YANG MAKAN GAJI DENGAN KAIS PAGI MAKAN PAGI-SIRI 5


Singapura, Taiwan dan Korea dianggap pilihan CNN dan berita luar negara sebagai 3 negara terbaik di dunia menangani Covid 19. Ia terbaik dari segi perubatan, SOP yg tegas dan cepat bertindak di kawasan berlaku ( tutup atau kuarantin kawasan yg berlaku ). Dalam masa sama negara tersebut 'balance'kan sektor ekonomi utk berkembang.

 

Saya telah menemubual 3 rakan yg terkena Covid19. Seorang ada simptom demam, seorang tanpa simptom dan seorang lagi hanya hilang deria bau.

Yg demam itu memberitahu dia diberi ubat antiviral dan beberapa lagi. Hanya dlm tempoh 2 hari demamnya pulih dan boleh makan seperti biasa. Beliau hanya menjalani kuarantin di rumah.

 

Rakyat kita tidak diberi penerangan yg jelas atau yg menenangkan mereka. Di Sabah... rakan Semenanjung ramai yg bertanya dan mendoakan saya, alhamdulillah dan terima kasih. Ya kawasan saya di KK adalah red zone tetapi 70% bumi Sabah masih tidak dikenakan PKPB atau masih bagus.

 

Antara faktor yg membuat rakyat kita panik atau paranoid apabila kurang pemahaman, kurang maklumat mengenai kes dan sifat2 Covid, akibatnya melihat pemakai gelang pink mereka lari seperti lari dari penyakit kusta.

Rakyat negara kita hanya melihat angka jangkitan tetapi dia mahu melihat Stage pesakit dan angka pesakit yg sembuh.

 

Contoh di Malaysia kes lebih kurang 13,500 tetapi yg sembuh 10 ribu kes. Ia peratusan yg tinggi. Media pula hanya memaparkan wajah mereka yg kritikal di rawat di hospital tetapi jarang sekali kita melihat mereka yg dirawat seperti pesakit luar duduk, baring, membaca di atas katil sambil menunggu Nurse memberikan ubat anti virus dan mengukur suhu badannya.

 

Atau mereka yg mempunyai Covid tetapi sekadar makan ubat dan kuarantin di rumah sahaja. Sdgkan kelompok inilah yg dianggap teramai terkena Covid19. Implikasinya rakyat panik. Rakyat hanya tahu mereka yg terkena virus antara hidup dan mati sahaja sdgkan 85% adalah dianggap pesakit bukan kritikal.

Berdasarkan daripada rekod dan pengalaman itu adakah Covid ini patut ditakuti sepertimana serangan Zombie dlm World War Z. Ya ia patut ditakuti oleh warga tua yg berumur 70 tahun ke atas dan mereka yg mempunyai penyakit kencing manis, buah pinggang dan sebagainya.

Dlm tempoh dua hari lebih 7 org mereka yg mati kerana Covid19 di Sabah adalah mereka yg mempunyai latar belakang sakit kencing manis, buah pinggang dan sebagainya.

 

New Normal... Normal baru....?

 

Apakah itu new normal atau normal baru. Sebelum itu bersyukur khabarnya vaksin akn mula dipasarkan menjelang awal Januari tahun depan. Malaysia adalah negara utama yg akn dijual oleh China. Jadi sambil menunggu vaksin itu tiba kita kena lakukan sesuatu utk hidupkan kembali ekonomi kita.

 

Negara maju yg kaya pun tidak mahu atau tidak mampu utk bertahan jika berterusan lockdown inilan pula negara kita yg sdg berhutang sehingga trillion. Masa itu emas utk ekonomi kita tidak boleh menunggu hingga ke angka 20 kes sehari.

 

Normal baru bermaksud jgn panik bukan sekadar menjalani kehidupan cara baru sahaja? Sebab kita perlu membuka sektor ekonomi. Yg perlu kerajaan hebahkan skg ialah kempen memakai mask, SOP dan gerakkan ekonomi.

 

Normal baru ini juga kita sarankan mereka yg mempunyai penyakit kritikal seperti kencing manis buah pinggang dan sebagainya akn secara automatik diberi cuti sebulan bergaji di kawasan red zone oleh kerajaan.

 

Kerajaan jgn membiarkan rakyat memviralkan sesuatu yg menakut nakutkan rakyat. Mesti ingat org Melayu ini hanya seorang lelaki kebetulan pada malam tu hantu bertenggek dkt atas pokok, habis dikatakan pokok tu berhantu. Tak lalu dah org kampung kat jalan tu waktu malam di situ.

 

Begitulah juga jika hanya dia sahaja yg nampak hantu dkt bilik hotel tersebut habis dia katakan hotel itu berhantu. Kalau nak ikutkan mana hotel yg tiada hantu? Semua hotel kena tutup. Saya sendiri pun yg selalu travel zaman bekerja hingga skg rasanya 3 kali kena ganggu tapi tak adalah saya kata hotel itu berhantuDescription: 😂. Sebab 'hantu' ini ada di mana2.