KALAU ORANG LAIN BUAT MACAMANA / HANGPA PI MELOMPAT MACAM KERA LUKU

 






Ya, Epic Store adalah syarikat percetakan baju. Tapi bukan kami yang buat permohonan maaf tersebut.

Kami selalu akan buat semakan dua hala bagi pastikan tiada kesilapan berkaitan rekabentuk.
Lagi-lagi berkaitan saiz baju.
Kesian kalau yang dapat salah saiz nanti pakai macam sarung nangka.
Untuk isu ini, dua-dua pihak kena ambil tanggungjawab. Baik pencetak baju mahupun pelanggan.
Persoalan sekarang, rekabentuk baju itu datang dari pelanggan atau dibuat oleh pembekal baju?





Agak menarik semasa raptai hari Merdeka 2026









 Agak menarik semasa raptai hari Merdeka 2026 , ternampak sebuah trak memilih Angkatan Tentera Malaysia sedang mengangkut 1 model kapal Multi-Role Support Ship dengan nombor pennant 3303

Nombor pennant 3303 maksudnya daripada no 33 skuadron dan 03 adalah kapal yang ketiga , mengikut rancangan 15 to 5 Tentera Laut Diraja Malaysia akan perolehan 2 daripada 3 buah Kapal kapal Multi-Role Support Ship dalam RMK-13 ini bukan itu sahaja, Kerajaan telah meluluskan bajet untuk perolehan 2 buah Kapal kapal Multi-Role Support Ship juga
Berdasarkan daripada model tersebut Kita boleh pasti bahawa kapal tersebut ialah HDL-10000 dari Korea Selatan, jenis kapal yang mereka tawarkan untuk TLDM
Tahun ini agak banyak aset baru juga yang kita nampak .



Saya merayu buat anda semua supaya tak termakan hasutan fitnah Wala'un yang tuduh saya sebagai Fake Akaun, saya memang Ahmad Hussein yang dikenali Ustaz Hassanuddin Yunus,

 





Saya merayu buat anda semua supaya tak termakan hasutan fitnah Wala'un yang tuduh saya sebagai Fake Akaun, saya memang Ahmad Hussein yang dikenali Ustaz Hassanuddin Yunus, rujuklah beliau, saya memang individu bernama Ahmad Hussein belajar pondok dan belajar juga sains sosial geopolitik.


Adapun soal saya tak gemar selfie dan tak kerap post gambar adalah kerana ia memang sikap peribadi saya, saya bukan macam Xifu Lan PAS yg terang² mengaku muka dia Lawa hingga kerap post gambarnya di FB, saya bukan begitu, bahkan pelbagai ancaman yg saya hadap membuatkan kedua-dua isteri saya marah gesa stop aktif FB, saya diludah oleh orang tak dikenali di sekitar BSC Mall Jalan Ma'arof, pelbagai lagi ancaman saya hadap bahkan terima ugutan hatta ada yg gertak mahu b*n"h saya, itu kerana saya aktif dedah pelbagai kezaliman orang² yg berselindung disebalik agama, maka saya perlu fikirkan keselamatan anak isteri keluarga saya.

Tujuan saya aktif di FB memang dengan niat mahu belajar² berjuang, saya bukan nak buat nama gila glamor, bukan juga nak buat duit melalui FB.

Wallahi saya tak pernah collect duit melalui akaun FB saya ini, pergerakan saya di FB ini atas dasar kasihkan agama dan tanah air semata-mata, inshaaAllah

Saya mohon rakan² doakan saya semoga saya dikurnia Taufiq untuk berjuang menabur bakti buat tanah air dengan cekal lagi tabah, dan mohon doakan saya dikurnia ilham yang baik agar kalam penulisan dan lain² posting saya menjadi asbab hidayah menyemarakkan kemurnia, inshaaAllah.




ANALISIS | Dah 2026, Kedah masih bergelut air: Putrajaya topup RM50 juta selamatkan LRA ‘sangkut’

 


TEAM EDITORIAL

Ketika politik Kedah terus panas dengan pelbagai serangan terhadap kerajaan Persekutuan, isu paling asas kepada rakyat negeri itu masih belum selesai bekalan air.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menggesa semua pihak, khususnya pimpinan negeri, supaya berhenti mempolitikkan isu tersebut dan memberi tumpuan kepada penyelesaian sebenar, termasuk menyiapkan projek-projek Loji Rawatan Air (LRA) yang tertangguh.

