PMX DI MOTO GP

 


Singgah ke K2 Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meluangkan masa bersama pemegang Tiket MADANI MotoGP, bertanya khabar dan berkongsi keterujaan mereka menantikan aksi-aksi perlumbaan.











Seronok melihat sambutan para peminat yang turut mengambil kesempatan menikmati pelbagai juadah daripada 30 peniaga tempatan yang berniaga di sini. Selain menambah kemeriahan suasana MotoGP, inisiatif ini juga memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk memperkenalkan jualan mereka kepada lebih ramai pengunjung.


Sekalung penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua pihak yang menjayakan inisiatif ini. 


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI



Berpuluh tahun tertangguh, akhirnya PMX yang bagi RM250 juta siapkan stesen bas KB Sentral

 


Selepas bertahun-tahun tertangguh dengan sasaran penyiapan yang terus berubah, projek pembinaan Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) di Kelantan akhirnya bakal menjadi realiti.

Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM250 juta bagi pembangunan terminal berkenaan.

Projek KB Sentral sudah tertangguh berpuluh tahun tanpa penyelesaian dengan kerajaan negeri berulang kali berjanji tentang pembinaan stesen itu.

Ia menimbulkan persoalan mengenai keupayaan kerajaan negeri Pas merealisasikan projek kemudahan awam yang sekian lama dinantikan rakyat Kelantan.

Pengumuman Anwar dilihat sebagai perkembangan penting buat penduduk Kelantan yang menunggu kemudahan terminal bas lebih baik, ketika kerajaan negeri masih berdepan kelewatan dalam merealisasikan projek berkenaan.

Ketika berucap, Anwar turut menyentuh keadaan terminal bas di Kelantan sebelum mengumumkan peruntukan berjumlah RM250 juta bagi pembangunan KB Sentral.

Anwar berkata, beliau juga sudah menghantar surat kepada Menteri Besar Kelantan berhubung peruntukan bagi pembangunan terminal bersepadu itu.

“Menteri Besar Kelantan cakap semua okey, sekolah okey, sekolah agama pun okey, tapi terminal bas dia kata tak baiki lagi

“Jadi saya telah luluskan…. baru je ni saya hantar surat kepada Datuk Menteri Besar, (peruntukan) terminal bas padu bersepadu Kota Bharu Sentral kita luluskan.

“(Peruntukan) bukan RM250,000. Tetapi RM250 juta,” katanya semalam 

Pengumuman itu memberi tekanan kepada kerajaan negeri untuk memastikan projek berkenaan benar-benar dilaksanakan selepas beberapa kali sasaran penyiapannya berubah.

Rakyat Kelantan kini menantikan tindakan susulan bagi memastikan peruntukan yang diumumkan itu diterjemahkan kepada kemajuan pembinaan, bukan sekadar satu lagi pengumuman ketika projek terus tertangguh.





TERDESAK ?

 

Sumardy



Kawan abang kata tu kerja walanon terdesak sampai edit guna AI bagi nampak PH ramai. 






Tu kerja budak bodo wamwamsam Walaun yang buat edit guna AI nak troll PH.


PH taklah sebodoh seperti budak budak Hamzah Wamwamsam. Dah lama main fesbuk pun tak reti nak selidik. 


Tu dah kira jatuh fitnah dah tu kata walanon yang buat macam tu. 


Hurmm politik….





BUKU KRISIS GEOPOLITIK & KOMPAS SIRAH NABAWIYYAH TERBITAN TERBAHARU PUM DISAMPAIKAN KEPADA YAB PERDANA MENTERI

 

PUM









31 Oktober - Setelah majlis perasmian Seminar Kebangsaan Krisis Geopolitik Asia Barat dan dan Impak Masa Depan, serta peluncuran buku Geopolitik yang menghimpunkan kertas kerja seminar, YDP PUM Prof Datuk Dr Luqman Hj Abdullah bergegas pulang ke Kelantan.
Ini kerana Datuk YDP perlu berada di dalam majlis di mana YAB Perdana Menteri mempunyai jadual lawatan di Pondok Lubok Tapah.
Dalam pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, Datuk YDP sempat menyerahkan buku yang baru diluncurkan kepada YAB PM iaitu buku Krisis Geopolitik Asia Barat & Buku Kompas Sirah Nabawiyyah.
YAB Perdana Menteri kelihatan meneliti buku-buku tersebut dan sempat melihat lembaran-lembarannya. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudiaan YAB Perdana Menteri menerima buku-buku terbitan PUM. Semoga ianya menjadi bahan bacaan yang bermanfaat kepada semua.



