*45 PENIPUAN DAN FITNAH PAS /AHLI SEJAK BERKAWAN DENGAN UMNOBN -ISMA-IKSIM*



*LATEST UPDATE BY KKAKK*

*45 PENIPUAN DAN FITNAH PAS SEJAK BERKAWAN DENGAN UMNOBN -ISMA-IKSIM*

*✍🏿 Pencapaian Umno Dan Pas Sebagai Pembangkang.*

1. Fitnah bila PH berkuasa, *Lim Kit Siang Jadi PM*

Sebaliknya PM masih orang Melayu dan beragama Islam malah TPM juga wanita Islam pertama menjawat jawatan kedua tertinggi dalam Persekutuan Malaysia.

2. Fitnah *Jakim Nak Tutup*.

Sebaliknya Jakim makin diperkasa dan ditambah baik peranan serta bidang kuasanya.

3. Fitnah *MARA Hendak Dibuka Kepada Semua Kaum* .

Sebaliknya MARA kekal di bawah entiti Melayu di bawah menteri Melayu (Rina Mohd Harun).

4. Fitnah MRSM Hendak Ditukar Nama.

Sebaliknya kerajaan Kelantan pula guna bahasa penjajah, dulu tanah tinggi Lojing sekarang jadi Lojing Highlands.

5. Fitnah *Tahfiz Nak ditutup* .

Sebaliknya Menteri di JPM (Agama) terus beri bantuan tahunan dan akan ditambah.

6. Fitnah Menteri/PH Sokong/Iktiraf LGBT.

Sebaliknya PH mendekati mereka bagi memberi pendidikan dan dakwah, bukan mengiktiraf mereka.

7. Fitnah Malaysia Nak Jadi Negara Kristian.

Sebaliknya Agong sendiri murka fitnah yang cuba memalukan kerajaan Baginda yang kekal memartabat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. 

8. Fitnah Agong Tidak Setuju Pelantikan Peguam Negara.

Sebaliknya malam mereka buat ‘solat hajat’, Agong dah perkenan pelantikan Tommy Thomas untuk dua tahun.

9. Fitnah PH Nak Hapuskan Kuasa RAJA MELAYU.

Sebaliknya Raja Melayu kekal bersemayam di istana dan kuasa mereka dikekalkan menurut perlembagaan.

10. Fitnah Seorang Walauntit, Dr. Ilyani Dikenakan Tindakan Tatatertib. 

Sebaliknya tiada tindakan dikenakan malah Ilyani sendiri yang mohon bercuti mungkin kerana malu sendiri.

11. Fitnah menteri pakai baju komunis. 

Sebaliknya itu antara pakaian resmi Kementerian Pertahanan. 

12. Fitnah harga tong gas naik. 

Sebaliknya yg naik ialah untuk harga penghantaran gas Petronas ke rumah. 

13. Tuduh Menteri Kewangan buat fitnah. 

Sebaliknya bila ditunjukkan surat permohonan dari Kerajaan Kelantan sendiri tertulis mohon bantuan untuk elakkan kelewatan bayar gaji. Lebai diam. 

14. Tuduh DAP menguasai Kerajaan. 

Hakikatnya jumlah Menteri Melayu ialah 16, Timbalan Menteri Melayu ialah 15. Manakala Menteri bukan Melayu ialah 10 dan Timbalan Menteri Bukan Melayu ialah 8 sahaja. Lebai kencing lagiiihhh. 

15. Tuduh DAP nak hapuskan Islam

Apa yg berlaku Menteri DAP Teo Nie Ching berkata KPM sedang mengkaji pelaksanaan tulisan Jawi dalam peperiksaan PT3 dan SPM. 

16. Lebai tuduh kerajaan nak hapus tahfiz dan sekolah pondok. 

Hakikatnya Menteri AGAMA dah mengumumkan *DASAR PENDIDIKAN TAHFIZ NEGARA*. Diumumkan juga peruntukan *TERUS* ke sekolah tahfiz dan sekolah pondok. 

17. Lebai tuduh peruntukan untuk sekolah Melayu sedikit. 

Hakikatnya peruntukan untuk sekolah Melayu termasuk MRSM, Sekolah asrama penuh, sekolah agama, SABK jauh 4~5 kali ganda lebih banyak dari sekolah lain. 

18. Lebai tuduh kereta mewah 1.5 cc pun dapat subsidi petrol 

Hakikatnya LGE kata kereta mewah bawah 1.5cc *JANGAN MIMPI NAK DAPAT SUBSIDI PETROL*

19. Lebai tuduh Melayu dan bumiputera diabaikan. 

Hakikatnya belanjawan meluluskan berbilion untuk Melayu dan bumiputera. 2 billion untuk pinjaman dan biasiswa pelajaran BUMIPUTERA SAHAJA. 

