APA MAKLUMAT YANG DITERIMA

Pertemuan apa di Dorsett Hartamas?

By Kasthuri Jeevendran - 13 June 2020

JIKA TUN mendapat 115- atau DSAI mendapat 115..siapa dulu mencapai angka itu, maka ianya akan menjadi PM.

Jika Tun dapat dahulu, maka PH akan sokong Tun tetapi Anwar dan Wan Azizah tidak akan menyertai kabinet Tun.
Namun dikhanarkan Abang Johari berada di Kuala Lumpur dan ada berjumpa DSAI.

Syafie belum sedar tentang Musa Aman yang tidak lagi akan mengamankan Sabah..kerana Sabah juga adalah milik beliau yang tidak lagi sakit selepas di bebaskan. Syafie sepatutnya sedar akan kedudukan beliau di Sabah.

Apa pun kita tunggu sehingga Selasa.


Kelibat beberapa pimpinan Pakatan Harapan seperti Gobind Singh kemudian Anwar yang kelihatan tersenyum begitu ‘lebar’ dan tampak gembira di Hotel Dorsett Hartamas hari ini.
KUALA LUMPUR – Apakah sebenarnya yang berlaku dalam satu pertemuan selama beberapa jam antara beberapa pemimpin pembangkang di Hotel Grand Dorsett hari ini?
Ia diketahui selepas MalaysiaGazette dihubungi salah seorang pembaca yang ternampak kelibat mereka di hotel berkenaan sekitar pukul 1.30 petang.
Dakwanya, pimpinan pembangkang bertemu seolah-olah ada pertemuan selain melahirkan rasa teruja apakah yang sebenarna berlaku.
Dakwa pembaca itu, beliau ternampak kelibat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan juga Dr. Maszlee Malik.
Bagaimanapun, tinjauan sekitar jam 2 petang tadi mendapati beberapa buah kereta termasuk milik Anwar dengan beberapa kereta lain tidak dapat dipastikan pemiliknya di perkarangan hotel juga di tempat parkir joki kereta.
Dorsett1-Bagaimanapun, penulis tidak dibenarkan masuk ke kafe di hotel berkenaan sebaliknya hanya dibenarkan di lobi sahaja.
Selang beberapa lama kemudian, kelibat beberapa pimpinan Pakatan Harapan (PH) seperti Gobind Singh kemudian Anwar yang kelihatan tersenyum begitu ‘lebar’ dan tampak gembira.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Presiden PKR kelihatan ditemani oleh Fahmi Fadhil, Xavier Jayakumar, Datuk Seri Shamsul Iskandar.
Turut sama kelihatan bersama-sama Anwar ialah Khalid Samad.
Masing-masing berhenti dan kelihatan berbisik antara satu sama lain sambil menunggu kereta mereka tiba di perkarangan hotel.
Selepas itu kelihatan pemimpin utama DAP seperti Lim Guan Eng, Liew Chin Tong, Tony Pua dan juga Anthony Loke keluar.
Juga turut kelihatan ialah bekas menteri seperti Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan juga Datuk Seri Salahuddin Ayub bersama-sama beberapa pengikutnya.
Namun demikian tidak nampak pula kelibat pemimpin Bersatu termasuk Mahathir, Maszlee mahupun Syed Saddiq.
Bagaimanapun, MalaysiaGazette masih lagi cuba untuk mendapatkan maklumat berhubung pertemuan ini namun sumber-sumber terus mengunci mulut ketika ini.
Jika ia bukan satu pertemuan rahsia tidak pasti pula mengapa antara pimpinan PH yang hadir ‘mengunci mulut’? mengenainya.-


YIDIN AMBIL RISIKO BESAR HANYA UNTUK LEPASKAN NAFSUNYA MENJADI PM?




Bukan calang-calang pertaruhan Yidin untuk menjadi PM pintu belakang. Beliau terpaksa menanggung risiko kerana dikatakan:

1.  Menipu istana dgn membawa jumlah sokongan MP yang dipertikaikan kesahihannya.  

2.   Menfitnah istana dengan menyatakan di dalam perjumpaan tertutup kononnya Agong campurtangan di dalam politik iaitu turut beri sokongan terhadap kerja khianat beliau serta kononnya Agong tidak suka kepada Anwar.  

3.  Melakukan rasuah atau umpan politik terbesar apabila terdedahnya suara beliau di dalam satu mesyuarat tertutup, iaitu akan menawarkan kedudukan dan jawatan di dalam kerajaan atau GLC kpd MP-MP dari Umno dan Pas agar sokongan diberikan kpd usaha beliau untuk khianat merampas mandat rakyat.  

