Hanya Syiah jadikan politik sebagai akidah
Melihat ucapan Ulama dan Kepimpinan dalam Muktamar PAS Gambaran Kepimpinan Syiah bila menanganggap persaoalan Politik sebagai perkara Aqidah, Sehingga menentang keputusan Imam mereka, Maka dihalalkan darah mereka..Lebih teruk mereka Perlu Bertaubat atau dihapuskan.. berbeza dengan mereka seolah olah menentang Islam.. Jadi aku hanya Ulang apa yang aku tulis Sebelum ini pada 26 Julai 2019..
Jika kita melihat pertembungan pandangan Ulama Sunnah dan Syiah, Sudah pasti asas kepada perbezaan besar mereka melibatkan konsep Imamah menjadi sebahagian rukun Iman.. Kepimpinan mesti datang dari jalur dan Keluarga Nabi ﷺ…
Jika Syiah taksub kepada Ahlul Bayt.. Begitu juga para Haba’ib kita boleh faham lagi..Tapi hari ini di Malaysia kita sudah sampai kepada Taksub bukan lagi melibatkan Ahlul Bayt.. Malah ahli keluarga Awang.. yang berbeza dengan keluarga Awang dianggap menentang Jamaah, Merosakkan Aqidah.. Ini jauh lebih sesat.. Awang bukan dari keturunan Nabi pun , hanya Nelayan Kampung di Marang..
1- Dua tiga hari ini riuh ustaz dan para ilmuan menjawab apa yang diungkapkan Ustaz Fawwaz tentang kaitan Politik dan Aqidah.. Sebab nya Politik itu perkara Ijtihadiyah(Fiqh), Kalangan Ustaz kononnya cuba menegur ustaz Fawwaz tidak berhati hati bila berbicara, sedangkan mereka sendiri tidak bertabayyun..
hanya dengan melihat poster yang disebarkan di media sosial tanpa merujuk ucapan sebenar Ustaz Fawwaz menyentuh konteks politik di Malaysia terutama melibatkan budaya Takfiri hanya disebabkan Perbezaan Politik..
Ada Ustaz bertanya, Mana mungkin, Politik terpisah dalam urusan Aqidah, Mereka akan dipertanggung jawabkan, Ya, Benar, Bukan hanya Pemimpin Negara, Politik.. Hatta Suami akan dipertanggungjawabkan ketika memimpin Keluarga, Isteri dipertanggungjawabkan ketika menguruskan rumahtangga dan anak suaminya, Hatta Hamba dipertanggungjawabkan kepada harta tuannya.. Sebagaimana Hadis Nabi,
كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعيّتِهِ..
” Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabannya.. “
Ini tidak bermakna urusan Siyasah, Rumahtangga, Muamalah itu masuk dalam urusan Aqidah yang boleh jadikan seseorang itu Kafir, hatta jika ada dikalangan mereka mengkhianati amanahnya, tidak jadi Kafir….
2- POLITIK TIDAK BERKAIT AQIDAH
Memang benar, itu yang harus kita fahami, sebagaimana urusan Ekonomi(muamalah), Politik(Siyasah) tidak sama sekali bersangkut dengan perkara Aqidah, ini yang disebut Sheikh Said ramadhan Al Bouti di dalam Khutbahnya menyentuh kelompok Islamiyyin..,
السياسة لا دين لها، أي السياسة التي لا ترتبط بمبدأ..
Khutbah Sheikh Said ramadhan ini menegur kelompok yang menisbahkan diri mereka sebagai kelompok Islamiyyin, menggunakan Hukum hakam sebagai alat bagi mencapai politik mereka, lalu mentakfirkan selainnya.. Takfiri inilah gambaran Khawarij..
Politik itu tidak beragama sebagaimana dalam menyentuh soal Muamalah, Kita boleh berurusniaga, berjual beli hatta dengan Kristian dan Yahudi, begitu dalam soal Tahaaluf dalam Siyasah..
Itu bukan bermakna, Setiap mereka yang terlibat dalam Politik(Siyasah), mahupun jual beli (Muamalah) terutama sebagai seorang muslim boleh lari dari perhitungan halal dan Haram, Dosa dan Pahala.. sebagaimana menyentuh hukum “Riba” dalam sistem perbankkan..
Sheikh Yusuf Qaradawi mengungkapkan Kata Ibnu Qayyim Al Jauziyah di dalam kitab At-Turuq Al-Hukmiyyah fi As-Siyaasah Al-Shar’iyyah..
“لا سياسة إلا ما وافق الشرع..”
” Tiadalah politik itu melainkan apa yang menepati Syara’.. “
3- KONSEP IMAMAH YANG MENJADI PERKARA USUL DALAM SYIAH.
Dalam kitab Al-Milal Wan Nihal ” الملل والنحل” dalam tajuk,
“هل الإمامة من الأصول أو من الفروع”
” Apakah Imamah dari perkara Usul atau Furu’.. ?
