π¨ RASMI: MALAYSIA DIKENAKAN DUA KEKALAHAN PERCUMA OLEH AFC
.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi telah mengambil tindakan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan penggunaan pemain naturalisasi yang tidak layak.
.
❗ Keputusan Utama
.
π FAM didapati bersalah melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib dan Etika AFC.
π π²πΎ Malaysia diberikan dua kekalahan percuma dalam Kelayakan Piala Asia 2027 –
Pusingan Akhir:
.
• menentang π³π΅ Nepal (25 Mac 2025) → Kalah 0-3
• menentang π»π³ Vietnam (10 Jun 2025) → Kalah 0-3
π π° FAM didenda sebanyak USD 50,000 dan perlu dibayar dalam tempoh 30 hari.
.
⚖️ Kesan
❌ Selepas dua kekalahan 0-3 diberikan, Malaysia kini ketinggalan 6 mata di belakang Vietnam dengan hanya satu perlawanan berbaki — sekali gus menamatkan harapan untuk layak secara matematik.
.
✅ Sementara itu, Vietnam secara rasmi telah mengesahkan tempat ke Piala Asia 2027 lebih awal, dengan baki satu perlawanan. π»π³π
Lebih 50 penduduk Kampung Chatel Damai, Lata Rek di Kuala Krai, Kelantan melibatkan tujuh buah rumah, tahun ini menyambut Aidilfitri dengan perasaan paling gembira.
Mana tidaknya, hampir tiga dekad mereka mempertaruhkan nyawa menggunakan titi gantung yang semakin uzur sebelum runtuh pada 1 Januari lalu.
Namun, sejak 11 Mac lalu mereka sudah menarik nafas lega apabila siapnya jambatan baharu yang boleh dilalui kereta sepanjang 36 meter panjang dan tiga meter lebar.
Wakil penduduk, Wan Syukri Wan Isa, 54, menzahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila jambatan keluli dengan kos RM200,000 itu telah siap menjelang Aidilfitri.
“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami sudah lama mengidamkan jambatan baharu.
“Dalam mimpi pun tidak terbayang ada jambatan yang boleh dilalui kereta. Duduk berpuluh tahun di sini guna jambatan gantung itu saja sampai runtuh tidak boleh dibaiki lagi.
“Dengan jambatan baru ini bolehlah naik kereta, anak cucu nak balik Hari Raya ni. Mujurlah siap sebelum Hari Raya,” katanya kepada pemberita semalam.
Untuk rekod, jambatan keluli yang mampu menampung kenderaan berat sehingga lima tan itu mula dibina 29 Januari lalu dan siap sepenuhnya dalam tempoh enam minggu sahaja.
Pada 1 Januari lalu, lebih 50 tetamu sebuah majlis perkahwinan terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai di Lata Rek apabila titi gantung yang dilalui tiba-tiba runtuh.
‘Mesyuarat mana yang putuskan Dr Sam calon PM?’ – Menantu Hadi persoal
SITI NUR ZAWANI
Perdebatan mengenai siapa calon Perdana Menteri daripada Pas terus berlarutan apabila menantu kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang iaitu Zaharudin Muhammad tampil mempersoalkan usaha mengangkat Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar ke posisi itu.
Walaupun menyokong peranan Samsuri sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, beliau secara terbuka menegaskan bahawa individu yang paling layak menjadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Idris Ahmad.
Dalam respon balasnya terhadap komen Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor yang mempertikai pandangan tersebut, Zaharudin mempersoal, mesyuarat mana yang memutuskan Ahmad Samsuri sebagai PM kerana mesyuarat memilih calon belum pun dimulakan.
“Saya jawab ringkas dulu, isunya mustahil Tuan Ibrahim atau Ustaz Idris setuju atau tidak (melantik Ahmad Samsuri calon PM) kerana isu ini belum mesyuarat pun.
