Kenyataan Media 17 September 2020
Kenyataan Media
17 September 2020
Perlantikan Daing Muhammad Reduan sebagai Penyelaras DUN Lembah Jaya perlu ditangguhkan sehingga Biro Displin mengambil tindakan atas insiden keganasan fizikal yang dilakukan terhadap Calon Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang lepas
Saya mengikuti perkembangan terkini berkenaan isu perlantikan Daing Muhammad Reduan bin Bachok sebagai Penyelaras DUN Lembah Jaya oleh pimpinan Negeri Selangor perlu ditangguhkan sehingga satu tindakan disiplin diambil terhadap beliau atas sebab mencetuskan insiden keganasan dan berkelakuan samseng terhadap Calon Timbalan Presiden, tuan Rafizi Ramli ketika pemilihan parti
Insiden yang berlaku pada 3 November 2018 di Keningau, Sabah di mana Rafizi Ramli telah diserang. Daing Muhamamd Reduan secara langsung terlibat dalam kekecohan dan keganasan yang sengaja dicetuskan untuk mencederakan Tuan Rafizi Ramli. Daing Muhammad Reduan tidak pernah menafikan penglibatan dia dalam kejadian tersebut dan tidak pernah sekali pun memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.
Bagi Angkatan Muda KEADILAN, segala kekerasan atau serang fizikal adalah tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan, lebih-lebih lagi dengan melantik anggota tersebut sebagai Penyelaras KEADILAN yang akan mewakili parti di kawasan tersebut.
Perlantikan Penyelaras DUN yang akan mewakili parti sepatutnya dibuat berdasarkan ciri seorang pemimpin yang beramanah, berintegriti, berjiwa rakyat dan dihormati serta disanjungi oleh orang ramai. Saya berpendapat bahawa dengan lantikan seseorang yang berkelakuan samseng sebegini sebagai Penyelaras Dun hanya akan mencalarkan imej KEADILAN di kawasan tersebut.
Saya berharap pimpinan KEADILAN terutamanya pimpinan MPN Negeri Selangor dan Pusat menarik balik perlantikan Daing Muhammad Reduan sebagai Penyelaras DUN dan Biro Disiplin perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap Daing Muhammad Reduan atas insiden keganasan itu.
Chan Chun Kuang
Pengarah Komunikasi
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Muhyiddin, si calon pilihan raya Sabah
Pada 17 September
2020
oleh Liew Chin Tong
Oleh Liew Chin Tong
(Pengerusi DAP Johor, Ahli Dewan Negara)
Saya sedang di Sandakan, berkempen
untuk gabungan Warisan Plus. Di sepanjang jalan-jalan utama Sandakan,
poster-poster dihiasi wajah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terpampang
merata-rata, seolah-olah beliau lah yang bertanding dalam pilihan raya negeri
Sabah pada 26 September nanti.
Jangan tersilap. Masa depan politik
Muhyiddin bergantung kepada hasil pilihan raya ini. Pertaruhan bagi Muhyiddin
amatlah tinggi, bahkan lebih tinggi berbanding Dato’ Seri Shafie Apdal.
Ini sememangnya perlawanan antara
Shafie Apdal dengan Muhyiddin Yassin!
Ternyata Muhyiddin si calon pilihan
raya dan pesuruhnya, Setiausaha Agung Bersatu merangkap Menteri Dalam Negeri
Dato’ Seri Hamzah Zainuddin adalah pencetus pembubaran Dewan Undangan Negeri
Sabah. Mereka perlu dihukum atas cubaan menjatuhkan kerajaan yang terbina atas
mandat rakyat negeri Sabah.
Untuk gambaran yang lebih jelas,
mari kita menghimbau semula kejadian-kejadian pada penghujung Februari bagi
memahami kenapa si Muhyiddin ini perlu menumbangkan kerajaan negeri pimpinan
Shafie.
Rampasan kuasa separuh masak
Perancang Langkah Sheraton telah
membuat satu andaian dangkal bahawa Shafie Apdal dan mantan perdana menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad memihak mereka untuk mencukupkan bilangan, dan mereka
memiliki sejumlah 130 kerusi.
DAP, PKR dan Amanah mempunyai 92
kerusi sehingga Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat Jugah Muyang memihak kepada
Muhyiddin.
Mahathir dan Shafie kedua-duanya
tidak hadir ke hotel Sheraton pada petang Ahad 23 Februari.
Mahathir enggan menyokong rampasan
kuasa terbabit dan seterusnya meletakkan jawatan pada hari Isnin 24 Februari.
Di tengah kekeliruan sekitar persoalan Kerajaan Perpaduan, Pakatan Harapan
memutuskan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana
Menteri pada petang Selasa 25 Februari, dan mengulangi sokongan tersebut di
Istana Negara pada Rabu 26 Februari.
Selepas kenyatan daripada pihak
Istana Negra pada jam 4 petang Jumaat 28 Februari, kami berjaya memulihkan
komunikasi antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad, serta
berbincang untuk kembali berpakat dalam satu mesyuarat di kediaman peribadi Dr
Mahathir pada jam 8 malam.