Mampukah Muhyidin menanggungnya nanti apabila kuasa yang dirompaknya itu terlepas dari tangannya dalam masa terdekat?  

Semoga Allah selamatkan negara kita dari munafik yang berpura2 ini.  Semoga maruah dan kedaulatan raja2 kita terpelihara dari tipu daya pemimpin politik yang rakus.  

WFAUZDIN NS


KENAPA MEREKA TINGGALKAN PKR KETIKA DSAI MENJADI PRESIDEN


IZLIN IDRIS


Ramai orang tanya mengapa bila DSAI jadi Presiden ada beberapa pemimpin parti yg tinggalkan KEADILAN..?

kalau korang nak tahu semasa Wan Azizah jadi Presiden, geng² Azmin kartel ni tidak hormatkan Kak Wan sebagai Presiden..

Malah sewaktu DSAI di dalam penjara, pernah mereka buat petisyen supaya Kak Wan meletakkan jawatan Presiden parti..
Suami di dalam penjara, isteri di luar didesak dan dihentam sebebasnya oleh geng Kartel dengan rasa penuh berkuasa tanpa rasa hormat.

Cerita dalam KEADILAN ni tak ramai yg tahu kerana Kak Wan mengambil sikap diam dan merahsiakan..

Pasal tu lah kalau korang perasan Kak Wan kalau buat ceramah kelompok, beliau seringkali menceritakan zaman 98 sehingga menitiskan air mata...

Orang ramai hanya tahu komplen "sudah² lah Kak wan cerita bab mata lebam tu" , tapi ramai yg tak tahu itulah salah satu cara beliau dalam mengingatkan pemimpin² parti agar tidak lupa bahawa parti KEADILAN ini diasaskan dengan darah dan air mata ramai pihak..

Jangan pula bila ada jawatan dan habuan, rakus dan lupa diri dan lupakan rakyat bawahan yg dahagakan perubahan..

Tetapi Kartel ni..
Cakaplah macam mana pun, mereka tetap kejar habuan mereka, kerana mereka memang diajar sebegitu oleh Ketua kartel mereka..

Jadi bila DSAI ambil alih jawatan presiden,  mereka semua sudah tidak selesa lagi untuk berada di dalam KEADILAN, kalau kalian masih ingat, sejak KEADILAN jadi parti kerajaan di dalam PH, beberapa kali DSAI tegur bahawa adanya di kalangan pemimpin KEADILAN sudah mula lupa diri , bangga menonjolkan kekayaan dan lupakan perjuangan asal yg mereka dokong selama ini..

Sikap tegas DSAI memberi teguran terhadap kelompok pemimpin yang sudah mula berani menompok² kekayaan diri sendiri dan mempertontonkan di hadapan khalayak inilah membuatkan mereka rasa panas dan tidak selesa berada di bawah pentadbiran DSAI..

Jadi apa kita nak hairan apabila mereka yg mengejar kekayaan diri,  habuan dan jawatan demi peribadi mereka,keluar dari parti KEADILAN?




SIAPA DULU DAPAT 115 , DIA JALAN DULU JADI PM.


Hamsina Hamzah

Perlawanan Endurance

Sekarang ini dah nampak macam jadi pergaduhan antara penyokong Tun dan penyokong Anwar bising siapa nak jadi PM. Masing-masing dengan cherry pick stories siapa yang bersalah PH jatuh.

Fact that matter is PN tiada majority, PM atap sendiri sebagai bukti tak berani bentang apa-apa usul di parlimen

Anwar tak cukup nombor, TunM pun tak cukup number

The fact that matter is kerusi Anwar 39 lagi besar dari 5 Tun, tak payah belajar statistik pun boleh tahu mana yang lagi besar.

Semalam Tun kata jangan guna SPRM untuk tekan pembangkang kalau tak dia akan dedah rahsia siapa yang tekan. Statement ini sendiri is already wrong. Kalau dia tahu benda yang salah waktu dia ada kuasa, kenapa simpan kes tersebut? Jadi sama dengan kes 90 juta lebai PAS la kan? Lepas tu pergi bagi 400 juta lagi. Yang geng Amanah patut persoalkan, bila simpan kes 90 juta macam mana Amanah especially kat pantai timur nak menang lawan lebai? Lepas tu kalau di lantik jadi PM ke 9, ada jaminan tak dia akan simpan lagi kes 90 juta demi kelangsungan kuasa?

Lepas itu tak ada sekali pun dia kritik Azmin dan kitolnya. Dia marah dekat Muidin tapi Azmin dan lampir sikit pun tak sentuh. Kalau dia jadi PM lepas tu dia lantik Azmin balik, macam mana? Nak pisang berbuah 10 kali?

