FB MAN TOBA
Tsar Bomba merupakan nama bagi sebiji bom nuklear yang
menghasilkan letupan paling kuat yang pernah dijalankan dalam sejarah dunia.
Bom ini telah di uji disebuah kawasan bernama Novaya Zemlya,
Russia pada 30 Oktober 1961.
Kekuatan bom ini sebanyak 50 mega tan, ianya bersamaan 1,400
kali ganda kekuatan 2 bom atom yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki.
Kekuatan asal bom ini adalah 100 mega tan, tapi telah
dikurangkan mengelakkan pesawat yang melepaskan bom ini terkena kesan sekali.
Bom seberat 27 tan dan sepanjang 8 meter ini digugurkan guna
payung terjun dari ketinggian 10.5 km dan meletup pada ketinggian 4 km.
Bola api hasil letupan yang terhasil teramatlah besar,
berdiameter 8 kilometer dan ia boleh dilihat sejauh hampir lebih 1000
kilometer.
Mushroom cloud yang terbentuk selepas itu mencecah ketinggian
sekitar 64 kilometer.
Kesan terbakar dari letupan tersebut boleh dirasai sejauh 100 km
dari kawasan ujian.
Dipercayai tingkap kaca rumah turut pecah yang dilaporkan sejauh
finland dan Norway.