Pihak Anwar bersetuju untuk kembali
berama Mahathir dan mesej itu disampaikan kepada Mahathir pada jam 8 pagi,
Sabtu 29 Januari.
Saya turut hadir sama dalam
pertemuan itu.
Dengan segera, Syed Saddiq Syed
Abdul Rahman menelefon Darell Leiking yang berada bersama Shafie Apdal. Melalui
panggilan telefon, Shafie menyatakan sokongan parti Warisan terhadap kerajaan
gabungan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Mahathir.
Pada pagi bersejarah 29 Februari
itu, Shafie lah yang telah membuat suatu ketetapan tegas. Walaupun Muhyiddin
mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac, angan-angannya untuk
memerintah dengan sejumlah 130 kerusi telah dinafikan oleh kedua-dua Mahathir
dan Shafie. Kerajaan Muhyiddin berdiri tempang dengan majoriti satu digit sejak
awal lagi, dan kini berada pada angka 113 berbanding 109.
Pakatan Plus berjaya mengekalkan 109
kerusi, bukan 91 atau 92 disebabkan peranan yang dimainkan oleh Shafie dan
Warisan.
Sabah Memimpin Malaysia
Setelah bertahun-tahun diperhambakan
Kerajaan Persekutuan yang didominasi Umno, rakyat Sabah tidak percaya bahawa
mampu menentukan masa depan Malaysia.
Tetapi Shafie dan Ahli-ahli Parlimen
Sabah adalah umpama sembilu bagi Muhyiddin, dan menjadi penentu permainan bagi
beliau sejak 29 Februari lagi.
Muhyiddin kemudiannya menghantar
Hamzah Zainuddin ke Sabah untuk ‘berbeli belah’. Akhirnya pada 29 Julai, sehari
selepas mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman
penjara 72 tahun; mantan ketua menteri Tan Sri Musa Aman mengumumkan beliau
mempunyai sokongan majoriti.
Dan jangan pula kita terlupa – pada
9 Jun, Jabatan Peguam Negara menggugurkan sejumlah 46 pertuduhan rasuah
terhadap Musa.
Pendek kata, pilihan raya negeri
Sabah dicetuskan oleh Muhyiddin si ‘calon PRN’ yang cuba menumbangkan kerajaan
Shafie kerana peranan yang dimainkan beliau bagi mengekalkan bilangan 109
kerusi di pihak pembangkang di peringkat nasional.
Menggagalkan ‘the scheme of things’
Pada 30 Julai, Tuan Yang Terutama
Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin bersetuju
dengan permintaan Shafie untuk membubarkan DUN negeri Sabah, demi mengembalikan
mandat kepada rakyat.
Pada 26 September nanti, sekiranya
gabungan Warisan Plus berjaya meraih majoriti meyakinkan sebanyak lebih 45
kerusi, kita boleh membilang hari-hari terakhir Muhyiddin menjadi Perdana
Menteri.
Yang paling awal akan merasakan
kesannya tentulah Gabungan Parti Sarawak.
GPS bukanlah sekutu PAS, manakal
retoriknya sepanjang beberapa tahun lalu, terutamanya pada zaman Adenan Satem,
kebanyakannya bersifat anti-Umno.
Umno dengan wajah Najib dan Datuk
Seri Zahid Hamidi tentunya bukan faktor tarikan pilihanraya yang baik.
Kemenangan meyakinkan oleh Shafie dan Warisan Plus akan memberi tekanan hebat
kepada GPS.
Perkelahian antara Perikatan
Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah sepanjang pilhan raya negeri
turut membangkitkan persoalan sama ada kerajaan Muhyiddin boleh bertahan.
Ini mungkin kali pertama dalam
sejarah Malaysia di mana kata-kata seorang Perdana Menteri hampir tidak membawa
kesan ke atas rakan-rakan gabungannya, seperti yang boleh dilihat ketika
Barisan Nasional menolak Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd Noor sebagai
calon Ketua Menteri, walaupun dicalonkan oleh Muhyiddin sendiri.
Pengundi Sabah bukan sekadar
menentukan nasib pentadbiran Shafie sebagai Ketua Menteri, dan memilih parti
mana yang akan mentadbir negeri Sabah untuk penggal akan datang. Pilihan raya
Sabah ini akan menentukan sama ada Muhyiddin akan kekal sebagai Perdana Menteri
atau tidak dalam penggal akan datang.
Pertaruhannya nampak begitu sengit
untuk kedua-dua calon Shafie dan Muhyiddin.
PIMPINAN PAS TERKEDU?
PAPAPGOMO,PARPUKARI,UNSPINNERS AS PART OF ROSMAH"S CYBERTROOPERS
Kerjasama erat mujahid cyber parti lebai dengan cybertrooper
yang dibayar Rosmah itu tidak disangkal lagi.
Orang mungkin cakap.. ala yang kau sibuk tu pehal? Kaypo siut..
