DENGAR TIKTOK NI




https://vt.tiktok.com/ZSuW2nqLj/



 Motorsikal pakai diesel ke?? Yang naik adalah diesel, bukannya RON 95. Itulah kadang-kadang kita kesian dapat pemimpin tak cerdik, sampaikan negeri tak maju-maju macam negeri Perpaduan yang lain






BAGAIMANA RUSSIA DAN CHINA "MENELANJANGKAN" POSISI KOORDINAT TENTERA ISRAEL UNTUK DITEBUK HANCUR OLEH IRAN ?






Oleh : Mazlan Shafie (16/03/2026)


Di dalam dunia peperangan moden, ada satu hukum mutlak yang tidak boleh diubah oleh mana-mana jeneral tentera ; "Anda tidak boleh menembak apa yang anda tidak nampak."


Secanggih mana pun peluru berpandu hipersonik yang anda miliki dan sebesar mana pun kepala peledak nuklear di dalam simpanan anda, ia hanyalah sebatang besi buruk jika anda tidak tahu di mana koordinat musuh berada.


Selama berpuluh-puluh tahun, empayar Amerika Syarikat dan proksi kesayangannya, rejim Israel, memegang status sebagai 'Mata' di dada langit.


Mereka memonopoli teknologi satelit pengintip, sistem navigasi GPS dan rangkaian risikan elektronik (Signal Intelligence) yang membolehkan mereka melihat setiap inci pergerakan musuh dari angkasa lepas.


Mereka boleh melihat di mana pemimpin tentera Hamas tidur, laluan bekalan senjata di tanah Palestine dan lokasi pelancar roket yang disembunyikan.


Tetapi hari ini, keangkuhan monopoli angkasa lepas itu sudah pun musnah berkecai menjadi debu.


Pernahkah anda terfikir, bagaimana negara yang disekat dengan ribuan sekatan ekonomi seperti Iran, tiba-tiba mampu melancarkan peluru berpandu balistik yang jatuh tepat di atas bumbung pangkalan rahsia F-35 milik rejim Zionist di Tel Aviv ?


Bagaimana dron-dron murah mereka boleh melepasi sistem radar canggih Barat tanpa dapat dikesan ?


Adakah jurutera di Tehran menggunakan ilmu silap mata ?


Sama sekali tidak. Jawapannya terletak pada satu peperangan bayangan yang sedang rancak berlaku di luar ruang atmosfera bumi kita. Ia dipanggil sebagai 'Perang Isyarat' (The War of Signals).


Tehran tidak lagi bertarung secara membuta tuli. Mereka kini telah dipinjamkan sepasang 'mata' oleh dua gergasi kuasa besar timur; iaitu Russia dan China.


Mari kita bedah kebodohan ego Barat yang menyangkakan mereka masih menguasai teknologi ini secara mutlak.


Untuk memastikan peluru berpandu balistik buatan Iran sampai tepat ke sasaran di Tel Aviv, ia memerlukan data topografi bumi dan imbasan radar yang sentiasa dikemas kini secara langsung (real-time).


Iran tidak mempunyai buruj satelit pengintip yang cukup besar untuk melakukan kerja ini bersendirian.


Di sinilah kebarangkalian yang amat besar Beijing dan Moscow masuk campur dan bermain silap mata geopolitik yang amat licik.


China, menerusi ekosistem teknologi navigasi satelit mereka yang dipanggil 'BeiDou' (pesaing utama kepada GPS Amerika), telah membuka pintu akses tentera secara senyap-senyap kepada jurutera Iran.


Dengan menggunakan isyarat BeiDou, peluru berpandu Iran tidak lagi bergantung kepada sistem GPS milik Washington yang boleh ditutup atau diganggu (jamming) pada bila-bila masa.


Russia pula menghulurkan bantuan yang jauh lebih ekstrem.


Mereka menyediakan akses kepada satelit SAR (Synthetic Aperture Radar), iaitu sebuah teknologi imbasan radar yang boleh melihat menembusi ketebalan awan dan kegelapan malam.


Satelit komersial dan ketenteraan Russia ini secara berterusan mengambil gambar resolusi tinggi setiap pergerakan tentera Israel, kedudukan bateri pertahanan Iron Dome dan lokasi kapal pengangkut pesawat Amerika di laut.


Data yang bernilai bilion dolar ini kemudiannya disalurkan terus ke bilik kebal markas komando di Tehran.