Tuan Guru Baba Abdul Rahman Omar membandingkan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pengalaman hidupnya

 


Tuan Guru Baba Abdul Rahman Omar menarik perhatian apabila membandingkan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pengalaman hidupnya menyaksikan pentadbiran beberapa Perdana Menteri terdahulu.

Lebih menarik, penilaian itu dibuat dalam ucapan di Kota Bharu, ketika program yang turut melibatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Menurut Baba Abdul Rahman, usianya yang sudah lanjut membolehkan beliau melihat dan merasai perubahan kepimpinan negara sejak zaman awal kemerdekaan.

Beliau turut menceritakan pengalaman bersekolah ketika negara baru mencapai kemerdekaan.

Dalam ucapannya, tokoh agama tersebut menyatakan bahawa beliau sudah melalui pelbagai zaman pentadbiran Perdana Menteri Malaysia.

Namun, berdasarkan penilaian peribadinya, beliau begitu menghargai pendekatan kepimpinan Anwar, khususnya dalam membantu institusi pendidikan pondok.

Beliau menyifatkan bantuan kepada institusi tersebut sebagai antara manfaat yang dapat dilihat ketika ini.

Pandangan tersebut merupakan penilaian Baba Abdul Rahman berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, bukannya perbandingan rasmi prestasi semua Perdana Menteri.

Kenyataan itu tetap menarik perhatian kerana datang daripada seorang tokoh agama yang sudah lama menyaksikan perkembangan politik serta pentadbiran negara.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mendoakan kebaikan buat Perdana Menteri dan rakyat Malaysia.






DAP TAK ADA PUN ISLAM TERANCAM DI N9

 


Kira-kira 250 jemaah di Masjid Jamek Kuala Klawang, Negeri Sembilan, terpaksa menunaikan solat Zuhur sebagai ganti solat Jumaat hari ini susulan peletakan jawatan imam bertauliah masjid berkenaan.
Kejadian yang jarang berlaku itu dipercayai berpunca daripada pertikaian berhubung arahan memasukkan nama Undang Luak Jelebu yang baharu dalam teks khutbah Jumaat.
Imam terbabit dilaporkan meletakkan jawatan pada Selasa lalu selepas keberatan membaca nama Datuk Azrin Khairi, yang telah dizahirkan sebagai Undang Luak Jelebu ke-17, ketika proses pelantikannya masih dipertikaikan oleh pihak tertentu.
Menurut laporan media, imam berkenaan tetap hadir ke masjid sebagai jemaah biasa. Bagaimanapun, apabila diminta mengimamkan solat Jumaat, beliau menjelaskan bahawa dirinya sudah meletakkan jawatan dan mempelawa mana-mana pegawai agama yang berkelayakan untuk menyampaikan khutbah.
Ketiadaan individu yang mengambil alih tugas tersebut akhirnya menyebabkan solat Jumaat tidak dilaksanakan.
Terdahulu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menerusi surat bertarikh 26 Oktober mengarahkan semua khatib menggunakan teks khutbah rasmi yang disediakan atau diperakukan jabatan berkenaan.
Kegagalan mematuhi ketetapan penggunaan teks khutbah boleh membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Menariknya, kejadian ini berlaku di Negeri Sembilan yang pentadbirannya tidak melibatkan DAP, sekali gus memperlihatkan bahawa pertikaian berkaitan urusan agama dan institusi adat boleh berlaku tanpa mengira komposisi parti dalam kerajaan.
Bagaimanapun, tiada bukti yang mengaitkan kejadian tersebut dengan penglibatan mana-mana parti politik.
Persoalan yang kini timbul ialah bagaimana pertikaian mengenai pelantikan seorang pemimpin adat akhirnya boleh menyebabkan ratusan jemaah tidak dapat menunaikan solat Jumaat seperti kebiasaan.
Penjelasan rasmi JHEAINS dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan amat penting bagi menjelaskan bagaimana keadaan ini berlaku serta langkah memastikan kejadian sama tidak berulang.