Yeahhhh kaypoh.. aku kaypoh kerana parti agama merestui
kerjasama dengan perompak dan penyamun.
Demi Melayu? Demi Islam?
MAHATHIR BERTEMU RUAS
1. Dengan mudah Tunku Abd.Rahman tersungkur.begitu juga Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam,apatah lagi Tun Abdullah Badawi dan disaingi sedikit hebat oleh Najib.
2. Tun bertemu ruas dalam perterungan dengan Anwar Ibrahim,kehebatan Anwar menyebabkan Mahathir sanggup menelan kahak dan menjilat ludahnya serta melutut dua kali meminta jawatan sebagai Perdana Menteri.
3. Kita tunggu perkembangan selanjutnya kerana pertarungan mereka dalam politik belum selesai...perterungan ini adalah perterungan KLASIK dalam POLITIK antara seorang DEMOKRAT ( Anwar Ibrahim ) dan seorang DIKTATOR ( Mahathir )...
Kita sama-sama nantikan siapa yang akan HINA sebelum mati?..dari sudut Pengajian Sains Politik.
Pandangan Sains Politik.
JOM KITA TENGOK VIDEO NI MB MENCEBEK BILA ADA ORANG MINTA TOLONG.PAKAT GELAK RAMAI RAMAI TU
AS-SALAM...jika anda perhatikan tingkah laku ini anda akan dapat merasakan bahawa seolah olah layanan dan perkataan ini main main. Makna kata seolah olah buat bahan jenaka sehinggakan pemohon terasa beliau di ketawakan , dan beliau bertanya kenapa diketawakan. malah dengan penuh menyindir juruhebah radio menyatakan beliau MB dan MB sendiri akan memberi wang bantuan itu. Jika inilah kedudukan anda, apa perasaan???Kata Islam....beginikah Islam?Malu ke Cina DAP bagi bantuan di Penang.
KEADILAN parti unik, angkat keistimewaan Sabah, Sarawak - Raymond Ahuar
Calon bagi kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sook, Raymond Ahuar menyeru rakyat supaya tidak
teragak-agak untuk mengundi KEADILAN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Raymond berkata, KEADILAN tidak seperti mana-mana parti yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia kerana parti itu mengangkat keistimewaan Sabah dan Sarawak.
"Ada yang berkata, mengapa kita perlu mengikut parti Malaya, tetapi parti KEADILAN adalah berlainan dengan mana-mana parti sebelum ini.
"KEADILAN ada keunikan tersendiri kerana dalam perlembagaan parti Perkara 5.8 termaktub bahawa parti ini mengangkat keistimewaan Sabah dan Sarawak secara sama rata dengan seluruh wilayah kerajaan persekutuan.
"Jadi istimewanya KEADILAN adalah parti yang mengangkat autonomi Sabah dan Sarawak.
"Sebab itu, saya menyeru pada 26 September ini, tidak perlu berfikir ke kiri, ke kanan, ke sini, ke sana lagi. Berilah mandat kepada KEADILAN bersama Warisan Plus," katanya ketika sambutan Hari Malaysia Ke-57 anjuran KEADILAN.
Pada masa sama, Raymond menegaskan bahawa kedudukan Sabah harus terus dimartabatkan oleh KEADILAN dan Warisan Plus.
"Saya hanya mahu katakan bahawa Sabah sebenarnya satu dari tiga dan bukan satu dari 14 negeri di bumi Malaysia ini.
"Sepatutnya pengagihan dalam semua bentuk ekonomi peluang pekerjaan sumber ada di bumi Malaysia sepatutnya satu dari tiga.
"Apabila semua kota di Semenanjung berkembang pesat, sudah tentu tidak adil bagi Sabah dan Sarawak, sudah tentu juga rakyat dan anak muda inginkan perubahan," katanya.
Dalam pada itu, Raymond turut berpandangan KEADILAN dan Warisan Plus akan dapat meneruskan kemajuan di Sabah.
"Saya merayu supaya rakyat memberikan mandat sekali lagi kepada Kerajaan Negeri di bawah bimbingan Shafie Apdal bersama Pakatan Harapan kerana satu-satunya Ketua Menteri yang berani beri geran tanah kepada masyarakat Sabah, tidak lain tidak bukan adalah Shafie.
"Saya sebagai wakil calon anak muda dalam parti kerajaan juga merayu dan berharap rakyat tidak termakan pancing matawang dari pihak pembangkang.
"Saya merayu kepada pengundi DUN Sook supaya beri peluang kepada saya, saya akan pastikan dan buktikan yang terbaik untuk anda.
"Kami berharap semua rakan-rakan pada 26 September akan dapat meraikan kemenangan yang begitu besar untuk negeri Sabah," katanya.
BILA PULA PH JAGA PETRONAS RUGI?
Bila pula PH jaga Petronas rugi?
A Kadir Jasin
- Kalau laporan ini benar dan Mohd Najib bin Abdul Razak siuman, jelaslah yang dia ini kalau tak bohong dan putar-belit memang tak sah.
