YANG MAKAN GAJI DENGAN KAIS PAGI MAKAN PAGI-SIRI 2

 

Lalu saya tertanya tanya mengapa 3 negara ini? Mengapa bukan Malaysia lebih baik dari Singapura jika bersandarkan jumlah angka Covids di kedua negara? Malaysia baru sahaja dlm 13 ribu lebih sedikit sedangkan Singapura jumlah mereka yg dijangkiti Covid19 cecah hampir 60 ribu org?

 

Kita kena fahami jumlah yg banyak di Singapura adalah kerana kerajaan mewajibkan saringan terutama kpd pekerja asing. Kita hanya ada saringan tertentu sahaja. Mahu sukarela harga sekitar RM 300. Mana rakyat mampu...

Saya tidak mengatakan Covid19 tidak bahaya apatah sudah lebih 100 kes kematian berlaku. Cuma dlm masa yg sama cara penyebaran atau viral boleh membuatkan masyarakat paranoid dan membahayakan ekonomi negara dan masyarakat.

 

Kita mungkin melihat dari aspek mencegah tapi saya ingin mengajak masyarakat utk sama2 kita fikirkan implikasi kpd masyarakat yg trauma hilang pekerjaan, hilang perniagaan, gaji dipotong separuh dan bermacam macam lagi.

Kini kes Covid 19 menyerang Sabah angkara org politik. 3rd wave ini wajar dipersalahkan Muhyiddin Yassin seronok merampas satu negeri ke satu negeri hingga tanpa memikirkan nasib rakyat Sabah. Ketika Sabah baru 30% pulih sektor pelancongannya tiba2 Musa Aman cuba merampas kerajaan negeri Sabah.

 

Kesannya selepas PRN org politik terus kaya raya tapi rakyat Sabah ramai menderita. Saya telah menemubual dua tauke Cina yg berniaga restoran Seafood. Seorang memberitahu dia kerugian sudah RM 55 ribu sejak PKP Februari dan kemungkinan besar akan menutup perniagaannya hujung tahun ini kerana restorannya bergantung 80% kpd pelancong China. Seorang lagi telah menutup perniagaan dan kini menjadi pemandu Grab.

 

Utk mengelakkan paranoid masyarakat Malaysia... KKM atau kerajaan mesti perincikan kes Covid 19 ini seperti saranan Anwar Ibrahim. Bermain dgn angka memang menakutkan.

 

Contoh di Sarawak 17 kes sehari... tapi bacaan wartawan 'kes terkini di Sarawak meningkat 724 kes.' Jadi masyarakat melihat angka 724 tersebut bukannya 17.

Saranan Anwar Ibrahim 'Penguatkuasaan Yang Tegas dan Pematuhan SOP Adalah Kunci' mengawal Covid19 itu betul. Tidak ada sesiapa yang dikecualikan dlm mematuhi SOP ditetapkan, dan peraturan ini hendaklah dikuatkuasakan dgn tegas tanpa selektif. Bila org politik bebas maka berselerak virus ini merebak hingga ke Semenanjung.