ALHAMDULILLAH, TUN M BUAT U-TURN LAGI DAN AKAN BERTANDING PRU15


Image may contain: 2 people, including Norizan Abdul Hamid, text that says "R a e Tun M Tidak Berhasrat Untuk Bertanding PRU15 Tun M Mungkin Bertandinge PRU15 "Tidak berhasrat bertanding pada pilihanraya akan datang. "Mereka masih mahu saya kata,mahu bertanding. 12 Sep 2020 50kt2020 Okt 2020"


Amat saya bersyukur kerana akhirnya orang tua ini menyatakan hasrat beliau untuk bertanding pada PRU15 sekaligus menarik balik hasratnya untuk bersara.

Itulah yang kami harapkan kerana perlawanan yang paling menarik dan bermaruah adalah berlawan dengan orang yang "mahu berlawan". Saya doakan Mahathir panjang usianya agar beliau sempat sampai ke PRU15 dan dapat memilih sendiri pusara politiknya.

Saya tidak pelik jika Mahathir buat "U-Turn" atau berbohong. Saya pelik jika beliau tidak berbohong di dalam satu hari. Berbohong dan putar belit adalah menu harian orang tua ini. Kelebihan Mahathir adalah beliau mampu berbohong dengan muka selamba tanpa rasa malu sedikit pun. Sebagai Pengerusi PH dulu pun dia selamba saja berbohong walaupun di dalam perkara besar. Itulah kelebihan Mahathir. Akal berbohong beliau panjang lebih panjang dari hidungnya.

Kami akan berdepan dengan Mahathir kerana beliau masih berhutang dengan kita semua. Angkara beliau, politik negara kini dipenuhi dengan orang-orang politik munafik. Ketamakan kuasa dan pengkhianat. Semua ini kerana dimulakan dengan orang tua ini yang selalu mungkir janji, tidak jujur dan ikhlas, dan menyimpan perasaan khianat dengan rakan sendiri.

WFAUZDIN NS