HAMDAN TAHA
Saya baru
dengar Asri menyebut tentang iman polis. Sepatutnya asri berger ni tak perlu
pun komen sampai tahap itu. Ustaz Azahar Idrus,Ustaz Kazim pun tak berani nak
keluar sampai tahap itu...
Ye betul ada
anggota polis yang tidak bertangungjawap tapi tak boleh di pukul ratakan semua.
Ahli politik pun ramai yang terlibat rasuah tapi tidak boleh kata semua ahli
politik,dia terpakai kepada mereka yang berkuasa sahaja...itu sebab hari ini
contohnya sprm menyebut sedang siasat satu kes rasuah di terengganu melibatkan
Yb kita pun tak tahu dari parti mana...kita bole menjadi hero rasuah ketika
belum ada kuasa dah ada pemimpin Dap Amanah dan Pkr pun di tahan dan ada yang
di dakwa oleh sprm kenapa....kerana mereka pun sempat berkuasa....
Rasuah
adalah sahabat rapat dan rakan karip kepada kekuasaan. Rasuah adalah musuh
utama kepada mereka yang jauh dari kekuasaan.
Sprm sendiri
tidak boleh lari dari rasuah walaupun mereka di tugaskan mencegah rasuah.
Kenapa kerana peluang rasuah itu lebih besar di jabatan sprm...pdrm..pbt dan
seangkatan dengannya....siapakah yang lebih tahu siapa di kalangan mereka
menerima rasuah...rakyat biasa tak tahu...sprm kena siasat dulu baru
tahu...pdrm bukan tugas dia membasmi rasuah....yang paling tahu siapa kah
manusia yang boleh di beri rasuah ialah perasuah....jika di negara kita ini
perasuah ialah mereka yang terlibat dengan perniagaan selain perasuah hanya
malaikat dan Allah sahaja maha mengetahui....
Ada satu kes
melibatkan seorang pegawai jabatan hutan di perak. Selama lima tahun terakhir
dia sakit dan jarang ke pejabat dan sering ambil cuti. Pergi kerja pakai
ketayap dan tak banyak cakap orangnya. Pakai kereta pun buruk je volvo 240 lama
yang nilai pun 5 ribu jer.ketika bertugas sangat tegas dan beliau di katakan
oleh rakyat biasa seorang pegawai yang baik dan ikut buku. Tamat...
Satu hari
sprm buat siasatan menyeluruh di negeri tersebut kerana pembalakan haram dan di
katakan berlaku penyelewengan melampau terhadap jabatan hutan tersebut. Semua
pegawai,renjer dan taukeh taukeh balak di pantau dan ada yang di siasat. Ketika
sprm dan di ikuti oleh polis menyiasat satu pejabat hutan daerah yang paling
banyak keluaran hasil balak pegawai yang saya sebut pakai lebai dan volvo itu kebetulan
tak ada di pejabat kerana dia di katakan sakit dan kerap bercuti...
Sprm
akhirnya mengambil keputusan pergi kerumah pegawai tersebut. Tujuan sprm bukan
nak buat siasatan terhadap pegawai itu secara peribadi tetapi untuk dapatkan
maklumat sahaja berkaitan pembalakan
haram yang tinggi di bawah jagaan dia....itu sahaja...apabila pegawai sprm dan
polis datang lebih kurang 10 orang ke rumah pegawai tersebut...isteri pegawai
tersebut sahaja yang ada di rumah....kerana ketakutan isteri pegawai tersebut sudah
cuba melarikan diri dan tiba tiba isteri tersebut terdedah perkara yang tidak
sepatutnya berlaku....
Pegawai SPRM melihat pelik sangat perangai isteri pegawai tersebut mereka telah bertanya
soalan soalan provokasi terhadap isteri pegawai tersebut....akhirnya
mengejutkan apabila isteri tersebut mengaku di dalam rumah itu ada wang tunai
dan akaun bank...sijil simpanan nasional...dan macam macam sijil kewangan
berjumlah 6 juta ringgit....
Lain yang di
cari lain pulak yang terdedah...pegawai tersebut hanya tinggal lagi 6 bulan
sahaja lagi nak pencen. Di dakwa ke makamah akhirnya. Rupanya yang di katakan
sakit....pakai ketayap....pakai volvo buruk hanya lakunan menutup kesalahan.
Lakunan itu hanya tinggal 6 bulan sahaja lagi hampir berjaya....
Jadi
penerima rasuah ini kita tak bole kenal pun tetapi dia boleh di kenali oleh
pemberi rasuah. Saya tambah sikit lagi kenapa perniaga cina lebih berjaya dari
perniaga melayu kerana pegawai yang berkuasa tak mahu tolong orang melayu sebab
tak dapat apa kecuali pahala. Lagi pula pegawai melayu malu nak minta dengan
melayu tapi dengan perniaga cina mereka berani minta dan cakap apa saja.
Tambahan pula perniaga cina mulut dia tertutup dan pandai jaga rahsia. Orang Melayu baru bagi sikit satu dunia dia cerita....takut lah orang yang ada
kuasa....
Itu sebab
Jlow boleh berjaya menjadi perasuah paling hebat di dunia ....kerana dia
berjaya beli semua orang yang terlibat dengan 1 MDB ..