INI KAH INDIVIDU YANG MENDAPAT PROJEK DI TERENGGANU TU?


Dua hari lalu, bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said mempersoalkan tindakan Kerajaan Terengganu melantik individu tertentu memegang terlalu banyak jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan negeri itu.
Beliau berkata, lebih mendukacitakan, individu yang mempunyai rekod tidak baik dan pernah dipecat turut dilantik memegang sehingga 13 jawatan termasuk pengerusi, ahli lembaga pengarah dan penasihat.
“Saya berasa dukacita apabila individu yang tidak mempunyai rekod yang bagus di Kelantan dan pernah dipecat tetapi hari ini mendapat gaji RM800,000 setahun iaitu kira-kira RM67,000 sebulan dengan dilantik menjadi pengerusi di sebuah syarikat, 11 pengarah dan turut menjadi penasihat.
“Seorang warga England pula dilantik menjadi pengerusi di enam buah syarikat dan pengarah di enam buah syarikat dengan gaji keseluruhan RM650,000 setahun.
“Itu masalahnya, sampai berbelas-belas bagai (jawatan). Tiada orang lainkah sehingga seorang pegang terlalu banyak syarikat.
“Hebat sangatkah dia? Mampukah tumpu kepada syarikat?
“Takkan tiada anak Terengganu yang berkemampuan,” katanya yang juga Adun Kijal ketika ditemui selepas Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, amalan melantik seorang individu memegang terlalu banyak syarikat tidak pernah dibuat semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Terengganu sebelum ini.
Menurutnya, paling banyak seorang individu dilantik memegang tiga jawatan dalam syarikat milik kerajaan negeri.
Terdahulu, semasa sesi perbahasan, Ahmad menegur pengurusan tadbir korporat kerajaan negeri kerana hampir kesemua lantikan lembaga pengarah melibatkan orang politik.
“Justeru, saya harap ia dapat diperbetulkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Persoalannya, siapa individu yang dimaksudkan Ahmad Said itu?
Sebagaimana tersebar luas di media sosial, apakah mereka ini individu istimewa yang dimaksudkan beliau itu?(Shahbudindotcom 12/08/2020)

LAPORAN 3 PROJEK BERMASALAH T’GANU TELAH DIBUAT, SPRM TUNGGU APA LAGI?

AKU SUDAH KENALI DIA NI WALAUN


Mohd Asri Abu Bakar


Secara peribadinya, saya memang tahu bahawa si Asri janggut tu adalah seorang WALAUN. Tetapi, saya menolak hal2 Politik untuk menjadi isu atau untuk di bawa kepada pengtahuan Masyarakat kerana..apa yang dia lapor tu ternyatalah betul dan dah berlaku pun. Saya menyokong penuh tindakan beliau tersebut. Tindakan beliau pada masa itu, adalah wajar dan tepat.

Walaupun Masyarakat Malaysia hari ini berterusan menyerang kreadibiliti PDRM...tetapi perlu di ingat, bukan semua daripada mereka terpalit dengan KEHIDUPAN KOTOR. Ramai lagi yang baik-baik.

Tetapi, dengan namanya kini terkenal di mata masyarakat..apakah Asri Janggut perlu mendabik dada dan mula bercakap takabbur?. Ini apabila dia sudah mempersoalkan cara Solat dan Syahadah atau aqidah anggota2 Polis, itu adalah sesuatu yang amat2 melampau dan memalukan. Walaupun dia telah memohon maaf pada keesokan harinya, "KEROSAKAN, TELAHPUN BERLAKU!. "

Daripada orang hendak menyokong tindakannya...kini, ramai yang dah mula meluat dan menyampah. "Tipikal PAS" kata orang2 Sg Buloh. Dah tuduh dan hina orang...pastu senang2 jer nak mintak maaf bagai. Sebiji cam cara Ularmak2 PAS termasuklah gaya si Adi a/l Bawang tu buat. Nasib baiklah dia belum keluarkan apa2 Dalil lagi.

Nanti kan, bila ada orang cerita pasal kes2 lampau beliau, IGP, Menteri KDN dan Adi Bawang pun tak senang duduk dan menyesal berjumpa dengan dia apabila mereka sudah tahu perangai dan perbuatannya dulu-dulu.