Menurut Akmal, Kedah bukan sekadar berdepan masalah gangguan bekalan air biasa, sebaliknya mencatat kedudukan membimbangkan apabila margin rizab bekalan air bersih negeri itu dilaporkan berada pada paras sifar peratus sejak beberapa tahun lalu.

Laporan Bernama sebelum ini memetik Akmal sebagai berkata Kedah tidak mempunyai simpanan bekalan air terawat apabila rizab marginnya dikesan sifar susulan tekanan air dan kekurangan infrastruktur. Kerajaan negeri pula menyasarkan rizab bekalan air terawat meningkat kepada 15 peratus selepas lima projek LRA siap sepenuhnya.

“Ini sudah tahun 2026, bukan lagi tahun 1970-an. Kita masih bergelut dengan keperluan asas seperti air.

“Sepatutnya kita selesaikan isu ini sekali dan untuk selama-lamanya, kemudian fokus kepada pembangunan negara,” kata Akmal dalam satu video.

Akmal berkata, tumpuan kerajaan Persekutuan terhadap projek LRA di Kedah bukan dibuat atas pertimbangan politik, sebaliknya berdasarkan keperluan mendesak rakyat dan ekonomi negeri.

Katanya, projek-projek LRA yang tertangguh perlu disiapkan segera kerana bekalan air yang stabil bukan sahaja penting untuk kegunaan harian rakyat, malah menjadi prasyarat kepada pelaburan dan pembangunan industri.

“Apabila bekalan air mencukupi, ia akan menyokong keperluan asas rakyat dan pada masa sama membuka lebih banyak peluang pelaburan serta aktiviti ekonomi,” katanya.

LRA Sungai Limau terbengkalai

Antara projek yang menjadi perhatian ialah LRA Sungai Limau di Baling yang mengalami kelewatan serius sehingga kerajaan Persekutuan terpaksa campur tangan.

Bernama melaporkan projek bernilai hampir RM100 juta itu hanya mencapai kemajuan sekitar 15 hingga 20 peratus sebelum kerja pembinaan terhenti, menyebabkan kerajaan Persekutuan dijangka perlu menambah kira-kira RM50 juta bagi menyelamatkan projek tersebut.

RTM pula melaporkan kontrak asal projek itu ditamatkan pada April 2025 selepas kemajuan fizikal hanya mencapai 25.57 peratus, sekali gus memaksa proses tender semula dilaksanakan.

Menurut Akmal, kerajaan Persekutuan turut mengambil alih pengurusan projek berkenaan daripada kerajaan negeri, termasuk proses pelantikan kontraktor baharu, bagi memastikan projek itu tidak terus tersangkut.

Beliau berkata, kegagalan menyiapkan projek LRA Sungai Limau akan terus menjejaskan usaha meningkatkan rizab bekalan air Kedah yang sudah lama berada pada paras kritikal.

“Projek itu gagal disiapkan oleh kontraktor yang dilantik dan kontraknya telah ditamatkan. Maka perkara itu kembali kepada Kementerian Ekonomi melalui Notice of Change, sekali gus menimbulkan beban kos tambahan yang perlu disalurkan,” katanya seperti dilaporkan media sebelum ini.

Sanusi sudah lebih enam tahun mentadbir Kedah

Isu air di Kedah turut menimbulkan persoalan terhadap keupayaan pentadbiran negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sanusi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 pada 17 Mei 2020, bermakna pentadbiran negeri hari ini sudah mempunyai tempoh lebih enam tahun untuk menangani isu struktur bekalan air.

Namun sehingga 2026, Kedah masih bergantung kepada pelaksanaan lima projek LRA utama Pelubang, Lubuk Buntar, Jenun Baharu, Bukit Selambau dan Sungai Limau  untuk mencapai sasaran rizab bekalan air 15 peratus menjelang 2027. Perkara itu turut dinyatakan oleh Exco kerajaan negeri Kedah sendiri dalam laporan media Pas.

Bagi pengkritik, keadaan itu menunjukkan isu air Kedah bukan boleh diselesaikan dengan retorik politik atau slogan menentang Putrajaya, sebaliknya memerlukan keupayaan pentadbiran, penyelarasan projek dan pemantauan kontraktor yang lebih tegas.

Akmal berkata, amat mendukacitakan apabila isu bekalan air di Kedah masih berlarutan walaupun ia merupakan keperluan asas rakyat.

