TAK NAK PAKAT BACA QUNUT NAZILAH KE??????
𝗦𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜 𝗛𝗘𝗡𝗧𝗔𝗠 𝗠𝗨𝗦𝗬𝗜𝗗𝗨𝗟 𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗞𝗕𝗜𝗥, 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗠 𝗗𝗢𝗞𝗧𝗥𝗜𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛
✍️ Ahmad Mursi
1. Tersebar satu video Sanusi berucap menghentam Mursyidul Am dalam satu program dan disambut dengan takbir.
2. Makna takbir: “ulama” hanya bernilai jika sehaluan. Apabila bercanggah, ulama itu boleh dihentam — tanpa dituduh anti-ulama.
3. Ini tahap baharu perbalahan dalaman, apabila ahli PAS mula di'tarbiah' menghentam “Ulama Tertinggi” mereka sendiri secara terbuka — dan diraikan.
4. Inilah hipokrasi 'kepimpinan Ulama' yang ditunggang PAS.
𝗜𝗡𝗗𝗢𝗞𝗧𝗥𝗜𝗡𝗔𝗦𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛
5. Masalah lebih besar dalam ucapan Sanusi itu ialah doktrin ketaatan kepada pemimpin PAS telah disamakan dengan ketaatan kepada “Khalifah yang memimpin jamaah” dan diikat dengan iman dan akidah.
6. Ini kekhilafan manhaj, kesilapan usuli yang serius, dan qiyas yang batil.
7. Pertama, pemimpin parti bukan Khalifah atau Imam A‘zam yang ditunjukkan oleh nas²: mereka tidak menguasai wilayah, tidak memegang undang-undang awam, tidak mempunyai kekuasaan syar‘iyyah ke atas umat.
8. Kedua, PAS bukan Jamaah Syar‘ie yang dimaksudkan dalam hadis, Ia hanya sebuah organisasi politik dan ketaatan kepadanya hanyalah ketaatan pentadbiran & disiplin organisasi, bukan ketaatan iman. Jemaah Syar'ie ialah satu masyarakat Umat Islam itu sendiri.
9. Ketiga, mengikat ketaatan parti dengan iman dan akidah melahirkan Ghuluw, Ta‘assub Hizbi (fanatik kepartian), kultus, penyalahgunaan agama untuk menutup kebodohan, kesilapan dan salah guna kuasa pemimpin.
𝗛𝗨𝗥𝗨 𝗛𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗝𝗜𝗞𝗔..
10. Katakan jika ahli tidak taat kepada pemimpin PAS atau keluar PAS, adakah iman dan akidahnya dianggap rosak?
11. Jika ya, maka parti telah dinaikkan ke tahap agama. Dan itu sangat berbahaya.
12. Bayangkan jika ada 3 atau 4 parti politik dengan doktrin yang sama, bertembung sesama sendiri, setiap satu mendakwa taat pemimpin = taat khalifah, keahlian jemaah diikat dengan akidah dan iman, tidakkah negara akan huru-hara?
𝗞𝗘𝗦𝗜𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡
13. Ketaatan kepada parti bukan ketaatan akidah, menyalahi pemimpin parti tidak membatalkan iman, mengangkat parti ke darjat agama adalah penyimpangan manhaj ASWJ.
14. Ini bukan isu kecil. Ini kesilapan usuli yang besar dan sangat berbahaya.
15. Benar, sukar mencuci doktrin yang telah lama membelenggu minda ahli PAS dan yang melalui proses indoktrinasi sangat lama tatkala Haji Hadi menjadi Ketua Lajnah Tarbiyah dulu.
16. Namun bagi mereka yang telah berjaya membebaskan diri daripada belenggu itu — patut sujud syukur terselamat dari penyelewengan manhaj itu.
17. Bagi mereka yang telah meninggal dunia dan pernah terperangkap dengan takfir siyasi, kita doa supaya Allah ampunkan mereka.