Ibarat seorang penembak tepat (sniper) yang sebelum ini rabun, kini telah diberikan sepasang cermin mata infra-merah yang paling tajam di dunia oleh rakan subahatnya.


Bukan itu sahaja, pakar-pakar peperangan elektronik (Electronic Warfare) dari China dan Russia juga dilaporkan sedang membantu Iran 'membutakan' radar milik rejim Zionist.


Mereka mengajar proksi di Timur Tengah ini cara untuk membanjiri ruang udara dengan isyarat palsu, sehingga skrin radar di ibu kota Tel Aviv menjadi cacat dan gagal membezakan antara peluru berpandu sebenar ataupun sekawan burung yang sedang terbang.


Bantuan tidak rasmi ini adalah satu bentuk tamparan maut kepada ego Washington.


Russia dan China tidak perlu melepaskan walau sebutir peluru pun untuk menghancurkan empayar Barat.


Mereka hanya perlu menyerahkan 'mata' dan 'telinga' mereka kepada Iran dan membiarkan Tehran melakukan kerja kotor tersebut.

Ia adalah satu bentuk pakatan asimetrik (Axis of Resistance) yang paling sempurna.


Beijing mahu Amerika Syarikat terus terperangkap di Timur Tengah supaya mereka tidak mengacau urusan di Laut China Selatan, manakala Moscow mahu Washington kehabisan peluru dan wang supaya mereka bebas meratah Eropah Timur.


Mangsa yang paling malang di dalam catur gergasi ini sudah pastilah rejim Israel, yang kini menyedari bahawa setiap pergerakan mereka di atas tanah, sedang ditelanjangkan sepenuhnya dari angkasa lepas.


Kedaulatan udara bukan lagi milik mutlak sekutu Barat. Ruang angkasa kini telah menjadi sebuah medan pertempuran maklumat yang akan menentukan siapa hidup dan siapa mati di permukaan bumi.


Kelangsungan hidup sesebuah negara pada abad ke-21 tidak lagi bergantung pada kehebatan meriam atau bilangan kereta kebal semata-mata.


Ia amat bergantung pada sejauh mana kita mampu menguasai spektrum elektromagnetik, keselamatan siber dan ruang angkasa.


Negara yang buta di udara... pasti akan disembelih di daratan !!!





IRAN NAFI SERANG



 Seorang pegawai kanan Iran menafikan sekeras‑kerasnya bahawa Teheran bertanggungjawab terhadap serangan peluru berpandu ke atas pangkalan ketenteraan UK-AS di Diego Garcia, menurut laporan Al Jazeera yang dipetik menerusi saluran berita antarabangsa.






Pegawai tersebut menegaskan bahawa Iran “tidak bertanggungjawab dan bukan dalang serangan tersebut”, sekali gus menolak dakwaan yang timbul susulan ketegangan serantau yang semakin meningkat.


Berita lanjut di: 

https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-asia-barat-iran-nafi-sasar-pangkalan-tentera-uk-di-diego-garcia


#AWANInews



KENAPA IRAN SEBUT 3 NEGARA NI SAHAJA?







Ramai ingat ini sekadar ucapan Selamat Hari Raya.


Tapi dalam dunia diplomasi,

nama negara tak disebut secara suka-suka.


Bila Menteri Luar Iran sebut Malaysia, Indonesia dan Brunei secara terbuka,

itu bukan ayat manis biasa.


Itu signal.


Kenapa 3 negara ini?


Sebab di Asia Tenggara,

tiga negara ini dilihat paling dekat dengan suara umat Islam,

paling jelas dalam isu kezaliman terhadap P4l3st!n,

dan paling mudah dibaca sebagai blok yang ada simpati terhadap dunia Islam.


Iran tahu,

bila mereka berterima kasih secara terbuka kepada 3 negara ini,

mesej itu bukan sekadar sampai kepada rakyat.


Ia juga sampai kepada Washington.

Sampai kepada Tel Aviv.

Dan sampai kepada dunia.


Maksudnya mudah:


Iran sedang tunjuk bahawa mereka bukan bersendirian.


Walaupun tiada pakatan ketenteraan,

walaupun tiada perjanjian besar,

sokongan moral tetap bernilai dalam perang persepsi global.


Kenapa bukan semua negara Muslim disebut?