33 bulan hari tu buat apa Pu Jad Syahid Billah ? Naikkan Judi ke?Cina DAP turun kan cabutan judi. Dapat ke puak ni...penaik judi...apa punya PN ?

 



KAMAL HERO MALAYA




Bukan selalu kita mendengar ulama pondok Kelantan membuat perbandingan terbuka antara Perdana Menteri, apatah lagi di hadapan pemimpin negara dan negeri.
Dalam program Sebarkan Salam dan Kota Bharu Berselawat pada 31 Oktober lalu, Tuan Guru Baba Abdul Rahman Omar berkongsi pengalamannya mengikuti kepimpinan negara sejak era Tunku Abdul Rahman.
Menurut beliau, manfaat yang dirasai institusi pondok di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar dibandingkan dengan zaman terdahulu. Antaranya, bantuan kepada pelajar serta pembaikan bangunan pondok yang uzur.
Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak yang mahu menjatuhkan Anwar, sedangkan banyak kebaikan telah dinikmati masyarakat.






Kuala Linggi perlukan perubahan, Mukhlis Mubin bukan calang-calang – Faiz Fadzil

 


Bukan mudah membawa perubahan di kawasan yang masih ketinggalan, namun AMANAH yakin calon mudanya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, mampu menyahut cabaran itu di Kuala Linggi.

Keyakinan itu disuarakan Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil yang melihat latar belakang pendidikan undang-undang serta pengalaman Mukhlis mendekati masyarakat setempat sebagai antara kelebihan calon berusia 23 tahun itu.

Menurutnya, Mukhlis yang juga anak jati Kuala Linggi mempunyai pendedahan terhadap isu penduduk, termasuk golongan nelayan, sekali gus menjadi antara kelebihan yang boleh dimanfaatkan sekiranya diberi mandat oleh pengundi.

“Yang menarik mengenai Kuala Linggi ini adalah calon anak muda daripada AMANAH. Kita bukan baharu dalam meletakkan calon-calon muda dalam pilihan raya, tetapi kali ini lebih hebat kerana beliau merupakan calon paling muda,” katanya.

Faiz berkata, penglibatan Mukhlis dalam aktiviti bersama masyarakat setempat membolehkannya memahami permasalahan penduduk, termasuk cabaran yang dihadapi golongan nelayan.

Katanya, Kuala Linggi memerlukan idea dan pendekatan baharu untuk merangsang pembangunannya agar tidak terus ketinggalan berbanding kawasan lain di negeri itu.

“Saya pasti dengan kekuatan yang ada pada generasi Z ini, kebijaksanaan dan juga pencetusan idea beliau untuk mengusahakan bagaimana nak membangunkan lagi Kuala Linggi ini, Kuala Linggi memerlukan perubahan.

“Kita tengok Kuala Linggi ini jauh ketinggalan berbanding kawasan lain di Melaka,” katanya.

Dalam pada itu, Faiz yakin usia Mukhlis bukan penghalang untuk beliau memikul tanggungjawab sebagai calon pilihan raya, malah pendedahan terhadap politik sejak kecil membentuk kematangannya.

Menurutnya, pengalaman Mukhlis dalam pertandingan pidato, termasuk pernah mewakili negara di peringkat antarabangsa, turut menjadi antara faktor yang meningkatkan keyakinannya terhadap keupayaan calon berkenaan.

“Walaupun beliau muda, saya percaya beliau sangat matang dalam politik kerana telah didedahkan dan dididik dengan politik sejak kecil.

“Apatah lagi, beliau pernah menjadi juara pidato dan mewakili negara di peringkat antarabangsa. Ini memberikan indikasi kepada kita bahawa calon yang kita tampilkan ini bukan calang-calang,” katanya.