Baca juga: 𝗣𝗔𝗦 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗠𝗔𝗔𝗛, 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 & 𝗠𝗨𝗥𝗦𝗬𝗜𝗗𝗨𝗟 𝗔𝗠 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗦𝗨𝗗𝗞𝗔𝗡 https://www.facebook.com/share/p/16qo8qCBot/
PUTRAJAYA | Tindakan Tegas Warga Asing
Kerajaan akan meneruskan tindakan tegas secara berterusan terhadap warga asing yang menyalahgunakan pas sosial untuk bekerja secara haram di Malaysia.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempergiat operasi penguatkuasaan terhadap pelancong asing yang melanggar syarat pas dan visa.
Menurut beliau, dari tahun 2025 hingga pertengahan Januari 2026, seramai 54,791 individu telah diperiksa dan diambil tindakan, melibatkan 51,100 orang pada tahun 2025 dan 3,691 orang setakat Januari 2026.
Tindakan ini bertujuan membendung penyalahgunaan pas sosial serta memastikan pematuhan undang-undang negara.
#bpjeya #wargaasing
KISAH PAS KURANG CERDIK DAN TINDAKAN MEMBABI BUTA.
Pas dengan Bersatu perang besar, PN parti yang khianat akhirnya berkecai.
1. Krisis Perlis Pas desak Muhyiddin letak jawatan dari Pengerusi PN
2. Muhyiddin dan Azmin letak jawatan Pengerusi dan Su PN.
3. Hadi buat surat jemput mesyuarat PN untuk gantikan Muhyiddin
4. Hadi lupa, dia guna logo PAS mana boleh. Kelakar
5. Jadi Hashim Mursyidul Am Pas Hashim, Hadi Presiden Pas, Ibrahim Tinbalan Presiden, Samsuri Naib Presiden/bakal Pengerusi PN dari Pas, Takiyuddin Su Agong Pas pergi memujuk Muhyiddin letak jawatan dalam Mesyuarat, bincang bab Majlis Presiden, tidak sesekali bincang bab Pengerusi PN.
5. Takiyuddin SU Agong Pas merangkap Timbalan Su Agong PN buat surat kedua, jemput mtg malam tadi 29 Januari 2026.
6. Takiyuddin lupa, Muhyiddin masih Pengerusi PN sehingga perletakan jawatan sah diterima dalam mesyuarat PN.
7. Dia ingat Muhyiddin tak reti berpolitik, Muhyiddin ni pengkhianat Kerajaan PH 22 bulan, dia pun mcm belut.
8. Dia selaku Presiden Bersatu, ajak Presiden GERAKAN dan Presiden MIPP makan makan tarikh Takiyuddin jemput mtg PN malam tadi 29hb untuk terima pengesahan perletakan jawatan Muhyiddin.
9. Mtg yang Takiyuddin buat batal, takda siapa pergi hanya Hadi Awang dan geng Pas ja. Muhyiddin tapau dgn buat makan malam je.
10. Sebelah ptg sblm tu Muhyiddin buat mesyuarat IPR - Ikatan Prihatan Rakyat, platform baru Muhyiddin gabungan parti parti termasuk Pas yang Muhyiddin Pengerusinya. Semua hadir kecuali Hadi Awang. Tapi semua yang hadir semua tak boleh pakai. Bab ni bijak Pas lah. Bagi kredit sikit.
11. Dengan bocor surat Presiden Bersatu, Muhyiddin tolak perlantikan Pengerusi PN (dari PAS lah tu), hanya setuju bentuk Majlis Presiden sahaja.
12. Iaitu semua Presiden Presiden 4 Parti, sama taraf dan takda Pengerusi PN dah. Maksudnya Hadi sama level Muhyiddin, sama level dgn Dominic dan Punithan. Jadi khadam la lepas ni.
13. Endingnya malam ni dikatakan Mesyuarat PN, entah jadi ke tidak. Terpaksa tunda yang semalam tadi jadi. Jika jadi ada 2 kemungkinan iaitu.
