KISAH WALAUN BODO YANG KIOK

 


Ridwan Bu Bakar


Lama dulu, ramai orang Pas yang berhujah "nanti kalau hampa mati, panggil la Guan Eng jadi imam sembahyang mayat", selalunya hujah 'bodoh' dan 'benak' para penganut PAS ni saya jawab "buat apa nak panggil Guan Eng.... Orang Islam lain pun banyak lagi". "Dah hampa nak kawan sangat dengan dia" dia - dia pun dah mati, semoga Allah ampuni dia -balas balik, secara mudahnya dia faham, dah hampa kawan dengan dia, biaq dia la urus mayat hampa !!! 






Saya ingat selepas 10 tahun, dah tak dak orang Pas yang fikir secara 'benak' macam tu, ternyata saya silap, selepas kuliah dhuha di Rumah Jagaan Pewaris, Jitra pagi tadi, saya ke Airport dan di sana terjumpa seorang yang 'hangit' Pas, selepas tanya nak ke mana dan dari mana, dia terus bermadah "eh.... Sia² la amal ibadat yang sikit tu bila dok jadi geng DAP" kata si 'pikun' tu, saya jawab balik "awatnya? Pasai apa?", dia kata "dalam kubur nanti kalau malaikat tanya 'sapa saudaramu'? Hampa jawab la DAP !".


Saya pun ambik peluang buat kuliah dhuha siri kedua, saya kata "apa salahnya berkawan dengan DAP, ada orang Islam dalam DAP, dan ada orang kapiaq dalam DAP, saya tak pernah ragu pun bahawa Anthony Loke tu kapiaq, saya bergeng dengan dia sebagai warganegara Malaysia dan sebagai manusia, salahkah?", si pikun tu balas balik "ghamai lagi orang Islam dok ada, pasai apa pi berkawan dengan DAP?", si pikun itu rasa hujan dia kuat la..... 😁😀


Saya pun cari gambar Hj Hadi dengan Dominic Lau, saya kata "ghamai lagi orang Islam dok ada di Malaysia , pasai apa Haji Hadi pi berkawan dengan Dominic Lau?", si pikun itu jawab "dia ulama !, dia tau la....". Saya katakan "apa yang Hj Hadi tau, saya pun tau.... Ayat yang Hj Hadi hapai, saya pun hapai, Hadith yang Hj Hadi dok baca saya pun tau ..... Kalau nak lebih pun Hj Hadi tua pada saya dua puluh empat tahun "..... Si pikun terus bergegas bangkit dan kata "Ulama pun hampa sanggup hina", habis hujah , dia rasa dihina pula 😃😁😀. Si pikun terus berpergian ...


Hj Hadi tetap seorang mukmin, jenazah dia nanti perlu disolatkan oleh Dr Khalil anak dia, dan semua orang Islam perlu mendoakan kesejahteraan untuk beliau. Kita pesan kat Dr Khalil, tak payah la panggil Dominic Lau jadi imam sembahyang jenazah, walaupun di dunia ini depa berkawan 😁😃😀. Demikianlah juga harapnya si pikun itu ketika saat ajalnya sampai. 


Keterangan gambar: inilah gambar yang menyebabkan si pikun itu bertambah murka dan hilang 'hujah' yang agak cerdik 😁😃😀





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.