TENGKU RAZALEIGH HARUS SEFAHAM ANWAR Siri 3


 


telah dibungkus sebahagian sejarah. Buruk sangat nampaknya. Carilah isu lain yang lebih munasabah dan dapat diterima khalayak.

Secara tidak langsung, apabila menjadikan soal pengampunan, ertinya Kamal dan Ku Li sendiri menerima hakikat kelayakan (eligble) Anwar untuk jadi Perdana Menteri, hanya masalah pengampunan yang mereka tafsirkan sebagai menghalangnya. Hakikatnya Anwar memang layak dan tepat untuk jadi perdana menteri.

Perkara kedua yang perlu difikir dan tidak mudah diterima mengenai "dapatan" disebut bekas Exco pemuda Umno itu, tentang cerita Ku Li akan dilantik jadi perdana menteri intrim atas kehendak Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Untuk melayakkan Ku Li sebagai perdana menteri Kamal menceritakan jasa-jasa dan peranan Ku Li selama ini. Berdasarkan jasa besar itu memang Ku Li layak.

Tidak dinafikan apa yang dilakukan Ku Li ke atas negara selama ini, khasnya dalam aspek ekonomi dan kemajuan orang Melayu memang tidak terhitung. Jasa Ku Li sangat besar. Tidak boleh nafikan Ku Li seorang anak raja berjiwa rakyat. Anak Raja Kelantan itu dengan kebijaksanaan politiknya telah menyelamatkan banyak khazanah negara daripada dijarah orang asing, seperti memansuhkan perjanjian hak cari gali minyak yang diperolehi oleh Syarikat Shell.

Beliau juga seperti disebut Kamal, kejayaan besar Ku Li telah membawa pulang syarikat perladangan dan komoditi yang berpejabat di London seperti Guthrie, Dunlop dan lain menjadi hak milik negara. Ku Li juga bertanggungjawab mengajar, mendidik dan menempatkan orang Melayu mengenai saham, menempat dan memberi peluang kepada anak-anak Melayu menguruskan institusi kewangan dan ekonomi sendiri dengan mewujudkan PNB, Petronas dan bank-bank.

Sehingga kini Malaysia belum mempunyai seorang pakar ekonomi dan kewangan sehebat Ku Li yang diiktiraf bukan saja dalam negeri tetapi di luar negara juga. Sejarah besar Ku Li ialah menjadi Menteri Kewangan pertama dari kalangan kaum Bumi dan pernah dilantik menjadi presiden Bank Dunia. Dengan reputasinya itu beliau memang layak jadi perdana menteri. Ku Li lebih layak daripada tiga perdana menteri sebelum ini, Abdullah Ahmad, Najib Razak dan Mahiaddin Yassin waktu ini.

Namun sayang, segala jasa-jasa besar dan budi tinggi Ku Li kepada orang Melayu dan Malaysia itu tidak dinilai dan dihargai oleh parti Umno sendiri untuk menghadiahkan beliau jawatan perdana menteri. Tanpa memberi kesempatan itu Malaysia mengalami kerugian kerana tidak menggunakan eset dan pakar yang ada. Itulah nasib malang diterima Ku Li beliau sama seperti Hang Nadim yang dibunuh kerana kecerdikan atau seperti Hang Jebat yang dibunuh kerana kesetiaan dan keberaniannya.