WAAD KELANTAN-‘Bencinya air Kelantan!’ – wanita sedih baju branded anak kuning kena air karat

 


Seorang penduduk di Kelantan meluahkan rasa kesal terhadap masalah bekalan air di negeri itu selepas air berwarna kuning kecoklatan yang keluar dari paip menyebabkan pakaian anaknya rosak.

Wanita dikenali sebagai idznisahira itu memuat naik keluhannya di Threads apabila mendapati air paip yang keruh menyebabkan kesan kuning pada baju berwarna cerah.

Lebih menyedihkan, baju Polo Ralph Lauren milik anaknya dan pakaian tidur bayi berwarna putih turut rosak akibat terkena air keruh berkenaan.

“Today is the worst!! Bencinya air Kelantan. Rosak habis baju. Paling sedih sebab kena dekat baju Ralph Lauren anak warna putih and sleepsuit next warna putih juga. Dua-dua rosak!!!!” tulisnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads, dengan sebahagian mereka mengkritik kerajaan negeri Kelantan kerana ketidakupayaan kerajaan negeri menangani masalah asas yang terus menjejaskan kehidupan penduduk.

Dalam isu ini, Pas tidak dapat mengelak dari turut dikritik kerana gabungan itu sudah mentadbir Kelantan sejak puluhan tahun, namun masalah air tetap berlarutan tanpa penyelesaian.

Lebih mengecewakan, biarpun isu ini sering disuarakan secara terbuka, namun tiada penyelesaian dibuat oleh kerajaan negeri sendiri.

Rakyat juga meluahkan rasa kecewa kerana setiap kali pilihan raya, penduduk di Kelantan masih lagi memberikan undi kepada Pas biarpun kemampuan pentadbiran parti itu sentiasa dikritik dan diragui.

“Tunggu nanti nak pilihan raya, keluar lah ratib PH liberal lah apa, terus undi Pas semula. Lepas tu nak hadap masalah ni berkurun. Sedihnya”.

“Buat macam pertama kali pula kena. Kalau dah setiap tahun undi orang yang sama, sepatutnya jangan merungut”.

“Teh halia ke tu? Tukar lah kerajaan tu kalau dah sampai tahap macam ini. Sampai bila ni orang Kelantan?”.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.