“Soalan lebih tepat ada dua. Pertama, mesyuarat mana yang putuskan dia (Ahmad Samsuri) PM?
“Jawapannya pasti bukan rasmi parti, maka soalan lanjut ialah kenapa ada pihak yang promosikan dan angkat Dr Sam, bukan Tuan Ibrahim atau Ustaz Idris?,” soalnya.
Dalam hantaran di Facebook semalam, Zaharudin menyokong jika Ahmad Samsuri dilantik sebagai Pengerusi PN dan Ketua Pembangkang di Parlimen supaya tiada percanggahan keputusan-keputusan penting kelak jika ketua pembangkang adalah orang lain.
Namun dalam soal calon PM, individu yang lebih layak katanya adalah Tuan Ibrahim dan Idris Ahmad.
Ia kemudian mendapat respon Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor yang bertanya adakah menantu Abdul Hadi itu akan berkeras dengan pandangan peribadinya jika Tuan Ibrahim dan Idris Ahmad menyokong Ahmad Samsuri sebagai calon PM.
Laman itu juga mencabar untuk mengadakan muzakarah dengan mereka secara tertutup dan mengingatkan supaya tidak lagi menimbulkan kontroversi secara terbuka.
“Sebab ustaz memang tak layak jadi pemimpin pun. Kalau tak puas hati, kita aturkan muzakarah dgn DUPNS secara tertutup. Tak perlu la timbulkan kontroversi secara terbuka lagi,” kata laman itu.
Membalas lanjut komen tersebut, Zaharudin menekankan bahawa faktor senioriti, pengalaman serta kelayakan dari sudut hukum tidak boleh dipinggirkan dalam menentukan calon Perdana Menteri.
“Sedangkan dari segi senioriti dan pengalaman serta kelayakan hukum, mereka berdua jauh lebih layak. Banyak kebaikan DS TITM dan Datuk Ustaz Idris ketika mereka berdua menjadi menteri. Kenapa kumpulan ini tidak highlight dan angkat?” soalnya.
Kerajaan laksana 9 langkah ringan beban sempena Aidil Fitri, no 8 paling disenangi
BORHAN AHMAD
Kerajaan Madani melaksanakan lapan langkah untuk meringankan bebanan rakyat sempena Hari Raya Aidil Fitri ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara langkah itu itu adalah potongan harga tol 50 peratus pada 18 dan 19 Mac ini di kesemua lebuh raya kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA).
Inisiatif ini melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol, katanya.
Diskaun ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) hingga jam 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis), melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya, kecuali di tiga plaza tol di atas.
Tujuh lagi langkah itu adalah:-
Pemberian cuti tambahan Aidilfitri Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dari 14 hingga 28 Mac 2026 Bayaran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada 10 Mac 2026 kepada 5.2 juta penerima melibatkan RM1.3 bilion Penyaluran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam, pesara dan veteran, termasuk sumbangan khas kepada lebih 70,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut serta guru KAFA dan takmir Peluasan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa bernilai RM400 kepada pelbagai institusi pengajian tinggi Pelaksanaan hampir 1,900 Program Jualan Rahmah MADANI sepanjang Ramadan bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga berpatutan Larangan penjualan minyak masak paket bersubsidi kepada warga asing bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat Malaysia.
Menurut Anwar, Kerajaan MADANI menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia juga akan melaksanakan ikhtiar pelepasan kebankrapan secara Fast Track. Justeru bersempena Aidilfitri, sekitar 4,000 individu, khususnya ibu dan bapa tunggal akan dibebaskan daripada belenggu kebankrapan.
“Semua langkah ini adalah manifestasi nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras Kerajaan MADANI dalam memastikan rakyat terus menikmati manfaat daripada kemakmuran yang kita usahakan bersama.
“Pada masa sama, saya ingin mengulangi seruan agar rakyat terus berbelanja secara berhemah sepanjang meraikan Syawal.