20. Isu DAP... ini kejahilan memahami tahaluf siyasi/ political coalition/persefahaman parti politik..... Dulu dalam BN ramai juga menteri Non Malay.... Waktu itu UMNO-PAS-ISMA-IKSIM tak kecoh pun...

21. Isu mara /tanah Melayu dan segala bagai... Kerajaan lalu dah merosakkan dengan kehilangan terlalu banyak tanah rizab Melayu dan ketirisan duit dalam Mara... Melayu sendiri merosakkan Melayu...

22. Projek Cina yg hutang jauh lebih besar dari jumlah projek sebenar yang akan membawa negara ke lembah hutang yg teruk .

23. Pelabur yg keluar ialah pelabur yg terlibat dgn Kerajaan  Umno BN Najib sahaja. Sekarang pelabur kerajaan baru/Tun Mahathir pula yg mula masuk. Bukan isu besar pun. 

24. Hutang negara memang 1 Trillion... Tanpa khilaf... Terlalu banyak penerangan yg telah dibuat oleh pimpinan kerajaan. Hanya penyokong UMNO-PAS-ISMA-IKSIM yg degil tidak mahu memahami dan menerima hakikat.

25. Isu GST... GST kutip 44B....SST kutip 20B....maknanya rakyat dapat berjimat 24B.... Susah sangat ka nak faham yg mana lebih baik untuk rakyat??? ...

26. Nak pergi haji kena simpan duit sendiri la bukan tunggu bantuan kerajaan. Siapa kata kuota haji turun. Ini penipuan disiang hari oleh UMNO-PAS-ISMA-IKSIM .

27. *SEKARANG LEBAI NAK MENIPU ISU ICERD PULAK* Kekeke.....Akhirnya Kerajaan dan Kabinet sudah buat keputusan menolak ICERD. 

28. *LEBAI fitnah gambar 2 orang budak penunggang motosikal dibelasah di depan kuil Seafield* ...... Hakikatnya gambar adalah kemalangan motosikal di Kulai Johor

29. *LEBAI FITNAH TUDUH Tun Mahathir mengatakan angel/malaikat pun buat silap*......hakikatnya yg dimaksudkan oleh Tun bukan malaikat tapi merujuk kepada orang baik2. 

30. *LEBAI fitnah hina cerca tuduh Mujahid usung keranda kafir harbi*....hakikatnya itu adalah gambar lama Mujahid mengusung keranda ahli DHPP dari PAS yg meninggal suatu waktu dulu

31. *LEBAI fitnah Tabung Haji diletakkan dibawah MOF/LIM GUAN ENG, maka habislah Tabung Haji akan dikawal oleh Cina DAP dan banyak anak syarikat Tabung Haji akan dijual kepada Cina*......Hakikatnya pembohongan merapu lagi merepek ni amat memualkan. Di luar sana, Keseluruhan bank dalam negara ini pun diletakkan dibawah *KAWAL SELIA* Bank Negara. 

32. *LEBAI fitnah DAP akan ubah silibus pelajaran Sejarah*..... Hakikatnya semakan silibus itu sudah bermula sejak 2017...amat mustahil menteri masuk campur dan meletakkan orang DAP pula di dalam jawatankuasa panel pakar tersebut. 

33. *LEBAI fitnah 4 orang DAP dimasukkan oleh Lim Guan Eng sebagai AHLI LEMBAGA PENGARAH BANK ISLAM*...... Hakikatnya bila disiasat berita ini *ADALAH JELAS* termasuk dalam siri pembohongan dan fitnah UMNO-PAS-ISMA-IKSIM. 

34. FITNAH kerajaan beri bantuan banyak kepada sekolah Cina.. Hakikatnya bantuan untuk Cina/Non muslim tak sampai pun 20 %

35. Fitnah Mat Sabu naik helikopter ke PRK Cameron Highland. Hakikatnya itu gambar lama sebelum PRK

36. Fitnah kononnya Mufti Perlis kata duit pencen HARAM. Hakikatnya pembohongan UMNO-PAS-ISMA-IKSIM 

37. Fitnah kononnya Teresa Kok tak setuju Islam jadi agama persekutuan. Gambar edit di viral oleh UMNO-PAS-ISMA-IKSIM 

38. Fitnah ada nya lantikan pimpinan dari kaum Cina dan India ke *MARA*... Hakikatnya telah dinafikan oleh Menteri Rina Harun. 