Sekarang kita dah tahu prestasi Tun memerintah selama 22 bulan, apa keajaiban yang boleh di buat untuk selamatkan PH? Nanti geng Yidin akan di tekan, lepas itu Kereta Terbang dan Rinamon akan masuk balik jadi menteri. PRU15 most likely mereka akan bertanding lagi bawah bersatu

Pastu baca statement yang dia kata dia tak akan di calon jadi PM tapi dia kata dia tak tolak kalau di calon kan lagi. See? Kalau dia kata dia akan tolak kalau di calonkan jadi PM9 kan mudah.

Again, saya sokong Anwar jadi PM sebab saya nak tengok Islah apa yang dia pejuangkan. kalau dia pun tak boleh pakai, PRU15 kita tolak la dia. Pastu ada penyokong tun kata anwar ada masalah moral, well semua orang ada aib peribadi termasuk lah Tun, tapi nak main isu moral ini bukan level saya. Kalau nak maksum macam Nabi sampai ke kiamat la tak ada orang yang layak jadi PM.

Tadi pun saya baru remove friend penyokong Anwar yang taksub memaki hamun. Saya kata benda ini overkill boleh backfired, tapi dia still angkuh. Saya kata politik ini perlu sokongan bukan sahaja dari ahli parti tapi banyak dari orang atas pagar, kalau dia memaki hamun orang atas pagar tak akan undi. Mereka tak suka orang ghulu dan extreme

Sekarang ini kerusi tengah deadlock, masing2 tiada majoriti. Kalau macam itu biar sahaja PN memerintah sampai PRU15. Kalau setiap usul mereka kalah di parlimen sampai budget 2021 sangkut, dia sendiri terpaksa resign. Kalau Mudin resign dia takkan berani nak bubar parlimen, reason di sebab MN (UMPAS) memang nak minta bubar dan mereka akan bertanding tanpa Bersatu. Kalau PRU15 next year, bersatu sendiri akan bungkus. Nak tak nak mudin terpaksa undi PM yang lain kalau dia tak nak bubar parlimen.

Tapi dia terpaksa pilih nak jilat balik Tun atau Anwar; yang pasti Anwar bukan jenis yang berdendam.

Tapi kalau bubar pun tak ada masalah, PH dengan 3 penjuru masih boleh menang lagi, insyallah. Lagi lama MN dalam PN lagi rosak reputasi mereka. Ingat kita nak undi atas pagar, dan dengan covid, masalah ekonomi ini akan buat orang atas pagar sedar, politik ini bukan sekadar ratah GLC dan berdoa di kaca TV dan hidup dalam utophian state.

Sekarang ini adalah perlawan Endurance, macam marathon nak tengok siapa yang lagi lama boleh bertahan tanpa kuasa. Yang pasti mereka yang tidak ada kepentingan kroni boleh bertahan jadi last man standing.

Kalau ada yang terasa minta maaf la yer, in politics you have to make a stand.

Hambekkkkk!!!!! 😁😁😁

DULU LAWAN PENGENALAN JAWI/KHAT, KINI BERKUASA DALAM KERAJAAN DIAM MEMBISU.




Adrian Lim

MCA ini licik. Apabila dia nak hasut orang Cina, dia siar statement dalam mandarin agar orang Melayu tidak faham.

Jadi saya bantu terjemahkan statement-statement anti-Jawi dari MCA untuk bantu sahabat-sahabat Melayu saya faham apa hasutan mereka.

Untuk pengetahuan semua, mereka kini berkuasa dalam Kerajaan.

Tengok gambar pertama. Watak-watak ini berdiri di tengah banner. Cuba cam muka-muka mereka.

1. Wee Ka Siong yang pegang kain rentang anti-Jawi dalam gambar pertama kini Menteri Pengangkutan
2. Mah Hang Soon yang juga pegang kain rentang anti-Jawi dalam gambar pertama kini Timbalan Menteri Pendidikan
3. Tan Teik Chang yang juga pegang kain rentang anti-Jawi dalam gambar pertama kini Pengerusi Lembaga Pelabuhan Penang
4. Chong Sin Woon yang hadir forum anti-Jawi kini dilantik Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang

Oleh sebab saya bercakap benar, kejap lagi saya akan dituduh “pengkhianat bangsa Cina” oleh penyokong-penyokong tegar MCA.

Bagi membuktikan saya bukan menghasut atau memfitnah, saya akan tampilkan pautan-pautan laporan akhbar. Korang cuba tekan tu link, copy perenggan-perenggan akhbar tu dan letak dalam Google translate. Tengok sama ada saya tipu atau bercakap benar.