“Dalam keadaan ekonomi duniayang masih tidak menentu, semua pihak perlu mengurus kewangan secaraberdisiplin sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan pada masa hadapan,” katanya.
Mewakili seluruh jentera Kerajaan MADANI, PM Anwar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Semoga Aidilfitri disambut dalam suasana aman dan penuh kesyukuran bersama keluarga serta insan tersayang,” katanya.
Saifuddin melalui firma guaman SN Nair & Partners, telah memfailkan saman terhadap Muhammad Zubair Ismail atau Tam Jebat selepas gagal mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari yang ditetapkan dalam surat tuntutan (LOD) bertarikh 4 April.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menafikan dakwaan kononnya warga asing menerima rawatan percuma di hospital kerajaan. Sebenarnya, mereka perlu membuat bayaran deposit sebelum dimasukkan ke wad.
Menurut SOP KKM, deposit yang perlu dibayar ialah RM1,400 untuk kes perubatan dan RM2,800 bagi kes pembedahan. Jadi, dakwaan rawatan percuma untuk warga asing adalah tidak tepat dan menimbulkan salah faham.
Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth berpelukan dengan orang ramai selepas diikat jamin sebanyak RM4,500 atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Reaksi ceria Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth ketika tiba dengan tangan bergari bagi menghadapi pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Tular keratan berita lama mengenai pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang disambung lagi dua minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.
Isu ini mendapat perhatian masyarakat sehingga ada yang percaya bahawa ia adalah pengumuman terbaharu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sedangkan ia adalah pengumuman lama pada 2021 ketika musim PKP.
Dalam satu kenyataan media malam tadi, KPM menjelaskan bahawa sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR.
“KPM prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan PdPR.
“KPM ingin memaklumkan bahawa, pada masa ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR.
“Keutamaan KPM adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara,” kata Ketua Pengarah KPM.
Pada 14 Mac lalu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, berkata pengurusan tertinggi KPM akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan soal PdPr selepas Kabinet membuat keputusan mengenai cadangan kerja dari rumah.
Baru kalian puas hati kan? Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy kedua-duanya kena dakwa di mahkamah. Selain itu, seorang lagi bernama Mahendra Bhoopaty juga didakwa atas kesalahan yang serupa.
Mereka ini didakwa di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu membuat kenyataan yang menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.
Seksyen tersebut menyatakan,
505. Kenyataan-kenyataan yang membawa kepada khianat awam.
Barang siapa membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita:
(b) dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam di mana mana-mana orang mungkin terdorong untuk melakukan sesuatu kesalahan terhadap Negara atau terhadap ketenteraman awam;
hendaklah dihukum dengan pemenjaraan yang boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya.
Pengecualian – Tidaklah menjadi suatu kesalahan dalam erti seksyen ini, jika orang yang membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita itu mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa kenyataan, khabar angin atau berita itu adalah betul dan orang itu membuat, menerbitkan atau mengedarkannya tanpa apa-apa niat yang tersebut itu.
Ini yang dinamakan takde pasal cari pasal. Apabila terima pasal macam ini adalah amat tidak berbaloi. Tak usah lah sembang kata perjuangan la apa ke benda pun.
Ini semua kerja yang tidak berfaedah. Ini bukan dakwah tapi dakyah yang berpotensi menjadi punca pecah belah dan akhirnya ketenteraman awam akan terjejas.
Bayangkan jika suatu masa kita semua takut nak keluar rumah sebab takut kena serang dengan orang lain. Kita takut nanti bila keluar rumah ada orang akan parangkan kepala kita.
Anak-anak terpaksa berkurung dalam rumah. Ini adalah bahaya jika api perkauman dan permusuhan agama dimarakkan dan dibatu apikan.
Cubalah kita insaf sikit dengan keadaan semasa covid-19 dulu. Sudahlah negara diisytihar darurat tak tentu pasal rakyat pun kena denda puluhan ribu sebab keluar rumah nak beli berger. Kita nak pergi masjid solat pun tak boleh sampai ada yang curi-curi solat jumaat tepi pagar sahaja.
