Mengenai kononnya beliau akan dilantik jadi PM atas perkenan
Agong dan Raja-Raja, ia masih boleh dibahaskan walaupun kuasa itu ada kepada
Yang di-Pertuan Agong. Agong memang mempunyai kuasa melantik mana-mana ahli
Parlimen yang mendapat sokongan majoriti sebagai perdana menteri. Soalnya, apakah
syarat lazim itu perlu mendapat sokongan ahli Parlimen diperolehi Ku Li?
Biarlah tanpa mendapat sokongan dengan menggunakan kuasa yang
dimiliki Yang di-Pertuan Agong beliau boleh dilantik. Soalnya pula sediakah
Agong "melanggar" tradisi amalan demokrasi sebelum ini. Apakah tidak
bagi yang di-Pertuan Agong menilai kesan politik, kestabilan negara apabila
baginda membuat lantikan ada kehendaknya tanpa mengambil kira naluri demokrasi
dan aspirasi rakyat? Macam mana seorang perdana menteri yang tidak mendapat "perkenan"
demokrasi akan disokong?
Nasib dialami Mahiaddin hari ini yang diberi perkenan sebagai
perdana menteri oleh Agong sedang berhadapan dengan serangan dan cemuhan
rakyat, tentu diambil kira oleh Agung, tetapi terlupa dihitung oleh mereka yang
ghairah untuk menjadikan Ku Li sebagai PM.
Saya tidak mahu mengulas panjang soal ini, orang yang cerdik dan
arif dalam soal demokrasi dan perlembagaan mungkin dapat membuat kesimpulan
sendiri. Tetapi bagi saya apa dibayangkan oleh Kamal itu seperti jauh panggang
daripada api. Asap ada tetapi tidak datang dari bara tetapi dari wap sungai dan
lautan. Namun cara saya berfikir tidak perlu diikuti kerana saya ada firasat
tersendiri yang agak berbeza dengan banyak orang. Saya adalah saya.
Untuk menguatkan hujjah dan rasa tidak yakin saya, tidaklah saya
hendak membuka bungkusan cerita lama, yang macam mana, sudah berpuluh kali Ku
Li hendak diangkat jadi perdana menteri. Satu masa kononnya Ku Li sudah pun
bersiap sedia untuk berangkat ke majlis angkat sumpah. Cerita ini datang
daripada "jong dondang" yakni orang mengeliling Ku Li, tetapi Ku Li
sendiri hanya terus berkata, kuasa Allah sahaja yang boleh menjadikan beliau
perdana menteri. Kun fayakun.
Berbalik kepada "dapatan" Kamal Amir tadi kita terima
sahaja ia sebagai cerita penglipur lara di era kita dikongkong di rumah kerana
Covid-19. Setidak-tidak cerita dan dapatan Kamal temui itu boleh dijadikan
bahan hiburan bersama dan topik perbahasan. Catatan ini dinukil juga kerana
dapatan itu.
Tengku Razaleigh dan Anwar.
Apabila bercerita perihal Ku Li hendak jadi PM, naratifnya sama
dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Cerita ini sudah usang dan didendangkan begitu lama sekali.
Klasikalnya sama dengan dendangan lagu dan irama Anwar Ibrahim nak jadi perdana
menteri. Sebermula Tengku Razaleigh tentang Dr Mahathir Mohamad (OT95) secara
realistik pada tahun 1987, di sini cerita Tengku Razaleigh hendak jadi PM
bermula.
Manakala Anwar pula bermula 11 tahun kemudian pada tahun 1998
tatkala beliau dipecat daripada Umno. Tetapi Ku Li lebih awal memasang
angan-angan dan diberikan harapan untuk jadi PM berbanding Anwar. Makenismanya
sama sahaja dengan menubuhkan wadah sendiri.
Ku Li menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46) manakala Anwar
menubuhkan Parti Keadilan Nasional (PKN) tahun 1998 yang kemudian jadi PKR
setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Bagaimana pun parti Ku Li
sudah lama ghuyup, tetapi parti Anwar masih berkembang biak hingga sekarang.
Kalau Ku Li tidak bubar S46 kemudian bergabung dengan PKR tahun 2000 ketika itu
lagi BN dan Mahathir sudah hanyut.
Kedua mereka adalah mangsa Dr Mahathir. Mereka dipancung dan
dinafikan kehebatan dan kebolehan masing-masing kerana Mahathir sedar mereka
adalah pesaing utama dan individu yang boleh menggagalkan gagasan besar
Mahathir.
Cara Mahathir "mematikan" kerjaya mereka juga hampir
sama starteginya mengaibkan mereka dengan mendedahkan keburukan mereka. Ku Li
dikaitkan dengan skandal BMF manakala Anwar dikaitkan dengan skandal sex dan
salahguna kuasa kemudian disumbat ke dalam penjara. Ku Li tidak sempat masuk ke
penjara kerana bukti-bukti mengaitkan beliau dengan jenayah gagal diperolehi.
