Jual batang getah rm4j ++
Kena bayar pampasan ke peneroka rm17j ++.... Mapuh modal
"A picture is worth a thousand words"
Disini ingin saya jelaskan ada beberapa kesilapan fakta.
Kesemua plaintiff adalah 348 dan bukan 140.
348 Peserta -lwn- Pentadbir Tanah Jajahan PMas & Kerajaan Negeri Kelantan.
1. Writ Saman difailkan pada tahun 2020.
2. Kemudian Def2 telah menfailkan permohonan utk batalkan saman peserta yg mana telah dibenarkan oleh YA Dato Wan Ahmad Farid pada ketika itu( skrg YAA Tun)
3. Seterusnya peserta telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan yg mana panel terdiri daripada YA Dato Mohamad Zabidin bin Mohd Diah, YA Dato Nantha Balan a/L ES Moorthy serta YA Dato Darryl Goon Siew Chye telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan kami/peserta.
4. Saya kemudiannya telah diarahkan utk failkan Notis Usul utk kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan dan alhamdulillah panel yg terdiri drp YA Tan Sri Nallini Pathmanathan, YA Dato Mary Lim Thiam Suan dan YA Dato Harmindar Singh Dhaliwal telah membenarkan Notis Usul kami.
5. Lanjutan drp keputusan kebenaran merayu tersebut kami telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan yg mana sekali lagi Mahkamah Persekutuan yang mana panel terdiri dari YA Dato Vernon Ong Lam Kiat, Tan Sri Hasnah binti Mohamed Hashim dan Dato Mary Lim Thiam Suan telah mengarahkan kes dihidupkan semula dan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi semula untuk bicara penuh.
6. Setelah selesai perbicaraan penuh yg mana saksi2 kedua belah pihak dipanggil memberi keterangan maka YA Dato Hasbullah Adam telah membenarkan tuntutan kami serta mengeluarkan Peghakiman sama ada Def memulangkan kembali wang sebanyak RM4.3 juta yg telah mereka terima daripada syarikat yg menerima tender penebangan pokok2 getah milik peserta atau membuat taksiran berhubung kerugian kehilangan pokok- pokok getah yg keseluruhan berjumlah 203,530 batang pokok.
7. Peserta memilih agar taksiran gantirugi dijalankan dan akhirnya pada 5/10/2026 YA Pesuruhjaya Kehakiman YA Tengku Amir Zaki Bin Tengku Abdul Rahman telah membenarkan tuntutan kesemua peserta seramai 348 org berjumlah RM17.46 juta sbg gantirugi kehilangan pokok getah, kos RM20k, RM19,800 kos penyediaan laporan penilai.
8. Kami terpaksa berdepan setakat ini dengan 12 Yang Arif sebelum mendapatkan kemenangan pada 5/10/26.
9. Sekarang mereka telah menfailkan rayuan utk keputusan di perenggan 6 dan kami juga telah menfailkan Notis Usul utk membatalkan rayuan mereka.
10. Sepanjang kes berjalan kami terbuka utk penyelesaian tapi ternyata kami hanya "digeli-gelikan" oleh mereka semasa proses mediasi.
11. Lawan hanya lah satu-satu pilihan yg kami ada pada waktu itu. Dan semasa kes sedang berjalan pelbagai rayuan, tangisan serta ibu-ibu dan bapa-bapa terpaksa tidur/ berbaring di hadapan jentolak agar pokok getah dikekalkan status quo sehingga bicara selesai.
12. Malangnya, rayuan rakyat tidak diendahkan dan mereka telah memejam mata, memekakkan telinga. Dan arahan hanya lah TEBANGGGG!!!!!!.
13. Ingatlah bahawa pangkat dan jawatan yg kamu pegang sekarang akan menjadi satu penyesalan yg besar di akhirat kelak. Berkaitan dgn slogan yg dilaungkan "how irony". Ada doa yg telah dilangitkan.
14. Bagi saya mudah no cuts, no buts no coconuts dan kepada haters not my circus not my monkeys.
Mohd Nasir & Co

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.