Beliau adalah salah seorang tenaga pengajar yang selalu
memberikan kuliah dan pengajaran di merata tempat termasuk di Negeri Pahang.
Saya telah mendapat maklumat bahawa ajaran beliau khususnya di
dalam "Asmahul Husna" telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Negeri
Sembilan. Sekiranya maklumat yang terkandung di dalam surat dari Majlis Fatwa
Negeri Sembilan ini benar, diharapkan Majlis Fatwa Negeri Pahang boleh melakukan
perkara yang sama bagi menghilangkan keraguan masyarakat Islam khususnya di
negeri ini.