KATA BAKAL PM...KILANG TUTUP PUN KERAJAAN PERSEKUTUAN JUGA KAH NAK TOLONG CARINPELABUR ?






 Sedih. Sebuah lagi kilang besar akhirnya ditutup di Terengganu. Kali ini CJ Bio yang terletak di Kerteh Biopolymer Park


Difahamkan ia akan ditutup secara rasmi bermula 15 Oktober 2026. Dianggarkan hampir 500 pekerja - majoritinya anak Terengganu terkesan


Kilang CJ Bio mula dibina pada 2012 dan beroperasi pada 2014. Pelaburan ketika itu adalah RM2.23 bilion


Kilang ini terus menerus membuat pelaburan baru saban tahun sehingga jumlah keseluruhan pelaburan dianggarkan hampir RM3 bilion 


Penutupan kilang akan mengurangkan nilai pengeluaran sektor pembuatan sebanyak kira-kira RM300 juta hingga RM500 juta dalam nilai KDNK Terengganu


Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC dan MIDA sedang berusaha mencari pelabur baru untuk mengambil alih kilang ini bagi mengelakkan fasiliti bernilai tinggi itu terbiar


GTD mengharapkan kerajaan negeri juga dapat aktif mencari pelabur baru memandangkan kerajaan negeri juga akan kehilangan puluhan juta ringgit hasil cukai taksiran dan caj perkhidmatan GLC kita di pelabuhan


📷 Kisah Dunia


#MajuTerengganuKu





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.