“Apa yang saya nyatakan hanyalah fakta. Kita tidak boleh lagi melengah-lengahkan isu bekalan air di Kedah. Cukuplah berpolitik mengenai perkara ini,” katanya.

Bukan isu politik, tapi isu paip rakyat

Krisis bekalan air Kedah bukan sahaja menjejaskan keselesaan rakyat, malah boleh memberi kesan kepada keyakinan pelabur.

Dalam keadaan negeri lain berlumba menarik pelaburan baharu, bekalan air yang tidak stabil boleh menjadi halangan besar kepada pembangunan kawasan industri, perumahan dan aktiviti ekonomi.

Sebab itu, tindakan Kerajaan MADANI menambah peruntukan sekitar RM50 juta bagi menyelamatkan projek LRA Sungai Limau dilihat sebagai langkah campur tangan penting bagi memastikan rakyat Kedah tidak terus menjadi mangsa kelewatan projek.

Namun persoalan yang kekal ialah mengapa, selepas lebih enam tahun Kedah ditadbir kerajaan negeri hari ini, isu air masih menjadi masalah asas yang belum selesai.

Bagi Akmal, jawapannya mudah: hentikan politik, siapkan loji, pulihkan rizab air dan beri rakyat Kedah bekalan air yang mereka layak terima.






Sheikh Wazir Che Awang ingatkan: Beda politik bukan lesen untuk mencaci

 


Perbezaan pendirian politik tidak seharusnya menjadi alasan untuk seseorang mencaci, memfitnah atau mendoakan keburukan terhadap pihak yang tidak sehaluan, sebaliknya umat Islam perlu terus menjaga adab walaupun berbeza pandangan.

Peringatan itu disampaikan Tuan Guru Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki yang mengingatkan bahawa perbezaan pendapat tidak pernah menghalalkan seseorang melampaui batas terhadap orang lain.

Menurut beliau, seorang mukmin sepatutnya memelihara hubungan dan kasih sayang sesama umat Islam, bukannya menjadikan perbezaan pandangan sebagai alasan untuk saling bermusuhan.

“Berbeza pandangan tidak pernah menghalalkan kita untuk mencaci, memfitnah atau menyumpah orang lain,” katanya.

Teguran berkenaan dilihat amat relevan dengan suasana politik semasa apabila perbezaan sokongan dan pendirian semakin mudah mencetuskan serangan peribadi, khususnya di media sosial.

Sheikh Wazir mengingatkan bahawa dalam politik, seseorang yang tidak bersetuju dengan pandangan kita tidak semestinya menjadi musuh yang boleh dihina atau diperlakukan sesuka hati.

“Tak sependapat, dicaci. Tak sebulu, difitnah. Tak satu kumpulan, didoakan pula kecelakaan,” katanya.

Menurut beliau, keadaan itu lebih membimbangkan apabila pihak yang menjadi sasaran cercaan atau sumpahan tersebut sebenarnya masih mempunyai hubungan sebagai saudara seIslam.

Dalam erti kata lain, perbezaan politik tidak sepatutnya menghapuskan pertimbangan terhadap adab, persaudaraan dan tanggungjawab seseorang terhadap setiap perkataan yang dilontarkan.

Lebih-lebih lagi dalam era media sosial, kata-kata yang dahulu mungkin hanya didengar oleh kelompok kecil kini boleh tersebar kepada ribuan malah jutaan orang dalam tempoh singkat.

Sheikh Wazir turut mengingatkan bahawa politik bukan sesuatu yang kekal kerana pemimpin dan kerajaan boleh berubah, tetapi setiap perkataan yang dikeluarkan seseorang tetap menjadi tanggungjawabnya sendiri.

“Politik akan berubah. Pemimpin datang dan pergi. Tetapi setiap perkataan yang kita keluarkan tetap menjadi tanggungjawab kita sendiri,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa teguran itu tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kelompok tertentu.

Sebaliknya, ia perlu menjadi peringatan kepada semua pihak supaya perbezaan politik tidak menyebabkan seseorang kehilangan adab ketika mengkritik pihak lawan.

Menurutnya, seseorang masih boleh berbeza pendirian, mempertahankan prinsip dan mengkritik sesuatu dasar tanpa perlu mencaci, memfitnah atau mendoakan kecelakaan terhadap individu yang berbeza pandangan.