1. "MCA & MASYARAKAT CINA BERDIRI TEGUH, TOLAK SEKERAS-KERASNYA PENGENALAN SENI KHAT DALAM SILIBUS PENDIDIKAN SJK (C)" -kain rentang yang dipegang oleh Wee Ka Siong (Presiden MCA) & Mah Hang Soon (Pengerusi MCA Perak)
(Dilaporkan oleh akhbar Kwong Wah di https://www.kwongwah.com.my/wp-content/uploads/2019/08/190804gn01.jpg)

2. "SENI KHAT 'MENCABUL' PENDIDIKAN SJK (C), SUDAH MASANYA MASYARAKAT TIONGHUA LAWAN HABIS-HABISAN," kata MCA Tambun
(Dilaporkan oleh akhbar Sin Chew di https://www.sinchew.com.my/content/content_2093884.html)

3. "BANGKIT LAWAN HABIS-HABISAN POLISI UNTUK MEMPERKENALKAN SEMULA SENI KHAT," seru bekas Presiden MCA Liow Tiong Lai kepada masyarakat Cina
(Dilaporkan oleh akhbar China Press di http://www.chinapress.com.my/20190803/%E7%88%AA%E5%A4%B7%E6%96%87%E8%AF%BE%E9%A2%98%E6%88%90%E5%8D%8E%E6%95%99%E9%9A%90%E5%BF%A7-%E5%BB%96%E4%B8%AD%E8%8E%B1%E5%90%81%E5%8D%8E%E7%A4%BE%E5%8F%91%E5%A3%B0%E9%98%BB%E6%AD%A2/)

4. "PENGENALAN JAWI TIDAK MAMPU MENINGKATKAN TARAF BAHASA KEBANGSAAN," kata Wee Ka Siong
(Dilaporkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau di https://www.enanyang.my/news/20190804/%E3%80%90%E5%8D%8E%E6%B7%A1%E5%B0%8F%E5%AD%A6%E7%88%AA%E5%A4%B7%E4%B9%A6%E6%B3%95%E3%80%91%E9%AD%8F%E5%AE%B6%E7%A5%A5%E9%89%B4%E8%B5%8F%E7%88%AA%E5%A4%B7%E6%96%87-br%E6%97%A0%E6%B3%95/)

5. WANG RINGGIT ADA TULISAN JAWI: WEE KA SIONG SINDIR 'LEBIH BAIK DR MASZLEE PERGI MAIN WAU'
(Dilaporkan oleh akhbar China Press di http://www.chinapress.com.my/20190804/%E2%97%A4%E7%88%AA%E5%A4%B7%E4%B9%A6%E6%B3%95%E8%AF%BE%E9%A2%98%E2%97%A2-%E9%92%9E%E7%A5%A8%E6%9C%89%E5%B0%B1%E8%A6%81%E5%AD%A6%EF%BC%9F-%E9%AD%8F%E5%AE%B6%E7%A5%A5%E6%8F%B6%E6%8F%84%E9%A9%AC%E6%99%BA/)

6. WEE KA SIONG (PRESIDEN MCA) SINDIR TEO NIE CHING (TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN DARI DAP) SEBAGAI 'MAK CIK JAWI'
(Dilaporkan oleh akhbar China Press di http://www.chinapress.com.my/20190803/%E2%97%A4%E7%88%AA%E5%A4%B7%E6%96%87%E4%B9%A6%E6%B3%95%E8%AF%BE%E9%A2%98%E2%97%A2-%E9%AD%8F%E5%AE%B6%E7%A5%A5%E5%90%81%E5%BC%A0%E5%BF%B5%E7%BE%A4-%E5%8B%BF%E5%BD%93%E5%BC%A0%E7%88%AA%E5%A4%B7/)

7. "TEO NIE CHING TIDAK HIRAU PANDANGAN MASYARAKAT CINA DALAM KEPUTUSAN MELAKSANAKAN SENI KHAT," kata MCA Pasir Gudang
(Dilaporkan oleh akhbar Sin Chew di https://www.sinchew.com.my/pad/con/content_2094719.html)

8. "TEO NIE CHING TIDAK HIRAU SUARA MASYARAKAT CINA MEMBANTAH SENI KHAT," kata Wakil MCA Pulau Pinang
(Dilaporkan oleh akhbar Sin Chew di https://www.sinchew.com.my/pad/con/content_2094575.html)

9. "TEO NIE CHING BALAS MASYARAKAT CINA DENGAN MELAKSANAKAN SENI KHAT DALAM SILIBUS SJK(C)," kata Ketua Biro Komunikasi & Diplomasi Antarabangsa MCA, Dr Tee Ching Seng
(Dimuatnaik oleh MCA di http://mca.org.my/1/Content/SinglePage?_param1=04-082019-170372-08-201904&_param2=TS)

