
Kedua-dua individu berkenaan kemudian dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam bagi tujuan proses dokumentasi dan diambil keterangan. Foto Malay Mail
PETALING JAYA, 15 Okt – Pelbagai teori dan spekulasi bertebaran setelah laporan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas dipercayai berkhalwat bersama seorang wanita dalam kejadian petang tadi.
Difahamkan pemimpin kanan berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang di sebuah kediaman di sini dipercayai setelah menerima maklumat awam.
Menurut sumber, serbuan dilakukan dengan kekuatan sepasukan lima anggota penguat kuasa JAIS yang tiba sebelum memasuki kediaman berkenaan.
Lokasi kediaman tersebut juga belum didedahkan bagi proses siasatan lanjut sama ada di beberapa seksyen atau kawasan lain di daerah ini.
Identiti wanita yang ditahan bersama pemimpin terbabit juga belum diketahui setakat ini.
Sumber itu berkata, kedua-dua individu berkenaan kemudian dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam bagi tujuan proses dokumentasi dan diambil keterangan.
Laporan lanjut dijangka akan dikeluarkan sebaik mendapat pengesahan menerusi kenyataan media pihak berkuasa agar tidak mengganggu prosiding siastan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.