Kerajaan MADANI Selamatkan 1,726 Projek Perumahan Sakit, Terbengkalai – Kor Ming

 

IMG_8122

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming ketika hadir pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026. Foto Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Kerajaan MADANI berjaya menyelamatkan sebanyak 1,726 projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai membabitkan sebanyak 199,643 unit rumah pelbagai kategori sehingga Ogos tahun ini, setelah disemak dan diperinci sehingga bulan lalu.

Jumlah tersebut bersamaan dengan Nilai Pembangunan Kasar (Gross Development Value – GDV) berjumlah RM158.16 bilion atau kira-kira 14 peratus daripada nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Ketika menjawab soalan asal Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berkenaan status beberapa projek perumahan sakit di ibu negara, Kor Ming berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 147 projek berjaya dipulihkan daripada status sakit kepada lancar, membabitkan 29,900 unit rumah dengan GDV sebanyak RM40.92 bilion.

Projek Rumah Pahang di FELDA Jengka 11 antara projek sakit dan terbengkalai ketika dipantau pada 30 Disember 2025.

Ia merupakan jumlah sebanyak 1,542 projek sakit berjaya disiapkan sepenuhnya sehingga memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), membabitkan 163,621 unit rumah dengan GDV sebanyak RM115.74 bilion.

“Bagi projek berstatus terbengkalai pula, sebanyak 37 projek berjaya dipulihkan, membabitkan 6,122 unit rumah dengan GDV berjumlah RM1.504 bilion, sama ada melalui penyiapan fizikal projek mahupun penyelesaian yang memberi manfaat kepada pembeli rumah,” katanya ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) akan memastikan segala aspek pematuhan berkenaan projek yang disenaraikan dilaksanakan mengikut tatakelola dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.