10. "PENGENALAN SENI KHAT BUKAN CARA BAIK MENGHAYATI BAHASA KEBANGSAAN," kata Wee Ka Siong
(Dilaporkan oleh akhbar Kwong Wah di https://www.kwongwah.com.my/20190804/%E8%AE%A4%E8%AF%86%E7%88%AA%E5%A4%B7%E4%B9%A6%E6%B3%95%E6%8F%90%E5%8D%87%E5%9B%BD%E8%AF%AD-%E9%AD%8F%E5%AE%B6%E7%A5%A5%EF%BC%9A%E9%9D%9E%E6%9C%80%E5%A5%BD%E6%95%99%E5%AD%A6%E6%B3%95/)

SEBELUM DISEPAK KELUAR..BAIK AKU SEPAK DIRI AKU SENDIRI...SILAKAN...

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'MANUSIA PeNIPU PADA DIRI SENDIRI Saya akan mempertahankan SELANGOR dan MANDAT RAKYAT tidak akan saya khianati YB Dr. Daroyah Alwi ADUN Sementa HARAPAN #tolakpengkhianat #akukeadilan #PNipu Dun Sementa milik rakyat... Tolong kembalikan. Rakyat Undi bukan kerana muka kamu tapi Logo PKR.'


ALIF AFENDI

"Keputusan ini dibuat kerana saya hilang keyakinan terhadap presiden dan parti yang alpa dengan perjuangan dan hala tuju," itu kata kamu!!!!

Tolong kembalikan Sementa undi di beri bukan kerana muka kamu yg diselaputi bedak itu, putih diluar hitam didalam perlu diingat kami semua percaya pada Presiden PKR itu sendiri bernama DSAI.

Aku juga pernah menulis dengan gambar 4 ekoq kartel yang bersama Anwar dalam gambar termasuk MB selangor...Tapi Anwar tak juga pandai membaca gerak nadi mereka...disitu kelemahan Anwar...lahi lama hangpa biar..lagi mudarat..orang kata dok biar buat apa..tendang perabih buang la...


PENJUAL AGAMA DIMANA PUN SAMA

W.faudzin

Lihatlah bagaimana portfolio agama PH dahulu diserang atas isu yang dimanipulasikan.

Halangan sindiket air zam-zam yang tidak sah kerana telah dinafikan oleh Kedutaan Besar Arab Saudi di KL bahawa tiada penjualan komersial dipulas sebagai menghalang penjualan air zam-zam.

Hari ini; KASTAM menahan 83 ribu liter air zam-zam seludup di Pelabuhan Klang.

Watak-watak ini kekal senyap dan bisu seperti bisunya mereka terhadap isu rasuah dan penggubahan wang haram bekas KM Sabah.





PN TIDAK AKAN BUAT PRU 15 DALAM MASA TERDEKAT



Awal jun lalu,  Najib bertandang ke banglo Zahid. Lepas tu 2 tokoh ni bagi warning pada MY yang pru15 akan diadakan tak lama lagi. Orang tak belajar sains politik pun faham kenyataan presiden umno dan bekas PM ni bahawa umno akan hentikan sokongan pada MY sekiranya kes mahkamah yang libatkan mereka akan kalah. Kelebihan 2 kerusi di parlimen sudah cukup meletakkan PN tumbang.

Seminggu selepas itu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyatakan PH hanya ada 107 sokongan dari MP. Maksudnya PN ada 115 kerusi. Kenyataan Anwar tersebut berkias untuk memberitahu MY bahawa andai PN hilang 2 kerusi (Najib dan Zahid) partinya masih terus berkuasa dalam komposisi 113- 107.
Kenyataan MY semalam bahawa PRU15 akn diadakan segera mungkin berbaur lucu namun sudah cukup untuk menjawab telahan Najib/Zahid bahawa "kamu tak perlu menggertak aku".

Walaupun diatas kertas tesis pelajar sains politik kenyataan MY dirasakn kurang lojik disaat PN masih terhoyong hayang dengan kelebihan 2 kerusi. Selain negara sedang bergelut melawan pendamik C19.

Lebih sukar lagi apabila agihan kerusi daalm PN masih belum dilakukan. SUA Umno Annwar Musa memaklumakn mesyuarat peringkat teknikal pun belum dilaksana apa lagi untuk membincangkan agihan kerusi antara Umno, Pas dan Bersatu.
Rasionalnya akan mengambil masa antara 6-9 bulan sebelum diputuskan. Ini tidak termasuk pendaftaran PN yang ditentang oleh umno.

