Rasa Tak Cukup RM100,000, PM Anwar Tambah Jadi RM1 Juta Bantu Peniaga, Penjaja Kecil

 


IMG_9750

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat Kebangsaan di Stadium Kajang, Selangor pada 1 November 2026. Foto Shamsul Azri Abu Bakar

KAJANG, 1 Nov – Setelah pertimbangan teliti dibuat, akhirnya Kerajaan MADANI meluluskan penyaluran peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk diselaraskan bagi membantu persatuan perniagaan, penjaja dan peniaga kecil meningkatkan pendapatan mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengumumkan khabar gembira itu, Perdana Menteri berkata, jumlah peruntukan berkenaan mengambil kira nasib ratusan ribu penjaja, peniaga kecil dan persatuan yang terdapat di seluruh negara bagi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

“Mulanya saya ingat hendak umum RM100,000 sahaja, itu sudah banyak tetapi saya fikirkan ada berapa ratus ribu penjaja, berapa syarikat ada, berapa gerai ada, berapa persatuan seluruh negara, jadi atur kita baik-baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat Kebangsaan di Stadium Kajang, Selangor pada 1 November 2026. Foto Shamsul Azri Abu Bakar

“Bagi saya, kalau kita dapat bantu penjaja dan peniaga kecil, dia  akan bantu sejuta lagi ahli keluarga lain negara kita.

“(Kerajaan) bantu supaya tiap tahun kita ada peningkatan pendapatan penjaja dan peniaga,” kata beliau dalam ucapan pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2026, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan yang disalurkan kepada persatuan perniagaan, penjaja dan peniaga kecil boleh membantu meningkatkan lagi ekonomi keluarga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat Kebangsaan di Stadium Kajang, Selangor pada 1 November 2026. Foto Shamsul Azri Abu Bakar

“Kalau tanya saya, Anwar puas hati ke untuk nasib penjaja? Saya tidak puas hati sebab ini rakyat yang terbanyak dan kehidupan dia susah. Kais pagi makan pagi.

“Kalau mahu suruh dia tunggu pergi pejabat, isi borang pinjaman satu hari, itu beban kepada dia. Jadi kita kena cari jalan tingkatkan pendapatan dia,” ujar Anwar.

Turut hadir, Menteri KUSKOP, Steven Sim Chee Keong, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.