Ni gambar raya baru² ni, lengkap semua ada. Ni kisah di Sg.
Besi.
Ibunya (No.1) kena Covid asbab gi urus jenazah yg disembunyikan
status covid. Beberapa jam selepas isteri meninggal, si ayah (No.2) pula
meninggal.. Dua² meninggal kelmarin..
Pagi tadi anak bongsu (No.3) meninggal setelah kritikal
bertarung di ICU..
Sekarang menantu (No.4) dan babynya (No.5) tengah kritikal..
Anak dorang (No.6) tu polis dah lengkap vaksin 2 dos. Sekarang
ni tengah self quarantine dengan adiknya (No.7) di rumah..
Ya Allah cepatnya semua berlaku...
https://www.hmetro.com.my/.../saya-kehilangan-mak-ayah-adik
Kuala Lumpur: Potret bersama keluarga menyambut Aidilfitri tahun
ini menjadi kenangan terakhir buat Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran apabila
kehilangan insan tersayang, ibu bapa dan adiknya yang meninggal dunia akibat Covid-19.
Bapanya, Amran Sadon, 56, dan ibunya, Hasminah Parmin, 57,
meninggal dunia Jumaat lalu ketika menerima rawatan di Hospital Cancelor Tunku
Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, Khamis lalu.
Manakala, adiknya Muhammad Luqman Idham Amran, 20, pula menghembus
nafas terakhirnya jam 6 pagi hari ini ketika menerima rawatan di Hospital
Sungai Buloh, Selangor.
Lebih menyedihkan, Siti Nurul berkata, arwah orang tuanya juga
tidak sempat meninggalkan pesanan buat dirinya selepas dimasukkan ke hospital.
Menurutnya, arwah ibu dan bapanya disahkan positif Covid-19 pada
17 Mei lalu selepas menjalani ujian calitan sehari sebelum itu.
"Sepanjang Ramadan lalu mereka ada mengerjakan solat
tarawih di surau berhampiran rumah kami di Pangsapuri Permai, Jalan Landai
Permai, Sungai Besi dan kemungkinan mendapat jangkitan daripada situ.
"Selepas mengetahui mereka positif saya dan adik-beradik
membuat ujian sama namun hanya adik yang disahkan positif manakala saya
negatif," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul
berkata, ibunya dihantar ke HCTM pada petang Khamis lalu kerana keadaannya yang
semakin teruk ketika itu.
"Namun apabila saya memberitahu arwah ayah, emak semakin
kritikal, tiba-tiba ayah mengadu sesak nafas sebelum kami menghubungi ambulans
dan dia dihantar ke hospital sama pada sebelah malam.
"Namun mereka gagal diselamatkan dan meninggal dunia
keesokannya dan yang ralatnya, mereka tidak sempat meninggal apa-apa pesanan
buat saya," katanya.
Katanya, adiknya yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh
juga hilang semangat apabila mengetahui ibu bapanya sudah tiada.
"Namun tidak sangka hari ini adik pula pergi meninggalkan
kami.
"Saya bersama anak buah, adik ipar juga perlu menjalani
kuarantin sehingga 30 Mei ini selepas menjalani ujian calitan jam 10 pagi
tadi," katanya.
Katanya, dia berharap dirinya dan keluarga adiknya tidak
dijangkiti Covid-19.
"Arwah orang tua saya selamat dikebumikan di tanah
perkuburan Islam di Sungai Besi sekitar jam 4 petang Jumaat lalu sementara adik
dikebumikan jam 1 tengah hari tadi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh
Eng Lai mengesahkan seorang anggotanya kini menjalani kuarantin selepas ibu
bapa dan adiknya meninggal dunia akibat Covid-19.
"Anggota polis terbabit sudah dipanggil Kementerian
Kesihatan Malaysia Cheras untuk menjalani ujian calitan.
"Setakat ini, IPD beroperasi seperti biasa dan kawasan ini
memang sentiasa disanitasi bagi mengelakkan penularan Covid-19," katanya.
Status Credit To Mohd Fauzi Mohd Azmi