Mengulas peluang PH pada PRN Melaka, Faiz berkata, rekod pentadbiran gabungan itu sebelum ini merupakan antara perkara yang boleh diketengahkan kepada pengundi.

Katanya, PH yakin mempunyai keupayaan dalam aspek kestabilan politik, pengurusan ekonomi dan tadbir urus yang baik.

“Kita yakin kepimpinan dan juga calon-calon yang ditampilkan oleh Pakatan Harapan dan AMANAH ini adalah mereka yang berkemampuan untuk mentadbir dari sudut tadbir urus yang bersih, terurus dan juga bijak,” katanya.






PRN Melaka: Adly Calon Ketua Menteri PH

 

IMG_9741

Adly Zahari pernah mentadbir Melaka susulan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018 dengan menumbangkan BN buat kali pertama sejak 1957.

KAJANG, 1 Nov – Calon Ketua Menteri Melaka bagi Pakatan Harapan (PH) ialah Pengerusi PH negeri, Adly Zahari seandainya gabungan politik itu memperoleh kemenangan majoriti mudah 15 kerusi dan ke atas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Meskipun PH mempunyai beberapa calon lain dari kalangan kesemua 24 calon PRN Melaka, namun Adly disifatkan calon yang terbaik, menurut Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Setakat ini, Adly calon Ketua Menteri menerusi persefahaman jika kita dapat majoriti atau diberi kepercayaan (dalam PRN Melaka).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari bersama Khoo Poay Tiong (dua dari kanan) ketika sidang media harian PH di Bukit Piatu pada 1 November 2026.

“Setakat semalam, masih terlalu awal untuk melihat suasana. Namun, kita yakin kita boleh memberikan saingan sengit kali ini, insya-Allah,” katanya.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2026 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Kajang, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, PH akan mengumumkan manifesto ‘Rumah Kita’ mewakili pakatan itu bagi rakyat Melaka dalam tempoh tiga hari lagi.

Terdahulu, Adly berkata, PH tidak pernah membincangkan berkaitan isu ‘poster boy’ kerana strategi politik kali ini adalah setiap calon dipilih perlu menumpukan kepada kawasan masing-masing untuk menang.

Beliau dilaporkan berkata, tiada guna mempunyai ‘poster boy’ tetapi tidak boleh memenangi kerusi ditandingi atau mempertahankan kerusi sedia ada.

Pada PRN Melaka ke-15 tahun 2021, Adly yang juga Naib Presiden AMANAH memperoleh majoriti 1,057 undi setelah menewaskan tiga calon lain iaitu Hasnoor Sdg Husin daripada Barisan Nasional (BN), Muhammad Al Afiz Yahya (PN) dan Abdul Hamid (Bebas).

Untuk rekod, Adly pernah mentadbir Melaka susulan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018 dengan menumbangkan BN buat kali pertama sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Adly yang juga lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang kejuruteraan elektrik menewaskan dua pencabarnya, Yunus Hitam mewakili BN dan Muhamat Bedol dari Pas dengan majoriti 3,159 undi bagi kerusi DUN Bukit Katil pada PRU-14.





PRN Melaka: Pengalaman PH Tadbir Melaka, Kemampuan Calon Jadi Taruhan

 


IMG_9722

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari bersama Khoo Poay Tiong (dua dari kanan) ketika sidang media harian PH di Bukit Piatu pada 1 November 2026.

MELAKA, 1 Nov – Perkhidmatan awam terbaik serta calon-calon berpengalaman menjadi taruhan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mencapai sasaran memenangi 18 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Ini termasuk bekas Exco kerajaan negeri, aktivis politik, pegawai kerajaan serta setiausaha politik yang dipilih PH sebagai tawaran realisitik pakatan itu yang pernah memerintah negeri ini antara 2018 hingga 2020.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari bersama Khoo Poay Tiong (dua dari kanan) ketika sidang media harian PH di Bukit Piatu pada 1 November 2026.

Menurut Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, kemampuan calon di kawasan masing-masing menjadi satu daripada tiga faktor utama yang dinilai dalam menetapkan sasaran berkenaan, selain kekuatan jentera parti dan tahap sokongan rakyat.