- Bila dia berbohong dan putar-belit, dia terlupa fakta atau sengaja ketepikan fakta.
- Jelaslah yang prinsip dia adalah selagi ada orang yang percaya aku akan bohong dan putar-belit.
- Dia kata tak boleh harap Pakatan Harapan jaga Petronas sebab dalam suku kedua tahun ini (April hingga Jun) syarikat minyak negara itu rugi AS$5.06 bilion (kira-kira RM21 bilion).
- Dia lupa atau sengaja putar-belit bahawa yang perintah negara dan jaga Petronas dalam tempoh itu adalah kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional yang dia sendiri jadi anggotanya. Rampasan kuasa terhadap PH disahkan pada 2 Mac apabila Muhyiddin Mohd Yassin angkat sumpah jadi Perdana Menteri.
- Betullah Petronas rugi. Tapi boleh dikatakan semua syarikat minyak negara dan swasta dunia rugi dalam tempoh itu kerana harga minyak mentah jatuh merudum akibat pandemik Covid-19.
- Misalnya syarikat minyak Perancis Total rugi AS$8.4 bilion, British Petroleum AS$6.7 bilion, Gazprom (Rusia) AS$4.2 bilion dan Exxon Mobil (Amerika Syarikat) AS$1.1 bilion.
- Hatta Saudi Aramco yang gagah perkasa kerana kos pengeluran yang murah itu pun menderita kemerosotan keuntungan daripada AS$24.7 bilion kepada AS$6.6 bilion.
- Harga minyak mentah Brent – yang mana kita jual minyak kita – jatuh daripada AS$63.56 satu tong pada 17 Oktober 2019 kepada AS$19.33 pada 21 April 2020. Sekarang harga sudah naik kepada kira-kira AS$45.
- Sepatutnya sebagai orang terpelajar, anak Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Mohd Najib ajar apa yang orang kampung, peneroka Felda dan orang biasa tidak tahu bukan ambil kesempatan untuk berbohong kepada mereka
ADUN MERU JUGA SOKONG APA PANDANGAN HUSAM MUSA
MAN TOBA
Adun Meru sah nyatakan pendirian bersetuju dengan pandangan
Husam Musa bahawa Parti PH iaitu PKR, DAp dan Amanah harus memperkukuhkan PH
tampa ada campur tangan parti dari Mahathir.
Dan mengesa Amanah membuat mesyuarat memutuskan akan sebuah
ketetapan yakni Amanah menolak parti Pejuang secara total. Buat mesyuarat dah
tentukan hitam putih.
Amacam setuju?
ULANGSIAR SELAMAT TINGGAL MAHATHIR.
Rakyat telah hilang kepercayaan atau lost of trust terhadap mahathir. Ph kena lakukan penjajaran kerusi2 yg ditinggalkan oleh bersatu. Bukan beri pada Pejuang kerana ini akan menyukarkan ph utk ambil balik kuasa"
Kesimpulan. Datuk Husam Musa berpendapat PH kena move on tanpa mahathir. Mahathir sudah tidak lagi dipercayai oleh penyokong2 PH.
Now we know nape dalam Oren(AMANAH) ada puak2 yg cuba menyisihkan datuk Husam Musa.😘😘😘
Ada faham...good😘😘😘
MUHYIDDIN YANG PELUPA
Perdana Menteri, Muhyiddin
Yassin berkata, kerajaan bersetuju menaikkan elaun sara hidup nelayan daripada
RM250 kepada RM300 sebulan.
“Saya
ingin ingatkan, sewaktu Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, Warisan adalah
sebahagian daripada PH.
“Di
waktu itu, elaun sara hidup nelayan adalah RM300 sebulan, tetapi dipotong
kepada RM250.
“Hari
ini saya ingin umumkan, kita kembalikannya kepada RM300 semula,” katanya sambil
disambut tepukan gemuruh ketika berucap melancarkan Skim Subsidi Baja dan Racun
Padi Bukit Huma di Beaufort.
Walaupun
ini adalah program kerajaan, tetapi jelas Muhyiddin telah menggunakannya
sebagai pentas untuk berkempen bagi memenangkan PN dan menjatuhkan Warisan.
Tetapi,
dalam beliau seronok menghentam Warisan kerana parti itu merupakan sebahagian
daripada PH yang menurunkan elaun sara hidup nelayan daripada RM300 kepada 250,
Muhyiddin agaknya terlupa dirinya juga sebahagian sebahagian daripada PH ketika
itu.
Ketika
itu, beliau adalah Presiden Bersatu, salah satu komponen PH dan merupakan
menteri dengan portfolio Kementerian Dalam Negeri menjadi tanggungjawabnya.
Berbanding
kedudukan Bersatu sebagai komponen PH, sebaliknya Warisan hanyalah menyokong
dan bersama dengan PH saja.