Persoalan mengenai adab dalam berpolitik itu menjadi semakin menarik apabila dibandingkan dengan beberapa kenyataan keras pemimpin politik sejak kebelakangan ini.

Antaranya ialah kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk ServMuhammad Sanusi Md Nor, ketika mengulas pihak yang didakwanya berada di belakang tindakan undang-undang berkaitan dasar perjudian di negeri itu.

Dalam satu ucapan, Sanusi dilaporkan mengajak orang ramai mendoakan individu terbabit supaya menerima balasan buruk.

“Doa tiap-tiap hari, sebut nama dia bagi Tuhan bagi dia pecah perut,” kata Sanusi ketika berucap dalam program berkaitan isu pengharaman judi di Kedah.

Kenyataan itu menjadi perhatian kerana ia melibatkan doa terhadap keburukan seorang individu dalam konteks pertikaian politik dan perundangan.

Ia juga memberikan ruang untuk persoalan yang lebih besar: sejauh mana perbezaan politik atau pertikaian dasar membolehkan seseorang menggunakan bahasa sedemikian terhadap pihak yang dianggap sebagai lawan?

Peringatan Sheikh Wazir bahawa “beda politik bukan lesen untuk mencaci” akhirnya kembali kepada persoalan asas dalam kehidupan berpolitik  seseorang boleh kalah atau menang dalam pilihan raya, kerajaan boleh bertukar dan pemimpin boleh silih berganti.

Tetapi apabila perbezaan politik menyebabkan bahasa penghinaan, fitnah dan doa kecelakaan menjadi perkara biasa, yang perlu dipersoalkan bukan lagi siapa menang atau siapa kalah.

Sebaliknya, apa yang berlaku kepada akhlak kita ketika berpolitik?

Kerana seperti diingatkan Sheikh Wazir, kita boleh berbeza pendirian tanpa kehilangan adab.






Martabat Bahasa Melayu Tidak Bermaksud Sisih Bahasa Lain – PM

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Kemuncak Ambang Merdeka Sahabat MADANI di UiTM Permatang Pauh pada 29 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PERMATANG PAUH, 29 Ogos – Setiap rakyat tanpa mengira latar belakang kaum perlu menguasai bahasa kebangsaan dengan baik, namun pada masa sama, penguasaan bahasa lain seperti Inggeris, Mandarin dan Tamil terus diperkukuh bagi meluaskan peluang pendidikan serta ekonomi.

Pun begitu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memartabatkan Bahasa Melayu, iaitu bahasa rasmi negara, tidak seharusnya dilihat sebagai langkah menyisihkan penguasaan bahasa lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Kemuncak Ambang Merdeka Sahabat MADANI di UiTM Permatang Pauh pada 29 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita juga tahu Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang berkembang sebagai bahasa penting di dunia, maka sistem kita harus menerima, bukan menggantikan bahasa Melayu tetapi melengkapi,” katanya.

Pesanan tersebut disampaikan Anwar ketika berucap pada Program Kemuncak Ambang Merdeka Sahabat MADANI 2026 di UiTM Permatang Pauh hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Kemuncak Ambang Merdeka Sahabat MADANI di UiTM Permatang Pauh pada 29 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penguasaan bahasa Mandarin kini semakin penting memandangkan kedudukannya sebagai antara bahasa ekonomi utama di rantau ini, selain rakyat juga berminat meningkatkan kemahiran dalam bahasa Tamil.

“Ia bukan ‘zero-sum game’. Saya galakkan anak-anak menguasai bahasa Cina dengan syarat penguasaan bahasa Melayu mereka mestilah cukup baik. Pelajari bahasa rantau ini tidak merugikan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Kemuncak Ambang Merdeka Sahabat MADANI di UiTM Permatang Pauh pada 29 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Memastikan kepentingan dan masa depan sendiri terjamin merupakan satu keperluan ekonomi. Ia bukan dilakukan dengan mengorbankan kepentingan bahasa Inggeris … sebaliknya untuk memberi peluang yang lebih luas bagi meningkatkan dan mengembangkan potensi anda,” ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak menanam bibit permusuhan antara kaum kerana keharmonian negara tidak boleh dianggap akan kekal selamanya tanpa usaha konsisten memelihara perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Kemuncak Ambang Merdeka Sahabat MADANI di UiTM Permatang Pauh pada 29 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau menegaskan, semangat saling berkongsi, menyayangi dan membantu perlu diterapkan agar setiap rakyat tanpa mengira kaum dapat menikmati manfaat pembangunan negara secara inklusif.