39. Fitnah Menteri akan pasang smoke detector dalam tandas disebabkan ramai merokok dalam tandas.... Hakikatnya itu semua baru peringkat cadangan kerana melibatkan kos yg besar jika dilaksanakan diseluruh tandas dalam negara ini. 

40. Video rakaman seorang yg menghukum menteri atas 1 kes wanita yg dihukum merokok.... Hakikatnya kes perempuan itu berlaku pada tahun 2017 yakni zaman kerajaan Umno BN Najib yg mana Pas waktu itu *MASIH BERCUMBU RAYUAN DENGAN UMNO DALAM GELAP*

41. Fitnah kononnya 2 pimpinan/ADUN PKR Pahang ~ seorang Melayu dan seorang CINA... bergaduh dan bertumbuk.... Hakikatnya FITNAH... Mereka berdua sudah buat laporan polis atas FITNAH dan PEMBOHONGAN berita pembangkang yg amat jahat yg jauh dari panduan Agama. 

42. Seorang pengundi PAS di Cameron yg VIRALKAN video ucapan nya selepas mengundi BN menuduh PH di belakang nya adalah Yahudi/Israel..... Hakikatnya fitnah dan pembohongan... Kita nak tanya... Adakah Nik Abduh yg mengaku punya ramai kawan CIA maka bermakna pimpinan Pas dan PAS sudah termasuk perangkap Amerika/Yahudi/Zionis/Israel??? 

43. Fitnah Najib yg kemudian di sebarkan Umno-PAS kononnya *KADAR MAKANAN DI SEKOLAH ASRAMA DIKURANGKAN*.... Hakikatnya berita Najib itu adalah penipuan bersiri Umno-PAS yg telah dinafikan dengan kerasnya oleh Menteri Pendidikan. 

44. Fitnah kononnya 6 MP Umno akan masuk balik BN, 8 MP PH dan Azmin bawa 20 orang lagi..... Untuk tumbang kan kerajaan PH.... Hakikatnya inilah *KHAYALAN BERSIRI* UMNO-PAS-ISMA-IKSIM untuk menjalankan perang saraf... Di kalangan MP PH.. Semua kuat dan bersemangat mempertahankan kerajaan PH dan terus bekerja di kuat di posisi masing2x.... 

45. Fitnah kononnya kerajaan PH memulakan skim pinjaman Cina PKS oleh BSN...... Hakikatnya skim ini sudah bermula sejak tahun 2015 lagi iaitu di waktu *Umno-PAS masih berkasih mesra bercengkarama dalam gelap*

Selebihnya, tanya laa walaun dan macai...

*Maka, pencapaian Umno dan Pas ialah 100% dalam membawa FITNAH dan ADU DOMBA.*

*Gred A++ 👍👍👍*

*Nota: Selamat pengantin baru Umno-PAS~Gabungan Nasional~GANAS*

*SEBARKAN*

*KKAKK*

*KENAPA PAS SOKONG MCA?*

Oleh : Mat Man

Ramai yg heran pasai apa PAS sokong MCA sdgkan Ridzuan Tee pun kata MCA adalah ultra kiasu yang lebih teruk daripada DAP. Malah yang menggambarkan pemimpin mcm beruk pun adalah MCA. Yang lantang tolak hudud pun MCA. Yang tentang tulisan Jawi pun MCA...   

1. Sebab MCA memusuhi Amanah yang juga PAS cukup marah. Hasil dari perasaan hasad dengki melihat kejayaan Amanah yang berjaya melahirkan beberapa Menteri maka PAS irihati kerana kalah PRU atas kebodohan sendiri. Umpama laki ceraikan bini cantik. Bila cerai, bini dapat laki lebih hensem dan kaya raya. Laki punyalah marah. Nak tunjuk kata dia pun laku juga terpaksalah nikah juga walau pun jadi pak sanggup. Maka PAS nikah dgn UMNO dan kenalah terima anak tirinya iaitu MCA walau pun anak tiri tu adalah penyangak yg anti Islam. 

2. Pulusss... Akaun UMNO telah dibekukan. Maka duit tak dak dah. Akaun PAS mmg xdak duit sbb tu dok tadah tin Milo rata ceruk. Hutang Harakah pun bayar x habih lagi. Akaun MCA tak terjejas. Itulah sumber untuk dapatkan duit. Tu sebab LGE tak bantu UTAR kerana tu institusi MCA. Buat apa dok bantu sebab MCA dah banyak duit. Jadi MCA sekarang jadi sumber kewangan untuk UMNO dan PAS menghadapi PH dlm sebarang pilihanraya, tak kiralah PRU atau PRK... 

