ISU PADI: FAKTA MESTI DITEGAKKAN, JANGAN PERMAINKAN NASIB PESAWAH!









Laporan polis yang dibuat oleh Abbas Azmi terhadap Zainal Rashid Ahmad (ZRA) berhubung dakwaan penyebaran maklumat tidak tepat mengenai isu padi, Menteri Pertanian Datuk Seri Mohamad Sabu dan KPKM perlu diberikan perhatian serius.
SEKPUR TEGAS!
Kritik kerajaan itu hak demokrasi. Tetapi setiap dakwaan mesti disertakan bukti, bukan sekadar persepsi, andaian atau sentimen politik!
Pada masa yang sama, KPKM mesti terus menjawab setiap persoalan mengenai harga benih, bekalan baja, subsidi dan kebajikan pesawah dengan fakta serta data yang telus.
JANGAN CEPAT MENGHUKUM!
Laporan polis bukan bukti seseorang bersalah. Biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara bebas, adil dan profesional.
Yang lebih penting, jangan sampai pertikaian politik menyebabkan masalah sebenar pesawah terpinggir.
🔥 BERANI MENDAKWA, BERANI TAMPILKAN BUKTI!
🔥 BERANI MEMERINTAH, BERANI JAWAB DENGAN FAKTA!
🔥 NASIB PESAWAH BUKAN MODAL POLITIK!
Rakyat mahukan penyelesaian, bukan perang persepsi!
SEKPUR — TERANG • SERANG ISU • MENANG DENGAN FAKTA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.