FMT Reporters
Tanda pagar #KerajaanBodoh kini trending di Twitter.
PETALING
JAYA: Berikutan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan peraturan dan prosedur
operasi standard (SOP) lebih ketat dalam mengekang penularan Covid-19, tanda
pagar #KerajaanBodoh kini trending di Twitter.
Pengguna
media sosial dilihat berkongsi ciapan tanda pagar #KerajaanBodoh untuk
menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang didakwa gagal mengekang
penularan Covid-19 dengan berkesan termasuk meluahkan rasa tidak puas hati
apabila kerajaan dilihat mengutamakan sektor ekonomi berbanding nyawa rakyat.
Sehingga
8.30 malam, lebih 15,800 ciapan menggunakan tanda pagar #KerajaanBodoh dikongsi
pengguna media sosial bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.
Seorang
pengguna @izzaire15 berkata, “akhirnya duit adalah lebih penting. Sebab itulah
kerajaan mengutamakan ekonomi berbanding nyawa manusia. Sedih tapi benar”.
@MuazMohd94 pula secara sinis mengucapkan tahniah atas apa
dilakukan kerajaan hingga mengakibatkan angka jangkitan Covid-19 menjadi antara
yang tertinggi di dunia.
“Tahniah Kerajaan PN. Kita kini nombor 1 di dunia #KerajaanBodoh
#KerajaanGagal,” katanya.
“Makin hari makin melampau kerajaan ni. Jika tak boleh
kendalikan kes, letak jawatan dan biarkan orang lain yang mengendalikannya,”
kata @firdausazman52.
Dalam pada itu, warganet “Shahmin”, dalam respons terhadap
berita pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga kini dilaporkan
sudah mengeluarkan RM78 bilion daripada program i-Sinar dan i-Lestari turut
menyindir kerajaan.
“Orang ramai menggunakan wang persaraan mereka untuk terus
hidup,” katanya.
Seorang lagi pengguna, yang menggunakan nama “Mira” turut meletakkan gambar Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardem dalam Twitternya dengan kapsyen “Boleh kita pinjam beliau untuk sebulan dua bagi mengakhiri #KerajaanBodoh?” soalnya.