Selain mempertahankan lima kerusi DUN yang dimenangi pada PRN 2021, PH kini meningkatkan kemampuan untuk menguasai 13 kerusi lagi namun kerusi manakah yang disasarkan tidak diumumkan sehinggalah tiba saat yang sesuai.

“Ada calon yang memiliki pengalaman, ada calon yang walaupun baru, tapi ada sebahagiannya memang mempunyai pengalaman di pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ada juga calon yang ada pengalaman dalam pentadbiran kerajaan termasuk di kerajaan Persekutuan, selain bekas anggota perkhidmatan awam,” katanya pada sidang media harian PH di Bilik Gerakan Utama PH, di sini, hari ini.

Beliau yang juga calon bagi kerusi DUN Bukit Katil, berkata, PH amat mengambil berat soal sokongan semasa rakyat di kawasan yang bakal ditandingi sebagai sebahagian daripada penilaian sebelum menetapkan sasaran kemenangan itu.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu menambah, pakatan itu tetap memberi penekanan kepada usaha mendekati rakyat, mendengar masalah mereka serta mengangkat isu yang boleh diselesaikan melalui saluran kerajaan.

Sementara agensi kerajaan masih berfungsi seperti biasa dan isu yang boleh diselesaikan segera perlu diambil tindakan tanpa menunggu PRN berakhir dan turut dipersetujui Pengerusi DAP Melaka yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan, proses pilihan raya tidak sepatutnya menjadi penghalang atau menghentikan kelangsungan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, khususnya bagi urusan yang memerlukan tindakan berperingkat.

Ia membabitkan tiga parti komponen iaitu 10 calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), manakala DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) masing-masing tujuh calon.




Rasa Tak Cukup RM100,000, PM Anwar Tambah Jadi RM1 Juta Bantu Peniaga, Penjaja Kecil

 


IMG_9750

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat Kebangsaan di Stadium Kajang, Selangor pada 1 November 2026. Foto Shamsul Azri Abu Bakar

KAJANG, 1 Nov – Setelah pertimbangan teliti dibuat, akhirnya Kerajaan MADANI meluluskan penyaluran peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk diselaraskan bagi membantu persatuan perniagaan, penjaja dan peniaga kecil meningkatkan pendapatan mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengumumkan khabar gembira itu, Perdana Menteri berkata, jumlah peruntukan berkenaan mengambil kira nasib ratusan ribu penjaja, peniaga kecil dan persatuan yang terdapat di seluruh negara bagi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

“Mulanya saya ingat hendak umum RM100,000 sahaja, itu sudah banyak tetapi saya fikirkan ada berapa ratus ribu penjaja, berapa syarikat ada, berapa gerai ada, berapa persatuan seluruh negara, jadi atur kita baik-baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat Kebangsaan di Stadium Kajang, Selangor pada 1 November 2026. Foto Shamsul Azri Abu Bakar

“Bagi saya, kalau kita dapat bantu penjaja dan peniaga kecil, dia  akan bantu sejuta lagi ahli keluarga lain negara kita.

“(Kerajaan) bantu supaya tiap tahun kita ada peningkatan pendapatan penjaja dan peniaga,” kata beliau dalam ucapan pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2026, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan yang disalurkan kepada persatuan perniagaan, penjaja dan peniaga kecil boleh membantu meningkatkan lagi ekonomi keluarga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat Kebangsaan di Stadium Kajang, Selangor pada 1 November 2026. Foto Shamsul Azri Abu Bakar

“Kalau tanya saya, Anwar puas hati ke untuk nasib penjaja? Saya tidak puas hati sebab ini rakyat yang terbanyak dan kehidupan dia susah. Kais pagi makan pagi.

“Kalau mahu suruh dia tunggu pergi pejabat, isi borang pinjaman satu hari, itu beban kepada dia. Jadi kita kena cari jalan tingkatkan pendapatan dia,” ujar Anwar.

Turut hadir, Menteri KUSKOP, Steven Sim Chee Keong, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.