KO PUN PEMALAS MASA JADI TIMBALAN MENTERI. MAKAN GAJI BUTA

 



‘Bagi Subsidi, Bagi Ikan, Ajar Rakyat Malas’, Habis Elaun Nik Zawawi Tu Apa?

IMG_9010

Apakah Nik Zawawi masih belum lagi insaf hingga pernah memohon maaf pada 13 Mei 2026 berhubung penghinaan terhadap menghina sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib?

PENDAPAT, 24 Okt – Nik Zawawi kata kalau kerajaan bagi subsidi, ibarat bagi ikan kepada rakyat. Lama-lama rakyat jadi malas.

Bab ikan ni memang menarik juga. Dulu tular cerita ikan kembung ‘cap ayam’, ikan kelah dan sebarau pula jadi pilihan.

Tapi yang peliknya, rakyat dapat subsidi dikaitkan dengan malas. Sedangkan Nik Zawawi sendiri menerima gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen.

Rakyat biasa kalau tak masuk kerja, boleh kena potong gaji. Ahli Parlimen pula, tak hadir sidang bukan bermakna gaji tetap automatik dipotong. Elaun kehadiran itu cerita lain.

Contohnya, kerajaan bagi bantuan RM200 untuk persekolahan anak. Mungkin bagi orang yang menerima gaji dan elaun Ahli Parlimen, RM200 tu tak terasa sangat.

Tapi cuba tanya mak ayah yang ada empat lima orang anak sekolah. Nak beli kasut, beg, baju, buku dan macam-macam lagi. RM200 seorang anak tu besar maknanya.

Beginikah mentaliti seorang pemimpin yang digelar ulamak memperlekehkan hak orang kurang berkemampuan hingga menerima subsidi dianggap mengajar rakyat menjadi pemalas?

Mereka terima bantuan bukan sebab malas bekerja. Mereka bekerja, bayar cukai, besarkan anak dan tanggung macam-macam komitmen. Bantuan kerajaan tu sekadar meringankan beban.

Ramai rakyat keluar rumah sebelum matahari naik, balik bila dah gelap. Ada yang kerja dua tempat, ada yang berniaga kecil-kecilan. Subsidi itulah yang membantu mereka bertahan dengan kos sara hidup.

Bukan semua orang yang terima bantuan tu malas. Ada yang kerja lebih kuat daripada orang yang bercakap soal kemalasan rakyat.

Satu lagi, subsidi minyak yang kerajaan sedang susun semula sekarang pun ada logiknya.

Dulu orang pakai kereta besar, isi minyak banyak, dapat subsidi banyak. Orang naik motor kapcai buruk, isi RM5, dapatlah subsidi sikit.

Sekarang kerajaan tetapkan had subsidi petrol untuk pengguna yang layak supaya tak ada kelompok yang boleh menikmati subsidi tanpa had.

Jadi, isu sebenarnya bukan sekadar bagi ikan atau ajar orang memancing.

‘Bagi subsidi ajar rakyat jadi malas’

Yang patut kita bincang ialah macam mana nak pastikan duit kerajaan membantu rakyat yang memerlukan, bukan lebih banyak dinikmati oleh mereka yang sudah mampu.

Oleh Ahmad Mursi






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.