor bebas. Di dalam keadaan ini, pemilik kilang tidak bertanggungjawab terhadap gaji serta kebajikan para pekerja yang bekerja di kilang mereka. Majikan percaya yang mereka tidak perlu berdepan dengan kesatuan sekerja kerana pekerja bukanlah pekerja yang diambil terus oleh kilang. Sebaliknya, kontraktor bebas dari luar yang menjadi majikan terhadap pekerja tersebut. 

Sistem pekerjaan sebegini yang digunakan semakin meluas kepada mereka yang terdesak mencari kerja. Dulunya, kontraktor bebas dari luar sebegini hanya menguruskan pekerja migran. Sekarang, pekerja tempatan, termasuklah mereka yang dari kelas sosial terendah, turut ‘dicampak’ ke dalam sistem yang sangat eksploitatif ini juga. Pembicara kita bersetuju yang ini merupakan ruang yang perlu diperhalusi semula oleh pemerintah, kesatuan sekerja dan barangkali, NGO juga. Mungkin kita boleh bercakap lanjut akan hal ini nanti!

Soalan 3: Pendidikan merupakan isu yang dekat dengan soalan sebelumnya. Apakah pandangan kalian berkenaan pengeluaran graduan universiti yang berlebihan, stigma berkenaan pendidikan vokasional, serta hutang pengajian (PTPTN) yang ditanggung bagi membiayai pendidikan universiti?

Malangnya, dalam keadaan sekarang, saatnya ekonomi menguncup teruk serta peluang pekerjaan yang berkurangan, anak muda, yang sering kita tanggapi sebagai sebuah kelompok, dipaksa untuk berebut antara satu sama lain. Kedua-dua sektor awam dan swasta tidak mengambil pekerja sekarang. Namun, kita tetap mengeluarkan hampir 250,000 graduan setiap tahun! Dan mereka semuanya mencari pekerjaan!

Dua daripada pembicara kita menganggur. Tiga yang lain pula bekerja bersama NGO dan salah seorang dari mereka, lebih dari satu NGO! Dan kesemua mereka bimbang ramai lagi para pelajar akan bergraduasi dalam masa terdekat!

Para pembicara menelusuri permasalahan pada zaman Mahathir. Mereka memang betul. Tahun 1996, Akta Pengajian Tinggi serta dua akta berkaitan diluluskan. Akta baru itu membenarkan perlesenan serta penubuhan universiti swasta tempatan serta kolej berkembar swasta (private twinning colleges) buat pertama kali.

Kesannya, undang-undang baru ini membenarkan penswastaan pendidikan tinggi di Malaysia, berjalan seiring dengan bagaimana idea Dr Mahathir Mohamad dan menteri kewangannya, Daim Zainuddin, telah menswastakan sektor dan aset awam (seperti Telekom, Lembaga Elektrik Negara, sekarang Tenaga Nasional, penyiaran, Keretapi Tanah Melayu, penerbangan, perawatan dan pengagihan air, perawatan kumbahan, pelabuhan serta lebuhraya).

Berikut beberapa data statistikal yang penting bagi merenung soalan ketiga ini.

Pada 1990, hanya ada sembilan universiti awam. Pada 2013, ada 20. Selepas mengubah beberapa kolej teknikal serta perguruan menjadi universiti, kita sekarang mempunyai 26 universiti awam. Seiring dengan keperluan bagi pendidikan dan latihan vokasional dan teknikal, kerajaan juga menubuhkan 32 politeknik lain serta 84 buah kolej komuniti yang didanai orang awam pada 2013.

Sementara itu, sektor pengajian tinggi swasta turut berkembang pesat. Pada 1995, tidak ada satu pun universiti swasta. Pada 2001, 16 sudah menerima lesen. Pada 2013, ada 47 buah universiti swasta serta kolej universiti di seluruh negara. Juga pada tahun itu, 390 kolej swasta yang lain turut didaftarkan, di mana kebanyakannya menjalankan kursus yang mengeluarkan sijil dan diploma, dan tidak semestinya program ijazah.

Kesannya, bilangan pelajar yang memasuki pengajian tinggi meningkat. Mengikut statistik Kementerian Pendidikan, jumlah pelajar yang memasuki institusi awam dan swasta meningkat dari 170,000 pada 1985 kepada 230,000 pada 1990, kepada 550,000 pada 1999, sehinggalah kepada 1.3 juta di tahun 2012. Pada tahun yang sama, hampir 584,000 pelajar memasuki universiti awam, kolej latihan perguruan, politeknik serta kolej komuniti bagi mendapatkan ijazah, diploma dan sijil kursus.

Lebih dari itu, Malaysia mula menggambarkan dirinya sebagai hub pengajian serantau dan mula merekrut pelajar yang sanggup membayar dari Indonesia, negara Asean lainnya, China, Sri Lanka, Pakistan, di seluruh pelusuk Asia Tengah, serta Afrika Barat dan Timur.

Seorang dari pembicara yang menganggur merasa tekanan dari persaingan yang berlaku dengan pelajar lainnya, bukan saja dari pelajar Malaysia tetapi juga pelajar asing. Tidaklah memelikkan jika ianya semakin menyukarkan bagi anak muda, dengan atau tanpa ijazah atau diploma, untuk mencari pekerjaan bagi jangka masa panjang.

Para pembicara berpendapat bahawa sektor pengajian tinggi swasta perlu diperlahankan. Melihat kepada iklan, anda dapat memerhati bagaimana institusi ini cuba untuk merekrut lebih ramai pelajar ketika tempoh kuncitara ini. Namun, ekonomi semakin menguncup dan tiada pekerjaan pula. Namun, untuk membendung sektor awam bukanlah sesuatu yang senang untuk dilakukan.

Barangkali para pembicara tidak dapat mengingati mengapa perkembangan pesat pendidikan tinggi di Malaysia ini dicetuskan atas sebab apa, tiga dekad yang lalu. Faktanya, sektor universiti swasta dibenarkan untuk ditubuhkan bagi menyediakan peluang kepada pelajar Malaysia, khususnya bukan bumiputera, untuk menyertai universiti. Pada tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an, ketegangan etnik memuncak, berpunca dari persaingan untuk memasuki universiti awam yang sedikit itu, yang hanya menyediakan tempat yang terhad. Mengikut sistem kuota yang diperuntukkan Dasar Ekonomi Baru pada 1971, kuota terhad dijalankan bagi kemasukan ke universiti awam, apatah lagi kursus yang didamba-dambakan seperti perubatan, perundangan dan kejuruteraan.