Bukan apa, bimbang ada yang mula bercerita sejarah kes pukul bini. Jgn sampai ada yang bukak cerita penyelewengan duit syarikat dan ada yang nak berkongsi cerita tentang kes ugutan untuk mendatangkan cedera.

Kalau ko tak hina cara solat, syahadah dan Aqidah orang lain (polis)....engkau masih akan di anggap sebagai HERO MELAYU MALAYSIA. Kini...dek kerana gerai burger tu...dek kerana di sanjung2, ko mula melemparkan hinaan yang melampau. Orang ramai dah mula korek sejarah silam kamu. Salah masyarakat ker?

Saya tanya jer ni dan ada bantahan tak?.

KAJI..JANGAN TAK KAJI

Yob Bmo

Depa nak kaji lagu mana xtau laa, hangpa tunggu dan tengok laa nanti...
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam...!πŸ˜„

MENCARI WALAUN YANG HILANG

Ahmad shahril

Pengumuman....sesiapa yang ada ternampak orang-orang yang berada dalam gambar ni sila hubungi kami dengan segera......di percayai mereka ghaib entah ke mana sejak kerajaan PN memerintah......khidmat mereka amat di perlukan sekarang.


Apa hukumnya berniaga dengan membuka warong tanpa mempunyai lesen perniagaan?


Jamzuri Ardani

Bagi saya soalan seperti ini jawapannya tidaklah 'straight forward'.  Ada banyak perspektif yang boleh kita lihat. Secara umumnya kita faham berniaga tanpa lesen adalah salah dari sudut undang-undang.

Tetapi apakah menyalahi undang-undang itu semestinya satu dosa.  Anda memandu di sebuah jalan yang lengang pukul 3 pagi. Lampu trafik merah. Anda berhenti, tengok kiri, kanan, depan, belakang, atas  ... anda pasti tiada kenderaan lain lalu anda berlalu pergi tanpa menunggu lampu bertukar hijau.

Dari segi undang-undang memang salah. Tapi, saya tidak fikir ianya suatu dosa disisi Allah.  Undang-undang dibuat kerana ada maqasidnya.  Selagi maqasidnya itu dihormati, ianya adalah termasuk perkara ijtihad dan kebijaksanaan masing-masing.  Itu pandangan dan pemahaman saya. Anda boleh sahaja berbeza kalau mahu.

Peraturan melesenkan perniagaan juga ada maqasidnya.  Kiranya anda berniaga di kawasan yang orang lain juga berniaga secara berlesen, tetapi anda berniaga tanpa lesen ... maka bagi saya anda telah berlaku zalim kepada peniaga lain yang berlesen.  Itu jelas haram. Lainlah kalau anda telah berusaha seupaya untuk mendapatkan lesen tetapi tidak berjaya, mungkin ada rukhsahnya di situ.

Bayangkan orang lain jual makanan kena bayar sewa kedai, kena bayar lesen, kena bayar macam-macam lagi, tiba-tiba anda juga jual makanan di tempat yang berhampiran tanpa mengeluarkan kos seperti mereka. Anda buka khemah di tempat parking kereta dan berniaga di situ.  Bagi saya itu sudah dikira mengambil hak orang lain secara yang salah.  Hukumnya tentulah jelas dari sudut agama.

Bukan tinggal solat sahaja berdosa, mengambil hak orang lain secara salah juga berdosa.  Kalau kita berdosa tinggal solat, kita boleh bertaubat dan memohon ampun kepada Allah. Tetapi, sekiranya kita berdosa mengambil hak orang lain, bertaubat dan memohon ampun kepada Allah sahaja tidak cukup.

Adapun sekiranya anda berniaga tanpa lesen, tetapi tiada unsur-unsur kezaliman, penganiayaan, atau mengambil hak orang lain ... saya percaya dari sudat agama ada rukhsahnya. Walaupun ia mungkin salah dari sudut undang-undang.

Wallahu a'lam.