MY cuba mengalih tumpuan kes beliau yang di buat pada SPRM tentang isu rasuah agihan GLC sebelum dibentuk kerajaan beliau. Tiga bulan berkuasa disaat negara berdepan C19 belum cukup untuk meyakinkan rakyat menerima beliau sebagai pemimpin negara.

Begitu jugak ekonomi negara yang parah kesan C19. Reaksi awal telah ditunjukkan oleh kabinet beliau bahawa tiada lagi harga siling bagi petrol selepas ini.

Ramai yakin MY akan pastikan Pru15 diadakn pada saat akhir tarikh pembubaran parlimen ke 14.- 

Mat Zahari Ali.



APAKAH TULISAN DR. MAZLEE SUATU PETUNJUK AWAL JANJI SERAH KUASA KEPADA ANWAR BAKAL DIMUNGKIRI SEKALI LAGI?



Membaca dan meneliti tulisan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malek bertajuk “Galah Sejengkal Tun Dr. Mahathir”, sekurang-kurangnya dua persoalan timbul daripadanya.

Pertama, sementara beliau mengatakan jawatan Perdana Menteri ke-9 tidak seharusnya dijadikan hak mutlak untuk Anwar Ibrahim, kenapakah beliau seolah-olah mahu menjadikan jawatan tersebut dimutlakkan pula kepada Tun Mahathir Mohamad?

Apakah istimewanya Tun Mahathir yang hanya ada 5 kerusi bersamanya sehingga perlu menobatkannya sebanyak tiga kali sebagai Perdana Menteri dan apakah hanya bekas Perdana Menteri itu saja yang mampu menarik tambahan 5 lagi kerusi lagi untuk menjadikan jumlah 107 yang dimiliki PH sekarang sebagaimana yang diumumkan Anwar dapat ditingkatkan kepada angka 112 bagi “mencapai buah-buah ranum di puncak”?

Dengan gambaran yang diberinya bahawa galah sejengkal Tun Mahathir lebih lebih penting daripada galah sedepa yang sedang dimiliki Anwar untuk PH kembali semula menjadi kerajaan, adalah jelas Dr. Mazlee terlalu ingin memuliakan Pengerusi Bersatu yang telah diumumkan keahlian partinya terpecat oleh Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu, baru-baru ini.

Sepatutnya Dr. Mazlee sedar, jika pun angka yang sedikit mahu dimuliakan, beliau tidak patut meremehkan orang lain yang mempunyai angka yang lebih besar.

Apatah lagi, selain dalam amalan demokrasi, banyak sisi lain dalam kehidupan juga, walau bukan suatu kewajipan, turut memfaktorkan angka yang banyak lebih wajar dihormati dan diberikan kedudukan tinggi berbanding angka yang sedikit.

Kedua, Dr. Mazlee juga menyebut, selain berpotensi menggenapkan angka 107 menjadi 112, Tun Mahathir juga, jika menjadi Perdana Menteri semula, didakwanya mampu mencapai jumlah angka yang lebih menakjubkan iaitu sehingga 148 iaitu majoriti dua pertiga bagi PH.

Tulis Dr Mazlee seterusnya – “Analoginya mudah. Galah Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanya mampu mencapai 92 atau lebih sedikit tetapi tidak mampu melepasi 112, sebaliknya sekiranya disambung dengan galah sejengkal Tun Dr Mahathir, maka angka 112 boleh dilepas. Bahkan 130 atau lebih sedikit pun boleh dijangkau.

“Tun Dr Mahathir boleh ‘ramp-it’ sehingga 148 jika betul rundingan dan percaturannya. Dengan menambah galah sejengkal Tun Dr Mahathir dengan galah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka buah-buah yang banyak di bahagian atas pokok boleh dikait dengan mudah.

“Apabila angka 112 ini telah dicapai, galah sejengkal ini akan digunakan lagi untuk membawa angka ini kepada 130. Analoginya mudah, galah 112 ini akan berupaya menggoncangkan pohon-pohon ‘buah 18’ yang lain walaupun tinggi.

“Dan apabila angka telah mencapai 130, pohon-pohon berbuah 17 (asalnya 21) pun akan turut rapuh untuk dipetik oleh galah sejengkal. Ianya bagus jika mahukan sebuah kerajaan yang stabil dengan bilangan ahli parlimen mencapai 148 sekurang-kurangnya.”

Dalam konteks ini, tiga soalan mudah buat Dr Mazlee – pertama, kenapa sepanjang 22 bulan menjadi Perdana Menteri bersama PH sebelum ini, Tun Mahathir tidak pernah mampu mencapai angka 148 bagi menjadikan kerajaan yang dipimpinnya ada kekuatan dua pertiga?