Jadi,
kalau Warisan dituduhnya sebagai sebahagian daripada PH yang menurunkan elaun
sara hidup nelayan, Muhyiddin sendiri pada waktu itu lebih kanan kedudukannya
dalam PH.
Lupa
ke?
Adakah
derita kanser yang dihadapinya membuatkan beliau sekarang lupa banyak perkara?
Apa
yang beliau buat pada waktu itu?
Pernahkah
Muhyiddin membantah keputusan PH menurunkan elaun nelayan sebanyak RM50 itu?
Jika
beliau sendiri tidak pernah membantah, kenapa pula disalahkan Warisan dalam hal
itu?
Bukankah
dirinya sendiri bersalah sama?
Untuk
makluman Muhyiddin, kalau beliau nak tahu, inilah yang peribahasa kata –
muludah ke langit akhirnya tertempek ke muka sendiri.
Tak malu ke?
(Shahbudindotcom
17/09/2020)
PRN Sabah: Penyokong USNO Baru dialu-alukan undi calon KEADILAN
Setiausaha Agung KEADILAN,
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan tiada kerjasama rasmi dengan
Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru, namun menyeru
penyokongnya supaya mengundi calon KEADILAN.
HANYA SYIAH JADIKAN POLITIK SEBAGAI AKIDAH
Hanya Syiah jadikan politik sebagai akidah
Oleh: Pentadbir
Ipohmali
Melihat ucapan Ulama dan Kepimpinan dalam Muktamar PAS Gambaran Kepimpinan Syiah bila menanganggap persaoalan Politik sebagai perkara Aqidah, Sehingga menentang keputusan Imam mereka, Maka dihalalkan darah mereka..Lebih teruk mereka Perlu Bertaubat atau dihapuskan.. berbeza dengan mereka seolah olah menentang Islam.. Jadi aku hanya Ulang apa yang aku tulis Sebelum ini pada 26 Julai 2019..
Jika kita melihat pertembungan pandangan Ulama Sunnah dan Syiah, Sudah pasti asas kepada perbezaan besar mereka melibatkan konsep Imamah menjadi sebahagian rukun Iman.. Kepimpinan mesti datang dari jalur dan Keluarga Nabi ﷺ…
Jika Syiah taksub kepada Ahlul Bayt.. Begitu juga para Haba’ib kita boleh faham lagi..Tapi hari ini di Malaysia kita sudah sampai kepada Taksub bukan lagi melibatkan Ahlul Bayt.. Malah ahli keluarga Awang.. yang berbeza dengan keluarga Awang dianggap menentang Jamaah, Merosakkan Aqidah.. Ini jauh lebih sesat.. Awang bukan dari keturunan Nabi pun , hanya Nelayan Kampung di Marang..
1- Dua tiga hari ini riuh ustaz dan para ilmuan menjawab apa yang diungkapkan Ustaz Fawwaz tentang kaitan Politik dan Aqidah.. Sebab nya Politik itu perkara Ijtihadiyah(Fiqh), Kalangan Ustaz kononnya cuba menegur ustaz Fawwaz tidak berhati hati bila berbicara, sedangkan mereka sendiri tidak bertabayyun..
hanya dengan melihat poster yang disebarkan di media sosial tanpa merujuk ucapan sebenar Ustaz Fawwaz menyentuh konteks politik di Malaysia terutama melibatkan budaya Takfiri hanya disebabkan Perbezaan Politik..
Ada Ustaz bertanya, Mana mungkin, Politik terpisah dalam urusan Aqidah, Mereka akan dipertanggung jawabkan, Ya, Benar, Bukan hanya Pemimpin Negara, Politik.. Hatta Suami akan dipertanggungjawabkan ketika memimpin Keluarga, Isteri dipertanggungjawabkan ketika menguruskan rumahtangga dan anak suaminya, Hatta Hamba dipertanggungjawabkan kepada harta tuannya.. Sebagaimana Hadis Nabi,
كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعيّتِهِ..
” Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabannya.. “
Ini tidak bermakna urusan Siyasah, Rumahtangga, Muamalah itu masuk dalam urusan Aqidah yang boleh jadikan seseorang itu Kafir, hatta jika ada dikalangan mereka mengkhianati amanahnya, tidak jadi Kafir….
2- POLITIK TIDAK BERKAIT AQIDAH
Memang benar, itu yang harus kita fahami, sebagaimana urusan Ekonomi(muamalah), Politik(Siyasah) tidak sama sekali bersangkut dengan perkara Aqidah, ini yang disebut Sheikh Said ramadhan Al Bouti di dalam Khutbahnya menyentuh kelompok Islamiyyin..,
السياسة لا دين لها، أي السياسة التي لا ترتبط بمبدأ..
Khutbah Sheikh Said ramadhan ini menegur kelompok yang menisbahkan diri mereka sebagai kelompok Islamiyyin, menggunakan Hukum hakam sebagai alat bagi mencapai politik mereka, lalu mentakfirkan selainnya.. Takfiri inilah gambaran Khawarij..
