SELEPAS LEBIH 30 LANTIKAN GLC, TAKKAN MUHYIDDIN MASIH TAKUT LAGI DENGAN USUL TUN M?



Meneliti kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berhubung sidang Parlimen pada 18 Mei nanti, ternampak semacam kerajaan enggan memberi ruang kepada pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, hanya usul kerajaan akan dibentangkan pada sidang sehari tersebut.

Katanya lagi, antara usul kerajaan yang akan dibentangkan ialah perlantikan Ketua Pembangkang, perlantikan Pengerusi PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, memilih Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan usul menangguhkan perbahasan titah pembukaan Yang Dipertuan Agong.

Manakala rang undang-undang yang akan dibentangkan pula, tambah beliau, ialah berkaitan dengan kewangan iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2019 dan 2020 bagi bacaan kali pertama dengan bacaan kali keduaa diadakan pada sidang Parlimen pada 13 Julai akan datang.

Untuk itu, tegas Takiyuddin, usul daripada pembangkang yang telah diterima oleh Speaker, jika tidak sempat dibentangkan pada Sidang Parlimen 18 Mei ini, ia akan dibawa kepada 13 Julai.

Nyata daripada kenyataan Takiyuddin itu, usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang akan dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad tidak akan diberi ruang pada Sidang Parlimen 18 ini, walaupun ia memenuhi tiga syarat utama – perkara tertentu, untuk kepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Tetapi, sejak kebelakangan ini, Muhyiddin terlihat begitu aktif dalam mengeluarkan surat-surat lantikan kepada beberapa Ahli Parlimen untuk menerajui GLC.

Sehingga ini sekurang-kurangnya sekitar 30 Ahli Parlimen penyokong kerajaan telah diberikan surat lantikan menerajui GLC yang mana tujuannya tentu tidak lain untuk mengikat mereka agar menyokong Perdana Menteri dalam usul undi tidak percaya yang akan dibawa Tun Mahathir itu.

Soalnya, kenapa setelah melakukan lantikan demi lantikan itu, tetapi usul undi tidak percaya Tun Mahathir masih juga tidak kepastian untuk diberi ruang?

Apa lagi yang Muhyiddin takutkan sehingga mahu menunda-nundanya kepada Julai pula?

Bukankah soal kedudukan Muhyiddin selaku Perdana Menteri perlu ditentukan kesahihannya dengan segera agar tidak timbul lagi pertikaian yang berterusan?

Walaupun difahami urusan dan usul kerajaan adalah penting dan perlu didahulukan, namun kerajaan ada kuasa untuk memberi ruang kepada usul yang dibawa oleh pihak pembangkang.

Dalam hal ini, bukankah lebih berwibawa jika Muhyiddin mengamalkan “new normal” dengan tidak meminggirkan begitu saja usul pihak pembangkang, lebih-lebih lagi yang berkaitan kedudukannya sebagai ketua kerajaan, di samping tidak mengenepikan usul-usul kerajaan?

Lagi pula, dengan takut membenarkan usul undi tidak percaya itu daripada dibentangkan pada 18 Mei ini atau cuba menundanya kepada Julai, ia hanya menambahkan lagi persepsi rakyat bahawa Muhyiddin masih tidak mempunyai cukup sokongan majoriti di belakangnya.

Atau betul-betul sebenarnya Muhyiddin ini hanya ada sokongan minoriti saja sejak dulu lagi?

 (ShahbudinHusin 10/05/2020)


MAHATHIR YANG MERASA KESEORANGAN, BAHARU SEDAR DIA SEDANG DI"CHECKMATE" OLEH MUHYIDDIN & THE GANG, KINI KEMBALI MENCARI ANWAR?



Zukri Aksah


Kita tahu Dr. Mahathir bin Mohamad pernah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi BERSATU Malaysia, adalah drama selepas itu katanya MPT Bersatu menolak perletakan jawatan Mahathir dan Mahathir menerima kembali jawatan tersebut. Tetapi kesudahannya? Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu memangku jawatan Pengerusi. Apa yang berlaku?
Seperti diterangkan Muhyiddin sendiri, jawatan Pengerusi boleh gugur sama ada seseorang itu berhenti atau diberhentikan dari jawatan tersebut. Maksudnya bila seseorang itu berhenti dengan inisiatif sendiri sebagai Pengerusi Bersatu, maka pemberhentian itu sah, jawatan tergugur, tanpa perlu mendapat persetujuan atau penolakan MPT. Dalam kes Mahathir, jawatannya sebagai Pengerusi telah gugur walaupun MPT menolak. Sepanjang drama politik Mahathir itu, tiada surat penarikan balik perletakan jawatan yang dikemukakan olehnya. "Menerima kembali jawatan Pengerusi" tidak boleh dipakai kerana Pengerusi bukan jawatan lantikan.
Menyedari akan implikasi undang-undang yang mungkin timbul, Muhyiddin akhirnya mengumumkan bahawa Mahathir bukan lagi Pengerusi Bersatu dan dia sebagai Presiden memangku jawatan Pengerusi tersebut, sampai hari ini.