Kenapa baru sekarang imaginasi angka 148 itu ditimbulkan?

Kalau 22 bulan tidak mampu, apakah dengan hanya janji untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi bagi tempoh enam bulan sebelum menyerahkan kuasa kepada Anwar, Tun Mahathir benar-benar berupaya menarik sehingga angka 148 itu?

Yang kedua, harus difahami kekuatan pembangkang, khususnya PH sekarang ini adalah simbol keupayaan Anwar menggerakkan perjuangan reformasinya sejak lebih 20 tahun lalu.

Anwar hampir berjaya mengalahkan BN pada pilihanraya 2013 dengan kemampuan pertama kali merampas keunggulan undi popular sebanyak 52 peratus, tetapi tidak dapat beraksi pada PRU14 kerana berada di penjara.

Meski di penjara di mana beliau terus memainkan peranan dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan serta saranan secara aktif, kekuatan PH tidak pernah berkurang sepanjang ketiadaannya secara nyata.

Memang Tun Mahathir yang mengetuai PH mencapai kejayaan pada PRU14, tetapi sebahagian kecemerlangan pada pilihanraya itu adalah kerana asas yang telah bertapak kukuh yang disediakan oleh Anwar dan kerana namanya juga disebut sebagai pengganti Perdana Menteri seterusnya.

Maka, dengan rentetan itu, di mana logiknya untuk mengatakan Anwar tidak mampu menggenapkan jumlah 107 menjadi 112 atau lebih tinggi daripada itu, sebaliknya hanya Tun Mahathir saja mampu melakukannya?

Yang ketiga, jika benar Tun Mahathir ada keupayaan menarik sehingga 148, siapakah mereka itu?

Adakah antara mereka yang bakal melompat itu terdiri daripada kalangan 18 Ahli Parlimen Pas, 11 kumpulan Azmin Ali dan geng dalam Bersatu pro Muhyiddin yang termasuk daripadanya pelompat-pelompat katak yang diketuai Hamzah Zainuddin?

Kalau mereka itu yang sebelum ini telah terbukti sebagai pengkhianat dan anti kepada Anwar, apakah dengan membawanya semula ke dalam PH dapat menjadikan proses peralihan kuasa kepada Presiden PKR dapat berlangsung dengan aman di sebalik alasan menguatkan kerajaan yang digunakan?

Atau tujuan menarik semula mereka itu memang untuk menghalang sekali lagi Anwar daripada menjadi Perdana Menteri serta dengan demikian, Tun Mahathir dapat mencapai cita-cita asalnya untuk berkuasa sehingga habis penggal?

Apa pun, terima kasih kepada Dr. Maslee kerana niat terselindung di sebalik tulisannya terlalu amat mudah untuk difahami dan Anwar tentunya tidak akan menjerumuskan dirinya terjebak dalam lubang yang sama untuk kali yang ketiga. 

(Shahbudindotcom 13/06/2020)


TUMBANGKAN 32 PENGKHIANAT DALAM PRU 15

PARTI AGAMA JADI SYAITAN BISU?

LEBIH MULIA DARI UMMAH?

TENGKU ZULPURI PULA DITAWAR MELOMPAT

JIKA PH KEMBALI BERKUASA, ANWAR ATAU MAHATHIR SEPATUTNYA MENJADI PM?



