Adakah kita wajib panik...tutup ekonomi
ATAU IKUT CARA NEGARA-NEGARA LAIN
Mungkin artikel hari ini tidak popular kerana ia bukan troll kpd
parti memerintah. Rakyat pula sdg sibuk bicara siapa PM Malaysia. Malah artikel
ini ditulis dikala rakyat Malaysia sdg paranoid kes yg meningkat... tiba2 saya
memberi pandangan yg berbeza.
Maaf mungkin ada antara kalian tidak suka, tidak bersetuju dgn
pendirian saya kali ini. Tak mengapa kita bebas berlainan pendapat...jgn cemuh
kerana ia sekadar pandangan. Jgn cemuh juga jika kalian malas membaca ... just
abaikan dan scroll.
Pada Mei lalu saya menentang sekeras kerasnya apabila kerajaan
bertindak membuka PKP kpd PKPB. Atau maksud lain mahu membuka sektor ekonomi
secara berperingkat menjelang Jun.
Secara jujur ia bukan lagi menjadi pegangan saya apabila melihat
'kemusnahan' sgt besar kpd masyarakat. Bila saya bertemu dgn ramai org....ramai
yg sudah diberhentikan kerja di bumi Sabah ini.
Cousin sendiri di KL sudah dua org dibuang kerja dan seorang
separuh gaji. Seorang engineer terpaksa jual daging berlada secara delivery.
Seorang pilot Air Asia katanya dia pasrah sahaja memandangkan ekonomi masih
terlalu perlahan dan menerima dgn hati terbuka gajinya ditolak separuh ketika
ini.
Dlm Whatsapp group kakitangan kerajaan mahukan PKP. Kakitangan
swasta pula mengatakan kakitangan kerajaan hanya pentingkan diri sendiri. Tidak
bekerja bergaji siapa tak suka...bagaimana jika PKP kerajaan tidak membayar
gaji?
Saya tertarik dgn kata seorang rakan FB, ' Bila kita masih lagi
makan gaji ( kakitangan kerajaan ), adakah kita prihatin kpd mereka yg kais
pagi makan pagi?
Adakah kakitangan kerajaan setuju jika PKP diadakan selama
sebulan gaji mereka tidak diberi dlm tempoh tersebut? Sebab itu kita kena
fikirkan dan kita cuba melihat kaedah yg dilakukan oleh negara lain. Takut
mati, takut berjangkit... semua org mempunyai perasaan itu tetapi kita belajar
dari pengalaman awal Covid19.
Hampir sebulan saya membuat research mengenai beberapa negara
menangani Covid19. Saya tertarik dlm satu berita CNN mengatakan Taiwan,
Singapura dan Korea dianggap antara negara terbaik mengawal Covid19.