PN Gagal Tangguh Notis Penggantungan RoS

 

img_8051

Perikatan Nasional (PN) didapati gagal memberi penjelasan munasabah mengapa aktiviti mereka termasuk penggunaan logo tidak boleh digunakan.

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Usaha Perikatan Nasional (PN) mencabar notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan diputuskan, gagal.

Gabungan pembangkang itu gagal memberi penjelasan munasabah mengapa aktiviti mereka termasuk penggunaan logo tidak boleh digunakan setelah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melaporkan perkara itu kepada RoS.

Bagaimanapun, Hakim, Datuk Azizan Md Arshad menetapkan 22 Oktober bagi mendengar permohonan PN untuk penggantungan inter-parte notis sama.

Bagaimana Perikatan Nasional mampu menguruskan pentadbiran negara yang jauh lebih kompleks, melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan kepentingan rakyat berbilang kaum, sekiranya konflik dalaman kecil sebegini pun tidak dapat diselesaikan secara matang?

Mahkamah membenarkan gabungan itu memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perkara itu.

Mahkamah membuat keputusan tersebut selepas mendengar penghujahan peguam, Ivanpal Singh Grewal yang mewakili PN dan Peguam Kanan Persekutuan, Nurhaffiza Azizan bagi pihak responden.

Pada 23 September lalu, RoS menjelaskan tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 susulan notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 September 2026.

RoS berkata, notis berkenaan bertujuan mendapatkan penjelasan daripada PN berhubung aduan yang dikemukakan oleh Bersatu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.