Perlunya PH kembali menjadi kerajaan dalam waktu yang terdekat ini, asas paling pentingnya ialah untuk mengembalikan semula mandat yang telah diberikan rakyat.
Oleh kerana yang menang pada PRU14 lalu adalah PH melalui penggunaan simbol PKR, tetapi kemenangan itu kemudian dirampas melalui pengkhianatan dan tebuk atap, maka PH ada tangungjawab moral untuk merampasnya semula.
Tidak kira sama ada rampasan kuasa semula itu melalui tebuk atap atau ada Ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong PN namun sedia mengkhianati gabungan itu, realitinya itulah balasan yang sepatutnya kepada orang yang lebih dulu melakukan pengkhianatan.
Tebuk atap akan dibalas dengan tebuk atap dan pengkhianatan akan dibalas dengan pengkhianatan juga.
Jika PH tidak dikhianati dan kerajaan sahnya tidak ditumbangkan melalui pengkhianatan, PH tentu sama sekali pernah terfikir untuk berbuat perkara yang sama.
Tetapi oleh kerana mereka yang menggelarkan diri sebagai PN ini yang memulakan pengkhianatan dan kemudian berbangga pula berjaya merampas kerajaan melalui tebuk atap, mereka wajar diajar agar menerima balasan betapa pedihnya bila dikhianati dan apabila atap kerajaan ditebuk untuk dicerobohi.
Apa yang sedang diusahakan oleh PH untuk merampas kembali kerajaan ini sama sekali tidak merupakan sesuatu yang salah.
Ia hanya untuk menuntut semula dan mengembalikan haknya yang diperolehi secara sah melalui mandat rakyat pada PRU14 lalu.
Ibarat seseorang yang ada kebun durian, tetapi suka menceroboh dan mencuri buah durian orang lain kerana ketamakannya, bukan saja buah durian di kebunnya akan berisiko dicuri di lain masa, bahkan tidak mustahil pokok duriannya pun akan kena tebang oleh mereka yang tahu kerja-kerja mencuri yang dilakukannya.
Prinsipnya, orang yang buat khianat, dia juga akan menerima balasan apabila tiba masanya dirinya pula akan dikhianati.
Dalam hal ini, bukan saja apa yang diusahakan PH ini harus disokong, terutama oleh majoriti rakyat yang mengundi PH pada PRU14 lalu, tetapi juga bagi mereka yang cintakan keamanan dan kestabilan.
Kestabilan dan keamanan dalam negara hanya akan tercapai apabila mereka yang menang pilihanraya diiberikan hak sebagai kerajaan sehingga akhir tempohnya, manakala yang kalah harus duduk di tepi dahulu sebagai pembangkang.
Seorang wanita yang sudah bersuami tidak boleh dirampas atau dibawa lari untuk dijadikan isteri oleh lelaki lain, sebaliknya perlu menunggu dia diceraikan dan tamat tempoh edahnya terlebih dahulu, barulah boleh untuk dijadikan suri hati dalam rumahtangga.
Makna kata, jika pembangkang mahu jadi kerajaan, tunggulah pilihanraya seterusnya untuk mencapai impian tersebut dan bukan merampas hak orang lain di tengah-tengah jalan.
Apabila berlaku rampasan hak orang lain, maka akan berlakulah huru-hara, perbalahan, ketidaktenteraman dan macam-macam lagi.
Dalam konteks ini, yang menang PRU14 lalu adalah PH dan kuasa harus dikembalikan semula kepada PH tanpa sebarang pertikaian sama sekali.
Oleh kerana dalam PH sekarang hanya ada tiga parti iaitu PKR, DAP dan Amanah, sementara Bersatu masih berada di luar gabungan kerana berlaku perpecahan dalam parti itu antara Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin sehingga parti tersebut terpecah dua, sebagai menghormati mandat rakyat sedia ada, maka pimpinan PH sedia ada inilah yang harus diberi hak memegang kuasa jika berlaku peralihan kerajaan dalam waktu terdekat ini.
Meskipun ada lima Ahli Parlimen Bersatu sedia bersama PH, termasuk Tun Mahathir sendiri, manakala Warisan pula hanya merupakan ahli gabungan yang bersama dengan PH tetapi bukan ahli PH, kepimpinan PH sedia ada iaitu Anwar Ibrahim seharusnya dipersetujui menjadi satu-satunya calon Perdana Menteri.
Ibaratkan saja PH sebuah pasukan bolasepak dan Tun Mahathir merupakan ketua pasukan sebelum ini, tetapi oleh kerana beliau mengalami kecederaan dan kedudukannya telah diganti oleh Anwar, apabila pasukan itu memenangi pertandingan, orang yang paling diraikan dan lebih layak menerima trofi kemenangan adalah ketua pasukan yang bermain dalam perlawanan, bukan ketua pasukan lama yang berada di tepi padang.
Apa lagi jika ketua pasukan lama itu sudah begitu lama jadi ketua, usianya pun sudah terlalu tua, potensi ketua pasukan baru yang lebih muda, bertenaga dan berwibawa, tentu saja menjadi dambaan semua.
Dengan yang demikian, hujah-hujah bahawa jika PH dikembalikan sebagai kerajaan, maka Tun Mahathir wajib dimutlakkan semula sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga, sepatutnya tidak berbangkit lagi.
Terimalah realiti bahawa proses penggantian kepimpinan PH telah pun berlaku dan gabungan itu kini diketuai oleh Anwar.
Tun Mahathir sendiri seharusnya berjiwa besar dalam hal ini, sedia dan terbuka menyokong Anwar sebagaimana Presiden PKR itu serta seluruh keluarga dan penyokongnya sebelum ini, tanpa keraguan dan sebulat hati memberi sokongan kepadanya. 

(Shahbudindotcom 13/06/2020)