LAIN KALI PAKAT LA ELOK ELOK.JANGAN MUNG MAKANG SOQANG : Panas! Ahmad Said ajak Exco Pas bergaduh di DUN Terengganu

Ahmad Said pertikai individu pegang banyak jawatan

Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr Alias Razak sedia menyahut cabaran dari Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk bergaduh dalam pertengkaran mereka di sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.
“Kalau nak gaduh boleh,” kata Ahmad dengan disambut, “Saya no problem, huh,” kata Dr Alias dalam sidang DUN Terengganu hari ini.
Dr Alias yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Terengganu itu berkata demikian ketika perbahasan hari ini.Menurut Dr Alias, beliau cuba menjawab perkara yang dibangkitkan oleh bekas Menteri Besar Terengganu itu semalam lagi tetapi tidak sempat.
“Kelmarin saya nak jawab doh, dok dang. Hari ni buat pulok,” kata Dr Alias marah kepada Ahmad yang juga Adun Kijal itu.
Ekoran itulah, Ahmad berkata, “No gaduh boleh,” lalu dijawab oleh Adun Bukit Tunggal itu, “Saya no problem (tiada masalah). Huh.”
Kelmarin Ahmad menyerang kerajaan negeri atas pelbagai isu termasuk tidak mengutamakan anak Terengganu dalam memberikan jawatan di dalam kerajaan di negeri ini.
Ia termasuklah bukan warga negara dan bukan penduduk yang berasal dan tidak ada kaitan dengan negeri Terengganu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak pernah aktif di Terengganu tetapi di Kuala Lumpur khasnya Bangi, Selangor.
Namun selepas menang kerusi DUN Rhu Rendang, beliau telah dilantik sebagai MB.
Sebagai MB, beliau telah membawa masuk rakan-rakannya dari luar Terengganu, khasnya dari Kuala Lumpur, termasuk yang tidak pernah ada kaitan dengan negeri ini menjadi pegawai kanan di negeri Terengganu.
Ekoran itu, kekesalan disampaikan oleh Ahmad Said di sidang DUN semalam.
Umno juga tidak berpuas hati dengan kerajaan Pas Terengganu berikutan layanan kerajaan Pas terhadap Umno umpama anak tiri walaupun kedua-dua parti berada dalam kerajaan PN dan Pas serta Umno bergabung dalam Muafakat Nasional.

Pulau Pinang akan kemuka usul keluarkan Adun lompat parti




Chow Kon Yeow menunjukkan salinan Artikel 14 (A) Perlembagaan Pulau Pinang ketika sidang media di Komtar hari ini.

Predeep Nambiar

August 12, 2020

Chow Kon Yeow menunjukkan salinan Artikel 14 (A) Perlembagaan Pulau Pinang ketika sidang media di Komtar hari ini.

GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan mengemukakan usul pada Oktober untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selepasmereka melompat ke parti lain.Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, negeri itu mempunyai hak untukmengisytiharkan kerusi Adun berkenaan kosong tanpa usul, namun memilih pendekatan lebih “demokratik”.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan yang mencabar Pulau Pinang mengambil tindakan terhadap Adun di negeri itu melompat parti.Takiyuddin berkata demikian pada Isnin sebagai respon terhadap gesaan pihak pembangkang untuk mewujudkan undang-undang Anti Lompat Parti.
“Oleh kerana Takiyuddin menggesa Pulau Pinang mengambil tindakan tegas bagi menghalang lompat parti, itu adalah cabaran yang perlu kita ambil dengan senang hati,” kata Chow dalam sidang media di Komtar hari ini.
Mengikut Perlembagaan Pulau Pinang, jika Adun berhenti menjadi ahli parti politik atas tiket yang dimenanginya pada pilihan raya, dia akan segera mengosongkan kerusi itu dan pilihan raya akan diadakan segera memilih Adun baru.
Berikutan penyusunan semula politik di peringkat Persekutuan, Adun Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (PPBM) dan Zolkifly Md Lazim (PPBM), Dr Afif Bahardin (bekas PKR, kini PPBM) dan Zulkifli Ibrahim (bekas PKR, kini PPBM) beralih kepada Perikatan Nasional (PN)
Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada DAP dan PKR, memiliki 33 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pembangkang mempunyai 4 ahli PPBM, 2 ahli Umno dan seorang ahli PAS.
Chow berkata, walaupun ada undang-undang yang menganggap pemecatan Adun Pulau Pinang sebagai tidak berperlembagaan, sudah tiba masanya mahkamah menelitinya semula.
“Hakikatnya, Adun ini tidak mengosongkan kerusi mereka; mereka telah melakukan 1 tindakan yang tidak berperlembagaan,” katanya
Katanya, tindakan mereka sama seperti mengkhianati kepercayaan orang ramai, yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH di peringkat Persekutuan.
“Anda bebas memilih parti yang anda suka, tetapi jangan ambil kerusi anda bersama. Itu adalah pengkhianatan terhadap kepercayaan pengundi. Anda tidak ada kebebasan untuk memilih parti baru selepas anda dilantik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Chow berkata projek asrama bagi pekerja asing di Juru, yang diberikan oleh Penang Development Corporation, dibatalkan selepas mendapat bantahan orang ramai.