Sebab tidak semua berani bercakap.

Tidak semua bebas bersuara.


Dan tidak semua mahu dilihat terlalu rapat dengan Iran.


Ada yang terikat dengan Amerika.

Ada yang terlalu berhati-hati.

Ada yang memilih diam walaupun tahu apa yang berlaku.


Jadi bila Iran pilih Malaysia, Indonesia dan Brunei,

itu bermaksud 3 negara ini dilihat masih ada maruah suara,

masih ada keberanian moral,

dan masih ada nilai simbolik dalam peta politik Islam semasa.


Ini yang ramai tak perasan.


Kadang-kadang dalam geopolitik,

ucapan ringkas lebih tajam daripada peluru.


Satu sebutan nama

boleh membawa maksud sokongan.


Satu penghargaan terbuka

boleh menjadi isyarat penjajaran.


Dan satu ucapan raya

boleh jadi mesej besar kepada seluruh dunia.


Jadi ya,

ini bukan sekadar ucapan Aidilfitri.


Ini adalah pemetaan siapa yang masih berani bersuara

dan siapa yang memilih untuk diam.


👉 Kenyataan asal dibuat oleh

Seyed Abbas Araghchi

melalui akaun rasmi beliau di

X


Kredit: FB-Tssm


Olahan & Susunan.

Mohammad Alif Zabri




ANTARA ISLAM TERANCAM DENGAN ANCAMAN POLITIK


Che Ibrahim




Berapa ramai yang tak solat?

Berapa ramai yang tak bayar zakat kecuali zakat fitrah?

Berapa ramai yang tak puasa kononnya tak larat, penat, sakit...?

Berapa ramai yang tak pergi haji kerana tak naik nama atau memang tak daftar haji pun..? 


Berapa ramai orang Islam yang suka berbohong? 

Berapa ramai yg suka buat fitnah? 

Berapa ramai yang menipu? 

Berapa ramai yang khanat?

Berapa ramai yang suka berbalah/memutus hubungan sesama Islam?


Berapa ramai yang jahil tehtang agama?

Berapa ramai yang tidak ikut syariah?? 

Berapa ramai yang hidup bergelomang dengan dosa dan nista?


Berapa ramai yang derhaka dan mengabaikan ibu bapa, tidak bertanggungjawab ke atas isteri dan anak anak?

Berapa ramai yang tidak beramal dengan konsep kejiranan mengikut Islam?


Tidak terancamkah Islam akibat perkara perkara di atas berbanding sepatah dua perkataan yang terkeluar dari mulut orang bukan Islam (baca Dap), lalu gegak gempitalah alam maya bahawa Islam sedang terancam, melayu sedang dizalimi, kerajaan tolak Islam, orang tu liberal, orang ni penyokong kafir harbi......oh politik!!!!




KERAJAAN DAH AMBIL TINDAKAN



Jason Yew


 Isi RON95 dalam tong?

Kerajaan dah ambil tindakan.

IC disekat, tidak lagi nikmati BUDI95.

Subsidi ini untuk rakyat, bukan untuk disalah guna.




PENAAKULAN MANTIK RAYA



RAFIZI Ramli



Ini penaakulan mantik khas untuk raya:


1) Harvard Study of Adult Development -> faktor kejayaan manusia bila dewasa: (i) hubungan baik sesama manusia (ii) bertanggungjawab & etika kerja yang baik -> maksudnya nilai mesti dipupuk awal (kejayaan tidak bergantung kpd latar belakang keluarga, sekolah mana dll)


2) kajian-kajian lain yang berkaitan -> cara memupuk rasa tanggungjawab dan etika kerja yang baik di kalangan kanak-kanak ialah mengajar mereka membuat kerja rumah dari usia awal


Penaakulan mantik:


Kalau yang bersekolah & di universiti nak berjaya dalam hidup, sila basuh pinggan, periuk dan kemas rumah selepas raya.


Insya Allah besar nanti boleh kerja PETRONAS 🤣





Pindah Hospital Bukit Mertajam untuk selamatkan kuil satu fitnah


 


Lembaga Pelawat Hospital Bukit Mertajam membuat satu laporan polis ekoran tindakan satu akaun Facebook membuat kenyataan berunsur hasutan yang mendakwa hospital itu akan dipindahkan untuk menyelamatkan sebuah kuil di situ.

