BAGAIMANA RUSSIA DAN CHINA "MENELANJANGKAN" POSISI KOORDINAT TENTERA ISRAEL UNTUK DITEBUK HANCUR OLEH IRAN ?






Oleh : Mazlan Shafie (16/03/2026)


Di dalam dunia peperangan moden, ada satu hukum mutlak yang tidak boleh diubah oleh mana-mana jeneral tentera ; "Anda tidak boleh menembak apa yang anda tidak nampak."


Secanggih mana pun peluru berpandu hipersonik yang anda miliki dan sebesar mana pun kepala peledak nuklear di dalam simpanan anda, ia hanyalah sebatang besi buruk jika anda tidak tahu di mana koordinat musuh berada.


Selama berpuluh-puluh tahun, empayar Amerika Syarikat dan proksi kesayangannya, rejim Israel, memegang status sebagai 'Mata' di dada langit.


Mereka memonopoli teknologi satelit pengintip, sistem navigasi GPS dan rangkaian risikan elektronik (Signal Intelligence) yang membolehkan mereka melihat setiap inci pergerakan musuh dari angkasa lepas.


Mereka boleh melihat di mana pemimpin tentera Hamas tidur, laluan bekalan senjata di tanah Palestine dan lokasi pelancar roket yang disembunyikan.


Tetapi hari ini, keangkuhan monopoli angkasa lepas itu sudah pun musnah berkecai menjadi debu.


Pernahkah anda terfikir, bagaimana negara yang disekat dengan ribuan sekatan ekonomi seperti Iran, tiba-tiba mampu melancarkan peluru berpandu balistik yang jatuh tepat di atas bumbung pangkalan rahsia F-35 milik rejim Zionist di Tel Aviv ?


Bagaimana dron-dron murah mereka boleh melepasi sistem radar canggih Barat tanpa dapat dikesan ?


Adakah jurutera di Tehran menggunakan ilmu silap mata ?


Sama sekali tidak. Jawapannya terletak pada satu peperangan bayangan yang sedang rancak berlaku di luar ruang atmosfera bumi kita. Ia dipanggil sebagai 'Perang Isyarat' (The War of Signals).


Tehran tidak lagi bertarung secara membuta tuli. Mereka kini telah dipinjamkan sepasang 'mata' oleh dua gergasi kuasa besar timur; iaitu Russia dan China.


Mari kita bedah kebodohan ego Barat yang menyangkakan mereka masih menguasai teknologi ini secara mutlak.


Untuk memastikan peluru berpandu balistik buatan Iran sampai tepat ke sasaran di Tel Aviv, ia memerlukan data topografi bumi dan imbasan radar yang sentiasa dikemas kini secara langsung (real-time).


Iran tidak mempunyai buruj satelit pengintip yang cukup besar untuk melakukan kerja ini bersendirian.


Di sinilah kebarangkalian yang amat besar Beijing dan Moscow masuk campur dan bermain silap mata geopolitik yang amat licik.


China, menerusi ekosistem teknologi navigasi satelit mereka yang dipanggil 'BeiDou' (pesaing utama kepada GPS Amerika), telah membuka pintu akses tentera secara senyap-senyap kepada jurutera Iran.


Dengan menggunakan isyarat BeiDou, peluru berpandu Iran tidak lagi bergantung kepada sistem GPS milik Washington yang boleh ditutup atau diganggu (jamming) pada bila-bila masa.


Russia pula menghulurkan bantuan yang jauh lebih ekstrem.


Mereka menyediakan akses kepada satelit SAR (Synthetic Aperture Radar), iaitu sebuah teknologi imbasan radar yang boleh melihat menembusi ketebalan awan dan kegelapan malam.


Satelit komersial dan ketenteraan Russia ini secara berterusan mengambil gambar resolusi tinggi setiap pergerakan tentera Israel, kedudukan bateri pertahanan Iron Dome dan lokasi kapal pengangkut pesawat Amerika di laut.


Data yang bernilai bilion dolar ini kemudiannya disalurkan terus ke bilik kebal markas komando di Tehran.


Ibarat seorang penembak tepat (sniper) yang sebelum ini rabun, kini telah diberikan sepasang cermin mata infra-merah yang paling tajam di dunia oleh rakan subahatnya.


Bukan itu sahaja, pakar-pakar peperangan elektronik (Electronic Warfare) dari China dan Russia juga dilaporkan sedang membantu Iran 'membutakan' radar milik rejim Zionist.


Mereka mengajar proksi di Timur Tengah ini cara untuk membanjiri ruang udara dengan isyarat palsu, sehingga skrin radar di ibu kota Tel Aviv menjadi cacat dan gagal membezakan antara peluru berpandu sebenar ataupun sekawan burung yang sedang terbang.


Bantuan tidak rasmi ini adalah satu bentuk tamparan maut kepada ego Washington.


Russia dan China tidak perlu melepaskan walau sebutir peluru pun untuk menghancurkan empayar Barat.


Mereka hanya perlu menyerahkan 'mata' dan 'telinga' mereka kepada Iran dan membiarkan Tehran melakukan kerja kotor tersebut.

Ia adalah satu bentuk pakatan asimetrik (Axis of Resistance) yang paling sempurna.


Beijing mahu Amerika Syarikat terus terperangkap di Timur Tengah supaya mereka tidak mengacau urusan di Laut China Selatan, manakala Moscow mahu Washington kehabisan peluru dan wang supaya mereka bebas meratah Eropah Timur.


Mangsa yang paling malang di dalam catur gergasi ini sudah pastilah rejim Israel, yang kini menyedari bahawa setiap pergerakan mereka di atas tanah, sedang ditelanjangkan sepenuhnya dari angkasa lepas.


Kedaulatan udara bukan lagi milik mutlak sekutu Barat. Ruang angkasa kini telah menjadi sebuah medan pertempuran maklumat yang akan menentukan siapa hidup dan siapa mati di permukaan bumi.


Kelangsungan hidup sesebuah negara pada abad ke-21 tidak lagi bergantung pada kehebatan meriam atau bilangan kereta kebal semata-mata.


Ia amat bergantung pada sejauh mana kita mampu menguasai spektrum elektromagnetik, keselamatan siber dan ruang angkasa.


Negara yang buta di udara... pasti akan disembelih di daratan !!!





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.