3. Ni semua orang tau dah  Nak selamatkan diri drpd penjara Sg Buloh. Kedua-dua UMNO dan PAS terlibat dlm skandal 1MDB. Jadi dengan cara apa pun depa kena jatuhkan PH untuk selamatkan diri. Kalau puak UMNO masuk Sungai  Buluh nampak elok sangat tapi kalau lebai pun masuk Sg Buluh juga, maka habislah modai lebai PAS nak bagi kuliah kat masjid- sebab org dah tak percaya. Sampul tak sapa nak huluq dah. Pusat-pusat tahfiz ostad PAS pun kna tutuplah... Sapa nak hantaq ank mengaji dgn lebai penyangak? Teori ini semakin nyata dgn pendakwaan Nasha dgn 33 pertuduhan yg jijik.

Cerita2 lain tu ttg nak tunjuk UMPAS tak rasis, ttg nakkan non Muslim yg kurang ekstrem, nak tunjukkan setiakawan hanyalah alasan utk mengabui mata penyokong dan pendokong. Itu semua retorik semata2.

Kesian kat pengikut2 UMNO dan PAS yg kais pagi mkn petang dok bersungguh2 sokong pemimpin2 mereka yg korup. Sesal dahulu pendapatan... Sesal kemudian, lu pikirlah sendiri... 

HANGPA MESTI SETUJU NOOO... 

#celotehhalimcgupencen


JAWI: ULAMA JANGAN MARAH RAKAN TAAWUN MCA

Tular Video Penggunaan Ambulans Dalam Majlis Perkahwinan





ISU TULAR.

 Tular Video Penggunaan Ambulans Dalam Majlis Perkahwinan

Terdapat satu video yang menjadi tular di media sosial dengan tuduhan penyalahgunaan ambulans untuk satu majlis perkahwinan.

Dalam majlis tersebut, dua ambulans digunakan untuk membawa pengantin lelaki dan perempuan ke dewan majlis. Ia merupakan gimik majlis dan telah berlangsung di Kuantan.

Pihak KKM mendapati bahawa kedua-dua ambulans yang digunakan adalah ambulans swasta dan majlis tersebut adalah majlis peribadi, bukan majlis rasmi KKM. Pihak pengantin telah menyewa ambulans terbabit.

Pengantin lelaki adalah seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang baru selesai program penempatan wajib dan dalam 'gimik' tersebut pengantin tiba dalam ambulans yang disewa. Pengantin lelaki bertindak sebagai PPP yang membawa pengantin perempuan dari dalam ambulans dan kemudiannya menuju ke arah pentas persandingan.

PPP berkenaan berhasrat untuk mengabdikan kenangan bagi perkahwinan beliau dengan menggunakan ambulans dan pakaian bertugas beliau.

Hakikatnya, petugas-petugas ini bangga dalam tugas mereka dan menggunakan majlis perkahwinan untuk mempamerkan perasaan ini dalam majlis bersejarah mereka.

Pihak KKM berharap masyarakat terutamanya dalam media sosial tidak tersalah membuat anggapan kerana ambulans yang digunakan adalah bukan ambulans KKM dan disewa dari pihak swasta.

Majlis perkahwinan adalah majlis persendirian petugas PPP tersebut dan berlangsung dengan cuti yang diluluskan.

Pihak kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan pengantin baru tersebut dan berharap pihak masyarakat dan media sosial mendapat gambaran yang jelas akan fakta sebenar tentang perkara ini .

Sumber : Facebook Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah



KEDATANGAN KETUA ULAMA SEDUNIA TIADA KAITAN DENGAN PROGRAM POLITIK Pas.


Oleh: Miqdad Zakaria.

Ana ingin jelaskan dua perkara sebelum ianya dimanipulasi oleh tangan- tangan yang tidak bertanggungjawab.. 

1. Kedatangan Syekh ke Terengganu adalah merupakan tetamu bagi pihak Unisza.. Tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan Negeri Terengganu..

2. Syekh bersetuju untuk bertemu dengan Haji Hadi sekadar perjumpaan biasa.. Hanya ingin bertemu mata.. Tidak lebih dari itu.. Akan tetapi pihak PAS Terengganu telah merancang sebuah program di luar pengetahuan pihak berkenaan.. Oleh kerana Syekh mengetahui perkara tersebut.. Atas permintaan beliau.. Program di Masjid Rusila terpaksa dibatalkan.. 

