Tular keratan berita lama mengenai pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang disambung lagi dua minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.
Isu ini mendapat perhatian masyarakat sehingga ada yang percaya bahawa ia adalah pengumuman terbaharu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sedangkan ia adalah pengumuman lama pada 2021 ketika musim PKP.
Dalam satu kenyataan media malam tadi, KPM menjelaskan bahawa sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR.
“KPM prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan PdPR.
“KPM ingin memaklumkan bahawa, pada masa ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR.
“Keutamaan KPM adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara,” kata Ketua Pengarah KPM.
Pada 14 Mac lalu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, berkata pengurusan tertinggi KPM akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan soal PdPr selepas Kabinet membuat keputusan mengenai cadangan kerja dari rumah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.