Politik itu tidak beragama sebagaimana dalam menyentuh soal Muamalah, Kita boleh berurusniaga, berjual beli hatta dengan Kristian dan Yahudi, begitu dalam soal Tahaaluf dalam Siyasah..
Itu bukan bermakna, Setiap mereka yang terlibat dalam Politik(Siyasah), mahupun jual beli (Muamalah) terutama sebagai seorang muslim boleh lari dari perhitungan halal dan Haram, Dosa dan Pahala.. sebagaimana menyentuh hukum “Riba” dalam sistem perbankkan..
Sheikh Yusuf Qaradawi mengungkapkan Kata Ibnu Qayyim Al Jauziyah di dalam kitab At-Turuq Al-Hukmiyyah fi As-Siyaasah Al-Shar’iyyah..
“لا سياسة إلا ما وافق الشرع..”
” Tiadalah politik itu melainkan apa yang menepati Syara’.. “
3- KONSEP IMAMAH YANG MENJADI PERKARA USUL DALAM SYIAH.
Dalam kitab Al-Milal Wan Nihal ” الملل والنحل” dalam tajuk,
“هل الإمامة من الأصول أو من الفروع”
” Apakah Imamah dari perkara Usul atau Furu’.. ?
Kitab ini menuliskan, “ sejak awal Syiah sudah melakukan konsensus bahawa konsep imamah adalah salah satu dari rukun iman dan merupakan perkara utama dalam aqidah Syiah..
Mereka menjadikan, Konsep Imamah, Al Wilayah sebagai rukun kepercayaan, Iman bagi mereka.. Sedangkan bagi kita, Kepimpinan Politik itu perkara Ijtihadiyah(Fiqh), Tidak ada salahnya apa yang disentuh oleh Ustaz Fawwaz..
Dan Tidak hairanlah hari ini, PAS berpendirian yang sama sebagaimana Syiah, Bila konsep ” Wilayat Faqeh” itu diguna pakai dalam organisasi PAS, Konsep Majlis Syura, Dewan Ulama , Konsep Kepimpinan Ulama’ itu sendiri , diimport ketika berlakunya Revolusi Iran oleh kepimpinan PAS,
Ulama mereka itu soalah olah tidak mungkin melakukan kesalahan, Mereka mempercayai, bagi mereka yang keluar dari kepimpinan dan Politik PAS, Seakan boleh menyentuh soal Aqidah, mudah ditakfirkan..
4- MEMUSUHI SELAIN MEREKA KERANA SALAH TAFSIR HADIS..
Di Dalam Syiah, Selain dari kelompok mereka boleh dianggap sebagai menolak sebahagian dari Agama, Kerana bagi Mereka, kepercayaan dalam konteks pemerintahan, Konsep Al Wilayah, Al Imamah menjadi rukun Iman bagi mereka..
Mereka mempercayai Saidina Ali dan keturunannya, adalah keutamaan, peganti bagi Nabi ﷺ… barang siapa yang berpaling dari mereka, dianggap sebagai memusuhi Nabi, Sebagaimana syiah itsna asyariyah menjadikan Imam 12 itu kepercayaan bagi mereka.. sebagai mana Hadis Nabi ﷺ…
مَنْ كُنْتُ مَوْلاَهُ فَعَلِيٌّ مَوْلاَهُ.
Barangsiapa yang aku adalah mawlanya maka ‘Ali adalah mawlanya.. “
Kerana Sebahagian dari mereka memusuhi kelompok selain mereka bila tidak meletakkan kepercayaan seperti mereka..,tindakan mereka ini berdasarkan Hadis Nabi,
مَنْ كُنْتُ مَوْلاَهُ فَهَذَا وَليَّهُ, اللَّهُمَّ وَالِ مَنْ وَالاَهُ وَعَادِ مَنْ عَادَاهُ.
Barangsiapa aku adalah mawlanya maka inilah (‘Ali) walinya. Ya Allah! Cintailah sesiapa yang memperwalikannya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya.,
Bagi orang Syiah, Kedudukan Saidina Ali disisi Nabiﷺ sebagaimana Kedudukan Harun disisi Musa, menyalahi kelompok mereka, seakan keluar dari ketaa’tan beragama, Ungkapan Syiah itu sendiri, diambil dari lafaz ayat 15 Surah Al Qasas..
هَٰذَا مِنْ شِيعَتِهِ وَهَٰذَا مِنْ عَدُوِّهِ..
” yang seorang dari golongannya Pengikut (Bani Israil/Musa) dan seorang (lagi) dari musuhnya (kaum Fir’aun)..”
Ayat 15 Surah Al Qasas
5- MAKSUD “JAMAAH” YANG DISALAH TAFSIR
Jika Syiah menyalah tafsirkan dari maksud “Maula” , Al Wilayah dan Konsep Imamah yang mereka imani, Manakala PAS hari ini menyalah Tafsirkan maksud “Jamaah” Di dalam Hadis Nabi lalu menyamakan maksud Jamaah itu sebagai Jamaah(Parti) mereka.. Keluar dari Jamaah mereka dianggap sebagai terkeluar nya dari Islam dan menjadi musuh mereka….