Pakatan Harapan Perak sedia bantu Tun M pada PRK Slim



DAP's Aziz Bari denies plot to oust Perak MB | Malaysia | Malay Mail

Pakatan Harapan (PH) Perak menyatakan kesediaan membantu calon Bebas yang akan mewakili parti baharu ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
Ketua Pembangkang Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, PH memang memberikan laluan sepenuhnya kepada parti baharu ditubuhkan Dr Mahathir untuk bertanding pada PRK tersebut.
Menurutnya, sehubungan itu, semua parti-parti di dalam PH akan memberikan segala bentuk bantuan yang diperlukan oleh calon parti yang akan menentang BN itu nanti.
“Kita akan turun memberikan sokongan kepada mereka sebagai bukti bahawa kita bersama-sama mereka menentang BN. Kita tidak mahu membuang masa dengan meletakkan calon dan cukup sekadar membantu mereka.
“Perkara ini tak perlu dibincangkan di peringkat negeri kerana ketua pembangkang di peringkat Pusat pun sudah mengumumkan perkara berkenaan.
“Itu sudah cukup menjadi konsensus untuk kita turun membantu,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan perjumpaan dengan media di kediamannya di sini hari ini.
Ditanya mengenai penggunaan lambang mana-mana parti di dalam PH oleh calon bebas daripada parti Dr Mahathir, Abdul Aziz berkata, pihaknya belum mempunyai keputusan tentang perkara tersebut.
Katanya, sebarang keputusan mengenai perkara tersebut hanya boleh dibuat setelah turun ke kawasan DUN Slim bagi melihat sentimen pengundi di situ.
Dalam pada itu, difahamkan malam ini, Dr Mahathir akan berada di Slim River bagi menghadiri Majlis Memperkenalkan Calon PRK N58 DUN Slim.
Pengerusi BN Perak yang juga Pengarah PRK DUN Slim, Datuk Saarani Mohamad juga dijadual mengumumkan calon BN bagi PRK DUN Slim pada petang ini.

DIA PUN BUKAN BAIK SANGAT

No photo description available.



“Kau Pun Bukan Baik Sangat, Ada Rekod SeIeweng Wang Syarikat, PukuI Isteri,” – Giliran Asri Kena Smash Dengan Netizen

𝙐𝙑𝙖𝙨𝙖𝙣 π˜Όπ™¨π™§π™ž π™…π™–π™£π™œπ™œπ™ͺ𝙩 π™₯π™€π™‘π™žπ™¨ 𝙩𝙖𝙠 𝙨𝙀𝙑𝙖𝙩 π™˜π™šπ™©π™ͺ𝙨 𝙠0π™£π™©π™§π™€π™«π™šπ™§π™¨π™ž
Peniaga burger k0ntroversi, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila berkata kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat dalam suatu wawancara semalam.
Ramai yang kongsi video ini. Dah viral katanya sejak malam tadi lagi. Ya memang bukan video penuh, tapi pada kami, tak sepatutnya beliau ‘judge’ dan kata kebanyakan p0lis macam tu… Jangan kerana beberapa orang penguasa yang buat hal kita huk0m semua yang lain sama sahaja. Tak patut lah kan.
Kenyataan itu yang dibuatnya di media sosial secara live dalam satu temubual menyebabkan ramai netizen mengec4m kata-katanya itu.
Asri dalam video itu mendakwa kebanyakan yang menyertai polis dan tentera tidak menjaga solat.
“Hisap rokok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak?
“Bila last (kali terakhir) bawa isteri sembahyang subuh?




NIK AZIZ PERNAH INGIN PECAT HJ HADI?