Sekian. 

Miqdad Bin Zakaria
Ketua Pakatan Harapan Marang
Ketua AMANAH Marang
AJK AMANAH Negeri Terengganu




BAIK PENYOKONG PH ATAU Umno, KERAJAAN PINTU BELAKANG HARUS DITOLAK.



Isu utama yang membelenggu UMNO sekarang ini adalah keghairahan dan tidak sabarnya mereka untuk kembali berkuasa tanpa mahu menunggu PRU bagi mendapatkan mandat rakyat.
Oleh kerana ia sudah berkuasa terlalu lama dan tidak pernah menjadi pembangkang, maka sekali ia tiada kuasa sejak PRU14 lalu, para pemimpin UMNO seolah-olah hilang punca untuk mengurus parti dan diri sendiri.
Itulah yang menyebabkan sekumpulan Ahli Parlimen UMNO segera melompat parti menyertai Bersatu sebaik BN kalah dan hilang kuasa pada PRU 9 Mei 2018 yang lalu.
Apabila hilang kuasa, hidup tanpa jawatan, tanpa kedudukan dan tanpa kontrak perniagaan, mereka merasakan seolah-olah dunia ini sudah gelap untuk meneruskan kehidupan.
Itulah juga yang menyebabkan Hishammuddin Hussein bersama 17 Ahli Parlimen UMNO begitu mudah mengadakan pertemuan sulit pada waktu malam dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, walaupun dikatakan perjumpaan itu hanya berkaitan permohonan untuk projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing, tetapi tentulah ia turut sama terkait dengan usaha menubuhkan kerajaan baru melalui pintu belakang.
Jika tanpa ada kemungkinan menubuhkan kerajaan secara haram, mustahil pertemuan itu dapat dilangsungkan.
Baik di pihak Azmin, mahu pun Hishammuddin, kalaulah pertemuan itu semata-mata berkaitan permohonan kontrak pembangunan di kawasan Parlimen masing-masing tanpa ada niat lain yang terselindung di sebaliknya, tidak ada faedahnya kedua-dua pihak saling setuju dengan bertemu.
Kemudian apabila Lokman Adam membuat aduan terhadap Hishammuddin kepada Lembaga Disiplin UMNO, lalu kemudian prosiding disiplin yang sepatutnya diadakan pada 26 Disember lalu ditangguhkan, ia juga berkaitan penubuhan kerajaan pintu belakang itu.
Dikatakan arahan itu datangnya daripada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sendiri dengan maksud untuk terus memberi ruang kepada Hishammuddin meneruskan agenda menubuhkan kerajaan baru melalui pintu belakang dan dengan demikian bukan saja memungkinkannya kembali memegang jawatan dalam kerajaan, bahkan melepaskan daripada 87 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram yang sedang dihadapinya.
Sekurang-kurangnya itulah maksud daripada dakwaan Lokman terhadap Zahid yang didakwanya mengarahkan prosiding disiplin terhadap Hishammuddin ditangguhkan sehingga akhirnya menyebabkan Apandi Ali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin.
Walaupun tindakan Lokman boleh dikatakan murni iaitu untuk memastikan UMNO hanya kembali berkuasa melalui PRU dan bukan melalui pintu belakang, malangnya beliau kini didesak agar dipecat sebagai Ahli MT UMNO.
Sesuatu yang UMNO harus sedar ialah mereka sudah kalah dalam PRU14 lalu dan yang menang ialah PH yang didalamnya ada PKR, DAP, Amanah, Bersatu serta dibantu dengan sokongan oleh Warisan.
Apabila sudah kalah dan ditolak rakyat, adalah tidak bermaruah untuk para pemimpinnya terus berusaha membawa UMNO kembali berkuasa melalui pintu belakang.
Kalau mahu berkuasa semula, UMNO mesti melakukannya melalui pilihanraya dan menerusi mandat yang sah daripada rakyat.
Lain daripada itu adalah adalah kaedah kebaculan, kepondanan dan mengkhianati pilihan rakyat yang memilih PH untuk berkuasa selama sepenggal atau lima tahun sehingga PRU yang seterusnya.
Kenapakah UMNO begitu gopoh mahu kembali ke persada kuasa tanpa mahu menunggu ketibaan PRU?
Apakah UMNO tiada keyakinan, meskipun sudah bekerjasama secara sah dengan Pas melalui Muafakat Nasional?
Dalam hal ini, bukan saja penyokong PH mesti mempertahankan kerajaan yang ada ini sehingga PRU yang seterusnya serta tidak membenarkan sesiapa juga mengkhianatinya, malah penyokong UMNO pun harus ada perasaan malu dengan menolak sama sebarang usaha untuk parti itu kembali berkuasa secara haram, tidak sah dan melalui pintu belakang.
PRU adalah untuk mendapatkan kuasa dan jika kuasa sewenang-wenang boleh ditubuh melalui pintu belakang, pilihanraya dan kuasa rakyat sudah tiada ertinya lagi dalam demokrasi. (ShahbudinHusin 29/12/2019)

