APA NASIB ANAK MUDA MALAYSIA SIRI 2

 


Apa nasib anak muda Malaysia?

Anak muda zaman sekarang menhadapi pelbagai cabaran besar dalam bidang politik, pengajian and perkerjaan

By

 Francis Loh

 -

19 Jul 2021

Webinar anak muda Aliran



APA NASIB ANAK MUDA  SIRI 2

 

Soalan-soalan hangat

Berikutnya, saya akan merumuskan isi-isi utama yang dibangkitkan di dalam perbincangan. Namun, saya tidak menamakan isi-isi yang dibangkitkan kepada pembicara yang tertentu (kerana sebahagiannya saya lupa siapa yang menyebut apa!).

Di dalam beberapa bahagian, saya akan menambah beberapa data tambahan dan mengulas analisa yang tidak dibangkitkan secara terus oleh para pembicara. Pun, ianya, saya percaya, mengikut apa yang dibincangkan oleh mereka.

Soalan 1: Bagaimanakah kalian mengkategorikan anak muda di Malaysia? Adakah ianya pengkategorian yang berguna di dalam konteks politik di Malaysia?

Kemungkinan besar, ianya sesuatu yang masuk akal untuk mengkategorikan anak muda kepada mereka yang, misalnya, berumur 18 – 30. Barangkali, tempoh paling kritikal bagi anak muda adalah apabila kita berumur 20 – 29. Kesemua pembicara juga kritikal dalam melihat pengkategorian mereka yang di dalam lingkungan 40-an sebagai anak muda, seperti yang dilakukan oleh parti politik.

Seringkali, ketua serta penjawat parti seperti Pemuda Umno, Pemuda MCA serta Pemuda MIC kebanyakannya adalah berumur 40-an. Bagi para pembicara, ianya seakan-akan terpaksa membuntuti mereka yang berumur, kerana dengan mengekalkan jawatan, mereka yang berumur 40-an ini menafikan mereka yang muda peluang untuk memimpin serta menonjolkan kebolehan untuk membuat kerja dengan lebih baik berbanding mereka yang berumur 40-an.

Walaupun begitu, kesemua pembicara merasakan bahawa ianya juga penting untuk mentaksir ‘anak muda’ secara subjektif – misalnya, adakah kita merasa tua atau muda? – berbanding secara ‘objektifnya’ mengikut umur seseorang.

Menjadi anak muda, ada beberapa yang mengulas, sebagai sebuah ‘proses kemenjadian’. Kerana anak muda, secara asasinya, adalah kelompok yang berada dalam peralihan – tidak hanya anak remaja yang berfoya-foya namun tidak pula orang dewasa matang dengan tanggungjawab. Salah seorang pembicara ada menyebut bagaimana takrifan ‘habitus’ berguna dalam kita memahami keadaan menjadi anak muda itu. Mudahnya, ianya sebuah orientasi kebudayaan serta perasaan yang membezakan seseorang individual sebagai ‘makhluk dalam peralihan’, di dalam sebuah proses kemenjadian.

 

Isi berikutnya tidak ditimbulkan dari perbincangan, namun saya ingin mengulas tentang habitus menjadi anak muda, dan membezakannya dengan habitus menjadi dewasa, atau apa yang saya takrifkan sebagai menjadi “dewasa sepenuhnya”.

Kita mempunyai tanggapan, dan saya percaya kita dapat membuktikannya, bahawa anak muda lebih bersedia mencuba benda baharu, melawan norma, untuk memprotes serta melawan lebih dari mereka yang berumur.



Ada yang kata mahu cuba benda baru? Zikri sedang menjalani pengajian peringkat sarjana di Taiwan – ALIRAN

Namun, keadaan berubah dengan drastik apabila seseorang mula untuk menjadi dewasa dan “settle down”. Bagi orang dewasa, kita mula untuk berdampingan dengan pasangan, dan bila sudah mula berkahwin dan punya anak, seseorang mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan dan anaknya, serta dirinya sendiri. Ini juga bermaksud bahawa seseorang mula untuk ‘membina’ hidup (bukan tinggal di rumah bujang, atau sambung tinggal di rumah ibu bapa), mungkin memerlukan kenderaan serta mula menyimpan wang bagi pendidikan anaknya, membeli rumah dan ada simpanan kecemasan.

