Pas Kedah, Umno berhimpun di tengah ancaman Covid-19
Pertemuan tersebut difahamkan dihadiri Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya Pas negeri, Ahmad Yahaya, dan ahli jawatankuasa pusat parti itu merangkap ketua pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor.
Kesemua 15 Adun Pas menghadiri perjumpaan berkenaan yang diadakan di Kompleks Pas Kedah, lapor BH Online.
Turut tiba di situ menjelang tengah hari tadi ialah Naib Presiden Pas Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Pengerusi Umno Kedah, Jamil Khir Baharom.
Tempias pergolakan Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu di peringkat Pusat menyaksikan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dengan 19 Adun PH goyah.
Di negeri yang mempunyai keseluruhan 36 kerusi itu, Pas ada paling ramai Adun dengan 15 kerusi diikuti PKR (7), Bersatu (6) dan AMANAH (4) manakala DAP dan BN masing-masing ada dua kerusi.
PH mempunyai 19 dari 36 kerusi Dun negeri. kelebihan 2 kerusi. Sekiranya tindakan dilakukan oleh Muhyiddin, maka sesuatu akan berlaku dinegeri tersebut.