SIAPA PELAKU MIRIP AZMIN DI DALAM KES VIDEO SEMBURIT? RAKYAT TIDAK MAHU DIKECEWAKAN LAGI



Rakyat menantikan ketelusan PDRM.  Apakah KPN lulus di dalam KPI nya untuk memasuki tahun baru 2020?  Nampaknya harapan rakyat untuk melihat Jho Low diseret ke mahkamah hampir pasti gagal atas alasan tiada kerjsama dari negara yang menyimpan rakan baik Najib itu.  

Dulu, rakan baik Najib iaitu Razak Baginda terlepas dari hukuman gantung atas kes pembunuhan Altantuya,.  Waktu itu kita faham kerana ianya berlaku di era kerajaan yang Najib perintah.  Namun, paling mengecewakan jika seorang lagi kawan Najib iaitu Jho Low terlepas di waktu kita (kerajaan PH) yang mwmerintah negara ini.  

Reformasi ke atas institusi termasuk PDRM di bawah kerajaan PH sekarang nampaknya belum meyakinkan. Bagaimana dengan kesudahan siasatan kes video semburit?  Apakah cukup dengan jaminan PDRM untuk menyiasat dengan rapi sehingga terpaksa menggunakan alat 'pengesan bohong' terhadap kes yang diadu melibatkan Anwar Ibrahim maka PDRM telah dianggap telus?  

Sekiranya kes video semburit dapat diselesaikan dengan pantas sepertimana banyak kes mencuri, merompak, mencabul yang juga diperolehi bukti melalui CCTV, maka sewajarnya kes video semburit ini yang mempunyai bukti rakaman video, bukti melalui buku keluar masuk hotel dan juga hasil siasatan kepada individu yang mengaku terlibat iaitu Haziq, tentunya sudah cukup membantu pihak PDRM untuk menyelesaikan siasatan. 

Dijanjikan bahawa kes video semburit ini akan diketahui identitinya ssbelum hujung tahun ini.  Tinggal dua hari lagi bakal menjelang tahun baru.  PDRM ada masa dua hari lagi untuk mengkotakan janjinya.  Cukuplah janji untuk membawa Jho Low pulang telah menghampakan rakyat.  Jangan pula kali ini ada alasan lain.  

WFAUZDIN NS

NAK CARI PASAL PULAK KAH.TAK PERASAN LAGI DONG JIO XHONG TU BANYAK MCA.


Oleh: Ibrahim mat Isa

Janji biaya umroh dekat orang Tanjung Piai pun belum tertunai, dia nak ajak berkelai pulak.. Hari tu sokong bagai nak rak.. demikianlah perangai lebai Pas..!

Dia la yang sokong bermati matian MCA bukan parti cina kononnya lah...sekarang nak bawa masuk parti PCM. kat Penang sana PCM tu orang kebai pun tidak. Orang lain swmua salah, kita saja yang betul...lebai..lebai..

P/S: lebai ni baru sedar agaknya Dong Zong tu MCA.Utang PPV dah selesai ka bayar ke cina DAP? 


Ambil tindakan tegas terhadap pihak sebar fitnah, apikan sentimen kaum – Kit S



Veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan menyebarkan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Harapan. 

Katanya, ini bagi memastikan negara tidak menjadi terkebelakang dan gagal disebabkan oleh kenyataan tidak bertanggungjawab yang sengaja berniat memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Beliau merujuk kenyataan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Saifullah Baiduri bahawa peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang selagi Dong Zong wujud. 

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut merujuk sebuah rakaman video yang memaparkan seorang “ustaz” mendakwa kerajaan Pakatan Harapan kononnya diresapi komunis.  

“Jika Saifullah dan ustaz berkenaan diberi kekebalan dan terlepas daripada sebarang hukuman kerana membuat kenyataan, tidak bertanggungjawab, tidak berasas, mengapi-apikan, bagi menyebarkan kebencian, rasa tidak percaya, ketaksuban dan tidak toleransi di kalangan rakyat Malaysia, Malaysia tidak akan berjaya sebagai sebuah negara yang bersatu padu, demokratik, progresif dan makmur, sebaliknya akan menjadi negara yang keterbelakang, gagal, berpecah-belah,” ujarnya..