I. Muhyiddin diterima perletakan jawatan
II. Tapi Muhyiddin, Diminic dan Punithan tak setuju lantik Pengerusi PN, hanya kekalkan Majlis Presiden sahaja.
14. Apa maksud? Pas gagal lantik Pengerusi PN dari PAS, BERSATU, GERAKAN dan MIPP tak setuju. 3 vs 1.
15. Su Agong dah letak jawatan, Timbalan Su Agong Takiyuddin tiada kuasa untuk mengundi ikut perlembagaan.
16. Sekian sudah, PN berkubur.
17. Slogan “Perjuangan Melayu” PN hanya pak pandir, mrka sendiri tidak bersatu, nak lantik calon Pengerusi PN iaitu bakal Perdana Menteri pun tak boleh, inikan nak jatuhkan Kerajaan Perpaduan yang stabil, kukuh dan intact skrg? Angan-angan ajelah.
18. Dibawah adalah Perlembagaan PN. Jadi siapa checkmate siapa? Hadi atau Muhyiddin?
19. Yang mastermind sebenarnya adalah Datuk Takiyuddin Hassan kan?
Sekadar pandangan. Bye bye PNengkhianat. Pengkhianat dikhianati pengkhianat. Indah sungguh takdir Allah Swt.
Syam Ghaz
KISAH WALAUN BODO YANG KIOK
Ridwan Bu Bakar
Lama dulu, ramai orang Pas yang berhujah "nanti kalau hampa mati, panggil la Guan Eng jadi imam sembahyang mayat", selalunya hujah 'bodoh' dan 'benak' para penganut PAS ni saya jawab "buat apa nak panggil Guan Eng.... Orang Islam lain pun banyak lagi". "Dah hampa nak kawan sangat dengan dia" dia - dia pun dah mati, semoga Allah ampuni dia -balas balik, secara mudahnya dia faham, dah hampa kawan dengan dia, biaq dia la urus mayat hampa !!!
Saya ingat selepas 10 tahun, dah tak dak orang Pas yang fikir secara 'benak' macam tu, ternyata saya silap, selepas kuliah dhuha di Rumah Jagaan Pewaris, Jitra pagi tadi, saya ke Airport dan di sana terjumpa seorang yang 'hangit' Pas, selepas tanya nak ke mana dan dari mana, dia terus bermadah "eh.... Sia² la amal ibadat yang sikit tu bila dok jadi geng DAP" kata si 'pikun' tu, saya jawab balik "awatnya? Pasai apa?", dia kata "dalam kubur nanti kalau malaikat tanya 'sapa saudaramu'? Hampa jawab la DAP !".
Saya pun ambik peluang buat kuliah dhuha siri kedua, saya kata "apa salahnya berkawan dengan DAP, ada orang Islam dalam DAP, dan ada orang kapiaq dalam DAP, saya tak pernah ragu pun bahawa Anthony Loke tu kapiaq, saya bergeng dengan dia sebagai warganegara Malaysia dan sebagai manusia, salahkah?", si pikun tu balas balik "ghamai lagi orang Islam dok ada, pasai apa pi berkawan dengan DAP?", si pikun itu rasa hujan dia kuat la..... 😁😀
Saya pun cari gambar Hj Hadi dengan Dominic Lau, saya kata "ghamai lagi orang Islam dok ada di Malaysia , pasai apa Haji Hadi pi berkawan dengan Dominic Lau?", si pikun itu jawab "dia ulama !, dia tau la....". Saya katakan "apa yang Hj Hadi tau, saya pun tau.... Ayat yang Hj Hadi hapai, saya pun hapai, Hadith yang Hj Hadi dok baca saya pun tau ..... Kalau nak lebih pun Hj Hadi tua pada saya dua puluh empat tahun "..... Si pikun terus bergegas bangkit dan kata "Ulama pun hampa sanggup hina", habis hujah , dia rasa dihina pula 😃😁😀. Si pikun terus berpergian ...
Hj Hadi tetap seorang mukmin, jenazah dia nanti perlu disolatkan oleh Dr Khalil anak dia, dan semua orang Islam perlu mendoakan kesejahteraan untuk beliau. Kita pesan kat Dr Khalil, tak payah la panggil Dominic Lau jadi imam sembahyang jenazah, walaupun di dunia ini depa berkawan 😁😃😀. Demikianlah juga harapnya si pikun itu ketika saat ajalnya sampai.
Keterangan gambar: inilah gambar yang menyebabkan si pikun itu bertambah murka dan hilang 'hujah' yang agak cerdik 😁😃😀