SIAPA INDIVIDU ISTIMEWA LUAR TERENGGANU YANG PEGANG BERBELAS JAWATAN DALAM GLC NEGERI?



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mempersoalkan tindakan Kerajaan Terengganu melantik individu tertentu memegang terlalu banyak jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan negeri itu.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan, individu yang mempunyai rekod tidak baik dan pernah dipecat turut dilantik memegang sehingga 13 jawatan termasuk pengerusi, ahli lembaga pengarah dan penasihat.

“Saya berasa dukacita apabila individu yang tidak mempunyai rekod yang bagus di Kelantan dan pernah dipecat tetapi hari ini mendapat gaji RM800,000 setahun iaitu kira-kira RM67,000 sebulan dengan dilantik menjadi pengerusi di sebuah syarikat, 11 pengarah dan turut menjadi penasihat.

“Seorang warga England pula dilantik menjadi pengerusi di enam buah syarikat dan pengarah di enam buah syarikat dengan gaji keseluruhan RM650,000 setahun.

“Itu masalahnya, sampai berbelas-belas bagai (jawatan). Tiada orang lainkah? Seorang pegang terlalu banyak syarikat. Hebat sangatkah dia? Mampukah tumpu kepada syarikat? Takkan tiada anak Terengganu yang berkemampuan,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga mantan Menteri Besar Terengganu berkata, amalan melantik seorang individu memegang terlalu banyak syarikat tidak pernah dibuat semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Terengganu sebelum ini.

Menurutnya, paling banyak seorang individu dilantik memegang tiga jawatan dalam syarikat milik kerajaan negeri.

Terdahulu, semasa sesi perbahasan, Ahmad menegur pengurusan tadbir korporat kerajaan negeri kerana hampir kesemua lantikan lembaga pengarah melibatkan orang politik.

“Justeru, saya harap ia dapat diperbetulkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Shahbudin Husin.

PS: takdirrrrr ini ayat wajib aku bila aku bantai kaum kerabat paspispus! Takdirrrrr bila dapat kuasa mereka jadi seperti ayam kekenyangan dedak!!!! πŸ˜„


PATUT LA ...ANAK DIDIK LEBAI MARANG NI...


Image may contain: 1 person, text that says "Kebanyakan Polis & Tentera hisap rokok, tak solat subuh Asri Janggut RIAKNYA! CUBA TEKA SAPA TOK GURU DIA?"


Ko ni bai ikut semua polis dan tentera 24jam ker tahu mereka hisap rokok dan tak solat subuh! Mereka solat kena canang satu dunia atau bagi tahu ko ker bai?
Mungkin solat nak kene up status kot kat wasap, kt FB macam Nik Dusuki buat.. Solat untuk mendapat keredhoan Allah bukan untuk manusia, sama gak bab rokok, bukan diorang amik Dadah pon, (kaitan Dadah dengan Solat ada dlam kitab),
Penghujung hidup kita belom tentu lagi ke syurga, kerana Iblis dulu lagi Ahli Ibadat yang taat, Ketua Para Malaikat lagi, tapi penghujungnya, Iblis kena terima Qada Dan Qadar yang Allah dah tetapkan..

Mula-mula respect bro ni...sekarang Naik menyampah pulak bila kau start pertikai solat orang..hebatnya anda yakinnya anda syurga itu milik anda!!!mulut walaun ke ni.




Debat Mujahid dan Azeez Rahim Jumaat ini

Debat Mujahid dan Azeez Rahim Jumaat ini



Akhirnya debat antara bekas Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim akan berjalan secara langsung Jumaat ini yang dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian.
Bagaimanapun, program ini tidak dinamakan debat tetapi Berani Semuka yang akan disiarkan secara langsung jam 8.30 malam melalui laman sinar harian dan juga pelbagai akaun facebook.
Tan Sri  Johan Jaaffar akan menjadi moderator untuk debat ini bersama dengan dua moderator bersama yang mewakili Mujahid dan Azeez.
Format yang akan digunakan adalah sama dengan debat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, 12 tahun lalu.
Perdebatan antara MP Baling dan MP Parit Buntar mengenai Tabung Haji tidak pernah habis di Dewan Rakyat sahaja.
Ekoran itu, mereka bersetuju untuk bersemuka secara langsung melalui mana-mana media yang akhirnya Sinar Harian bersetuju menjadi tuan rumah.