Sekarang ini orang makin bebas untuk bersuara disebabkan ada media sosial. Kadangnya fakta yang diberikan itu sikit tetapi yang banyaknya di auta kan fakta itu sehingga menjadi batu api.
Yang tak tahannya apabila batu api itu dijulang sebagai ahli syurga, pendakwah, mukmin soleh dan lain-lain. Ini semua permainan dunia di media sosial. Jenis yang lapar viral dan follower.
Mereka ini bukannya wali Allah tetapi sudah menjadi wali dan ejen syaitan untuk hasut manusia mencaci maki dan bergaduh dan berperang. Cukuplah atas dunia ini ada seorang aja otak biol macam Presiden Trump.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO
PUTRAJAYA, 16 Mac – Perbincangan pusingan kedua Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa pemimpin negara Arab dan dunia Islam bagi berkisar terhadap perkembangan terkini krisis serantau susulan ketegangan melibatkan Israel dan Iran.
Menurut Perdana Menteri, komunikasi tersebut melibatkan pemimpin di Oman, Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turkiye serta Iran bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai situasi di rantau berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO
Menurutnya, Malaysia turut menyuarakan kebimbangan bahawa walaupun pihak yang terlibat secara langsung adalah Israel dan penyokongnya termasuk Amerika Syarikat, kesan ketegangan tersebut dirasai di seluruh dunia Islam khususnya di rantau Asia Barat.
“Saya telah berhubung dengan para pemimpin negara-negara ini. Pertama, Malaysia dengan sokongan dwipartisan semua Ahli Parlimen mengecam serangan terhadap Iran. Kita juga merakamkan ucapan takziah atas pemergian Ayatollah Ali Khamenei serta ahli keluarganya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO
“Dalam pusingan kedua perbincangan dengan para pemimpin tersebut, kita menyuarakan kebimbangan kerana walaupun pelaku utama adalah Israel dan pihak yang menyokongnya, kesannya dirasai di seluruh dunia Islam,” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran Mushaf Malaysia MADANI di Kompleks Nashrul al-Quran, di sini hari ini.
Anwar berkata, Malaysia menghargai jaminan yang diberikan oleh pihak Iran bahawa perkembangan semasa tidak akan membawa kepada konflik atau pertempuran sesama negara Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO
Beliau turut memaklumkan bahawa dalam komunikasi dengan Menteri Luar Iran, negara itu memberi jaminan jelas bahawa situasi berkenaan tidak akan mencetuskan pertembungan antara negara-negara Islam.
Anwar menegaskan, Malaysia akan terus memainkan peranan melalui hubungan persahabatan dengan negara-negara Islam tersebut bagi meredakan ketegangan di rantau tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO
Pada masa sama, beliau turut mengadakan perbincangan berulang dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip ErdoΔan bagi mencari jalan terbaik untuk memastikan krisis itu dapat ditangani secara aman.
“Situasi yang berlaku ketika ini amat sukar dan kompleks. Saya dapat memahami apabila sesebuah negara berhadapan dengan keangkuhan dan agenda neo-imperialis sebegini, bukan mudah untuk meminta mereka menahan diri.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO
“Namun saya percaya menjadi tanggungjawab kita, berdasarkan hubungan erat dan persahabatan kita bukan sahaja dengan Iran tetapi juga dengan negara-negara Islam serta melalui perbincangan berulang dengan ErdoΔan untuk terus berdoa agar krisis ini dapat diselesaikan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa dunia tidak boleh melupakan penderitaan rakyat Palestin di Gaza, Palestin yang terus berdepan konflik berpanjangan, khususnya ketika umat Islam sedang melalui bulan Ramadan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO
Menurutnya, perpaduan dan kerjasama antara negara Islam amat penting bagi memastikan keamanan serta kesejahteraan dapat terus dipelihara.