Apabila seseorang memegang tanggungjawab dan memerlukan cukup pendapatan untuk keseluruhan keluarganya, pasti, seseorang itu akan kurang bersedia untuk mencuba benda baharu, melawan norma, keluar protes atau melawan. Inilah habitus para orang dewasa, lebih-lebih lagi pada mereka yang semakin berusia. Untuk memahaminya dengan cara berbeza, anak muda, tidak sama dengan yang dewasa, di mana mereka tidak akan rugi apa-apa dan barangkali, akan mendapat manfaat pula. Jadi, seseorang itu mungkin bersedia mencuba perkara baharu, mengambil risiko serta lebih cenderung melawan. Orientasi kebudayaan yang sebeginilah, yang ditanggapi dari tindak balas terhadap sesetengah cabaranlah, yang membentuk habitus para anak muda.

Apa ditanya oleh Azmil, kesemua lima pembicara mengulas bahawa tidak ada bentuk politik tertentu yang dapat dimaknakan sebagai ‘politik anak muda’. Malahan, penglibatan anak muda di dalam politik juga tidak semestinya progresif. Ia boleh menjadi, seperti disebut salah seorang pembicara, pisau “bermata dua”.

Benar, anak muda boleh menjadi mereka yang sedar secara politikal, progresif serta kritikal. Misalnya, politik anak muda boleh melihat kepada Angkatan Pemuda Insaf (API), yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, di dalam perjuangannya menuntut kemerdekaan.

Atau barangkali ianya berubah menjadi konservatif seperti yang seringkali ditempelkan kepada Mat Rempit yang juga kecewa dengan kekangan sosial yang dihadapi mereka, namun tidak dapat mengungkapnya dengan cara lain kecuali dengan melanggar undang-undang keselamatan jalanraya menerusi perlumbaan motorsikal yang cukup merbahaya.

Atau, kita juga dapat melihat anak muda yang menguar-uarkan politik reaksionari cara lama lewat etno-keagamaan yang mendiskriminasi mereka dari latarbelakang etnik serta agama. Mereka boleh jadi anak muda namun politik mereka hanya mengikut acuan pemimpin mereka yang lebih tua dalam menjalankan politik yang eksklusif. 

Benar, kita tidak boleh membicarakan hanya satu bentuk politik anak muda. Politik anak muda, seperti politik di Malaysia, seringkali ditandingi seperti ‘pisau bermata dua’. Namun, ia merupakan sifat alamiah anak muda untuk mencabar kuasa dominan serta naratif arus perdana. Namun, protes anak muda tidak semestinya progresif. Dan tidak pula secara automatik konservatif.

Soalan 2: Adakah pengangguran serta penggunaan tenaga tidak penuh (underemployment) sesuatu yang serius melanda anak muda di Malaysia? Adakah arus ini beriringan dengan perkembangan ‘ekonomi gig’ serta melemahkan hak pekerja. Apakah tanggapan kalian tentang hal ini?

Apa yang ditanggapi sebagai ekonomi sementara (gig) merujuk kepada pasaran buruh yang biasanya bercirikan kontrak jangka masa pendek atau bekerja bebas, yang berbeza dengan pekerjaan tetap. Tidak dinafikan, ekonomi sementera seperti ini sudah pun berkembang hampir sedekad sekarang. 

Lebih ramai orang, terutamanya anak muda yang terperangkap dengan ekonomi sementara ini. Malahan, ramai anak muda, yang biasanya belajar sains sosial, kemanusiaan dan komunikasi massa, tertarik kepada bentuk ekonomi sebegini, misalnya menjadi majikan bagi projek jangka masa pendek, seperti menganjurkan Georgetown Festival; menulis artikel bagi penerbitan luar dan dalam negara berdasarkan bilangan artikelnya; serta menjalankan wawancara bagi bancian 2020. Terdapat segelintir anak muda diambil kerja oleh NGO tempatan bagi meneruskan agenda mereka. Beberapa pembicara kita sendiri sebenarnya beroperasi di dalam ekonomi sementara begini. Mereka diambil kerja bergantung kepada projek yang ada.


BERSAMBUNG KE SIRI KE 3