Itulah Hadis yang pernah digunakan Azli Taliban,(Ulama PAS) dalam mentakfirkan, dan Memunafikkan musuh politik mereka, Mereka menyalah tafsirkan Hadis..antara hadis yang selalu digunakan puak2 takfiri ini..
مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ قِيْدَ شِبْرٍ فَقَدْ خَلَعَ رِبْقَةَ الإِسْلاَمِ مِنْ عُنُقِهِ..
Barangsiapa memisahkan diri dari Al-Jama’ah walaupun sejengkal, maka bererti dia telah melepaskan ikatan Islam dari tengkuknya..
dalam lafaz yg lain di dalam hadis dalam bab.. قَتْلُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ..
Jadi dari maksud Jamaah dalam Hadis Inilah mereka bermudah mudah mentakfirkan Selain mereka dan dari nombor keahlian parti mereka saja layak masuk ke Syurga Allah..
Memang Benar, Kedua Hadis Nabi yang digunakan kelompok Syiah dan PAS ini adalah Sahih, tetapi bagaimana mudahnya ia digunakan Mentakfirkan selain mereka.. Kebodohan mentakwil dan Manafsirkan Hadis dan firman Allah ,inilah menyebabkan berlakunya perbuatan Takfir sebagaimana Kebodohan kelompok Khawarij..
Ia menepati Tafsiran Imam Nawawi dan Kitab Syarah Muslim dalam membawa maksud Jamaah, lalu dipetik satu pandangan Ulama’….
قال العلماء ويتناول أيضا كل خارج عن الجماعة ببدعة أو بغي أوغيرهما وكذا الخوارج…
Berkata Ulama; Termasuk juga dalam maksud hadis ini adalah setiap orang yang keluar dari ketataan kepada pemerintah muslim dengan melakukan keBid’ahan, berkhianat, atau selainnya,begitu juga dengan khawarij…
6- POLITIK ADALAH PERKARA IJTIHADIYYAH..
Politik bukan perkara Aqidah, Parti Politik bukan Agama, Imam Imam dan Ulama mereka bukan Nabi, memilih selain mereka tidaklah ianya menyalahi Aqidah Islam..
Begitu juga sistem Demokrasi yang menjadi wasilah PAS ,di Imani oleh PAS hari ini, Perlembagaan yang dulunya dikatakan Toghut( Kafir), Perlembagaan diciptakan Pejajah, adalah Undang2 Kafir.. Hari ini PAS Memperjuangkannya..
Tidak juga menjadi Kafir dan menyalahi Aqidah, Ketika PAS bertahaaluf dengan DAP, juga hari ini bila bersama MCA dan MIC, Sebabnya ia urusan Politik bukan Aqidah..
Begitu juga suatu ketika, UMNO dikatakan musuh Allah, pahala Syahid apabila mati memerangi mereka.. dan hari ini UMNO menjadi Mawla bagi PAS..ia tidak salah pada sudut Aqidah, Yang Silapnya bila Agama dijadikan dagangan, Alat hanya kerana kepentingan dan cita cita politik mereka..
kelompok inilah yang diingatkan oleh Sheikh Said Ramadhan Al Bouti ,ancaman kelompok ini kepada Ummat Islam, Berkata Sheikh said Ramadhan di dalam Khutbahnya..
يتخذون من شرائع الله وأحكامه خادماً لإيصالهم إلى مبتغياتهم السياسية المختلفة.
Mereka ini(Kelompok Islamiyyin) menjadikan hukum dan Syariat Allah , sebagai Khadam(Alat) bagi mencapai pelbagai tujuan tujuan Politik..”
Tidak kira samada, Sistem Beraja, Khalifah, Imamah, Presiden, Demokrasi ia adalah perkara Ijtihadiyah, Tidak sama sekali bersangkut dengan urusan Aqidah, Selagimana ia selari dengan Syara’ (ما وافق الشرع), Tidak menyalahi kehendak Syara’, Ia nya diterima.. kerana hukum itu sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan zaman.. sebagaimana Kaedah Fiqh..
“لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان”
“ Tidak dapat dinafikan perubahan hukum hakam itu mengikut berubahnya zaman ”
7- MENEGAKKAN KEADILAN DALAM POLITIK
Dalam Politik, Kita hanya berijtihad dalam mencari yang terbaik, Menegakkan yang Hak, dan menentang yg Bathil, Menegakkan Keadilan dan menentang Kezaliman..
Berkata Ibnu Tamiyyah..
فإِنَّ النَّاسَ لَمْ يَتَنَازَعُوا فِي أَنَّ عَاقِبَةَ الظُّلْمِ وَخِيمَةٌ وَعَاقِبَةُ الْعَدْلِ كَرِيمَةٌ “
“Manusia tidak berselisih bahawa balasan dari perbuatan zalim adalah kebinasaan sementara balasan dari sikap adil adalah kemuliaan….
