Awat ketaq lutut dengan MCA?
Tok Aji 24
MCA jelas telah dibungkus hidup-hidup oleh DAP dalam PRN di Sabah. 4 daripada 7 kawasan yang ditandingi adalah kawasan tradisi kubu MCA. Manakala 3 yang lain adalah kawasan baharu.
Adalah sangat pelik andai pembesar PN atau MN masih ingin ‘menyedekahkan’ kawasan majoriti Melayu kepada MCA, dipertandingkan untuk kalah.
Contoh yang nyata adalah Kuantan (67%), Alor Setar (64%), Alor Gajah (61%), Padang Serai (59%), mereka kalah di semua 10 kawasan majoriti Melayu kecuali Air Hitam (58%) pada PRU-14.
Selepas 2 MP MCA menang dengan ihsan UMNO-BN dan undi orang Melayu, mereka terus palu perjuangan SJKC dan pendidikan vernakular, tolak Jawi dan pemerkasaan undang-umdang syariah (untuk umat Islam), tuntut jawatan Menteri, CEO GLC dan pelbagai lagi.
Dan mereka terus dapat! Bertuahnya MCA!
Peliknya, pemimpin politik Melayu ini mendabik dada mengangkat diri sebagai pejuang agama, bangsa dan negara.
Berubahlah! Atau rakyat akan mengubahnya…