KRONOLOGI- FAKTA JELAS UMNO YANG SEBENARNYA CAMPURTANGAN DALAM ADAT NEGERI SEMBILAN UNTUK JATUHKAN TUANKU MUHRIZ


Omar Mat Noor







Kronologi isu untuk menjatuhankan YDPB Tuaku Muhriz
19 April 2026 - 4 ketua luak utama Negeri Sembilan (Sunga Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau) menyingkirkan Tuanku Muhriz dan melantik Tunku Nadzaruddin sebsgai penganti.
20 April 2026 - MB Aminuddin istiharkan penurunan YDPB Tuanku Muhriz tidak sah kerana Undang Luak Sungai Ujong telah di berhentikan dari jawatan.
27 April 2026 - BN Negeri Sembilan tarik sokongan terhadap MB Aminuddin dari PH kerana campurtangan dalam hal adat.
29 April 2026 - 5 Adun PN serah SD pada BN
22 May 2026 - 2 Adun Bersatu tarik balik SD
5 Jun 2026 - Tunku Nadzaruddin di tabalkan sebagai YDPB ke 12 di hotel Alor Gajah.
5 Jun 2026 - DUN Negeri Sembilan di bubarkan
9 jun 2026 - Istiadat pertabalan di hotel tidak sah, Tunku Nadzaruddin hilang Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar.
10 Jun 2026 - Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, berkata majlis yang dikatakan sebagai ‘istiadat pemasyhuran (pengisytiharan)’ Yang di-Pertuan Besar ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka, itu tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.
1 Ogos 2026 - PRN 16 Negeri Sembilan berlangsung
2 Ogos 2026 - MB baru Ismail Lasim angkat sumpah sebagai MB di depan YDPB Tuanku Muhriz
3 Ogos 2026 - MB Ismail Lasim tanda tangan Proklamasi turunkan YDPB Tuanku Muhriz.
7 Ogos 2026 - Barisan 10 Exco baru Negeri Sembilan angkat sumpah di depan YDPB Tuanku Muhriz.
8 Sept 2026 - MB Ismail Lasim membuat lapuran polis bahawa beliau tanda tangan Proklamasi atas paksaan.
14 Sept 2026 - Dewan Keadilan dan Undang (DKU) mengesahkan proklamasi bertaikh 19 April 2026 penurunan YDPB Tuanku Muhriz tidak sah di sisi perlembagaan.
16 Sept 2026 - Exco Negeri Sembilan yang baru dakwa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah dan berkuat kuasa.
17 Sept 2026 - MB Ismail Lasim mengesahkan bahawa proklamasi penurunan Tuanku Muhriz sebagai YDPB Negeri Sembilan telah di putuskan dan di sahkan sebulat suara oleh Exco.
17 Sept 2026 - Peguam Negara, MB dan Exco tiada kuasa turunkan YDPB Tuanku Muhriz.
20 Sept 2026 - YDPB Tuanku Muhriz telah memecat 10 Exco negeri kerana kesemua telah terbabit memungkiri sumpah jawatan dan ikrar taat setia.
22 Sept 2026 - Exco Negeri Sembilan telah mengantung SUK dan PUU negeri.
23 Sept 2026 - Peguam Negara menegaskan penggantungan SUK dan PUU negeri tidak sah dan boleh di abaikan.
DARI AWAL LAGI TINDAKAN UNDANG EMPAT INI TIDAK SAH KERANA UNDANG LUAK SUNGAI UJONG TELAH DI PECAT
Tindakan bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak, mengisytiharkan penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz adalah tidak sah kerana beliau telah dilucutkan daripada jawatannya sebagai Undang sebelum pengisytiharan tersebut dibuat.
Status Datuk Mubarak Dohak
○ Pemberhentian Adat: Telaga Undang dan Waris Klana Hulu Sungai Ujong telah memberhentikan Datuk Mubarak Dohak berkuat kuasa sejak 13 Mei 2025 atas sebab-sebab salah laku dan pelanggaran adat.
○ Pengesahan Dewan Keadilan dan Undang (DKU): Dalam mesyuarat khas DKU pada 17 April 2026 yang dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz, pihak DKU secara rasmi menerima dan mengesahkan pengganturan serta pemberhentian Datuk Mubarak.
○ Hilang Mandat dan Kuasa: Kerajaan Negeri Sembilan melalui Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun serta pihak berautoriti adat mengesahkan bahawa Datuk Mubarak tidak lagi mempunyai sebarang kedudukan, mandat, atau kuasa perlembagaan untuk menandatangani atau membacakan sebarang proklamasi.
Kedudukan Tuanku Muhriz
○ Pemerintah Sah: Tindakan pihak Datuk Mubarak membacakan pengisytiharan pada 19 April 2026 disifatkan sebagai tidak sah dan tidak selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
○ Pengiktirafan Persekutuan dan Adat: Pihak berkuasa pusat (Putrajaya) serta institusi adat yang sah terus mengiktiraf Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.
KESIMPULAN
1. Sejak dari awal lagi krisis penurunan YDPB Tuanku Muriz tidak sah dan terbatal.
2. Alasan UMNO bahawa menarik sokongan terhadap MB Aminuddin kerana campur tangan terhadap sistem adat tidak benar kerana DKU juga mempunyai alasan yang sama iaitu Keputusan Luak Undang Empat tidak sah dan batal kerana Luak Undang Sungai Ujong telah di pecat.
3. Seperkara yang menarik UMNO yang sebenarnya campur tangan bila kenyataan pemimpin UMNO tidak selari dengan DKU. Malah UMNO di lihat menyokong Proklamasi menurunkan YDPB Tuanku Muhriz sehinggakan Exco Negeri juga bertindak menyokong Proklamasi yang tidak sah dan di akui DKU. Lebih meneranjatkan Exco juga bertindak di luar kuasa mereka mengantung SUK dan PUU yang merupakan kakitangan Kerajaan Persekutuan. Semua ini ibarat sudah jelas lagi bersuluh bahawa UMNO terlibat secara langsung dalam perancangan menurunkan YDPB Tuanku Muhriz.
4. Apa yang berbeza dengan MB Aminuddin adalah di lihat selari dengan pandangan DKU untuk membela YDPB Tuanku Muhriz yang menjadi mangsa Undang Empat dan UMNO yang mahu menurunkan Tuanku secara tidak beradab dan Penderhaka demi kepentingan mereka untuk menjarah kekayaan Negeri Sembilan.
OMN KD
30 Sept 2026
"Daulat Tuanku"






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.