Ia sesuai dengan Hadis Nabi yang mengkhabarkan kita Allah tidak membezakan perbuatan dan nilai baik, samamada dilakukan oleh Muslim atau selainnya menzahirnya Natijah yang baik..
manakala jika sesuatu Kezaliman itu biarpun dilakukan oleh Muslim, hasilnya adalah kejahatan.. sedangkan dalam urusan Aqidah,(I’tiqadi) akhirat itu adalah urusan Allah..
إن الله لا يظلم مؤمنا حسنة، يعطى بها في الدنيا، ويجزى بها في الآخرة، وأما الكافر فيطعم بحسنات ما عمل بها لله في الدنيا، حتى إذا أفضى إلى الآخرة لم تكن له حسنة يجزى بها. رواه مسلم
“Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seorang mukmin yang berbuat baik. Di dunia dia akan mendapatkan balasan dan di akhirat ia akan mendapatkan pahala. Sementara itu,bagi orang kafir (yang berbuat baik) akan di beri kebaikan oleh Allah di dunia, sementara di akhirat ia tidak akan mendapatkan pahala”.
( Riwayat Muslim )
Pusat Kerja dan Latihan Lembah Pantai atasi pengangguran era Covid 19
Mendepani masalah pengangguran yang
kian kronik ketika pandemik Covid 19 belum berakhir, Pusat Khidmat Ahli
Parlimen Lembah Pantai melancarkan Pusat Kerja & Latihan Lembah Pantai
(PKLP) bagi memudahkan warga yang diberhentikan kerja mencari pekerjaan baharu.
Ahli Parlimen Lembah merasmikan PKLP
Selain memadankan pekerjaan,
kenyataan tersebut juga berkata, PKLP berpotensi membantu merentasi sempadan
kesenjangan pendapatan dan kemiskinan dengan memperkasakan warga Lembah Pantai
melalui skim pendidikan juga latihan bagi menghadapi pasaran pekerjaan yang
semakin mencabar.
AZMIN ALI TERDESAK DAN MENIPU?
Azmin Ali terdesak dan menipu?
Oleh: Redzuan RF8 Media
- GERAK98 turut mengambil tanggungjawab dan tampil membuat kenyataan media terhadap PENIPUAN NYATA Azmin Ali kepada jentera dan Pengundi di Sabah.
- GERAK98 mencabar Azmin Ali membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau pernah ditangkap ketika menerajui Parti Keadilan Rakyat (PKR).
- GERAK98 menegaskan bahawa Azmin Ali bukanlah seorang Pemimpin yang pernah bersama sama Rakyat ketika berhadapan dengan Pihak PDRM terutama FRU malah beliau tidak pernah walau sekali pun ditangkap setelah PKR ditubuhkan.
- GERAK98 menyanggah kenyataan Azmin Ali bahawa beliaulah yang membina Parti ketika DSAI berada didalam penjara kerana Presiden Parti ketika itu adalah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
- Azmin Ali dalam keadaan terdesak kerana Rakyat dan Pengundi Sabah tidak mengalukan kehadiran beliau.
- Azmin Ali sedar selepas PRU15 beliau sudah tidak berguna lagi kepada mana mana parti politik kemungkinan menjadi Melukut di tepi gantang, ada tidak menambah, tak ada lebih baik
- Kenyataan terdesak Azmin Ali tidak lain hanya untuk mencari perhatian Pemimpin BN kerana beliau sedar jalan politik hadapannya telah hampir kepada Jalan Mati
- GERAK98 percaya Rakyat Malaysia keseluruhannya terutama Pengundi di Sabah sudah kenal dengan jelas manusia bernama Azmin Ali yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menunjukkan kesetiaannya yang amat mencurigakan itu.
- Kepada Azmin Ali, GERAK98 mengucapkan selamat menghadapi hukuman diatas pengkhianatan kamu.
Ekonomi merosot, pemimpin khianat hanya selamat sekejap - Anwar
Suasana ekonomi pandemik Covid 19
mewajarkan rakyat meneliti semula pemimpin yang terbaik untuk mengemudi negara.
"Lihat ekonomi pademik Covid,
penganguran dijangka akhir tahun ini hampir sejuta orang. Apa yang dibuat oleh
pemimpin Perikatan Nasional?
Serahan 300 borang keahlian baru KEADILAN
"Ujiannya bukan sekadar kita
mendapat gelaran atau kedudukan. Persoalannya apakah kedudukan itu yang
menentukan kita berhasil, ataukah khidmat kita kepada rakyat?
"Soalnya sekarang bagaimana nak
pertahan parti induk KEADILAN tidak lari dan tergelincir dari hasrat perjuangan
murni? Kita ada kekuatan, jumlah ahli yang ramai. Saya ucap tahniah kepada
Borhan (Ketua Cabang) berjaya kumpul keanggotaan. Tetapi untuk apa? Untuk
menjana kekuatan mewakili hasrat rakyat.
YB Bohan Aman Shah memberi ucapan