KENAPA BISU SOAL FINAH DADSH DAN RASUAH

 

NENGOK TV


Satu hantaran peguam Liyana Marzuki mencetuskan perbincangan apabila beliau mempersoalkan mengapa sebahagian ulamak politik dilihat begitu lantang bercakap mengenai judi dan arak, tetapi tidak kedengaran dengan nada sama apabila melibatkan fitnah, rasuah dan dadah.





“Kenapa Ulamak Politik kurang ingatkan kita tentang bahaya dosa fitnah, rasuah dan dadah, berbanding judi dan arak? Why the double standard? Walhal semua pun memudaratkan,” tulisnya.


Hantaran tersebut menerima lebih 3,000 reaksi dan ratusan komen ketika tangkap layar dibuat.


Antara komen yang paling mendapat perhatian datang daripada Zainuddin Omar yang menyindir bahawa fitnah mempunyai “kelebihan” dalam politik kerana apabila viral, ia boleh meraih undi.


Seorang lagi pengguna pula menyifatkan fitnah sebagai “makanan” sesetengah pihak untuk naik menjadi pemimpin.


Persoalan Liyana menarik kerana dalam Islam, penolakan terhadap judi dan arak memang jelas.


Tetapi larangan agama bukan berhenti pada dua perkara itu sahaja.


Fitnah tetap dosa. Rasuah tetap merosakkan amanah. Dadah pula menghancurkan individu, keluarga dan masyarakat.


Sebab itu apabila agamawan yang aktif berpolitik terlalu selektif memilih dosa untuk dijadikan modal ceramah, masyarakat akhirnya akan bertanya kenapa sesetengah kemungkaran mendapat mikrofon setiap hari, sementara yang lain seolah-olah kurang menarik untuk dibicarakan.


Kalau mahu bercakap atas nama agama, tegurlah semuanya.


Jangan dosa lawan nampak sebesar gunung, dosa yang dekat dengan kelompok sendiri tiba-tiba suara jadi perlahan.


#NengokTV




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.