PUTRAJAYA | Tindakan Tegas Warga Asing





Kerajaan akan meneruskan tindakan tegas secara berterusan terhadap warga asing yang menyalahgunakan pas sosial untuk bekerja secara haram di Malaysia.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempergiat operasi penguatkuasaan terhadap pelancong asing yang melanggar syarat pas dan visa.


Menurut beliau, dari tahun 2025 hingga pertengahan Januari 2026, seramai 54,791 individu telah diperiksa dan diambil tindakan, melibatkan 51,100 orang pada tahun 2025 dan 3,691 orang setakat Januari 2026.


Tindakan ini bertujuan membendung penyalahgunaan pas sosial serta memastikan pematuhan undang-undang negara.


#bpjeya #wargaasing





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.