Ini selaras dengan kerangka agenda Malaysia MADANI berteraskan enam rukun yang menekanan aspek akhlak dan pembangunan insan dengan sahsiah dan jati diri sebagai rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Kemuncak Ambang Merdeka Sahabat MADANI di UiTM Permatang Pauh pada 29 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim


JENDELA: 1,000 Tapak Dikenal Pasti Bagi Pelaksanaan Fasa Dua

 


Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching (kiri) melekatkan pelekat Jalur Gemilang pada kenderaan pengguna jalan raya sempena Program Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@PETRONAS di Stesen Minyak PETRONAS Bandar Putra 2 di Kulai pada 29 Ogos 2026. Foto Bernama

KULAI, 29 Ogos – Sebanyak 1,000 tapak, termasuk di Sabah dan Sarawak dikenal pasti bagi pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Dua pada tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata pelaksanaan itu akan memastikan liputan dan capaian internet di seluruh negara lebih kukuh dan stabil.

“Sebanyak 2,700 tapak di bawah pelaksanaan JENDELA Fasa Dua tetapi untuk fasa pertama tahun ini, 1,000 tapak dikenal pasti dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan tender untuk pelaksanaan di tapak berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@PETRONAS di sini hari ini.

Teo Nie Ching merasmikan Program Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@PETRONAS di Kulai pada 29 Ogos 2026. Foto Bernama

JENDELA adalah inisiatif kerajaan yang diselaras MCMC untuk meningkatkan infrastruktur digital dan liputan Internet di seluruh negara.

Dalam pada itu, Teo berkata pelbagai aktiviti disediakan untuk orang ramai menerusi program RIUH Merdeka, khususnya mereka yang berhasrat untuk berkampung di Dataran Putrajaya bagi menyaksikan perarakan.

Beliau berkata kemudahan pengangkutan awam percuma seperti bas ulang-alik turut disediakan di MRT Putrajaya Sentral dengan kekerapan setiap lima minit, sementara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pula setiap 10 minit.

“Justeru, orang ramai digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak jalan akan ditutup,” katanya.

Persiapan bagi perbarisan Hari Kebangsaan 2026 juga berjalan lancar dengan lebih 100,000 pengunjung dijangka membanjiri dataran berkenaan.

Terdahulu, Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai menyerahkan Jalur Gemilang berbentuk magnet percuma kepada orang ramai bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan.



PERPADUAN KUNCI UTAMA.

 







Perpaduan dan keamanan negara tidak boleh kita ambil mudah kerana apa yang kita nikmati hari ini terhasil daripada kesediaan rakyat untuk saling menghormati, memahami dan menjaga antara satu sama lain. 


Jangan beri ruang kepada bibit permusuhan antara kaum, sebaliknya suburkan semangat berkongsi, menyayangi dan membantu agar kemajuan negara dapat dirasai bersama tanpa mengira kaum dan latar belakang.


Begitu juga dalam soal bahasa yakni Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara perlu terus dimartabatkan dan dikuasai dengan baik, tanpa mengetepikan penguasaan bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan bahasa-bahasa lain yang dapat memperluas ilmu, pemikiran serta peluang pendidikan dan ekonomi.


Dengan identiti yang kukuh dan keterbukaan terhadap kepelbagaian, kita terus bina Malaysia yang aman, bersatu dan maju untuk semua.


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI




KENAPA BISU SOAL FINAH DADSH DAN RASUAH

 

NENGOK TV


Satu hantaran peguam Liyana Marzuki mencetuskan perbincangan apabila beliau mempersoalkan mengapa sebahagian ulamak politik dilihat begitu lantang bercakap mengenai judi dan arak, tetapi tidak kedengaran dengan nada sama apabila melibatkan fitnah, rasuah dan dadah.





“Kenapa Ulamak Politik kurang ingatkan kita tentang bahaya dosa fitnah, rasuah dan dadah, berbanding judi dan arak? Why the double standard? Walhal semua pun memudaratkan,” tulisnya.


Hantaran tersebut menerima lebih 3,000 reaksi dan ratusan komen ketika tangkap layar dibuat.


Antara komen yang paling mendapat perhatian datang daripada Zainuddin Omar yang menyindir bahawa fitnah mempunyai “kelebihan” dalam politik kerana apabila viral, ia boleh meraih undi.