TINDAKAN YANG SANGAT BIJAK : Saman Kamarul Yusoff: Fatihah tidak tarik semula kes

Saman Kamarul Yusoff: Fatihah tidak tarik semula kes



Pengarah Komunikasi Wanita Muda AMANAH (WARDA), Fatihah Salahuddin memaklumkan sudah menerima writ saman dan pernyataan tuntutan berhubung dakwaan fitnah terhadap seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.
Fatihah bagaimanapun memberi amaran, beliau sama sekali tidak akan menarik semula kes yang difailkan Dr Kamarul Yusoff, sekiranya ianya berlaku dengan permintaan penganalisis politik pro Pas itu sendiri.
“Saya telah menerima serahan sesalinan writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 27 Julai 2020 melalui peguam saya, Mohd Khainis daripada Tetuan Nazri Yahya & Co.
“Saya telah pun mengarahkan peguam saya untuk membuat pernyataan pembelaan dan tuntutan balas.
“Saya akan menolak sebarang usaha KAYU (Kamarul Yusoff) untuk menarik balik kes (sekiranya ianya berlaku), atau percubaan untuk berdamai setelah kes difailkan di Mahkamah,” katanya dalam satu hantaran Facebook beliau semalam.
Sementara itu, beliau turut memberitahu bahawa nilai tuntutan yang dahulunya melalui Letter Of Demand (LOD) menuntut sebanyak RM1 juta, kini menjadi RM2 juta.
Pegawai kepada bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat itu juga berkata, hasil penelitiannya, beliau gagal mencari unsur fitnah dalam kenyataannya yang bertarikh 9 Mei 2020
“Setidaknya, saya tidaklah cuba untuk memadam kenyataan saya sebagaimana pihak sana lakukan.
“Kepada pihak lawan saya, semoga berjaya,” sindirnya.
Terdahulu, Kamarul dilaporkan sudah memulakan prosiding fitnah terhadap 21 individu antaranya membabitkan 10 pemimpin DAP, 10 pemimpin AMANAH dan wartawan Malaysia Dateline.
Mereka adalah ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang; ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng; ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen; Senator DAP Pulau Pinang, Ariffin Omar.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh; Adun Perai, Dr P Ramasamy a/l Palanisamy; Adun Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid; Pengerusi DAP Kitang Abdul Aziz Isa; dan penggerak mahasiswa DAP UUM, Mohd Farid Mohd Azmi.
Manakala sepuluh pemimpin AMANAH termasuklah ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa; ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin; Zolkarnain Abidin dan Jamzuri Ardani.
Turut tersenarai lima lagi adalah Mohd Fitri Asmuni, Wan Anwar Wan Ibrahim, Fatihah Salahuddin, Abdul Rahman Abdul Talib, Husin Jan dan portal Malaysia Dateline.

JOM KITA TERIMA GST...


JAMZURI ARDANI

Umno dan GST
Ibarat jantung hati
Itulah teman sejati
Berjanji sehidup semati


Image may contain: 1 person, text that says "IR Info RAKYAT Tiba masanya GST dikembalikan Pemuda Umno 12/08/2020 10:00 AM GST N DAN MAJU BERSAMA"

JANGAN SAMAKAN SEMUA ANGGOTA POLIS SEBEGITU


HAMDAN TAHA

Saya baru dengar Asri menyebut tentang iman polis. Sepatutnya asri berger ni tak perlu pun komen sampai tahap itu. Ustaz Azahar Idrus,Ustaz Kazim pun tak berani nak keluar sampai tahap itu...
Ye betul ada anggota polis yang tidak bertangungjawap tapi tak boleh di pukul ratakan semua. Ahli politik pun ramai yang terlibat rasuah tapi tidak boleh kata semua ahli politik,dia terpakai kepada mereka yang berkuasa sahaja...itu sebab hari ini contohnya sprm menyebut sedang siasat satu kes rasuah di terengganu melibatkan Yb kita pun tak tahu dari parti mana...kita bole menjadi hero rasuah ketika belum ada kuasa dah ada pemimpin Dap Amanah dan Pkr pun di tahan dan ada yang di dakwa oleh sprm kenapa....kerana mereka pun sempat berkuasa....