KRISIS UMNO: LOKMAN SELAR DESAKAN PECAT DARI TEAM ZAHID

MASANYA KERAJAAN TINGKATKAN KEMUDAHAN KESIHATAN POLIS

SEBAGAI TANDA TAWAAUN, WAJIB SONGKOK’ DI KELATAN TAK MASUK AKAL

SARAPAN PAGI PERCUMA FASA I PERUNTUKAN RM22 J

CAKAP BUKAN BUKAN NI PKR TAK ADA PRESIDEN KAH?


Oleh: Hamsina Hamzah.

Kenyataan ini yang patut diambil tindakkan oleh lembaga discipline,ianya berat dan memberi impak besar kepada parti. Seolah olah baru bian tidak lagi menghormati president parti dgn memandai mandai memberi ruang kpd bersatu tanpa perbincangan dgn president.

Tak tahulah makin celaru makin keliru....dah menang macam-macam perangai Pula pemimpin-pemimpin ni.....dulu tak menang kita rakyat bagi menang dah dapat kuasa masing- masing tak tahu apa yang patut mereka lakukan dan dimana patut mereka letakkan diri mereka. Tempahlah tiket sepenggal korang......


KENYATAAN MEDIA

*KENYATAAN MEDIA*
*DATO HJ ABDUL MALIK KASSIM*
*Yang DiPertua Majlis Agama Pulau Pinang*

*28hb Disember 2019*

*Isu Notis Operasi Masjid Jalan York Pulau Pinang*

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato Abdul Malik Abul Kassim berkata, semua masjid perlu dibuka untuk solat fardhu 5 waktu sekurang kurang nya, ini ialah asas fungsi masjid seperti yang termaktub dalam Kaedah kaedah Jawatankuasa kariah (Negeri Pulau Pinang) 1997 - Kaedah 35

Masjid hendak lah di gunakan sebagai-

a) tempat orang-orang Islam beribadat terutama untuk solat fardhu lima waktu, solat Jumaat dan solat-solat lain
b) pusat kegiatan Agama Islam dan Pembagunan Ummah dan
c) pusat sumber maklumat pendudok dan maklumat tentang Mainpp dan maklumat lain.

Saya ingin menasihati dan memperingat kan semua Pengerusi-pengerusi dan Ahli-ahli jawatankuasa kariah tentang bidang kuasa sebagai pentadbir masjid serta tanah tanah wakaf masjid dan tanah perkuburan masjid sebagai *bagi pihak atau wakil Mainpp* seperti yang termaktub dalam Kaedah 3 & 8.

Pengerusi dan AJK *bukan mempunyai kuasa mutlak tetapi hanya sebagai wakil Mainpp sahaja*.

Kaedah 32 Tindakan AJK kariah dan Pegawai Maajid yang tidak berpatutan

Jika Mainpp atau Setiausaha Mainpp berpuas hati setelah menjalankan siasatan yang wajar bahawa mana-mana Prgawai Masjid atau AJK Kariah atau AJk Biro sesuatu kariah masjid

a) telah bertindak atau bercadang hendak bertindak secara yang tidak berpatutan dan melaksanakan tugas tugas di bawah Kaedah-kaedah ini atau
b) telah tidak menjalankan apa-apa tugas yang di pertanggungkan pada nya di bawah kaedah-kaedah ini

Mainpp atau Setiausaha Mainpp bolih memberi arahan secara bertulis mengkehendaki Pegawai Masjid atau AJk Kariah atau AJk biro itu melaksanakan fungsi fungsi nya mengikut cara yang di tentukan olih Mainpp dan AJk kariah atau Pegawai Masjid dan AJk biro hendak lah mematuhi arahan itu

Setiausaha Mainpp melalui Pegawai Agama Daerah Timur laut akan menjalankan siasat dan mengeluarkan arahan selanjut nya.

*Saya menggagap notis Operasi Masjid yang di keluarkan olih Pengerusi yang bertarikh 24/12 itu tidak terpakai berdasar Kaedah 35 Fungsi Masjid*

Saya juga sedih membaca artikel di media sosial yang bertajuk ‘Berita Yang Amat Pedih’ sebagai tidak bertanggung jawap dan cuba menburukkan keadaan, sepatut nya orang yg berkenaan melapur tentang notis itu kpd yang bertanggung jawap untuk di selesai kan dgn berhemah dan tertib bukan dgn memburukkan lagi keadaan. Saya menganggap orang menulis artikel ini berniat jahat dan ingin mencetuskan keadaan yg tidak baik di kalangan ummah dan memburukkan image Islam dan pentadbiran Islam di Pulau Pinang

Sekian Terima kasih.
*DATO HJ ABDUL MALIK KASSIM*
*Yang DiPertua Majlis Agama Pulau Pinang*

ADAKAH AI PERLU BERDIAM SAHAJA?