Kitab ini menuliskan, “ sejak awal Syiah sudah melakukan konsensus bahawa konsep imamah adalah salah satu dari rukun iman dan merupakan perkara utama dalam aqidah Syiah..
Mereka menjadikan, Konsep Imamah, Al Wilayah sebagai rukun kepercayaan, Iman bagi mereka.. Sedangkan bagi kita, Kepimpinan Politik itu perkara Ijtihadiyah(Fiqh), Tidak ada salahnya apa yang disentuh oleh Ustaz Fawwaz..
Dan Tidak hairanlah hari ini, PAS berpendirian yang sama sebagaimana Syiah, Bila konsep ” Wilayat Faqeh” itu diguna pakai dalam organisasi PAS, Konsep Majlis Syura, Dewan Ulama , Konsep Kepimpinan Ulama’ itu sendiri , diimport ketika berlakunya Revolusi Iran oleh kepimpinan PAS,
Ulama mereka itu soalah olah tidak mungkin melakukan kesalahan, Mereka mempercayai, bagi mereka yang keluar dari kepimpinan dan Politik PAS, Seakan boleh menyentuh soal Aqidah, mudah ditakfirkan..
4- MEMUSUHI SELAIN MEREKA KERANA SALAH TAFSIR HADIS..
Di Dalam Syiah, Selain dari kelompok mereka boleh dianggap sebagai menolak sebahagian dari Agama, Kerana bagi Mereka, kepercayaan dalam konteks pemerintahan, Konsep Al Wilayah, Al Imamah menjadi rukun Iman bagi mereka..
Mereka mempercayai Saidina Ali dan keturunannya, adalah keutamaan, peganti bagi Nabi ﷺ… barang siapa yang berpaling dari mereka, dianggap sebagai memusuhi Nabi, Sebagaimana syiah itsna asyariyah menjadikan Imam 12 itu kepercayaan bagi mereka.. sebagai mana Hadis Nabi ﷺ…
مَنْ كُنْتُ مَوْلاَهُ فَعَلِيٌّ مَوْلاَهُ.
Barangsiapa yang aku adalah mawlanya maka ‘Ali adalah mawlanya.. “
Kerana Sebahagian dari mereka memusuhi kelompok selain mereka bila tidak meletakkan kepercayaan seperti mereka..,tindakan mereka ini berdasarkan Hadis Nabi,
مَنْ كُنْتُ مَوْلاَهُ فَهَذَا وَليَّهُ, اللَّهُمَّ وَالِ مَنْ وَالاَهُ وَعَادِ مَنْ عَادَاهُ.
Barangsiapa aku adalah mawlanya maka inilah (‘Ali) walinya. Ya Allah! Cintailah sesiapa yang memperwalikannya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya.,
Bagi orang Syiah, Kedudukan Saidina Ali disisi Nabiﷺ sebagaimana Kedudukan Harun disisi Musa, menyalahi kelompok mereka, seakan keluar dari ketaa’tan beragama, Ungkapan Syiah itu sendiri, diambil dari lafaz ayat 15 Surah Al Qasas..
هَٰذَا مِنْ شِيعَتِهِ وَهَٰذَا مِنْ عَدُوِّهِ..
” yang seorang dari golongannya Pengikut (Bani Israil/Musa) dan seorang (lagi) dari musuhnya (kaum Fir’aun)..”
Ayat 15 Surah Al Qasas
5- MAKSUD “JAMAAH” YANG DISALAH TAFSIR
Jika Syiah menyalah tafsirkan dari maksud “Maula” , Al Wilayah dan Konsep Imamah yang mereka imani, Manakala PAS hari ini menyalah Tafsirkan maksud “Jamaah” Di dalam Hadis Nabi lalu menyamakan maksud Jamaah itu sebagai Jamaah(Parti) mereka.. Keluar dari Jamaah mereka dianggap sebagai terkeluar nya dari Islam dan menjadi musuh mereka….
Itulah Hadis yang pernah digunakan Azli Taliban,(Ulama PAS) dalam mentakfirkan, dan Memunafikkan musuh politik mereka, Mereka menyalah tafsirkan Hadis..antara hadis yang selalu digunakan puak2 takfiri ini..
مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ قِيْدَ شِبْرٍ فَقَدْ خَلَعَ رِبْقَةَ الإِسْلاَمِ مِنْ عُنُقِهِ..
Barangsiapa memisahkan diri dari Al-Jama’ah walaupun sejengkal, maka bererti dia telah melepaskan ikatan Islam dari tengkuknya..
dalam lafaz yg lain di dalam hadis dalam bab.. قَتْلُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ..
Jadi dari maksud Jamaah dalam Hadis Inilah mereka bermudah mudah mentakfirkan Selain mereka dan dari nombor keahlian parti mereka saja layak masuk ke Syurga Allah..
