PM Anwar Mahu Projek Residensi Siswa UM Contoh Bebas Ketirisan – PM Anwar

 

img_8215

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa UM di Kolej Kediaman Ke-5, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Projek Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) dijadikan model pengurusan pembangunan yang bersih, cekap dan bebas daripada ketirisan serta pembaziran dana awam.

Beliau berkata, pelaksanaan projek itu perlu mengambil iktibar daripada kelemahan pengurusan projek terdahulu yang menyaksikan peningkatan kos, kelewatan dan pembinaan terbengkalai sehingga menyebabkan kerugian kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa UM di Kolej Kediaman Ke-5, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2026. Foto PMO

“Berapa banyak dana negara itu terbazir, bocor kerana pengurusannya lemah. Jadi, Naib Canselor, pastikan UM dan projek Residensi Siswa ini contoh yang patut diteladani oleh agensi-agensi lain.

“Anda boleh melaksanakan tugas dengan cemerlang, bersih, bebas daripada rasuah serta penuh dedikasi. Ini cabaran sebenar bagi kita,” katanya dalam ucapan perasmian pada Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa UM, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa UM di Kolej Kediaman Ke-5, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2026. Foto PMO

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalannya, Adam Adli Abd. Halim; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Naib Canselor UM Prof. Datuk Seri Dr. Noor Azuan Abu Osman.

Anwar berkata, projek berkenaan merupakan tanggungjawab besar perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi, selain menuntut komitmen semua pihak yang terlibat untuk memastikan ia disiapkan mengikut perancangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa UM di Kolej Kediaman Ke-5, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2026. Foto PMO

Beliau berkata, isu ketirisan bukan berpunca daripada perbezaan kaum, wilayah atau kelas masyarakat, sebaliknya berkait dengan perbuatan tidak amanah yang menjejaskan kepentingan negara.

Justeru, Perdana Menteri berkata, beliau akan memantau sendiri pelaksanaan projek berkenaan serta mahu ia disiapkan lebih awal daripada jadual asal pada 2030 bagi menangani masalah penginapan mahasiswa, khususnya peningkatan kadar sewa rumah di kawasan sekitar universiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa UM di Kolej Kediaman Ke-5, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2026. Foto PMO

Bagi memastikan pelaksanaannya dapat disegerakan, Anwar berkata, beliau mengarahkan semua jentera kerajaan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk memberi keutamaan kepada projek berkenaan.

“Ini projek keutamaan kita yang mesti disiapkan dalam masa cepat. Bila saudara (Azuan) kata siap 2030, saya kata tidak. Inilah Kerajaan MADANI baharu yang cekap. Nanti kita akan cuba melaksanakan supaya dipercepatkan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa UM di Kolej Kediaman Ke-5, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2026. Foto PMO

Pelaksanaan Projek Residensi Siswa UM menyokong agenda kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 bagi menangani keperluan penginapan mahasiswa menerusi infrastruktur lebih terancang, selesa dan bersesuaian dengan keperluan semasa.

Projek pembangunan yang dirancang untuk menampung seramai 40,000 mahasiswa itu akan dilaksanakan secara berfasa, bermula Fasa Satu bagi menyediakannya kepada 10,000 pelajar sebelum diteruskan dengan Fasa Dua bagi kapasiti tambahan 30,000 pelajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa UM di Kolej Kediaman Ke-5, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2026. Foto PMO

Residensi itu akan menawarkan empat kategori penginapan iaitu Standard dengan lima bilik bagi 10 penghuni, Standard Premium dengan tiga bilik bagi enam penghuni, Apartment dengan dua bilik bagi tiga penghuni serta Studio untuk seorang penghuni dengan semua unit dirancang dilengkapi kemudahan penyaman udara.

Projek itu juga dirancang berteraskan konsep community living, yang menggabungkan fungsi kediaman dengan ruang interaksi sosial dan aktiviti komuniti bagi mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembentukan sahsiah, hubungan sosial dan semangat kebersamaan, sekali gus memperkaya pengalaman mahasiswa sepanjang tempoh pengajian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa UM di Kolej Kediaman Ke-5, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2026. Foto PMO

Sementara itu, Adam Adli ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata inisiatif tersebut diharap dapat menjadi antara penyelesaian jangka panjang dan mampan untuk isu berkaitan dengan kediaman siswa.

Beliau berkata kerajaan juga komited memastikan projek berkenaan berjalan lancar menerusi pendekatan fast-track tanpa mengabaikan aspek integriti serta tatacara pengurusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa UM di Kolej Kediaman Ke-5, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2026. Foto PMO

“Projek ini bermula di UM, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan berikutnya Fasa Dua. Saya percaya kita boleh tingkatkan program di universiti-universiti lain,” katanya.

Terdahulu, Azuan dalam ucapannya berkata pembangunan Residensi Siswa mencerminkan keutamaan universiti dalam memastikan kebajikan mahasiswa terus diberikan perhatian seiring dengan usaha memperkukuh kecemerlangan akademik dan penyelidikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa UM di Kolej Kediaman Ke-5, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2026. Foto UM

“Kita tidak boleh bercakap tentang kecemerlangan pendidikan tinggi tanpa memberikan perhatian kepada realiti kehidupan mahasiswa. Keperluan kediaman yang selesa, selamat dan sesuai dengan kemampuan mereka perlu menjadi sebahagian daripada keutamaan pembangunan universiti.

“Melalui Residensi Siswa, UM mahu memastikan pembangunan kampus bukan sekadar tertumpu kepada infrastruktur akademik, tetapi turut memberikan manfaat yang nyata kepada kehidupan seharian mahasiswa,” katanya. – Bernama




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.