Melihat dan membaca segala tohmahan dan cercaan terhadap DSAI, Nurul Izzah dan keluarga mereka menaikkan darah saya. Istighfar sj dapat meredakannya. 

Malah ada yang sedang menunggu dan mengharap agar persengketaan Mahathir - Anwar diulangi semula. 


Negara rosak kerana pergaduhan itu. Tidak dapat dipulih walau diganti pengganti baru. 


Sekarang kerajaan baru, UMNO akan dilahir semula melalui nya. Saya harap DSAI diam sahaja dan lihat dan tidak memikirkan nasib rakyat.


Kerana memikir nasib rakyat selama ini dirinya terbakar berkorban. Sedangkan sifat Melayu mereka lebih senang mencari kesalahan. Mereka tidak berwawasan. Mahathir sedar kelemahan orang Melayu dan akan mempergunakan. 


DSAI juga tahu kelemahan Melayu tetapi ingin menguatkan. 


Maka akan berlaku pertembungan. Mahathir dengan drama tak sudah akan menyalahkan DSAI tidak sabar ingin jawatan. Padahal semua tahu dan faham perjuangan DSAI untuk rakyat dan selamatkan negara. 


Namun sikap Melayu bukan memberi sokongan, malah suka melihat perbalahan dan berpihak hanya dengan kemenangan walau ia bersalahan dan akan merosakkan. 


Saya sangat berharap kali ini DSAI tidak melayan paluan gendang Mahathir dan mereka yang ingin memastikan Anwar tidak menjadi PM. 


Jadi atau tak ALLAH yang akan menentukan. Jika menjadi PM untuk rakyat, kali ini Anwar diam dan lihat saja. Jangan bagi peluang Mahathir tutup segala kesilapannya dengan menunding jari ke arah Anwar sebagai punca.


Biar Mahathir dihamun rakyat kerana tidak mentadbir tetapi sekadar mengguna kuasa untuk menjadi dikatator menghabis baki usianya. 


Orang Malaysia berkata PH menang kerana Mahathir. Saya telah berkata dan terus berdiri teguh dengan kenyataan  bahawa Mahathir nampak kemenangan berpihak kepada PH maka dia datang kerana ingin mendapat nama.


Mengguna kesempatan sewaktu Anwar di penjara. Datang berjumpa Anwar kononnya nak bantu rakyat dan negara. 


Anwar berjiwa besar sanggup berkorban walau dia dapat baca tindakkan ex bos dia. Demi rakyat keluarga Anwar cukup menderita. 


Anwar juga semakin meningkat usianya. Saya harap kali ini biarlah Mahathir di hukum rakyat bukan Anwar yang memulakannya. 


Kali ini ANWAR SHOULD SAVE THE BEST FOR LAST. Biar rakyat yang minta Anwar pimpin semula. 


Saya hanya boleh berharap. Saya bukan orang pandai dalam percaturan politik namun ada masa lebih baik difikir nasib keluarga pula. 


Bukankah itu yang utama? 


Pembangkang dulu bersuara lantang

BN diserang siang malam
Sekarang berkuasa diam tidak bersuara
Melalui PH UMNO dilahir semula.

DSAI tidak boleh lagi menjadi lilin membakar dirinya. Biar rakyat terbakar dan rasa perit sehingga mereka menjerit ANWAR SEBAGAI PENYELAMAT MEREKA! 


Saya beri pandangan saya. Abaikan kerana saya bukan siapa2. Hanya penyokong DSAI yang sedih dia dihina.

DAFTAR MENGUNDI ONLINE

*Sudah boleh Daftar mengundi ONLINE.*

Minta tolong semua anak2 yang belum daftar mengundi, isi borang daftar mengundi online ni.

Pendaftaran automatik dijangka ambil masa 2 tahun baru dikuatkuasa.

Daftar mengundi / nak tukar alamat mengundi kini boleh dibuat online sekarang!

Login sistem MySPR Daftar untuk maklumat lanjut.

Layari : https://mysprdaftar.spr.gov.my/

*UMUR 18TAHUN SUDAH BOLEH DAFTAR*