
Ismail Lasim disahkan tidak menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 29 Oktober 2026.
SEREMBAN, 29 Okt – Teka-teki berhubung kemelut politik di Negeri Sembilan terus menjadi tanda tanya setelah Menteri Besar, Ismail Lasim disahkan tidak menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mohd. Fasha Musthafa yang memberitahu urusan Ismail dilakukan seperti biasa hari ini.
“Tiada. Hari ini MB urusan macam biasa,” katanya.

Terdahulu, spekulasi bertiup kencang di kalangan pemerhati politik negeri itu setelah Kerajaan Negeri Sembilan secara rasmi mewartakan pemecatan dua Undang yang dipertikaikan serta penggantian seorang lagi Undang yang bersekutu dengan kumpulan terbabit menerusi dokumen warta yang ditandatangani Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan, Raja Norazli Raja Nordin, semalam.
Perkara itu menjadi perhatian berikutan spekulasi mengenai kemungkinan Ismail menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, di sini.
Ia menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka diadakan pada 26 November ini.
Terdahulu media difahamkan Ismail akan menghadap Tuanku Muhriz bertujuan menyembah maklum mengenai intipati dan hala tuju Belanjawan Negeri Sembilan selain mendapatkan pandangan serta perkenan baginda.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.