Seorang lagi pengguna pula menyifatkan fitnah sebagai “makanan” sesetengah pihak untuk naik menjadi pemimpin.


Persoalan Liyana menarik kerana dalam Islam, penolakan terhadap judi dan arak memang jelas.


Tetapi larangan agama bukan berhenti pada dua perkara itu sahaja.


Fitnah tetap dosa. Rasuah tetap merosakkan amanah. Dadah pula menghancurkan individu, keluarga dan masyarakat.


Sebab itu apabila agamawan yang aktif berpolitik terlalu selektif memilih dosa untuk dijadikan modal ceramah, masyarakat akhirnya akan bertanya kenapa sesetengah kemungkaran mendapat mikrofon setiap hari, sementara yang lain seolah-olah kurang menarik untuk dibicarakan.


Kalau mahu bercakap atas nama agama, tegurlah semuanya.


Jangan dosa lawan nampak sebesar gunung, dosa yang dekat dengan kelompok sendiri tiba-tiba suara jadi perlahan.


#NengokTV




Nazri Aziz Tidak Menutup Pintu Kembali Bertanding Pada PRU16







Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak menolak kebarangkalian untuk kembali beraksi dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) andai tenaga beliau terus ditagih oleh pucuk pimpinan parti.


Mohamed Nazri, 72, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), memaklumkan bahawa beliau kekal aktif berpolitik dalam UMNO dan kini memikul tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas.


Ujar beliau, sebarang penetapan mengenai pencalonan kelak akan disandarkan pada kehendak parti serta restu pimpinan apabila tiba masanya nanti.


“Saya masih lagi Ketua Bahagian UMNO Padang Rengas. Kita lihatlah nanti situasinya, sama ada bertanding lagi ataupun tidak,” ujarnya sewaktu ditemui di ibu negara.


Nazri sebelum ini tersenarai sebagai antara figura UMNO yang amat berpengalaman dalam arena politik tanah air dan pernah menerajui beberapa portfolio penting di peringkat Jemaah Menteri serta Parlimen.





PH PERLU TUMPU PADA KEKUATAN PARTI KOMPONEN.

 


UMNO Kedah mula membuka ruang perbincangan dengan PAS apabila pertemuan antara kedua-dua pihak dijangka dilangsungkan dalam masa terdekat bagi membincangkan bentuk jalinan kerjasama menjelang PRU16.





Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid membayangkan bahawa usaha itu akan dimulakan secara berfasa, menerusi sesi perjumpaan permulaan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum perbincangan lebih mendalam diadakan bersama barisan pimpinan PAS negeri.


Langkah ini mencuri tumpuan kerana ia menyusul ketika hubungan antara UMNO dan PAS kembali memasuki lembaran baharu susulan kejayaan kerjasama BN-PN di Negeri Sembilan yang mempamerkan prestasi kukuh.


Daripada hanya berlegar pada retorik penyatuan, kedua-dua entiti politik itu kini kelihatan mula meneroka ruang muafakat di peringkat akar umbi negeri.


Sekiranya Kedah dipilih sebagai gelanggang seterusnya, pertemuan awal ini berupaya menjadi pencetus kepada rundingan yang jauh lebih menyeluruh.


Namun begitu, Mahdzir mengisyaratkan bahawa proses terbabit digerakkan secara berhati-hati dan tidak terburu-buru.


“Kita runding kerjasama” dan segenap aspek akan dibincangkan secara berperingkat, sekali gus membayangkan hasrat UMNO Kedah untuk menilai sejauh mana titik persamaan dapat dirangka bersama PAS.


Lebih mencuri tumpuan, ketetapan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang membenarkan pimpinan negeri mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti berkeinginan untuk bekerjasama telah meluaskan ruang politik yang sebelum ini dianggap sukar dicapai.


Kini, persoalan utama berlegar pada kemampuan pertemuan antara UMNO dan PAS Kedah untuk beralih daripada sekadar sesi perbincangan kepada formula politik yang konkrit.


Selepas Negeri Sembilan membuktikan bahawa BN dan PN berupaya bergerak seiring untuk membentuk pentadbiran, Kedah pula berisiko menjadi medan pengujian penting menjelang PRU16.


Sekiranya dua gagasan politik Melayu ini benar-benar berjaya mencari titik persefahaman, landskap politik Kedah serta persaingan di peringkat nasional berpotensi mengalami perubahan yang jauh lebih besar daripada jangkaan.