Memang Benar, Kedua Hadis Nabi yang digunakan kelompok Syiah dan PAS ini adalah Sahih, tetapi bagaimana mudahnya ia digunakan Mentakfirkan selain mereka.. Kebodohan mentakwil dan Manafsirkan Hadis dan firman Allah ,inilah menyebabkan berlakunya perbuatan Takfir sebagaimana Kebodohan kelompok Khawarij..
Ia menepati Tafsiran Imam Nawawi dan Kitab Syarah Muslim dalam membawa maksud Jamaah, lalu dipetik satu pandangan Ulama’….
قال العلماء ويتناول أيضا كل خارج عن الجماعة ببدعة أو بغي أوغيرهما وكذا الخوارج…
Berkata Ulama; Termasuk juga dalam maksud hadis ini adalah setiap orang yang keluar dari ketataan kepada pemerintah muslim dengan melakukan keBid’ahan, berkhianat, atau selainnya,begitu juga dengan khawarij…
6- POLITIK ADALAH PERKARA IJTIHADIYYAH..
Politik bukan perkara Aqidah, Parti Politik bukan Agama, Imam Imam dan Ulama mereka bukan Nabi, memilih selain mereka tidaklah ianya menyalahi Aqidah Islam..
Begitu juga sistem Demokrasi yang menjadi wasilah PAS ,di Imani oleh PAS hari ini, Perlembagaan yang dulunya dikatakan Toghut( Kafir), Perlembagaan diciptakan Pejajah, adalah Undang2 Kafir.. Hari ini PAS Memperjuangkannya..
Tidak juga menjadi Kafir dan menyalahi Aqidah, Ketika PAS bertahaaluf dengan DAP, juga hari ini bila bersama MCA dan MIC, Sebabnya ia urusan Politik bukan Aqidah..
Begitu juga suatu ketika, UMNO dikatakan musuh Allah, pahala Syahid apabila mati memerangi mereka.. dan hari ini UMNO menjadi Mawla bagi PAS..ia tidak salah pada sudut Aqidah, Yang Silapnya bila Agama dijadikan dagangan, Alat hanya kerana kepentingan dan cita cita politik mereka..
kelompok inilah yang diingatkan oleh Sheikh Said Ramadhan Al Bouti ,ancaman kelompok ini kepada Ummat Islam, Berkata Sheikh said Ramadhan di dalam Khutbahnya..
يتخذون من شرائع الله وأحكامه خادماً لإيصالهم إلى مبتغياتهم السياسية المختلفة.
Mereka ini(Kelompok Islamiyyin) menjadikan hukum dan Syariat Allah , sebagai Khadam(Alat) bagi mencapai pelbagai tujuan tujuan Politik..”
Tidak kira samada, Sistem Beraja, Khalifah, Imamah, Presiden, Demokrasi ia adalah perkara Ijtihadiyah, Tidak sama sekali bersangkut dengan urusan Aqidah, Selagimana ia selari dengan Syara’ (ما وافق الشرع), Tidak menyalahi kehendak Syara’, Ia nya diterima.. kerana hukum itu sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan zaman.. sebagaimana Kaedah Fiqh..
“لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان”
“ Tidak dapat dinafikan perubahan hukum hakam itu mengikut berubahnya zaman ”
7- MENEGAKKAN KEADILAN DALAM POLITIK
Dalam Politik, Kita hanya berijtihad dalam mencari yang terbaik, Menegakkan yang Hak, dan menentang yg Bathil, Menegakkan Keadilan dan menentang Kezaliman..
Berkata Ibnu Tamiyyah..
فإِنَّ النَّاسَ لَمْ يَتَنَازَعُوا فِي أَنَّ عَاقِبَةَ الظُّلْمِ وَخِيمَةٌ وَعَاقِبَةُ الْعَدْلِ كَرِيمَةٌ “
“Manusia tidak berselisih bahawa balasan dari perbuatan zalim adalah kebinasaan sementara balasan dari sikap adil adalah kemuliaan….
Ia sesuai dengan Hadis Nabi yang mengkhabarkan kita Allah tidak membezakan perbuatan dan nilai baik, samamada dilakukan oleh Muslim atau selainnya menzahirnya Natijah yang baik..
manakala jika sesuatu Kezaliman itu biarpun dilakukan oleh Muslim, hasilnya adalah kejahatan.. sedangkan dalam urusan Aqidah,(I’tiqadi) akhirat itu adalah urusan Allah..
إن الله لا يظلم مؤمنا حسنة، يعطى بها في الدنيا، ويجزى بها في الآخرة، وأما الكافر فيطعم بحسنات ما عمل بها لله في الدنيا، حتى إذا أفضى إلى الآخرة لم تكن له حسنة يجزى بها. رواه مسلم
“Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seorang mukmin yang berbuat baik. Di dunia dia akan mendapatkan balasan dan di akhirat ia akan mendapatkan pahala. Sementara itu,bagi orang kafir (yang berbuat baik) akan di beri kebaikan oleh Allah di dunia, sementara di akhirat ia tidak akan mendapatkan pahala”.
( Riwayat Muslim )