
RUU Perbekalan 2027 diluluskan selepas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan selesai menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementerian berkenaan pada 29 Oktober 2026.
KUALA LUMPUR, 29 Okt – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2027, yang juga dikenali sebagai Belanjawan 2027, pada peringkat dasar menerusi undian suara.
RUU itu diluluskan selepas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan selesai menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementerian berkenaan.
Ia akan dibawa ke perbahasan peringkat jawatankuasa, di mana Ahli-Ahli Parlimen akan meneliti dan membahaskan cadangan peruntukan bagi setiap kementerian.

Perbahasan peringkat jawatankuasa dijadualkan bermula pada Isnin sehingga 26 November depan. RUU itu seterusnya perlu melepasi bacaan ketiga.
Belanjawan tersebut, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober, menyediakan RM459.8 bilion bagi perbelanjaan persekutuan, merangkumi RM376.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM83 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.