Kedua senjata itu akhirnya ternyata palsu menyebabkan Mahathir dikecam.
Setelah gagal dalam menggunakan senjata fizikal dengan fitnah
dan konspirasi, Mahathir ubah dengan mengambil pendekatan psikologi berbaik
dengan Ku Li dan Anwar. Apabila Ku Li tubuh Semangat 46, menjadi parti saingan
Umno, yang boleh membahayakan Umno, Mahathir memujuk semula Ku Li agar
membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno kembali. Atas pujukaan dan janji
kononnya Ku Li akan diberi laluan jadi perdana menteri, Ku Li akur dan
memaafkan penzaliman Mahathir ke atasnya.
Demikian juga Anwar, setelah gagal mematikan Anwar walaupun
dipenjara, dan melihat PKR berpotensi menjadi parti utama, akhirnya beliau
mengubah pendekatan berbaik dengan Anwar. Beliau menelan segala ludah dan
kahaknya demi mencapai tujuan asalnya bagi mengkhianati Anwar. Beliau sedar
Anwar perlu dilawan dari dalam setelah secara di medan perang beliau akan
gagal. Beliau lantas tubuh parti PPBM dan bergabung dengan Anwar. Selepas
menang beliau lupa segala janji-janjinya. Mahathir persis Anjing yang biasa
makan tahi... tak makan dihidunya.
Ku Li dan Anwar perlu menganalisa perjalanan politiknya yang
menjadi mangsa kepada Mahathir ini. Mereka perlu mengingati segala sejarah
pahit maung dikhianati Mahathir ini. Mereka juga perlu bijak mengenali politik
bipola Mahathir dan aksi dan tindak politiknya. Mahathir masih hidup dan terus
aktif memainkan peranannya. Apakah tidak mungkin dalam beliau kini kesepian,
ditolak oleh banyak pihak, beliau terus mencocok jarum jahatnya bagi melagakan
Ku Li dengan Anwar.
Sebelum ini Mahathir pernah mengadakan kenyataan akhbar bersama
Ku Li menjelang sidang parlimen. Kononnya mereka bergabung dan mendapat
sokongan ahli Parlimen untuk menjatuhkan Mahiaddin Md Yassin. Mereka berdua
bergerak berasingan dengan PH. Sidang akhbar mereka berdua itu sempat
menggemparkan negara. Tetapi apa kesudahannya. Habuk pun tadak. Saya difahamkan
Ku Li dengan sidang akhbar itu Ku Li ditipu Mahathir sekali lagi.
Mahathir memang licit, dan mereka (Ku Li dan Anwar) tidak boleh
menganggap mampu untuk mendepani Mahathir secara bersendirian. Dalam soal ini,
soal siapa nak jadi perdana menteri antara Ku Li dengan Anwar tidak timbul.
Seperti mana kata Kamal, Ku Li tidak ada masalah dengan Anwar. Saya kira Anwar
juga tidak ada masalah dengan Ku Li. Kalau apa yang sedikit membedzakan latar
belakang mereka seorang bangsawan seorang rakyat biasa. Idealisme tetap sama.
Tetapi perbezaan yang kecil itu tidak perlu dijadikan alasan, persefahaman dan
iltizam mereka untuk rakyat dan negara boleh memadukan mereka.
Dalam hal ini Ku Li harus lebih sedar diri dan kedudukan. Beliau
perlu mengakui bahawa pengaruh Anwar dalam politik multiracial lebih besar
berbanding dengan auranya yang terus dianggap sebagai feudalisme sistem yang
sudah tidak popular lagi. Lagi pun Anwar menguasai parti sebagai presiden,
beliau hanya ketua bahagian sahaja. Pengaruh politik dan rakyat berpihak kepada
Anwar.
Bagi saya kedua mereka tidak perlu bergerak secara terpisah.
Memasang angan-angan untuk jadi perdana menteri tidak salah, tetapi apa yang
perlu diinsafi kepada realiti hari ini. Kalau mereka benar-benar jujur mahu
membina semula negara, memulihkan semula kedudukan rakyat dari terus ditindas
oleh kebobrokan pemerintah yang gagal kini, mereka perlu sefaham antara satu
sama lain. Carilah jalan dan ikhtiar bagaimana untuk keduanya duduk bersama.
Sekali lagi saya ingin sebutkan baik Ku Li dan Anwar perlu ingat
musuh mereka sebenar, atau orang yang memastikan kedua-duanya tidak akan
mencapai cita-cita itu bukan orang lain tetapi MAHATHIR BIN MOHAMAD. Jika
terjadi persefahaman antara keduanya, Singa tua itu akan kehilangan arah dan
akan mengakhiri hajat dalam gua penuh kesepian. Adapun Mahiaddin Md Yassin atau
Hishammuddin Hussein hanya kekabus kering sahaja yang akan melayang dan hilang
dengan sendiri. [wm.kl.12:15 pm 25/06/2021]
Link : http://msomelayu.blogspot.com/.../tengku-razaleigh-harus...