KENYATAAN MEDIA

*KENYATAAN MEDIA*
*DATO HJ ABDUL MALIK KASSIM*
*Yang DiPertua Majlis Agama Pulau Pinang*

*28hb Disember 2019*

*Isu Notis Operasi Masjid Jalan York Pulau Pinang*

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato Abdul Malik Abul Kassim berkata, semua masjid perlu dibuka untuk solat fardhu 5 waktu sekurang kurang nya, ini ialah asas fungsi masjid seperti yang termaktub dalam Kaedah kaedah Jawatankuasa kariah (Negeri Pulau Pinang) 1997 - Kaedah 35

Masjid hendak lah di gunakan sebagai-

a) tempat orang-orang Islam beribadat terutama untuk solat fardhu lima waktu, solat Jumaat dan solat-solat lain
b) pusat kegiatan Agama Islam dan Pembagunan Ummah dan
c) pusat sumber maklumat pendudok dan maklumat tentang Mainpp dan maklumat lain.

Saya ingin menasihati dan memperingat kan semua Pengerusi-pengerusi dan Ahli-ahli jawatankuasa kariah tentang bidang kuasa sebagai pentadbir masjid serta tanah tanah wakaf masjid dan tanah perkuburan masjid sebagai *bagi pihak atau wakil Mainpp* seperti yang termaktub dalam Kaedah 3 & 8.

Pengerusi dan AJK *bukan mempunyai kuasa mutlak tetapi hanya sebagai wakil Mainpp sahaja*.

Kaedah 32 Tindakan AJK kariah dan Pegawai Maajid yang tidak berpatutan

Jika Mainpp atau Setiausaha Mainpp berpuas hati setelah menjalankan siasatan yang wajar bahawa mana-mana Prgawai Masjid atau AJK Kariah atau AJk Biro sesuatu kariah masjid

a) telah bertindak atau bercadang hendak bertindak secara yang tidak berpatutan dan melaksanakan tugas tugas di bawah Kaedah-kaedah ini atau
b) telah tidak menjalankan apa-apa tugas yang di pertanggungkan pada nya di bawah kaedah-kaedah ini

Mainpp atau Setiausaha Mainpp bolih memberi arahan secara bertulis mengkehendaki Pegawai Masjid atau AJk Kariah atau AJk biro itu melaksanakan fungsi fungsi nya mengikut cara yang di tentukan olih Mainpp dan AJk kariah atau Pegawai Masjid dan AJk biro hendak lah mematuhi arahan itu

Setiausaha Mainpp melalui Pegawai Agama Daerah Timur laut akan menjalankan siasat dan mengeluarkan arahan selanjut nya.

*Saya menggagap notis Operasi Masjid yang di keluarkan olih Pengerusi yang bertarikh 24/12 itu tidak terpakai berdasar Kaedah 35 Fungsi Masjid*

Saya juga sedih membaca artikel di media sosial yang bertajuk ‘Berita Yang Amat Pedih’ sebagai tidak bertanggung jawap dan cuba menburukkan keadaan, sepatut nya orang yg berkenaan melapur tentang notis itu kpd yang bertanggung jawap untuk di selesai kan dgn berhemah dan tertib bukan dgn memburukkan lagi keadaan. Saya menganggap orang menulis artikel ini berniat jahat dan ingin mencetuskan keadaan yg tidak baik di kalangan ummah dan memburukkan image Islam dan pentadbiran Islam di Pulau Pinang

Sekian Terima kasih.
*DATO HJ ABDUL MALIK KASSIM*
*Yang DiPertua Majlis Agama Pulau Pinang*