Memang Mahathir telah menang jawatan Pengerusi tanpa bertanding, tetapi ini untuk penggal baharu, bukan penggal sekarang. Penggal baharu hanya bermula selepas Perhimpunan Agung Tahunan. Perhimpunan Agung Tahunan mana-mana organisasi pun akan tertangguh lama akibat wabak Covid-19. Jadi pada masa ini, penggal ini, Muhyiddin adalah Presiden yang memangku jawatan Pengerusi Bersatu. Muhyiddin mempunyai kuasa yang sangat besar dalam partinya, sedang Mahathir terpinga-pinga tanpa ada apa-apa.
Tetapi nun di negeri utara, nasib anak Mahathir sedang diperkira untung-ruginya. Mahathir tidak boleh duduk sahaja, dengan kudrat tua dia mesti melawan juga. Pada siapa dia mahu mengharap jasa? Azmin dan kumpulan yang dimanjakannya dahulu? Jeling sebelah mata pun mereka loya. Mereka ini sudah jadi nomad kuasa. Usah kata mahu menolong Mahathir, Azmin sendiri bila dihentam teruk oleh pimpinan Umno dan sebahagian Bersatu, tiada seorang pun dari kalangan "kawan-kawan" Azmin dahulu yang kini semuanya berjawatan tinggi melolong mempertahankan Azmin, jauh besanya ketika dalam Keadilan dahulu... kecuali si Pemuda Negara yang punya masalah identiti itu, entah logo mana yang dirembat pun tak tahu, nak kata logo MUNA Daulat pun bukan, nak kata logo nasi kandar pun bukan, ada juga yang kata logo Proton Saga.
Lalu Mahathir tanpa rasa malu beralih semula kepada Anwar Ibrahim, beralih semula kepada Pakatan Harapan, mengharap ehsan atau mencari ruang?
Yang boleh saya kata adalah Padan Muka! Bukan pada kuasa letaknya kemuliaan. Mahathir, seorang yang sangat obses dengan kekuasaan sedang dihina, dimalu dan di"checkmate" oleh kumpulan Muhyiddin. Adakah saya harus kasihan? Pada saya lebih elok ditinggalkan Mahathir sendirian, biar dia menghadam pengajaran.





ISU KAFIR PAS ADA ON – OFF. JOM KITA RENUNG DAN KISAHKAN HAL SEBEGINI.

Cina PAP jauh lebih baik perintah negara

BANTUAN BPN: INGATKAN RAKYAT PUJI RUPANYA ….

AKAR UMBI SOKONG TUN M, PIMPINAN SOKONG MUHYIDDIN

Pas Kedah, Umno berhimpun di tengah ancaman Covid-19

Pas Kedah, Umno berhimpun di tengah ancaman Covid-19

Pas Kedah, Umno berhimpun di tengah ancaman Covid-19


Pertemuan tersebut difahamkan dihadiri Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya Pas negeri, Ahmad Yahaya, dan ahli jawatankuasa pusat parti itu merangkap ketua pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor.
Kesemua 15 Adun Pas menghadiri perjumpaan berkenaan yang diadakan di Kompleks Pas Kedah, lapor BH Online.
Turut tiba di situ menjelang tengah hari tadi ialah Naib Presiden Pas Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Pengerusi Umno Kedah, Jamil Khir Baharom.
Tempias pergolakan Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu di peringkat Pusat menyaksikan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dengan 19 Adun PH goyah.
Di negeri yang mempunyai keseluruhan 36 kerusi itu, Pas ada paling ramai Adun dengan 15 kerusi diikuti PKR (7), Bersatu (6) dan AMANAH (4) manakala DAP dan BN masing-masing ada dua kerusi.
PH mempunyai 19 dari 36 kerusi Dun negeri. kelebihan 2 kerusi. Sekiranya tindakan dilakukan oleh Muhyiddin, maka sesuatu akan berlaku dinegeri tersebut.

MUHYIDDIN AKAN PECAT PENENTANG DALAM BERSATU?

OSMAN SAPIAN MULAKAN SERANGAN, BERSATU JOHOR AKAN BERPECAH?

[LANGSUNG] Perutusan Khas Perdana Menteri | 10 Mei 2020




PM: PKPB disambung sehingga 9 Jun


Muhyiddin berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat kata sepakat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

MACAI KALAU TAK SALAHKAN ANWAR DAN DAP, MANA ADA MODAL LAIN...JENIS MALAS MEMBACA DAN SEDIKIT BERFIKIR..


ZAIMI SAAD

TNB - ada pengalaman dalam projek janakuasa hybrid solar-diesel di sekolah-sekolah pendalaman Sarawak yang sedang dalam perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan di zaman BN. Menurut peguam bela Rosmah, Mahadzir adalah menteri korup dengan habuan RM60 juta kepada dirinya dari Jepak Holdings.
Prasarana - pernah ditendang keluar dari UMNO kerana kesalahan rasuah politik RM6 juta ketika pertandingan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak.
Hebat CV pengerusi-pengerusi kita. Penuh dengan merit.