INI BARU NAMPAK CERDIK...KOMEN TU DIBENARKAN..INI TERMASUK CADANGAN . JANGAN IKUT SEKOQ TU...PERASAN JADI KERAJAAN MENUNGGU. ORANG ALOQ SETAQ KATA MP OALING TAK GUNA.

 




“Gaji naik RM300, tapi siapa sebenarnya yang akan bayar? Lebih empat juta pekerja dikatakan bakal mendapat manfaat daripada dasar ini. Bagaimana pula dengan jutaan pekerja lain yang tidak termasuk dalam pelaksanaannya?


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 yang disifatkannya tidak menyeluruh, selain bimbang langkah itu akhirnya menyebabkan kenaikan harga barang yang terpaksa ditanggung seluruh rakyat.


“Gaji mereka tidak naik, tetapi adakah harga barang akan kekal sama?” soalnya.


Akmal turut mempersoalkan sama ada syarikat besar sanggup mengurangkan keuntungan masing-masing bagi menyerap peningkatan kos operasi atau sebaliknya memindahkan beban tersebut kepada pengguna melalui kenaikan harga barangan.


“Yang dapat kenaikan gaji hanya sebahagian pekerja, tetapi yang mungkin terpaksa menanggung kenaikan harga barang ialah seluruh rakyat. Inilah kesan domino yang kerajaan mesti fikirkan,” tegasnya.


Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa dirinya tidak menentang usaha meningkatkan pendapatan pekerja, sebaliknya mahu kerajaan memastikan dasar berkenaan tidak memberikan tekanan tambahan kepada golongan lain.


“Saya menyokong kenaikan gaji pekerja, tetapi jangan sampai dasar yang kononnya mahu membantu rakyat akhirnya menekan rakyat yang lain,” katanya.


Muhamad Akmal mengemukakan enam cadangan kepada kerajaan bagi memastikan pelaksanaan kenaikan gaji minimum tidak menjejaskan kuasa beli rakyat.


Antaranya, kerajaan perlu melakukan pemantauan harga barang dan perkhidmatan secara berkala serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menaikkan harga secara tidak munasabah.


Beliau turut menggesa penguatkuasaan diperkukuh bagi membanteras kegiatan kartel, pencatutan dan manipulasi harga supaya peningkatan kos operasi tidak sewenang-wenangnya dipindahkan kepada pengguna.


Selain itu, bantuan bersasar perlu disediakan kepada perusahaan mikro dan kecil yang benar-benar terkesan, termasuk insentif sementara, latihan produktiviti serta sokongan automasi.


Muhamad Akmal juga mencadangkan pelaksanaan gaji minimum dilakukan secara berperingkat berdasarkan data dengan mengambil kira kemampuan majikan, produktiviti pekerja dan perbezaan kos sara hidup mengikut negeri serta sektor.


Dalam masa sama, beliau mahu kerajaan memperluas perlindungan kepada pekerja yang tidak menerima kenaikan gaji menerusi peningkatan kemahiran, peluang pekerjaan bergaji lebih baik dan semakan gaji secara lebih menyeluruh.


Katanya, kerajaan juga perlu menerbitkan laporan berkala yang telus mengenai kesan dasar tersebut terhadap harga barang, keuntungan syarikat, peluang pekerjaan serta kuasa beli rakyat.


Mengakhiri kenyataannya, Muhamad Akmal mengingatkan kerajaan supaya tidak sekadar menonjolkan angka kenaikan gaji tanpa memastikan rakyat benar-benar menikmati peningkatan taraf hidup.


“Jangan hanya sibuk mengumumkan kenaikan gaji RM300, tetapi gagal memastikan kuasa beli rakyat benar-benar meningkat. Kerana rakyat bukan makan angka gaji di atas kertas. Rakyat perlu membayar harga barang di dunia sebenar!” tegasnya.

#drakmalsaleh

#AnwarIbrahimPM10

#Belanjawan2027

#pemudaumnomalaysia

#KerajaanPerpaduan





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.