Mereka menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat pemilik akaun Facebook tersebut, mengambil tindakan tegas di bawah undang-undang berkaitan fitnah, hasutan dan penyebaran berita palsu dan menghentikan penyebaran naratif jahat yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Mereka menegaskan bahawa Hospital Bukit Mertajam adalah sebuah institusi kesihatan yang berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, segala usaha penambahbaikan adalah demi kesejahteraan masyarakat, bukan untuk kepentingan mana-mana pihak tertentu.

Mereka menegaskan bahawa kenyataan yang disebarkan melalui akaun Facebook bernama Hamly Hadi adalah tidak benar, berunsur fitnah dan berniat jahat. Kenyataan tersebut mendakwa kononnya “Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan agar tidak mengganggu kuil — Steven Sim Chee Keong”.

Mereka menegaskan, Steven Sim Chee Keong, Menteri KUSKOP merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, semasa lawatan beliau ke Hospital Bukit Mertajam pada 14 September 2025, tidak pernah menyentuh isu kuil seperti yang didakwa.

Fokus lawatan beliau adalah kepada usaha penambahbaikan fasiliti hospital demi kesejahteraan rakyat.

Cadangan blok tambahan Hospital Bukit Mertajam telah diusahakan oleh pihak hospital bersama Ahli Lembaga Pelawat sejak tahun 2023.

Tujuannya adalah untuk menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat, termasuk pesakit dari daerah lain seperti Kulim, Kedah.

“Tidak ada isu pemindahan bangunan hospital tetapi yang ada adalah Cadangan pembinaan bangunan baru dan bangunan lama masih kekal tanpa sebarang pemindahan,” kata kenyataan itu.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyokong cadangan ini dengan menyediakan tanah seluas 8 ekar, dan kini projek tersebut sedang dalam proses kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kenyataan fitnah yang disebarkan melalui media sosial ini jelas berunsur hasutan perkauman dan agama, yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta menimbulkan kekeliruan awam,” kata kenyataan itu.


Caci maki ajar saya jadi kuat, kata Mufti Wilayah


 


Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Fauwaz Fadzil berkata, beliau telah menjadi lebih kuat ekoran caci maki yang diterima beliau selepas menjadi mufti.

“Di antara yang pengalaman menarik ketika menjadi mufti adalah melihat caci maki yang pelbagai daripada pelbagai pihak.

“Namun ia mengajar saya menjadi kuat dan dapat memahami perasaan mental sebahagian masyarakat tidak sihat, dalam masa yang membinbangkan saya tahap jiwa mereka yang problem,” kata beliau.

Bagi anak Almarhum Datuk Fadzil Noor, Presiden Pas itu, beliau diajar agar memaafkan orang yang memaki.

“Alhamdulillah saya diajar oleh al Quran sentiasa memaafkan orang yang memaki walaupun mereka tidak memohon maaf kerana saya sayangkan umat Islam.

“Musuh saya adalah mereka yang memusuhi Allah dan RasulNya,” katanya.

Bagi beliau, beliau sentiasa sedekahkan segala cercaan pelbagai pihak kepadanya walaupun orang pernah dekat dengan beliau kerana ia adalah asam garam di dalam menerangkan kebenaran ilmu.

“Alhamdulilah segala cercaan dapat menjadikan saya lebih kuat membaca dan menulis agar ilmu dapt disebar kepada masyarakat,” katanya.

Sentiasa terus bekerja untuk umat dan negara agar mendapat pahala yang besar di sisi Allah Taala dan dapat bersama dgn Saidina Baginda Nabi di sana.

“Jom maafkan orang,” kata Mufti Wilayah itu.


AMANAH PERLU AKTIF

 


Malam ni Bang Mat sempat pekena ikan bakar dengan pimpinan dan ahli AMANAH Negeri Perlis. Bila dah duduk semeja ni, macam-macam cerita keluar. Tapi dalam banyak-banyak cerita tu, ada satu pesan dari Bang Mat.. jangan leka!





AMANAH Perlis kena perkemaskan jentera dari sekarang. Jangan tunggu dekat PRU baru nak kalut bergerak. Kita dalam Kerajaan Perpaduan MADANI ni kena jaga hubungan dan eratkan kerjasama. 


Insya-Allah, kalau syarat ni kita pegang kuat, tak mustahil Perlis boleh kita tawan semula pada PRU-16 nanti!