Rasuah adalah sahabat rapat dan rakan karip kepada kekuasaan. Rasuah adalah musuh utama kepada mereka yang jauh dari kekuasaan.

Sprm sendiri tidak boleh lari dari rasuah walaupun mereka di tugaskan mencegah rasuah. Kenapa kerana peluang rasuah itu lebih besar di jabatan sprm...pdrm..pbt dan seangkatan dengannya....siapakah yang lebih tahu siapa di kalangan mereka menerima rasuah...rakyat biasa tak tahu...sprm kena siasat dulu baru tahu...pdrm bukan tugas dia membasmi rasuah....yang paling tahu siapa kah manusia yang boleh di beri rasuah ialah perasuah....jika di negara kita ini perasuah ialah mereka yang terlibat dengan perniagaan selain perasuah hanya malaikat dan Allah sahaja maha mengetahui....

Ada satu kes melibatkan seorang pegawai jabatan hutan di perak. Selama lima tahun terakhir dia sakit dan jarang ke pejabat dan sering ambil cuti. Pergi kerja pakai ketayap dan tak banyak cakap orangnya. Pakai kereta pun buruk je volvo 240 lama yang nilai pun 5 ribu jer.ketika bertugas sangat tegas dan beliau di katakan oleh rakyat biasa seorang pegawai yang baik dan ikut buku. Tamat...
Satu hari sprm buat siasatan menyeluruh di negeri tersebut kerana pembalakan haram dan di katakan berlaku penyelewengan melampau terhadap jabatan hutan tersebut. Semua pegawai,renjer dan taukeh taukeh balak di pantau dan ada yang di siasat. Ketika sprm dan di ikuti oleh polis menyiasat satu pejabat hutan daerah yang paling banyak keluaran hasil balak pegawai yang saya sebut pakai lebai dan volvo itu kebetulan tak ada di pejabat kerana dia di katakan sakit dan kerap bercuti...

Sprm akhirnya mengambil keputusan pergi kerumah pegawai tersebut. Tujuan sprm bukan nak buat siasatan terhadap pegawai itu secara peribadi tetapi untuk dapatkan maklumat sahaja  berkaitan pembalakan haram yang tinggi di bawah jagaan dia....itu sahaja...apabila pegawai sprm dan polis datang lebih kurang 10 orang ke rumah pegawai tersebut...isteri pegawai tersebut sahaja yang ada di rumah....kerana ketakutan isteri pegawai tersebut sudah cuba melarikan diri dan tiba tiba isteri tersebut terdedah perkara yang tidak sepatutnya berlaku....

Pegawai SPRM melihat pelik sangat perangai isteri pegawai tersebut mereka telah bertanya soalan soalan provokasi terhadap isteri pegawai tersebut....akhirnya mengejutkan apabila isteri tersebut mengaku di dalam rumah itu ada wang tunai dan akaun bank...sijil simpanan nasional...dan macam macam sijil kewangan berjumlah 6 juta ringgit....

Lain yang di cari lain pulak yang terdedah...pegawai tersebut hanya tinggal lagi 6 bulan sahaja lagi nak pencen. Di dakwa ke makamah akhirnya. Rupanya yang di katakan sakit....pakai ketayap....pakai volvo buruk hanya lakunan menutup kesalahan. Lakunan itu hanya tinggal 6 bulan sahaja lagi hampir berjaya....

Jadi penerima rasuah ini kita tak bole kenal pun tetapi dia boleh di kenali oleh pemberi rasuah. Saya tambah sikit lagi kenapa perniaga cina lebih berjaya dari perniaga melayu kerana pegawai yang berkuasa tak mahu tolong orang melayu sebab tak dapat apa kecuali pahala. Lagi pula pegawai melayu malu nak minta dengan melayu tapi dengan perniaga cina mereka berani minta dan cakap apa saja. Tambahan pula perniaga cina mulut dia tertutup dan pandai jaga rahsia. Orang Melayu baru bagi sikit satu dunia dia cerita....takut lah orang yang ada kuasa....

Itu sebab Jlow boleh berjaya menjadi perasuah paling hebat di dunia ....kerana dia berjaya beli semua orang yang terlibat dengan 1 MDB  ..